boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Isu Wahabi. Show all posts
Showing posts with label Isu Wahabi. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Wahabi sesat dan terorist...?

Hari Rabu malam Khamis,, waktu aku nak surau solat Isyat,,rupanya ada kuliah magrib,, suara manusia yang mengajar kuliah tersebut memang ku kenali,, daalam jarak 200 meter ke surau, melalui pembesar suara...

Sunday, November 30, 2014

Ostad-Ostad Manjung - Lihat ni,, apa Faisal Tehrani kata...

Biasalah, didalam perjuangan nak menegakkan yang haq, makan sudah tentunya akan mendapat tentangan dari pihak pengamal kerja batil, malah mereka-mereka pengamal batil akan sepakat menentangnya yang haq dengan melabelkan dengan pelbagi tuduhan, yang paling popular sekarang ialah wahabi?..  Wahabi juga yang jadi mangsa... Apa itu wahabi?

Tuesday, November 18, 2014

Monday, August 19, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Tazkirah - Mari kita sama-sama buat perubahan untuk bertemu Allah.

He he he,, aku pun nak bagi tazkirah juga,,, awat hangpa ingat blogger tak boleh bagi tazkirah ka.. ha ha... 
Tak,, aku sekadar nak sampaikan apa yang ku lihat, supaya kita dapat kongsi bersama-sama apabila kita kijemput oleh malaikat maut kerana sampai ajal..

Monday, July 23, 2012

Islam UMNO hanya kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya

Foto: DR.MAZA:Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

N'N:Ramai orang yang kembali kepada Al-Quran&As-Sunnah selepas berkecimpung dengan PAS,namun ramai orang yang rosak bila berkecimpung dengan UMNO..

Dicatat oleh Na'im Nikmat

Pasal inilah agaknya Zamihan Al-Ghari, Kazim Elias, Abu Syapiq dan yang sewaktunya dok sibuk mempertahankan UMNO.....  

DR.MAZA:Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno

Sumber : http://www.facebook.com/photo.

P/S - Ada satu lagi yang UMNO dok sibuk pertahankan,, adakan perarakan Maulidul Nabi..... he he...

Sunday, June 3, 2012

Renungan Petang Ahad.. Ulama kah mereka ini....

UMNO selaku musuh Islam tak akan berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh, Nama Islam pada pada parti ada usaha-usaha untuk dibuangkan... 

Tak berhasil dengan apa yang mereka nak cuba hapuskan,, kewibawaan Tuan Guru Nik Aziz pula dipertikaikan... Siapa mereka-mereka ini,, 

Klik pada imej untuk gambar lebih jelas,,

Mereka berhak untuk menyuarakan pendapat mereka jika Nik Aziz aad melakukan khilaf, tetapi buka begini caranya... 

Apa yang aku dok nampak, Tuan Guru Nik Aziz di labelkan pengamal wahabi....sedap sungguh kepada mereka-mereka yang bawa cerita ni....Inilah yang dicanagkan oleh Zamihan Al Gari dan konco-konco,, kini ulama persan ilmu dah penuh didada turut terikut dengan perbuatan Zamihan,, yang ingin memecahkan kesatuan jemaah Islam....Ini yang dikehendaki oleh UMNO..

Mengapa pergi bersuara kepada yang memusuhi Islam..kepada mereka yang ingin memecahkan perpaduan islam,, tak faham-faham lagi ka.. Kesian sungguh....... 

Tuesday, May 8, 2012

"Minta maaf.. saya bukan Ostad politik tuan-tuan"....Inilah Jawapan ostad barua-barua UMNO....

Sewaktu mangkok hayun ni mai bagi ceramah kat Masjid Daerah Manjung, 

nama blogger Manjungmari menjadi sasaran utama dalam muqadimahnya,,, Manjungmari tak ada ilmu, kaki auta, pendusta..... sebabnya, sila  klik wahabi-zamihan-dan-presiden-pas- 

Sekarang hangpa tengok sendiri apa yang dia ulas tenteang BERSIH 3.0 yang lepas... "Minta maaf tuan-tuan saya bulan Ostad politik" ... Kang kalau aku maki mangkok hayon ni timbul rasa dendam aku yang lalu pulak...eiiiii....

Abu Nawas.... sorang lagi geng Ostad Kazim idola hang.... 

Aku kalau ostad ni mengaku standnya sebagai ostad UMNO macam Fathul Bari OK,,, aku masih lagi hormat.. sebab ostad ni ada pendirian,,, nak buat macam mana dah hatinya terbuka dengan UMNO.... 

Tetapi kalau jenis bangsat macam ni,, saya bulan ostad politik... kepala butttt..... lah... hanglah lebih teruk dari pencacai UMNO.... inilah manusia yang nak bagi keliru umat Islam... 

Tuesday, April 17, 2012

Jom kita lihat siapa Hassan Al-Saqqaf Tok Guru kepada Zamihan Al-Ghari..

Salam sejahtera...
Bicara dari blog orang yang tak ada ilmu,,, cuma ku nak minta sesiapa yang ada pada malam ceramah Zamihan di daerah Masjid Manjung, beliau ada menunjukkan dua gambar saudara kita Dr Azhari dan Nordin Mat Top yang meninggal dunia ditembak di Indonesia dituduh terrorist,,, Masyaallah.... Zamihan ni ikut telunjuk siapa ni,,, Dimana bukti yang mengatakan kedua saudara itu terrorist,, ini semua bagi aku hanyalah permainan CIA dan Amerika sekutu Israel,,
Tidak ada bukti jelas dan sahih yang boleh dikatakan mereka terlibat, tau-tau senang-senang Zamihan boleh mengatakan mereka terlibat,, Allah sahaja yang maha mengetahui apa yang berlaku ke atas hambanya....

Inikah sikap seorang penceramah yang mengaku pejuang ASWJ....
Alhamdulillah, aku yang tak ada ilmu ini dah terjumpa siapa Tok Guru Zamihan belajar sewaktu di Jordan....layan sendiri... aku pun tak faham bahasa arab..tapi ada sarikata........

banyak cerita-cerita mengenai tok guru zamihan boleh baca di hasan-as-saqqaf-muktazilah./

Sunday, April 15, 2012

Gambar bukti Fahaman Wahabi Merbahaya buat umat Islam...

Teruk-teruk wahabi di Arab Saudi aku rasa tak ada kedai berlesen sport toto....

tetapi di Malaysia yang mengamalkan ASWJ ni apa cerita,,, tak ada sepatah haram pun sebut dalam ceramah malam tadi, kenapa yerk..ADOI!!!!!!....

Dr Sheikh Qatdhawi, Dr Wahbah Zuhaily... ulama dunia berkepentingan - Zamihan

Panassss,,,selepas aku tulis kat wahabi-zamihan-dan-presiden-pas-haji. ,..

Malam tadi aku sendiri pergi masjid daerah nak dengar sendiri walaupun aku dah dapat tahu bila aku baca di facebook.com/photo. yang aku akan dibelasah.... wakaka......

Maka awai-awai lagi sebelum ceramah dimulakan. sasaran peluru pertama terus menuju kat aku,,, maka apa yang aku dapat ialah pemilik blog ni kaki auta, kaki penipu.... suka buat fitnah,...tidak ada ilmu..

Aku dikata buat fitnah sebab mengatakan Zamihan Ostad UMNO,, apa fitnah pulak,, sekarang dia ni kerja dengan siapa,,, Jakim tu dibawah siapa, habaq mai...

Apa pun yang aku tulis tu, sebagai peringatan,,, kerana sebelum ni,, sahabat Zamihan iaitu Abu Syafiq bila berceramah di Madah bulan Februari lalu, hentam pemimpin Politik ada yang terlibat dengan wahabi, jadi bila aku sebut dikatakan fitnah,,, maka dalam ceramahnya malam tadi isu topik tu dah tak boleh nak sebutkan lagi...terpaksa cari isu lain nak geromal orang Manjung..., , .

Tak payahlah aku nak tulis apa yang ia ceramah bab wahabi, itu hak dia nak menerangkan,, bagi aku kena dengar dari semua pihak, ada pro dan kontra, cuma bila dalam isu soal jawab, ada soalan dari jemaah menanyakan bolehkan berimam dengan ustaz yang dilabelkan Wahabi,..

Jawapannya,, kalau Ustaz yang dok mengajar isu bidaah tahlil, talkin, yasin malam jumaat, Ustaz tu boleh diikut kerana bab tu khilaf.... aaaa khilaf pulak,, ni ada yang ostad-ostad kat sini sampai tegang urat leher sampai nak terkeluar biji mata bila ada yang sebut tahlil bidaah,,..macam mana ni,,
Yang tak boleh kalau ustaz yang dok mengajar sebut mengatkan Allah ada mata, ada telinga dan kaki sebagainya,, ostad ni tak boleh dijadikan imam,,, entahlah,, tak biasa pulak aku jumpa Ostad yang mengajar serupa ini....

Lagi satu soalan,,, bila diajukan kenapa dua ulama besar yang diiktiraf oleh semua ahli ilmu agama Islam dunia Dr Sheikh Yusuf Qardawi wikipedia. dan Dr Sheikh Wahbah Zuhaili wikipedia. ada menulis mengenai Wahabi ni,,, tak sempat habis soalan Zamihan terus nak jawab, ha ha ha,, faham lah tu,, ia tak bagi penyoal nak soal lebih lagi,,,

Ia jawab, cuma 2 orang ulama tu sahaja, sedangkan sebelum ini 300 orang ulama sebelum itu yang menentang isu wahbi ni,,, kemudian 2 ulama besar ni ada kepentingan dunia dengan kerajaan Arab Saudi.... fuiyo..... habis lah aku tak boleh nak komen apa-apalah macam ni,, betullah, aku sedar,, aku tak berilmu, kaki auta, memang benar lah seperti yang dikatakan Zamihan,, kalau dah dua ulama besar pun ada kepentingan dunia...

Aku nak baca dari Yusuf Qardawi atau Wahbah Zuhaili,, memang aku tak ada ilmu,, tapi aku boleh juga baca artikel dalam bahasa Malaysia,, kalau sebelum ni aku letak video TG Haji Hadi,, OK lah tu orang politik, ada kepentingan politik, baca pulak dari idea pemikiran orang akedemik... klik SiapakahAhliSunnah

Monday, April 9, 2012

Wahabi - Zamihan dan Presiden PAS Haji Hadi Awang

Sebelum ni aku ada posting satu isu bulan Jan yang lalu,,, klik wahabi-lebih-berbahaya-dari-syiah-fatwa.

Nampaknya mereka tak berputus asa, apakah daerah Manjung ni lubuk wahabi...... Ohhh tidak....

Sebaik saja selepas kemenangan PRU12 2008, hangpa tentu ingat, bagaimana isu perebutan AJK Masjid dinegeri Perak, sehingga UMNO mengadu kepada Sultan masaalah masjid mereka tak nak lepaskan,,
Akibat dari rentetan tersebut, boleh dikatakan hampir semua surau atau Masjid ada kuliah-kuliah agama, paling ketara kuliah magrib, tak termasuk kuliah hari minggu dan hari Sabtu..

Alhamdulillah, sekarang Daerah Manjung merupakan pusat ilmu agama disemua masjid dan surau, jadi biasalah,, daripada banyak kuliah itu lahirlah pendapat-pendapat yang sebelum ini tak terfikir atau ahli-ahli jemaah seolah-olah satu perkara baharu,, sedangkan perkara-perkara tersebut memang dah tertulis dalam hadis-hadis sohih,,,,

Maka dari sini timbullah perbezaan pendapat diantara guru-guru agama yang berunsurkan falsafah (kitab kuning) dengan guru-guru agama yang berpandukan salaf...

Jadi biasalah,,, isu kenduri arwah, tahlil jadi panas,, apabila ada ahli kariah menjemput Ustaz yang mengajar di surau mengepalai tahlil, ustaz tersebut menolak untuk melaksanakan tugas tersebut, namun beliau tak melarang pun, cuma tak mahu baca doa., rentetan dari isu tersebut ustaz-ustaz yang hidup cari makan tukang baca doa tahlil, jadi panas,apa tidaknya... dah tukar kereta baru,, nak berbahas atau duduk semeja mencari kata putus tak berani, hanya berani bersuara dalam kuliah atau dalam bacaan kutbah jumaat sahaja...

Perkara-perkara khilaf, sepatutnya kita kena ambik kira, Allah bagi akal yang waras, suruh kita berfikir, janganlah anggap ustaz-ustaz tu semua maksum belaka, Ostad-ostad pun,, janganlah sikit-sikit tok guru saya kata, tambahan lagi kalau ustaz-ustaz UMNO,,panduan umat Islam yang sah hanyalah Al-Quran dan Hadis,, ,

Aku cukup hormat pada seorang Datin di sini, selalu mengikut kuliah-kuliah agama, sering bertanya pada ustaz yang dok mengajar,, sebelum ini beliau dok ikut juga kuliah Ostad Kazim di Masjid Setiawan pada pagi Sabtu minggu pertama,, namun bila beliau dok ikut kuliah hadis yang aku sama-sama dok ikut, kuliah Ostad Kazim beliau dah tak pergi dah,,, beliau boleh menilai dan ambik peluang mana ilmu yang lebiih utama untuk beliau belajar...

Kenapa ada ustaz-ustaz yang dok marahkan pada Wahabi ni, tahukah mereka siapa yang dimaksudkan wahabi tu,,, kenapa sekular yang UMNO dok amalkan mereka diam,,, kenapa ramai pemimpun UMNO termasuk raja-raja melayu yeng terlibat dengan kumpulan Freemason, Lion Club depa tak ambik kisah pun,,,

Sepatutnya Si Zamihan ni pi bantu Dr Hasan Ali,,, tolong selamatkan aqidah melayu yang dah ramai murtad, umat Islam yang mengambil pendekatan apa yang Wahabi amailkan, insyaallah, tak akan ada yang murtad, malah pegangan agidah mereka terhadap Islam akan bertambah kukuh....

Tak payahlah isu-isu khilafiah ni kita dok bincang, bagi aku siapa rasa dah duit banyak sangat, berlebihan,,, nak belanja orang makan, nak tunjuk hebat dengan mengadakan kenduri tahlil silakan,, kalau panggil aku pi makan, aku akan pi kalau ada masa,,
Yang perlu kita fikir bagaimana nak halang UMNO berkuasa lagi,, semua ni adalah hasil dari pemerintahan UMNO yang sebelum ini mengaku mereka menjaga Islam,, habis umat Islam terkeliru...
Bila umat Islam bertelagah isu wahabi, isu biadaah, itu yang buat UMNO seronok sangat,, segala kemungkaran yang mereka lakukan kiita abaikan..

Senang cerita hangpa layan video kat bawah ni,, ada Tuan Presiden PAS sebut bab wahabi ni,,,

Jadi nak percaya yang mana.... Tuan Presiden PAS atau Zamihan yang aku pasti ia datang dari UMNO....tentu hangpa kata aku sengaja buat andaian,,, lihat sendiri jawatan yang ia sandang di dalam banner tu.......

Sunday, January 29, 2012

Wahabi lebih berbahaya dari Syiah - Fatwa Ostad Abu Syafiq..

Habis sahaja kuliah Ustaz Sidik Nur malam tadi, SU surau mengumumkan kuliah subuh pagi ini (Ahad) digantikan oleh seorang Ostad yang sebelum ini aku tak pernah dengar namanya,, dari pencegahan ilmu sesat Jakim Melaka,, begitu lebih kurang...

Pagi ini macam biasa aku terus ke destinasi tersebut,,, dan terpandang bakal penceramab dah sedia menunggu, di samping kamera digital pun dah terpasang... Ostadnya sama dalam gambar diatas, cuma pagi tadi siap berserban kemas dan kain selepang atas bahu....

Selesai solat subuh, selesai wirid dan doa yang dimamkan oleh ostad tersebut, kulian pun bermula, siapa pasang wall (white board) untuk tayangan LCD... Biasalah ceramahnya... tak tunggu lama,, kemudian buka laptop tunjuk utube mengenai Syiah dan satu ajaran kristian...

Selesai habis tu,,, beliau terus mengatakan yang semua orang dah tau Syiah ni sesat, tetapi ada lagi yang lebih sesat, lebih merbahaya, iaitu Wahabi.... tudia,, mulah ceita asal usul wahabi bla....bla...bla....bla ,,, apa katanya,, : tuan-tuan harus berhati-nati,,, di Perak ni Wahabi dah berkembang pesat, berselindung dengan menerangkan keburukan Syiah, tetapi dalam masa yang sama memasukkan jarum-jarum wahabi....

Dan yang aku tak tahan,, sempat lagi ia mengatakan ada pemimpin PAS yang sama-sama mengamalkan wahabi,,, amboi-amboi... terbukti sudah,, aku dah nampak,, ini kerja sapa,,

Dalam kita dok sibuk menghadapu UMNO Laknatullah,, tup-tup ada orang mai membantai pemimpin PAS terlibat dengan wahabi.... aku tak tahan nak dengar, angkat pungkoq lebih baik aku pi Pasar Tani lagi baguih,,,

Rupa-rupanya anak bongsu aku pun ada sama dalam program tu, mengikut anak aku, ia sempat hanya soal satu soalan,,, pusing mai pusing jawapannya mengelirukan,,, kemudian lepas tu dengan alasan faktor masa soalan ditutup,,, aku pegi semula ke surau tu tengok dah habis,,, ish-ish dok sembang dengan seorang Ustaz yang dilabelkan Wahabi oleh ostad-ostad Manjung rupanya,,,, tak kesuntukkan masa pulak....

Kesimpulannya,,, bagi aku,, wahabi ka, Ustaz Kitab Kuning ka, semua aku ikut, aku hormati,, Ustaz Sidik Nur ajar kitab kuning Min haj abidin, setiap bulan aku ikut, tak pernah miss, Dan apa yang Ustaz Sidik sampaikan ia tak pernah dok kondem Ustaz Wahabi atau salaf... masing-masing ajar ilmu Allah untuk kita semua dapat mengamalkannya....

Ini ada dua tiga orang ostad-ostad, bila mengajar wahabi bla...bla...bla... marilah 40 orang PHD Wahabi,, saya sedia bersemuka... tudia..... cakap depan makmun surau ajalah,,, yang dia berani hasut ajk surau suruh potong nama Ustaz yang dilabelkan Wahabi jangan bagi mengajar lagi kat surau.... itu saja keberaniannya....

Macam inilah, aku nak cadangkan,, kalau ostad-ostad yang rasa tahlil, talkin ni perlu diteruskan, diamalkan,, OKlah,,,silakan,, apakata ostad-ostad ni duduk berdailog, berdiskusi dengan Ustaz yang dilabelkan wahabi tadi,, kita cari titik pertemuan dimana kebenaran berpandukan kitab-kitab hadis.... jangan pakai tok guru saya kata.... kalau nak ikut tok guru saya kata,,, standard ostad-ostad ni sama dengan pengikut arqam sajalah..

Janganlah rasa usaha nak menyingkir Ustaz yang dilabelkan wahabi ni tak berjaya, panggil pulak ostad Abu Syafiq.... jemaah surau pagi tadi pakat-pakat senyum pi seyum mai aja....masing-masing dok tanya,,, budak yang soal tadi anak hang ka....!!!!! ..

Ingatlahlah,, kita umat Islam nak menjalankan amal ibadat kepada Allah sayarat utamanya ialah mengkut sunnah,,, bukan mengikut saranan tok guru saya dulu.... yang keduanya ikhlas..... tak tahulah kut-kut ada cara lain,,, cara yang aku dok belajar itulah...

Baru terjumpa kisah-kisah mengenai ostad cap ayam sekoq ni....

......,

Saturday, August 27, 2011

Nota terbuka kepada Uthman El-Muhammady

oleh : Dr Juanda

Nota terbuka kepada Uthman El-Muhammady

..26 hari sudah berlalu, tetapi ustaz Uthman el-Muhammady masih tidak memberikan respons yang positif terhadap ajakan dialog secara harmoni yang kami usahakan. Padahal dalam Surah al-Nahl ayat 125 Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Seruan Allah SWT untuk "berbahas dengan cara yang lebih baik" adalah seruan Rabbani yang sepatutnya dipatuhi oleh semua insan mukmin yang benar-benar yakinkan ayat Allah SWT.

Jawapan surat beliau yang disiarkan di sini masih menimbulkan banyak tanda tanya kepada kami. Kenapa perlu beliau berselindung di sebalik jubah MKN dan JAKIM? Kenapa dan kenapa?

Jubah mereka itu mungkin "kebal" untuk melindungi sesiapa sahaja untuk menuduh sesiapa sahaja dengan tuduhan yang jahat dan melulu. Tetapi kena ingat Mahkamah Keadilan tetap wujud untuk menilai amal perbuatan manusia.

Mahkamah Allah SWT di akhirat nanti pasti juga akan lebih adil penilaiannya, namun azab siksanya tidak ada bandingan dengan azab siksa mahkamah dunia.

... Empat hari lagi berbaki sebelum Aidil Fitri. Kami masih menunggu dan terus menunggu tanpa jemu agar ustaz Uthman menyahut seruan murni ini. Masa masih ada untuk kita jernihkan keadaan yang keruh.

Jangan kerana kekeruhan keadaan dan tuduhan jahat serta sangkaan buruk sesama mukmin menyebabkan pahala puasa, qiyam, iktikaf dan zakat Ramadan ditolak oleh Allah SWT. Kalau beliau berhajatkan kami membetulkan "kesangsian lama" beliau terhadap mana-mana golongan yang memperjuangkan Islam dan terbukti berjaya dakwah Islamiah mereka, kami sedia membetulkan kesangsian beliau itu.

Salinan PDF surat ini disiarkan dengan niat baik agar semua pihak telus dan tembus terhadap apa yang kami lakukan. Kalau ustaz Uthman mahu menyiarkan surat kami yang dihantar kepada beliau, kami ucapkan; Fal yatafaddal masykuran!

Sila siarkan ia dan terimakasih atas penyiaran itu. Ini dilakukan agar ummah menilai yang haq dan batil dan sejarah mencatatkan bahawa usaha Islah ummah ini mesti dilakukan dan 'kemuncup jalanan' yang menghalang Islah Ummah kepada keaslian asal Islam menurut al-Quran dan al-Sunnah tetap menjadi rutin yang mesti dihadapi oleh setiap penerus dakwah Nabi Muhammad SAW.

Salam Iktikaf Ramadan!

Penulis adalah mufti Perlis

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari