boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, April 9, 2012

Wahabi - Zamihan dan Presiden PAS Haji Hadi Awang

Sebelum ni aku ada posting satu isu bulan Jan yang lalu,,, klik wahabi-lebih-berbahaya-dari-syiah-fatwa.

Nampaknya mereka tak berputus asa, apakah daerah Manjung ni lubuk wahabi...... Ohhh tidak....


Sebaik saja selepas kemenangan PRU12 2008, hangpa tentu ingat, bagaimana isu perebutan AJK Masjid dinegeri Perak, sehingga UMNO mengadu kepada Sultan masaalah masjid mereka tak nak lepaskan,,
Akibat dari rentetan tersebut, boleh dikatakan hampir semua surau atau Masjid ada kuliah-kuliah agama, paling ketara kuliah magrib, tak termasuk kuliah hari minggu dan hari Sabtu..

Alhamdulillah, sekarang Daerah Manjung merupakan pusat ilmu agama disemua masjid dan surau, jadi biasalah,, daripada banyak kuliah itu lahirlah pendapat-pendapat yang sebelum ini tak terfikir atau ahli-ahli jemaah seolah-olah satu perkara baharu,, sedangkan perkara-perkara tersebut memang dah tertulis dalam hadis-hadis sohih,,,,

Maka dari sini timbullah perbezaan pendapat diantara guru-guru agama yang berunsurkan falsafah (kitab kuning) dengan guru-guru agama yang berpandukan salaf...

Jadi biasalah,,, isu kenduri arwah, tahlil jadi panas,, apabila ada ahli kariah menjemput Ustaz yang mengajar di surau mengepalai tahlil, ustaz tersebut menolak untuk melaksanakan tugas tersebut, namun beliau tak melarang pun, cuma tak mahu baca doa., rentetan dari isu tersebut ustaz-ustaz yang hidup cari makan tukang baca doa tahlil, jadi panas,apa tidaknya... dah tukar kereta baru,, nak berbahas atau duduk semeja mencari kata putus tak berani, hanya berani bersuara dalam kuliah atau dalam bacaan kutbah jumaat sahaja...

Perkara-perkara khilaf, sepatutnya kita kena ambik kira, Allah bagi akal yang waras, suruh kita berfikir, janganlah anggap ustaz-ustaz tu semua maksum belaka, Ostad-ostad pun,, janganlah sikit-sikit tok guru saya kata, tambahan lagi kalau ustaz-ustaz UMNO,,panduan umat Islam yang sah hanyalah Al-Quran dan Hadis,, ,

Aku cukup hormat pada seorang Datin di sini, selalu mengikut kuliah-kuliah agama, sering bertanya pada ustaz yang dok mengajar,, sebelum ini beliau dok ikut juga kuliah Ostad Kazim di Masjid Setiawan pada pagi Sabtu minggu pertama,, namun bila beliau dok ikut kuliah hadis yang aku sama-sama dok ikut, kuliah Ostad Kazim beliau dah tak pergi dah,,, beliau boleh menilai dan ambik peluang mana ilmu yang lebiih utama untuk beliau belajar...

Kenapa ada ustaz-ustaz yang dok marahkan pada Wahabi ni, tahukah mereka siapa yang dimaksudkan wahabi tu,,, kenapa sekular yang UMNO dok amalkan mereka diam,,, kenapa ramai pemimpun UMNO termasuk raja-raja melayu yeng terlibat dengan kumpulan Freemason, Lion Club depa tak ambik kisah pun,,,

Sepatutnya Si Zamihan ni pi bantu Dr Hasan Ali,,, tolong selamatkan aqidah melayu yang dah ramai murtad, umat Islam yang mengambil pendekatan apa yang Wahabi amailkan, insyaallah, tak akan ada yang murtad, malah pegangan agidah mereka terhadap Islam akan bertambah kukuh....

Tak payahlah isu-isu khilafiah ni kita dok bincang, bagi aku siapa rasa dah duit banyak sangat, berlebihan,,, nak belanja orang makan, nak tunjuk hebat dengan mengadakan kenduri tahlil silakan,, kalau panggil aku pi makan, aku akan pi kalau ada masa,,
Yang perlu kita fikir bagaimana nak halang UMNO berkuasa lagi,, semua ni adalah hasil dari pemerintahan UMNO yang sebelum ini mengaku mereka menjaga Islam,, habis umat Islam terkeliru...
Bila umat Islam bertelagah isu wahabi, isu biadaah, itu yang buat UMNO seronok sangat,, segala kemungkaran yang mereka lakukan kiita abaikan..

Senang cerita hangpa layan video kat bawah ni,, ada Tuan Presiden PAS sebut bab wahabi ni,,,



Jadi nak percaya yang mana.... Tuan Presiden PAS atau Zamihan yang aku pasti ia datang dari UMNO....tentu hangpa kata aku sengaja buat andaian,,, lihat sendiri jawatan yang ia sandang di dalam banner tu.......


15 comments:

  1. Dalam perkara khilaf kita haruslah berlapang dada tetapi lain pula dalam hal-hal bidaah yang perlu diterang supaya pengamalnya meninggalkan amalan -amalan bertentangan dengan sunnah.
    Sunnah lawannya bidaah manakala khilaf ada kelonggaran untuk memilih pandangan imam-imam mazhab supaya kita jangan taksub.

    ReplyDelete
  2. MM...ustaz nih perasan jah bagus, tak laku kat Lembah Kelang. ada berani ka komen kebobrokan UMNOBN. spesis mmg gemar dok cop mengecop orang, mcm la dia sorang ka ASWJ. satu lagi awas dgn sorang yg ngaku ustaz tp ilmu sekerat tiang (orang manjung Fasa 1 tp buat perkampungan di Selangor), dia ni pun kaki hentam wahabi..dulunya pentaksub Arqam. kim salam kat sifu MM

    ambo oghe KL tp asal Manjung.

    ReplyDelete
  3. Sebab tu Islam mewajibkan muslimin dan muslimatnya belajar menuntut ILMU....dengan ilmu kita akn dapat tau yg mana BENAR atau SALAH... terima kasih kpd tuan MM kerana masukkan petikan ceramah TG Hj Hadi..

    ReplyDelete
  4. bahagian politik ada yg tukang terangkan
    bahagian wahabi ada yg tukang terangkan

    kalau tak puas hati bila ceramah dia ( zamihan ) duduk depan2 dan tanya la bila dia bukak soalan.... kalau rasa bukan ahli lebeh baik diam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 11.43......dia mana berani buka soalan lepas kuliah? isu rasuah. buang anak, riba & pelbagai lagi masalah sosial bukannya isu politik. anda kena faham status ASWJ seblum nak hentam orang lain ( dah abis ke ngaji kita aqidatul najin, kalau belum abis jgn byk cerita bro!!)

      ambo oghe KL tp asal Manjung

      Delete
    2. kalau dia x bukak soalan mintak la izin utk bertanya....apa susah sangat.... kalau dia tanak jawab bagi tau tak payah jadi ust kalau tak brani menjawab....setakat brani kat alam maya jer tp x brani berdepan buat apa?kalau bole rakam & tepek kat FB ke tweeter ke blog ke....

      Delete
    3. Yang aku tahu, puak2 wahabi ni la yg rajin bincang hal2 khilaf...
      amal orang lain bidaah belaka, padahal yg beramal tu pon ada hujah depa jugak...
      puak2 wahabi ni la paling suka suruh org lain berlapang dada tapi depa sendiri taksub dgn pendapat ulama2 depa...
      dan kalau lu org tgk, ustaz2 wahabi ni la jadi pendokong ulama muda umno....
      zamihan mm org kjaan, tapi semua org kjaan ke sokong umno?
      yg aku tahu fathul bari tu la penyokong umno tegar....

      Delete
    4. ha ha... selama nih dah lebih drp 50thn, beratus ulama bukan wahabi dah kenyang duduk dlm umno, wahabi tak kecoh pun... baru 40 org wahabi masuk umno, dah nak kecoh ker bro? (kalau kata betul berlapang dada> sesekali tak duduk baca talkin, apa salahnyer dan xperlu ler nak kecoh satu kampung mcm hari nak kiamat)talkin dah jadik mcm rukum kebumikan mayat ler pulak... (tumbangkan umno-sambil-sambil tu kita menuntut skit-skit perbandingan mazhab agar tak bercelaru dan tuduh menuduh... kan sempoiiii)

      Delete
  5. memang tepat sekali, PAS parti sesat. sbb sokong peliwat dan kaki zina angkat jadi ketua.

    ReplyDelete
  6. SDR MM,SY HAMPIR SABAN HARI BACA INPUT-INPUT DALAM BLOG TUAN BERKENAAN POLITIK KITA,TUAN MEMANG BIJAK,DAN SY RASA INI ANTARA BLOG YG MENDEDAHKAN SEGALA KEPINCANGAN KERAJAAN BN,CUMA DISINI SY TERKILAN DENGAN TUAN BERKENAAN ISU WAHABI,TUAN MEMBEZAKAN ANTARA GURU-GURU KULIAH YANG MENGAJAR ADA ANTARANYA MENGAJAR HADIS SOHIH DAN KITAB KUNING YANG TUAN KATAKAN SEBAGAI FALSAFAH,TUAN,DISINI SY INGIN BERKONGSI SEDIKIT PENGALAMAN SY SEPANJANG SY BELAJAR,13 TAHUN DI PONDOK PATANI,4 TAHUN DI JORDON,2 TAHUN DI SYIRIA,1 TAHUN DI DARUL IFTAK MESIR,DENGAN SEDIKIT ILMU INI, SAYA KIRA SEKURANG-KURANGNYA DAPATLAH SY BEZAKAN YANG MANA KACA YANG MANA PERMATA,YANG MANA SESAT,YANG MANA BETUL,YANG MANA KHILAF,TUAN MENGHINA KITAB KUNING DENGAN BELAJAR HADIS SOHIH,SEDANGKAN TANPA KITAB KUNING INI TUAN, BAPA TUAN,NENEK TUAN .MOYANG TUAN TENTU TAK PANDAI SOLAT,TAK PANDAI HUKUM BATAL SAH SOLAT,NIKAH KAWIN N SEBAGAINYA,SEBAB APA KERANA HADIS SEBAHAGIAN BESARNYA MEMERLUKAN KEPADA PENGISTIMBAT HUKUM,TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAFAZ ZAHIR SEMATA-MATA,SO TANPA ULAMA'KITAB KUNING INI MANAKAN KITA FAHAM TENTANG SESUATU HADIS ITU MELAINKAN DENGAN IJTIHAD IMAM MUJTAHID MUTLAK YANG 4,SO DALAM KITAB KUNING ITULAH DIAMBIL DARIPADA HASIL IJTIHAD IMAM MUJTAHIDIN DAN MURID-MURID MEREKA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Anoni 0452,,

      Terima kasih kerana sudi membaca blog saya, saya minta maaf diatas apa yang saya tulis kalau mengguris perasaan saudara,, tiada niat dihati walau sebesar biji sawi saya nak menghina kitab kuning,,, tiada sekali,,,

      Apa yang saya nak sampaikan sikap seorang dua ostad-ostad yang mengajar kitab kuning tidak boleh berlapang dada dalam isu khilaf ni,, itu sahaja,,apa yang ostad-ostad ni lakukan,, kumpulan mereka sanggup menghalang ustaz yang nak mengajar hadis di surau dan masjid...apakah syurga tu hak milik mereka sahaja...,

      Saya tak seperti saudara,, bersekolah pun hanya sekadar tingkatan 5 shj,,, saya sendiri pun dari asalnya belajar kitab kuning,,, bermula di Pondok Sungai Petai Changkat Ibol Taiping sejak tahun 1985, kitab akidahnatul najim, minhaj abidin, mataalbadrain, saya ikut kuliah tu sebulan sekali sehingga sekitar tahun 1999, disebabkan faktor masa dan anak-anak nak kena hantar balik ke asarama kuliah tersebut saya terpaksa berhenti,,,

      Tapi pengajian kitab Minhaj Abidin yang diajar oleh Ustaz Sidik Nur, Darrus Samin oleh Ust Rizam Ghazaly Hasbullah saya masih belajar sebulan sekali,,Alhamdulillah dari apa yang saya belajar saya dapat mengambil pendekatan yang cukup bernilai untuk mengerjakan amal ibadat terhadap Allah.

      Apa kuliah pun saya ikut, yang penting Ustaz tu fikrahnya kepada Islam,, tetapi saya cukup tak suka bila ada ustaz-ustaz yang dok kondem kata ustaz ni wahabi, sikit-sikit bidaan,,

      Saya cukup menghormati ustaz-ustaz yang ikhlas nak bagi ilmu,,, dan saya juga cukup meluat bila lihat ada segelintir ostad yang cuba nak mengambil kesempatan,,, saya dah berumur 51 tahun kalau ikut tahun masihi,,, kalau tahun hijrah dah tentu lagi lebih,,, insyaallah,,moga-moga Allah Subhanahu wataalah akan sentia memberi petunjuk dan jalan yang benar kepada saya sebagai hambanya yang kerdil lagi lemah ini..

      Wallahhuaklam..,

      Delete
    2. sama-sama ada tuan guru/pengikut yg ada kelemahan dan kelebihan akhlak yg tersendiri...selagi tergolong dalam ASWJ, tak perlu letak banner utk bergaduh atau menyerang fikrah ASWJ yg lain dan cukuplah dgn hujah ilmiah sahaja.
      Yang pasti kekurangan sikap segelintir jangan kita rangkap semua. Kita berjuang mintak pilihanraya adil dan bersih> tapi majlis ilmu di surau/masjid siap boleh cantas mencantas pengajian yg tak ikut selera kita walaupun ianya tidak bertentangan dgn ilmu alquran dan hadis... kalau ASWJ kena cakap serupa bikin yaa akhi...

      Delete
    3. "Setiap percakapan seseorang boleh diambil atau ditolak,melainkan dari Baginda SAW". Kalau tidak puas hati,tetapkan tarikh,tempat dan masa.Kita bermuzakkarah dengan ilmiah. SYEIKH RAMZI ASSALAFI.

      Delete
  7. sabda Rasulullah yang bermaksud....diakhir zaman umatku akan berpecah kepada 73 firqah. 1 sahaja yang selamat membawa iman iaitu ...Ahlussunnah Waljamaah. Fikir-fikirkanlah sahabat.

    ReplyDelete
  8. satu firaqah yang selamat membawa iman ialah Ahlussunah WalJamaah.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari