Kalau sumber berita yang datang terutama sekali dari Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Malaysia Insider, tentu akan ada pihak yang kata ini ahkbar pro pembangkang, berita berat sebelah,,, Sekarang hangpa baca sendiri apakata wartwan dari Berita Harian Singapura...
LUAR NEGARA
CATATAN WARTAWAN
Bagai terperangkap dalam medan perang
Oleh
Darwis Said
BAGAI berjuang di medan perang.CATATAN WARTAWAN
Bagai terperangkap dalam medan perang
Oleh
Darwis Said
Bezanya, dalam suasana perang, kita boleh bertindak membalas serangan musuh.Dalam suasana yang kami - saya dan jurugambar, Taufik A. Kader - hadapi pula ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0, ia ibarat 'durian dengan mentimun'.Nyawa kami dan puluhan ribu peserta perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 di kawasan berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bagai nak putus apabila kawasan itu diselimuti asap putih gas pemedih mata menyesakkan nafas yang dilancar pihak polis dan suasana huru-hara akibat kejadian itu.
Anehnya, berbeza daripada suasana perhimpunan sulung dan kedua Bersih pada 2007 dan tahun lalu, kali ini pihak wartawan, selain para peserta Bersih 3.0, turut menjadi buruan dan sasaran 'ancaman' pihak berkuasa yang bertugas.
Ketika saya cuba melarikan diri daripada dicengkam kesan gas pemedih mata dan bimbangkan keselamatan rakan saya itu - yang terpisah ketika tembakan dan semburan gas pemedih mata dan cecair kimia ditujukan ke arah peserta perhimpunan - saya terserempak kira-kira lapan hingga 10 orang anggota polis sedang membelasah seorang pemuda berusia 20-an tahun yang longlai di sebatang lorong penghubung Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan Jalan Masjid India.
Ketika itu, beberapa orang polis yang menyedari percubaan saya dan seorang jurugambar media asing untuk merakamkan insiden itu meluru ke arah kami lalu mengancam dengan kata-kata:
'Awas, jangan ambil gambar! Nanti aku pecahkan kamera kau!'Dengan pantas kamera peribadi saya ditepis dengan ganas dan terjatuh ke tanah, manakala saya dapat menangkis percubaan seorang lagi anggota polis daripada merosakkan kamera jurugambar media asing itu. Mujur kamera saya tidak rosak.
Namun, beberapa wartawan lain - asing dan tempatan - turut mengalami nasib sama.Mereka diancam, dimarahi, ditahan dan disoal siasat, serta kad memori kamera dan dokumen media dicampak polis dengan kasar.
Sementara itu, Taufik terpaksa berlindung di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menjadi sasaran lima tembakan gas pemedih mata.Lega hati saya mendapat tahu beliau selamat selepas entah beberapa kali dihubungi.Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bagaimanapun berkata pihak polis bertindak profesional ketika menangani episod huru-hara itu.
Hakikat suasana sebenarnya amat mengelirukan kerana sesiapa sahaja di kawasan Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar stesen LRT Masjid Jamek dan Jalan Raja Laut berpotensi menjadi sasaran anggota seragam biru.
Emosi manusia memang boleh mencapai tahap bahaya, jika ia dibiarkan didorong oleh naluri keganasan haiwani kita dan hilangnya sikap peri- kemanusiaan di kalangan kita.
Sumber Link : http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/
Sekejap tadi berita radio Sinar FM, jam 7 pagi, PDRM akan menyediakan Video sebenar bagi nak menolak kekerasan Polis di BERSIH 3,0... buatlah berita apa pun, kalau ada yang nak percaya pun, ahli dan pencacai UMNo sahajalah,, sedangkan persepsi negera luar ... lu orang boleh nilai dengan berita diatas..
Aduhai.. Bilalah Najib nak bubar Parlimen,,, sebelum ni dok sok sek sok sek kononnya selesai sahaja Pertabalan Agung, Parlimen akan bubar...tetapi dah berapa lama dah pertabalan agung... Apakah Najib belum mendapat ilham.....
Najib tak ada punai !!!
ReplyDeletePRU Ahad 10 Jun, selepas lawatan terakhir Najib di Sabah. IPTA dah pun diberi maklumat tentang perkara ini, bagi menangguhkan sebarang jadual pengajian. Semua VC IPTA dah dimaklumkan.
ReplyDeletepolis dah mcm samseng. nasib baik rakyat malaysia masih ada sikap sopan-santun (takut?). kalau benda ni terjadi di indonesia atau thailand hehehe ntah laaaaa.
ReplyDeletetunggu keadaan 'aman', rakyat 'kenyang' dgn bantuan segera, PR bergolak dan pemimpinnya bercakaran!!
ReplyDeleteOrang yang merusuh tu semuanya memang sial haramjadah punya manusia, tak tau menghormati negara, si bloger celaka bershit ni tak tunjuk pulak sampah sarap yg ditinggalkan, kata bershit sangat. Mereka ni memang tunggu supaya polis bertindak, konon nak jadikan macam Dataran Tahrir, SYABAS pihak polis, perkara ini tak terjadi. Sepatutnya ISA tak perlu dibubarkan, sumbat je orang-orang macam nie ke dalam LOKAP ISA. Kecik-kecik tak nak MAMPOS.
ReplyDeleteko x g banyak lak bunyi..senyap sudey..
Delete