boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Ustaz. Show all posts
Showing posts with label Ustaz. Show all posts

Monday, September 29, 2014

Khas Buat Tatapan Ostad yang kurang kasih sayang..

Di Manjung ni ada sorang ostad yang cukup fobia dengan perkataan wahabi,,, malah pada khutbah jumaat 2 minggu lepas, dia siap berpesan jauhi dari akidah wahabi, aku yang umur lebih separuh abad ni baru dengar ada akidah wahabi, perkataan wahabi tu disebut mula-mula sekali, betapa teruknya wahabi, kemudian baru diikuti syiah dan sebagainya yang tentu sesat...

Saturday, September 20, 2014

Penjelasan mengenai anggota ISIS di tanah Arab...

Ramai yang terkeliru dengan satu pertubuhan perjuangan Jihad di tanah Arab,, termasuk dengan aku sendiri pun tak berapa nak faham dengan pertubuhan ni,, 


Sunday, June 9, 2013

Panas - Lagi kisah Ostad belasah pelajar ! (Video)

Isu belasah pelajar oleh ostad-ostad ni tak kunjung padam,, sering kali ada... Kisah yang paling hangat diPerlis, beberapa tahun yang lalu, sehingga melibatkan kematian..

Di Manjung - 

Friday, April 19, 2013

PRU 13 - Ostad skrew longgar kecewa kerana wanita .....

PRU13, paling menarik paling hebat apa yang berlaku dalam umno....wakaka.,baiah mereka kepada Najib pada PAU 2010 nampaknya langsung tak berkesan..,


Friday, February 17, 2012

USTAZ UMNO DICEKUP BERSAMA GADIS 20-AN



Abu Nu'man

Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.

Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.

Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.

Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.

“Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya.

Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu,” katanya. Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya.

Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.-


Sumber : http://www.facebook.com/photo.


Sunday, January 29, 2012

Wahabi lebih berbahaya dari Syiah - Fatwa Ostad Abu Syafiq..

Habis sahaja kuliah Ustaz Sidik Nur malam tadi, SU surau mengumumkan kuliah subuh pagi ini (Ahad) digantikan oleh seorang Ostad yang sebelum ini aku tak pernah dengar namanya,, dari pencegahan ilmu sesat Jakim Melaka,, begitu lebih kurang...


Pagi ini macam biasa aku terus ke destinasi tersebut,,, dan terpandang bakal penceramab dah sedia menunggu, di samping kamera digital pun dah terpasang... Ostadnya sama dalam gambar diatas, cuma pagi tadi siap berserban kemas dan kain selepang atas bahu....

Selesai solat subuh, selesai wirid dan doa yang dimamkan oleh ostad tersebut, kulian pun bermula, siapa pasang wall (white board) untuk tayangan LCD... Biasalah ceramahnya... tak tunggu lama,, kemudian buka laptop tunjuk utube mengenai Syiah dan satu ajaran kristian...

Selesai habis tu,,, beliau terus mengatakan yang semua orang dah tau Syiah ni sesat, tetapi ada lagi yang lebih sesat, lebih merbahaya, iaitu Wahabi.... tudia,, mulah ceita asal usul wahabi bla....bla...bla....bla ,,, apa katanya,, : tuan-tuan harus berhati-nati,,, di Perak ni Wahabi dah berkembang pesat, berselindung dengan menerangkan keburukan Syiah, tetapi dalam masa yang sama memasukkan jarum-jarum wahabi....

Dan yang aku tak tahan,, sempat lagi ia mengatakan ada pemimpin PAS yang sama-sama mengamalkan wahabi,,, amboi-amboi... terbukti sudah,, aku dah nampak,, ini kerja sapa,,

Dalam kita dok sibuk menghadapu UMNO Laknatullah,, tup-tup ada orang mai membantai pemimpin PAS terlibat dengan wahabi.... aku tak tahan nak dengar, angkat pungkoq lebih baik aku pi Pasar Tani lagi baguih,,,

Rupa-rupanya anak bongsu aku pun ada sama dalam program tu, mengikut anak aku, ia sempat hanya soal satu soalan,,, pusing mai pusing jawapannya mengelirukan,,, kemudian lepas tu dengan alasan faktor masa soalan ditutup,,, aku pegi semula ke surau tu tengok dah habis,,, ish-ish dok sembang dengan seorang Ustaz yang dilabelkan Wahabi oleh ostad-ostad Manjung rupanya,,,, tak kesuntukkan masa pulak....

Kesimpulannya,,, bagi aku,, wahabi ka, Ustaz Kitab Kuning ka, semua aku ikut, aku hormati,, Ustaz Sidik Nur ajar kitab kuning Min haj abidin, setiap bulan aku ikut, tak pernah miss, Dan apa yang Ustaz Sidik sampaikan ia tak pernah dok kondem Ustaz Wahabi atau salaf... masing-masing ajar ilmu Allah untuk kita semua dapat mengamalkannya....

Ini ada dua tiga orang ostad-ostad, bila mengajar wahabi bla...bla...bla... marilah 40 orang PHD Wahabi,, saya sedia bersemuka... tudia..... cakap depan makmun surau ajalah,,, yang dia berani hasut ajk surau suruh potong nama Ustaz yang dilabelkan Wahabi jangan bagi mengajar lagi kat surau.... itu saja keberaniannya....

Macam inilah, aku nak cadangkan,, kalau ostad-ostad yang rasa tahlil, talkin ni perlu diteruskan, diamalkan,, OKlah,,,silakan,, apakata ostad-ostad ni duduk berdailog, berdiskusi dengan Ustaz yang dilabelkan wahabi tadi,, kita cari titik pertemuan dimana kebenaran berpandukan kitab-kitab hadis.... jangan pakai tok guru saya kata.... kalau nak ikut tok guru saya kata,,, standard ostad-ostad ni sama dengan pengikut arqam sajalah..

Janganlah rasa usaha nak menyingkir Ustaz yang dilabelkan wahabi ni tak berjaya, panggil pulak ostad Abu Syafiq.... jemaah surau pagi tadi pakat-pakat senyum pi seyum mai aja....masing-masing dok tanya,,, budak yang soal tadi anak hang ka....!!!!! ..

Ingatlahlah,, kita umat Islam nak menjalankan amal ibadat kepada Allah sayarat utamanya ialah mengkut sunnah,,, bukan mengikut saranan tok guru saya dulu.... yang keduanya ikhlas..... tak tahulah kut-kut ada cara lain,,, cara yang aku dok belajar itulah...

Baru terjumpa kisah-kisah mengenai ostad cap ayam sekoq ni....





......,

Wednesday, July 27, 2011

Buat blogger Abu Nawas dan blogger Pakatan Rakyat...

Salam sejahtera,,

Aku tak tau bagaimana nak memulakannya, aku tak boleh nak ambik kaedah macam blogger sensasi porno PR yang selalu dok hentam aku kononya aku ni kamceng dengan Ostad Kazim, kalau ikut kaedah penyampaian Abu Nawas yang tersendiri seperti entri pukimak-hang.

Memang banyak kebenaran yang ditulis,, ini bukan kerana nak bodek dia pulak kerana dia puji dan tak hentam aku dalam entri nya tu,,,

Apa yang aku nak sampaikan macam Abu Nawas juga, mengenai teman-teman seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, aku tak nafikan oleh kerana kita terlampau gembira bila ada hamba-hamba Allah yang tertentu menyokong perjuangan PR, maka kita dengan tidak sabar-sabar nak masuk blog masing-masing dan hebahkan...

Ambik mudah contoh dari kes yang terkini seperti dari sinarharian.

Pada asalnya apa yang aku ternampak, gambar Ustaz Zambri mantap keluar dari blog pencacai UMNO, tak ingat dah dari blog mana, namun kekawan kita yang dah ghairah atas sokongan Ustaz Zambri, turut sama hebahkan berita Ustaz Zambri tu, memang hati kecil ku dah berkata-kata apa akan berlaku bila melihat cerita ni keluar,,, akibat inilah yang terjadi,,,

Hangpa kena faham,, kalau blog-blog pencacai UMNO, pihak risikan dari Bukit Aman. SKMM tak ada masa nak baca blog mereka,,, yang jadi perhatian blog dari Pakatan Rakyat, dan aku yakin,, kes Ustaz Zambri disebabkan dari blog-blog PR...

Begitu juga dengan kes Wardina, kerana terlalu berasa gumbira kita terlupa apa berlaku kepada tuan empunya diri, kasihan kepada mereka-mereka itu,, kan dah hilang tempat mereka nak cari rezeki.....

Perkara sebegini juga pernah berlaku ke atas diri aku,, sewaktu mesyuarat agung PAS Lumut pada 01/05/2011, aku siarkan gambar bekas pegawai kanan TLDM bersama Laksamana Bersara Haji Imran, pada hari Khamis 5/5/2011 aku menerima panggilan telefon minta dibuang gambar tersebut kerana ada hal-hal tertentu,,, serik dan kecewa betul dengan sikap aku itu, dan pada petang itu juga sewaktu balik dari kerja aku menerima kemalangan yang menybab kena berehat hingga ke hari ini..

Jadi kesimpulannya nak warwarkan sesuatu dalam blog tu, fikir-fikir dahulu, adalah lebih baik kita warwarkan gambar rosmah, najib dan suku sakat yang sewaktu dengannya, ini adalah lebih baik...,



Saturday, May 22, 2010

Kisah 2 Ustaz.

Salam Sejahtera...


Malam Jumaat lalu aku terpaksa juga pergi ku surau Taman Fasa 3 A Sebab nya?......

Nawaitu aku hanya nak kenal dengan Ustaz Yeob Saidin, dan mengambil gambarnya... sebelum ini aku hanya dok dengar suaranya sahaja di corong Radio Perak FM, terutama sekali kursus haji dan bab belajar ngaji dgn tajwid pada petang jumaat....

Penyampaiannya memang bertenaga dan mantap sekali dengan suaranya yang cukup terang dan jelas jika nak dibanding dengan tubuh badanya...






Yang ini pulak, yang macho dan handsome ni, selalu dia pakai specmata nak control macho..., yang ini tentu hangpa kenai.., Ustaz Kazim ,,,, adik kepada Kapten (B) Najmudin Alhafiz, ADUN Batu Kurau yang juga Penasihat Agama kepada MB Perak. Ustaz Kazim ni pun hebat ceramahnya, aku pun selalu juga sebelum ini dok dengar ceramahnya melalui radio Perak FM juga selalunya, dan ada dua tiga di ceramah perdana.

Walaupun banyak cerita dari sahabat-sahabat yang ikhlas mengenai kedua-dua orang ustaz ini, tetapi aku masih bersangka baik, sehinggalah bila terjadi krisis MB Perak 2009 yang lalu, maka terbuktilah kedua-dua Ustaz ni berpihak kepada bangsa Melayu dan UMNO....

Sewaktu kita umat Islam yang sayangkan PR mengadakan program sembahyang hajat, maka si Zamri pun mengadakan program sembahyang hajat di Kediaman MB Perak, Ustaz Yeop Saidin inilah yang menjadi imamnya, manakala Ustaz Kazim inilah yang memberi ceramah, dan mufti Perak yang tukang baca doa, kenapa mereka sanggup bersama dengan UMNO yang melakukan cara terkutuk merampas negeri Perak dari PR.

Aku tak kisah kalau si Firdaus Bekas Imam Masjid Negara atau Dr Wajdi, sebab mereka memang jelas ahli UMNO, lantak pi lah,, tapi yang dua orang ni atas title Ustaz, kalau ya pun jangan berpihak sebegitu, paling menyakitkan si Kazim, berapa banyak ceramah-ceramahnya sekarang ini jelas menghentam PAS,

Kedua-dua Ustaz ini, ilmu dan penyampaian mereka hebat, tapi sayang Allah tak bagi hidayah kepada mereka, itu sebab mereka tak dapat mengenali yang mana satu Islam..

Kenapa mereka tak mengambil sikap seperti Dr Asri mantan Mufti, semua dia tegur, tak kira pemipin PAS atau UMNO, tu baru betui dan dia tak berpihak kepada mana-mana parti, OKlah, aku boleh terima sikap sebegini.

Harapan aku, kepada pentadbir AJK-AJK surau, tak payahlah nak jemput lagi kedua-dua orang Ustaz ni, walaupun mereka popular, kalau mereka sendiri tak faham suasana politik dan Islam masa kini, maka tak ada faedahnya kita dok pi dengar ceramah mereka, banyak lagi penceramah lain yang lebih memberi manafaat buat para pendengar.

Apa yang aku tahu dan belajar sebelum ini, syarat utama nak menuntut ilmu itu mesti ada sifat kasih sayang antara guru dengan murid dan sebaliknya, kemudian guru itu pulak mestilah berani bercakap benar, maksudnya berani mengatakan yang benar apa situasi yang berlaku.. bukan takut-takut tak dapat sambung jawatan Naib Kadi, mufti dan sebagainya.



Thursday, April 30, 2009

Buat Ustaz dan Ahli PAS....

Salam Sejahtera...
Aku baru saja masuk blog Albanjari... terbaca satu komen yang begitu teruja dan menusuk kalbu.. jadi sama-samalah kita ambik buat satu peringatan dan muhasabah diri...

Saya sebagai ahli Pas sudah melebihi 25 tahun sudah melalui beberapa zaman perubahan presiden Tim Presedent dan Ajk pusat senentisa beristikhomah dengan perjuangan telah menghabiskan harta wang dan masa walak pada perjuangan kini menyedari satu fenomina yang pelik belaku dalam PAS tanpa di sedari oleh kebanyakan ahli PAS

1.Sekiranya dalam UMNO ada undi bonus dan sebagainya kita mengatakan ini adalah satu yang tidak adil.Tetapi sedarlah dalam PAS fikrah yang mengatakan untuk menjadi pimpinan yang tertinggi dalam PAS(Tidak Termasuk Dewan ulamak) misti lah ustaz atau ulamak!!!! tidak kah ini juga sebagai Undi Bunus????.Siapakah yang membawa fikrah tersebut sehingga mampu mempengaruhi perwakilan apabila hendak membuat pemilihan.Fikir fikirkan lah.

2.Saya bersetuju dengan saudara amri bahawa PAS memang berpecah kepada beberapa puak dan fikrah.Soalnya siap kah yang menyebabkan atau terjadi punca kepada perpecahan itu tidak kah ianya berpunca dari yang bertaraf ustaz atau ulamak juga?????

3.Pemimpin yang tidak betaraf ustaz atau ulamak mengikut rekod sebelum ini senentiasa walak pada pimpinan yang lebih berilmu dan dinobatkan sebagai ulamak dan ustaz.Tapi..apa dah jadi sekarang puak puak ustaz dan ulamak ni lah yang bertanggong jawap dalam soal perpecahan ini.

4.Adakah Puak puak Ustaz dan ulamak yang memimpin PAS sekarang ini telah dipengaruhi oleh puak proffesional demi mencapai sesuatu ajinda yang tersembunyi habuan duniawi membawa segala cadangan atau teori yang kontravosial hingga ahli menjadi binggong.

5.Ada pemimpin PAS yang merasakan dirinya Ustaz semata mata kelulusan akdemik bukan dari sudut ilmu dam amal yang ditekankan oleh islam.Bila dah taraf ustaz maka harus perwakilan memberi keutamaan dalam menjadi pemimpin dalam pas walaupun tidak nampak apa apa kelebihan dari sudut haraki dengan yang bukan Ustaz dalam memimpin gerakan Islam.Ramai pejuang pejuang Islam di Afganistan semasa jihad menentang Rusia tidak pun bertaraf ustaz yang berjuang di medan jihad seluruh dunia seperti di palastine,Iraq,Lubnan, Chenya,Filipin dan dibarisan hadapan ustaz dan ulamak kah mereka ini.????Yang turun berdemo di jalan raya di negara kita ini ustaz dan ulamak kah mereka?????Berapa ramaikah Ustaz dan ulamak kena ISA berbanding dengan yang bukan Ustaz/ulamak.???Bagi saya ulamak kah ustaz kah yang di terima Allah (SWT) ialah orang yang beriman dan beramal salih.
5.Saya bukan menentang kepimpinan ulamak atau ustaz tapi saya bersetuju sekiranya ustaz dan ulamak ini di perhalusi betul betul sebelum di beri walak sebagai pemimpin..saya berkata begini sebab di depan mata kita Allah (SWT) telah mempamirkan bukti jelas MB Perak yang bukan taraf Ustaz atau ulamak begitu terbukti keberkesanan sebagai pemimpin.Tiada pengiring kereta polis ketika menjadi MB.tidak takut mati..manakala MB kedah..nak bertukar giliran isteri pun pakai pengiring kemudian mengeluarkan kenyataan "Kita tak boleh minta Jawatan".Sepatutnya kata kata ini harus datang dari pemimpin PAS yang tidak ada apa jawatan dalam parti atau kerajaan tapi sebaliknya MB kedah yang dah hidup selesa dah dapat jawatan dan habuan mengeluarkan kata kata begini.Apakah beliau takut kedudukan beliau terjejas.Ini adalah satu ekplotasi Pemimpin PAS yang amat jijik

Akhir sekali Setiap ahli PAS tak kira peringkat mana harus mengambil tindakan yang drastik demi menyelamatkan PAS dari terus berpecah.Kita misti kembalikan kepada semagat PAS tulin yang Original.Singkirkan mana mana pemimpin yang menjadi punca kepada puak atau golongan
Slogan kita yang baru untuk muktamar ini
"Tiada Erdogan tiada Mukabalah"Pas Tulin pilihan kami.Allahhuakbar.

Hangpa nak baca lebih lagi silalah masuk ke blog tuan empunya komen Ada kat SINI.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari