Allhamdulillah...
Bermula secara tak formal, aku bertanya pada blogger Otai Mat Saman Kati MSK sehari selepas majlis perayaan tahun baru Cina (CNY) di Stiawan Februari lepas,
Hasil dari itu tindakan segera MSK dengan beberapa orang sahabat yang lain telah berjaya mengadakan Retreat Blogger Perak di Teluk Senangin pada 9 dan 10 Mac lepas di Teluk Senangin Lumut Perak,,, dalam masa retreat tersebut dum-dam dum-dam,,, persetujuan pun di capai dengan kata sepakat satu Media Portal akan di lancarkan...
Maka petang tadi, jam 5 petang Nizar selaku Ketua Pakatan Rakyat Perak telah menyempurnakan tugas dengan merasmikan pelancaran tersebut.
Sepatutnya aku pun kena hadirkan diri juga di majlis pelancaran tersebut,, tetapi oleh kerana ada perkara yangtak dapat aaku selesaikan,, maka sahabat-sahabat yang berkemampuan sahaja turun ke Ipoh untuk melaksanakan misi tersebut.
Dengan pergabungan beberapa orang blogger dari seluruh Perak, facebooker, pakar Utube, Insyaallah, Media Perak akan menyampaikan maklumat dengan lebih terperinci dan tepat mengenai apa saja berita-berita sama ada dari negeri Perak dan juga dalam negara...
Moga-moga jalinan atau pergabungan blogger-blogger dan facebooker (boleh lihat http://mediaperak.com/team-mediaperak/ ) Media Perak kalau pun tak dapat menyaingi Malaysiakini atau MalaysiaToday,, dapat menjawab tohmahan dari PerakToday pencacai Zambry... dah kira cukup baik,
Yang penting maklumat terkini, tepat dan berfakta dapat menjadi panduan buat rakyat Perak dan mengembalikan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti... Insyaallah.
Aku dengan rendah hati memohon kepada semua rakan-rakan blogger yang seangkatan (pro Pakatan) dapat linkkan URL MediaPerak untuk kemudahan semua pengunjung blog...
Media Perak..... Menggalas Harapan Rakyat....
Tahniah semua... Teman sokong dari jauh...
ReplyDelete