boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 4, 2014

Adoi... Presiden Ceupacs Azih Muda baru nak berakal!...

Memalukan sungguh, sapa yang lantik mamat ni jadi Presiden,,, Baru sebulan lebih...

Baca yang mula...

Penjawat awam sertai demo GST pengkhianat


JITRA - Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.
    
"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan...jadi suka atau tidak mereka perlu akur.
    
"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  
    
Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan GST hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.

"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.
    
"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.
    
Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.
    
"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga.

"Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya. - Bernama


Tapi hari ini .......

Potong gaji cukai tambahan, tak kena masa

AZIH MUDA

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) bermula 16 Jun ini sebagai tidak kena pada masanya dan hanya menambah beban kepada penjawat awam.

Presidennya, Azih Muda berkata, kaedah Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) sedia ada sudah cukup memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja ini yang menjangkau 1.4 juta orang.

"Cuepacs merasakan (PCB) yang sedia ada kepada penjawat awam masih belum selesai. Mereka dipaksa bayar awal kepada LHDN dan selaraskan kemudian. Kalau terlebih bayar, lambat pula dipulangkan.

"Kami merasakan dengan kekangan kos yang semakin meningkat dan pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Jualan) tak lama lagi, kerajaan (seharusnya) mempertimbangkan pelepasan cukai pendapatan sehingga gaji RM8,000 dalam bajet 2015," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam LHDN mengeluarkan kenyataan berhubung Arahan CP38 kepada majikan bertujuan melunaskan tunggakan cukai sedia ada. 

Dalam kenyataan itu, LHDN berkata arahan itu akan dikenakan kepada 156,158 pembayar cukai individu melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.

Mengulas lanjut, Azih berkata lebih wajar jika tindakan itu ditangguh dan diperhalusi dahulu serta difikirkan semula sama ada ia benar-benar sesuai untuk dilaksanakan.

"Kerajaan minta tingkatkan produktiviti, prestasi, tetapi pada masa sama memberi tekanan kepada mereka.

"Sedangkan golongan penjawat awam terpaksa memikirkan pasal harga rumah yang mahal, pendidikan anak-anak, kos sara hidup meningkat dan sebagainya," katanya. - Bernama


Kenapa bila dah berlaku semua baru nak bersuara,, baru nak mengeluh GST,,, ahli Ceupacs nak demo nak ambik tindakan,,, phuiii,,, pi jadi MT umno la... jangan jadi Presiden Ceupacs..





20 comments:

  1. Sebenarnya semua Presiden CUEPACS yg sekarang dan sebelum ini kecuali Allahyarham Ahmad Nor adalah hampeh kerana jadi belaci kpd kerajaan yg menindas rakyat termasuk anggota sektorawam. Nak hairan apa kalau Azih Muda ni jadi macam tu. Dia jadi Presiden pun macam BN menang dlm PRU 13 lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok pun. Kalau tidak selama ni menyusahkan pekerja swasta je. Tiap kali buka mulu mintak duit.
      Pekerja swasta dan orang kampung jugak susah. Sebab harga barang naik.

      Delete
  2. Eh kan duit kutipan gst nanti bolih mintak naikan pangkat..ke elaun ke..hmmm..

    ReplyDelete
  3. 10 kebaikan GST

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10kebaikanGSTdinikmatisemuagolongan/Article/index_html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gst baik napa nak tggu 2015. Benda baik harus disegerakan supaya rakyat cepat menikmatinya. Ni nak habis berjuta RM utk menerangkan pada rakyat.

      Delete
    2. Apa kejadah kebaikan nya bhai.lu cerita sama gua.lu beli baju/seluar dikenakan cukai 6%.bilamana pula lu akan terima faedah nya.apakah pakaian lu beli tu akan turun harga nya setelah dicukai 6%.cukai tu semua hanya la untuk kenikmatan anggota kerajaan mentedarah duit lg.kemon bhai.alasan perbandingan dengan negara luar oleh be end hanya lah perbandingan tolol dari menteri tolol.tu kata madey ler.apakah perlu lu ikut ketololan itu.

      Delete
    3. woi ikatbata.lu tak sedar ke yang juragan 69 tak pernah pakai seluar dan baju.dia pakat cawat je.cawat tak kena GST.kah.kah.kah

      Delete
  4. pokemak punya presiden,makan gaji buta....ko jd presiden cadbury lg bagus,benak tak bertempat

    ReplyDelete
  5. PERJAWAT AWAM tak boleh lawan Kerajaan walaupun:
    - tanah simpanan Melayu telah bertukar milik kebangsa asing
    - rasuah berleluasa
    - kenaikan kos sara hidup
    - walau pun ditipu
    - hutang negara berbilion ringgit
    - walaupun CUEPACS mempunyai pemimpin yg TOLOL

    ReplyDelete
  6. Macai.... Mana ada yg cerdik...

    ReplyDelete
  7. Haluuuuuuu. .........

    Presiden mangkuk hayun....siapalah undi sitenuk ni jdi presiden...hbt dri segi klayakan mmg hncur hnya cc jer jwatan....pmikiran mngalahkn tukang kebun ......lbih truk dri anjing hindu d ldang .....pueee

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih kih kih...

      Masa mengundi ko pigi mengeteh...

      Dapat la presuden cenggini!

      Delete
  8. Dulu alignment tak betul, sekarang balancing pula lari. Tu yg jalannya senget padan dgn dacing senget. Kalau tak hidu gam, kaki minum air ketum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nie terlebih DNA UMNO/BN lah tu.....hihihihi

      Delete
  9. Pretty component of content. I simply stumbled upon your blog and in accession capital to say that I get actually loved account your blog posts.
    Anyway I'll be subscribing in your feeds or even I achievement you access consistently fast.


    my blog post :: emergency flood damage repair services Nashville TN

    ReplyDelete
  10. If you wash with mouth wash or other mouth rinses, you will end up more likely
    to get those particles out of your mouth before they can lodge inside the soft tissue areas.
    There are many myths that have been floating around the internet about cures for tonsil stones.
    With the help of a good mouth wash you can not only curtail the bad breath problems but
    can also diminish the influence of tonsil stones.

    Visit my website; how to get rid of tonsil stones at home

    ReplyDelete
  11. will you fall in love with each and every person who looks and
    acts exactly that way, too. You have to live where there are no other road users.
    If you join him, one of the advantages that you'll have is being able to understand they psychology
    behind marketing.

    My web blog: Frank Kern

    ReplyDelete
  12. Hi, There's no doubt that your web site could possibly be having web browser
    compatibility issues. Whenever I look at your blog in Safari,
    it looks fine but when opening in I.E., it's got
    some overlapping issues. I merely wanted to provide you with a quick
    heads up! Apart from that, wonderful site!

    Here is my weblog :: Phen375

    ReplyDelete
  13. Kalau nak bodekpun bodek la tapi jangan pijak orang dibawah untuk, menjadi terkenal. Memang banyak orang melayu tak kirala apa parti sekali pun semua amat teruk. Tambahan pula meleetak hukum Allah di belakang, Manusia akhir zaman katakan, Dahulukan dunia ketepikan akhirat.

    ReplyDelete
  14. gaji kakitangan awam pada masa ini memang sangat rendah. ambil contoh mudah la. engineer swasta gaji lebih 6K. tapi engineer dalam perkhidnatan awam baru tak sampai 4K termasuk elaun. kerani cabuk dengan kelulusan SPM pun gaji permulaan baru RM 930. campur elaun pun dalam RM 1500. majoritinya tak ada kerja lebih masa. dengan gaji sebanyak tu, mmg ternyata jauh dibawah kadar kemiskinan yang ditetapkan MAIWP. majoritinya juga adalah penerima BRIM yang layak tetapi tak layak berumahtangga kerana tidak berkemampuan dari segi zahir. tambahan pula apabila isteri adalah surirumah sepenuh masa. maka tak hairan ramai penjawat awam yang berjawatan rendah, penyumbang kepada jumlah penceraian terbesar di malaysia. majoritinya juga adalah melayu/bumiputera yang beragama islam yang konon nasib mereka ini dibela oleh UMNO, pemerindah alam melayu ini. aku sebagai penjawat awam, tak tahu nak berharap/percaya kepada sesiapa lagi. baik presiden CEUPACS mahupun presiden UMNO dua-dua pun sama. hanya mengejar pangkat dan kedudukan. kat dunia ni, memang diaorang boleh bully penjawat awam ni. akhirat esok, diorang akan tahu kat mana kedudukan diorang.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari