boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, April 12, 2012

Nak kenal wajah ketua gengster "Man Kuchai" ..

Bersama-sama membantu mencegah jenayah…




BANDUAN YANG MELARIKAN DIRI

Pada 6hb. April 2012, jam 0800 pagi, maklumat telah diterima daripada anggota bertugas di Lokap, Mahkamah Jalan Duta, Sentul, Kuala Lumpur mengenai kehilangan seorang tahanan yang baru di ambil dari tahanan reman Penjara Sg. Buloh, Selangor, untuk proses perbicaraan di Mahkamah Sesyen No. 7 Jalan Duta Kuala Lumpur.

Siasatan mendapati pada hari kejadian, seramai 45 orang tahanan reman telah diambil dari Penjara Sg. Buluh, Selangor untuk proses perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Sebaik kesemua tangkapan tiba di lokap Mahkamah Jalan Duta, anggota bertugas telah menjalankan proses saringan mengikut kes Mahkamah termasuk menguruskan penyimpanan barang-barang serta beg tahanan ke dalam almari besi, semasa itu anggota bertugas telah menyedari salah seorang tahanan telah tidak ada dan gagal dikesan.

Tahanan yang telah melarikan diri, merupakan tahanan yang merbahaya kepada keselamatan dan ketenteraman orang awam. Berdasarkan rekod polis tahanan ini sepatutnya dibicarakan bagi (4) kesalahan jenayah melibatkan kes;-

1. Rompakan menyebabkan kecederaan kepada mangsa berhubung kesalahan di bawah sek. 394 Kanun Keseksaan menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang dirompak bersangkut Cheras rpt: 1457/2012;

2. Rompakan dengan menyamari sebagai pegawai polis berhubung kesalahan di bawah sek. 395/170 Kanun Keseksaan bersangkut Salak Selatan rpt: 3278/11;

3. Rompakan dengan menyamari sebagai pegawai polis berhubung kesalahan di bawah sek. 395/170 Kanun Keseksaan bersangkut Pantai repot: 9903/11; dan

4. Rompakan bersenjata sek. 395/397 Kanun Keseksaan berkaitan Petaling rpt: 5609/11.

Tahanan yang melepaskan diri ini juga merupakan ketua bagi “ Kumpulan Man Kuchai” yang aktif melakukan rompakan menyamar sebagai pegawai polis, merompak kenderaan mangsa dengan menggunakan modus operandi langgar belakang, termasuk merompak dikedai-kedai yang beroperasi 24 jam disekitar daerah Brickfieds. Di dalam beberapa siri kejadian rompakan Tahanan ini juga dikatakan pernah menunjukkan senjata pistol kepada mangsa-mangsa yang dirompak. Tahanan ini merupakan seorang yang ganas sanggup mencederakan mangsa semasa melakukan rompakan, termasuk melanggar belakang kereta mangsa semasa melakukan rompakan. Tahanan ini juga pernah ditangkap berhubung kesalahan dibawah Sek. 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, bersangkut Dang Wangi rpt: 19542/04.

Melalui sidang media ini, pihak polis menyeru orang ramai yang mengenali atau terjumpa dengan suspek yang berjaya meloloskan diri iaitu;-

Nama : MOHD. REDZUAN BIN ABD. RAHMAN
My kad : 801213-05-5591
Umor : 32 Tahun
Alamat: 2-07-7, Jalan 7/116B, Kuchai Enterprenurs Park
58000 Kuala Lumpur.

Untuk tampil memberikan maklumat atau menghubungi Rakan Cop melalui telefon no: 03-21159999.

Pihak polis juga ingin mengingatkan orang ramai atau ahli keluarganya supaya jangan sesekali melindungi suspek yang meloloskan diri ini, kerana perbuatan ini merupakan suatu kesalahan di bawah sek. 216 Kanun Keseksaan, suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara ¼ tahun daripada hukuman berhubung pertuduhan kerana merompak serta boleh juga didenda.

Sumber gambar : .facebook.com/photo.



No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari