boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

Tolong sahkan .. Ni gambar menteri umno atau anak jantannya?

Selalu duk terpandang gambar anak jantannya yang jantan sungguh,,, patutla anaknya macam,, ish,,ish,,, beruntung duk dalam umno, jadi menteri,, jadi anak menteri...


Thursday, September 26, 2013

Senang aja menteri umno ni jawab isu anak lelakinya..

Nak kata tak bersekolah,, mustahil,,, tapi cara jawapannya macam ... macam apa ya....?!)(*&^%$#@!...


Anak menteri umno beli rumah RM7 juta...

Anak menteri,, apa nak hairan kan,, dah bapaknya menteri umno, sendiri mau faham la,,, perkara biasalah dalam umno.. 
Sebelum ni anaknya itu memang pegawai khas kepada menteri tu pun...


Friday, August 16, 2013

Wednesday, August 14, 2013

Tudia.. Bapa menteri,, anak lelakinya jadi Pegawai Khas...

Sekarang ni kalau sesiapa rajin, masuk ke laman-laman blog umno, akan terjumpa nama-nama menteri ang kena hentam,,, kalau sebelum PRU13 jarang berlaku,, tetapi hari ini macam-macam ada...


Tuesday, October 9, 2012

Ambik ko - Menteri UMNO dapat buku dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Menteri ni kalau dalam Parlimen memang pandai bercakap, pusing sana pusing sini, sehingga pernah memberi jawapan salah dalam parlimen dan sepatutnya dikenakan tindakan,, namun biasalah,,, UMNO,,, ehem-ehem, Speaker Parlimen jalankan tugas dengan baik untuk cover menteri UMNO,,, 


Friday, March 23, 2012

Bapa Menteri Samseng, anak jantanya pengganas...

Budaya menteri-menteri UMNO...


Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Berita penuh: http://www.malaysiakini.com/news/192927



Thursday, March 1, 2012

Masyaa ALLAH,, Anwar Ibrahim macam Iblis...

Allah S.W.T kurniakan kita otak dan akal, akal yang penting,, kalau otak lembu pun ada otak, lagi banyhak dari otak manusia...

Jadi pakt-pakat pikiaq, bagaimana sikap pemimpin UMNO dengan pemimpin PAS yang selama ini ada pencacai UMNO dok cerca kata pemimpin PAS suka mengumpat dan mengata kat orang....

Lihat sendiri bagaima pemimpin UMNO main sedap mulut dok mengata.......


Nazri Aziz tuduh Anwar macam Iblis
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

NONE"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.

"Dia sekarang kata bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.

"Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting."

[Baca berita penuh]


Tuesday, November 29, 2011

Nazri Aziz - Peguam yang berdemontrasi di Parlimen adalah BERUK

Menteri di JPM Nazri Aziz semakin capoi mulutnya....



Aku sempat tengok ucapan penjelasan dari Zulkifli Nordin dalam isu Perbahasan undang-undang perhimpunan yang tak habis-habis dengan isu bangsa, trajedi 13 mei, siapa yang kerja,, kalau nak ungkit masa yang lalu, sampai kiamat pun tak habis....

Jawapan balik oleh menteri Nazri Aziz, bla,bla,bla,, beruk-beruk yang terdiri dari peguam pun satu hal, buat demontrasi pagi tadi, saya juga peguam,, memalukan.....

baca di SINI

Itu saja yang sempat aku dengar,, broadband jadi berukband,, sekejap putus, sekeiap putus... boring betui...

Kalau standard peguam-peguam dari Majlis Peguam Nazri kata beruk, maka diri Nazri sendir kita nak kata,, tentu lebih teruk dari beruk....

.

Tuesday, September 6, 2011

MCA tak pertanding PRU13, boleh jadi Menteri Kabinet - Kata Nazri


Posted by Aspan Alias

MCA tidak payah menang pilihanraya - "Kaum Cina akan masih berada dalam Kabinet," kata Nazri.

Semalam Nazri Aziz membawa berita gembira kepada MCA. Kalau MCA kalah dalam pilihanraya nanti mereka akan dilantik juga untuk menyertai kabinet kerajaan . Mereka boleh dilantik melalui perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara yang membolehkan mereka dilantik ke dalam jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

Dengan kenyataan itu bermakna pengundi tidak payah bersusah-payah untuk mengundi MCA kerana mereka akan dibawa ke dalam Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan. Dengan itu, maka Kerajaan di bawah pentadbiran Najib akan bertambahlah Menteri-Menteri yang datang dari kumpulan yang di‘reject’ oleh rakyat. Inilah pandainya Nazri ini.

Setakat ini sudah begitu ramai Menteri termasuk Timbalan Menteri yang dilantik melalui Dewan Negara. Nazri berjanji akan memujuk Perdana Menteri untuk tidak membiarkan bangsa Cina tidak diwakili di dalam Kerajaan tadbiran Najib. Nazri berkata kabinet wajar menjadi kabinet yang multi-racial.

Oleh yang demikian, orang Cina sekarang bolehlah bersama-sama dengan bangsa lain untuk mengundi DAP sepenuhnya untuk menjayakan parti berbilang kaum yang sudah pun menunjukan kemampuannya untuk mentadbir kerajaan bersama-sama rakan kongsinya di dalam Pakatan Rakyat. PKR telah berjaya mentadbir Selangor dengan baik dan PAS pula memang telah pun menunjukkan kemampuannya untuk mentadbir negeri-negeri yang ditadbirnya.

Dalam beberapa tulisan saya tidak berapa lama dahulu, saya pernah menyatakan bahawa MCA dan Gerakan akan tidak ada lagi di Semenanjung tanah air kita ini. Yang akan ada hanya enam puluh lebih kerusi yang dimenangi UMNO dan UMNO akan kesunyian di Semenanjung ini. Justeru itu, saranan Nazri itu adalah kena-mengena dengan keadaan yang akan wujud di Semenanjung ketika itu nanti.

Melantik mereka dari MCA yang akan ditolak rakyat itu tidak lebih untuk menjadi teman mentadbir sahaja. Itu pun kalau BN masih cukup kerusi untuk memerintah kerajaan Persekutuan ini. Mereka akan berada di dalam kerajaan sebagai wakil kaum Cina yang tidak ‘legitimate’ kerana memasuki kabinet melalui pintu belakang kerana telah disekat untuk memasukinya melalui pintu hadapan.

Tetapi jika BN tidak mempunyai cukup kerusi untuk memerintah, maka UMNO sendiri tidak dapat melantik diri sendiri ke dalam Jemaah Kabinet kerana tidak lagi mendapat mandat yang cukup untuk memerintah negara.

Buat masa sekarang ini Nazri patut bercakap untuk ‘survival’ UMNO itu sendiri dahulu dari bercakap untuk menyelamatkan parti yang sudah diketepikan oleh bangsanya sendiri. Nazri patut sedar bahawa UMNO sendiri sedang menghadapi masalah sokongan daripada sebahagian besar orang Melayu yang menjadi tunjang sokongan selama kini.

Kecenderungan jelas orang Cina untuk menyokong DAP menyebabkan MCA akan hilang dari badan-badan Legislatf dan UMNO akan hanya mendapat sokongan saki baki orang Melayu yang belum tergerak untuk mengundi PAS dan parti-parti pembangkang yang lain.


Sumber mca-tidak-payah-menang-pilihanraya-kaum...

Tuesday, July 19, 2011

Wajah menteri dgn Ketua Hakim Negara macam Joker....

Salam Sejahtera,

Baguih punya cameraman....





Cuba perati gambar Nazri yang last sekali.... macam muka budak spastik... wakaka.......,




Tuesday, April 5, 2011

Anak Seni VS Anak UMNO..

Salam Sejahtera,,

Sekadar nak relax dan rehat minda... apakah nilai orang melayu dalam masaalah budaya dan akhlaq yang selalu dilaung-laungkan oleh pemimpin melayu...,

Gambar yang atas ni anak dengan mak, aku bukan nak suruh hangpa nilai siapa yang lebih cun mengancam, mak ke anak,, bukan,, cuma inilah budaya artis, budaya yang penjajah yahudi lancarkan terhadap orang melayu kononya inilah kehidupan moden, kehidupan sekular...


Yang ini pulak anak dara orang no 2 dalam negara... artis juga... pun cun juga..... sekular


Yang ini anakjantan orang no1, sibapanya asyik dok buat isu cerita musuh politiknya dengan isu moral, sedang kan anak sendiri lagi hebat,.. apakah ini hasil keturunan dari bapanya!!!!! ........



Yang ini anak kepada bapa nya seorang menteri juga, dua tiga hari yang lepas, bapa nya sibuk di parlimen minta isu video sex di tayangkan di parlimen, tak apa,, kita tayang ksiah anak dia sama,,, baru ada akai...

.

Wednesday, April 7, 2010

Nazri Mengaku APCO dibayar...

Salam Sejahtera....

Tak payah nak komen apa-apa lagi.. sendiri fikir...


Apa pun terima kasih kepada Menteri yang bercakap benar,, dah tak berbohong lagi...



Monday, March 22, 2010

Menteri Yang Pembohong Mengaku tidak pernah berbohong.

Salam Sejahtera...

Berbohong, Rasuah, Togok Arak, Berjudi, Taik Betina itu adalah sebagai satu daripada rukun atau pra-syarat nak jadi Pemimpin UMNO.

Sudah pun terkenal dengan sikapnya yang berbohong boleh pula mengaku dan membuat kenyataan pada wartawan.... dia bukan peguam, dia tak tahu baca enakmen atau akta, jadi saya minta pada dia tarik baliklah sebab itu merupakan pembohongan dia di dalam dewan... kalau dia terus mengatakan saya membuat pembohongan, saya seorang menteri saya tak pernah bohong dalam dewan,katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. Baca seterusnya.

Kalau tak silap aku baru 2 tahun sudah, simangkok menteri ni hampir-hampir nak kena tindakan disiplin Parlimen kerana berbohong dalam dewan, namun biasalah, kalau dah menteri, UMNO pulak, maka berbelit-belitlah Timbalan Speaker cuba nak menepis asakan ahli Parlimen supaya menteri mangkok ni kena tindakan, kesnya ialah berbohong mengatakan bekas ketua hakim negera Tun Salleh Abas dan Lima Hakim Kanan itu dibersarakan, bukannya dipecat ketika ia menjawab soalan dari Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Chee Keong.

Tuesday, January 19, 2010

Sabah , Sarawak... Kini W.P & Pulau Pinang... Betullah tu.. lakonan saja..

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. Namun di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah.Seterusnya...

Hoo itu macam ka..., apasal itu enakmen mau ambik kira... itu enakmen bukannnya hadis ata alquran..., banyak undang-undang enakmen Islam dinegeri-negeri kelam kabut.. langsung tak bertepatan dengan hukum sebenar syariah...

Senang cerita itu semua alasan saja...hakim bagi keputusan ikut perlembagaan, sapa yang buat perlembagaan semua tu!!!. .... lakonan dah berjaya.., gereja pun dah 10 biji rosak.., seorang pelajar nasib tak baik dah kena tuduh.. apa lagi mau cerita....yang penting banyak kes-kes panas dapat cover sekejap.., nanti boleh create lain cerita pula...



Wednesday, December 9, 2009

BTN - Nazri Umpama Hang Jebat Dalam UMNO..

Tahniah Kerajaan Negeri Selangor Pimpinan Tan Sri Khali Ibrahim yang memulakan isu BTN...

Sekarang BTN dah jadi isu popular dalam UMNO, ada hamba Allah yang menyedari kesilapan dah pun bertaubat DI SINI.

Cuma Nazri Aziz yang semangat anak jantan umpama Hang Jebat enggan memohon maaf kepada Mahafiraun, Tahniah Nazri, namun kesian kat Nazri anak lelakinya jadi sasaran puak penyokong Mahathir, DI SINI. Bapak yang buat hal, anak pun dapat sepanggu..


Ini pun anak lelaki seorang Menteri juga, kenapa tak ada blog pencacai UMNO nak menyiarkan sama seperti gambar di atas...

Siapa kenal.. anak menteri mana pulak ni....

Eiiii, syoknya jadi anak menteri, awai-awai dah dapat keseronokan dunia, macam pak dia juga, seronok tak habis-habis....




Tak cukup perempuan Asian, perempuan barat pun dia pulun, lagi hebat dari bapa dia, isk-isk.. anak sapa tu.......


Tuesday, December 8, 2009

BTN - Nazri Aziz Melepaskan Dendamnya lagi pada Mahathir

Salam Sejahtera...

He he.. nampaknya sejarah dendam politik Nazri terhadap Mahathir tak kunjung padam, semasa zaman Mahathir menjadi PM selama 22 tahun, Nasib Nazri dalam UMNO hanya waktu penghujung pemerintahan Mahathir baru diberi perhatian menjadi Timbalan Menteri yang selepas itu kecoh dengan skandal permit teksi.

Mengikut cerita dari kekawan aku orang UMNO, Mahathit marah kat Nazri adalah kerana sikap Nazri yang playboynya telah mempermainkan anak perempuan Mahathir Marina semasa mereka sama-sama belajar di luar negara.

Bila Pak Lah jadi PM, Nazri diambil menjadi Menteri penuh, masa tu Mahathir dah mula bising, ungkit balik, minta Pak Lah ambik tindakan terhadap Nazri, terjadilah perang mulut antara mereka berdua.

Rupanya sejarah sengketa mereka berdua masih lagi berpanjangan, bila Nazri mengkritik Mahathir mengenai BTN Di SINI. Nampaknya Nazri pandai ambik peluang, dengan slogan yang dibawa Najib 1Malaysia, apa yang diperkatakan Nazri membuatkan Najib dalam Dilema...

Cuma sekarang Nazri menjadi sasaran blogger-blogger UMNO Baca Di Sini, kerana menggelarkan Mahathir Bloody Racist, he heh... padan muka Mahathir, orang UMNO yang balun dia balik...., dan padan muka Nazri... nampaknya sikap Playboy Nazri dah ada warisnya....
Mamposs UMNO.....Ameen.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari