boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 21, 2012

Malam Jasamu di Kenang... Apa jasa Tan Sri Mohamed Noah?Tokwan

Apa yang aku sedari, suratkhabar Mingguan Malaysia yang lepas, hampir satu muka menceritakan jasa mu di kenang Tan Sri Mohamed Noah,, Tak cukup dengan Akhabar, TV RTM, asyik dok ulang iklan kisah yang sama, maka malam tadi aku sempat juga tengok temuramah TV anak dan cucu-cucunya....   





Siapa Mohamed Noah Omar ni, entahlah, aku cuma dengar kisahnya kira baru lagi,,, dalam 20 tahun yang lalu, sebab mamat ni kisahnya tak ada dalam buku sejarah yang aku dok belajar... Tau-tau semenjak Najib jadi PM, kisah tok wannya disiarkn dengan secara meluas,,, kenapa... malas aku nak ambik tau,, lantak pilah, dia PM,,, hak dia apa saja yang dia nak cerita.... 

Cuma sekejap tadi aku terbaca kisah orang yang sama,, ya... kisah tok wan Najib,, kisah ni tak pula dicerita di TV atau akhbar perdana,, jadi tak adillah aku kalau tahu seorang diri saja,, perkara yang baik niperlu disebarkan kepada semua,,, sebab jasanya nak dikenang.... 

aku salin copy paste balik kisah atau memori ni... 

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
Tuesday, June 19, 2012 Posted by Roslan Alan

Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.

Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.

Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. 

Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.

Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.

STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.

Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.

Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..

Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. 

Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.

Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong.

Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.

Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. 

Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.

Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. 

Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

Pada April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. 

Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. 

Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. 

Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. 

Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong

sumber: Laksmana Bukit Bintang

Sumber aku ambik http://www.facebook.com/media/set   

Komen - Jadi tak hairanlah... satu ketika dulu Najib bercadang nak keluarkan lesen judi bole sepak piala dunia... cucu tokeh judi....


12 comments:

  1. patutlah senang2 rakyat diperjudikan ... cucu judi

    ReplyDelete
  2. Bhai MM....

    Hahahaha.... tak dapek den nak kato apo.... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. ermm.. semoga di sempat bertaubat sebelum ajal.

    boleh bayang tak korang, kabinet luluskan lesen judi dlm masa 6jam? mcm sial

    ReplyDelete
  4. Posting ni dah cikgu lingkan kedalam blog cikgu pencen

    ReplyDelete
  5. satu tragedi malang rakyat satu malaysia.

    ReplyDelete
  6. Jika benar bagai dikata..beliau org terakhir sekali dipanggil megadap ALLAH dipadang mashar..huhuhu xsdap

    ReplyDelete
  7. Wujud ke buku tu main petik je?

    ReplyDelete
  8. Sejarah akan berulang dan masa dah nmpk nak tiba...ayuh Melayu..jgn tgguh utk brusaha kpd kmjuan dnia akhirat...kekalkn iman dn amal mnuju redha Ilahi

    ReplyDelete
  9. Saya nk cb mohon lesen judi kerbau di Kuala Pilah...mohon Kabinet kayu blh pecahkan rekod kelulusanbdlm masa 5 jam

    ReplyDelete
  10. sy prnh baca buku nihh.dgn bantuan melayu nihlah.lim goh tong mudah mndapat kelulusan mbgunkan genting.bkn mudah utk seorang imigran dr tnh bsr china utk proek sbgini..dan ini diakui sndiri oleh lim goh tong

    ReplyDelete
  11. Datuk Bg mkn ank bini ..cucu cicit hasil duit judi..patut lah perangai ank cucu serupa org kapir

    ReplyDelete
  12. Segala perbuatan dan kelakuan pemimpin dahulu memberi kesan kepada generasi sekarang dan perbuatan dan kelakuan pemimpin sekarang memberi kesan kepada generasi akan datang. Ayuh generasiku..lakukan perubahan. Jangan ditipu oleh pemimpin syaitan yang bertopengkan manusia.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari