boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, November 17, 2014

Jom pakat-pakat baca,, lepas tu fikiaq dengan akal yang waras...

PKR - P-arti K-hianat R-akan .................
SIPNOSIS PENGKHIANATAN SEBENAR YANG DILAKUKAN ANWAR IBRAHIM DAN PEMIMPIN PKR ..........
HARAP ORANG PKR BACA SAMBIL BERFIKIR GUNA AKAL YANG WARAS ....BUANG SEKETIKA PENYAKIT TAKSUB KETIKA MEMBACA....


Pelik bin ajaib! Anwar dan Wan Azizah buat taik, Datuk Seri Hadi Awang dan PAS yang kena!
Sekarang ini gambaran diberi dalam krisis MB Selangor seolah-olah Datuk Seri Hadi dan PAS yang jahat! Khianat pakatan! Tiada semangat setiakawan! Pecah amanah perjanjian persefahaman! Dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada Datuk Seri Hadi dan PAS.
Helo...helo...siapa yang buat taik? Siapa yang khianat? Siapa yang tidak amanah? Siapa yang tiada semangat setiakawan?
Bukan Anwar-Azizah yang buat taik? Bukan Anwar-Azizah yang khianat? Bukan Anwar-Azizah yang tidak amanah? Bukan Anwar-Azizah yang tiada semangat setiakawan?
Tan Sri Khalid Ibrahim, sebelum menyertai PKR dan menyokong Anwar-Azizah adalah seorang tokoh korporat yang berjaya. Kehebatan beliau diakui bukan sahaja oleh Malaysia, malah ke peringkat antarabangsa. Cuba dengar sendiri ucapan-ucapan Anwar, Azizah dan ramai pemimpin PKR semasa Pilihanraya Kecil Ijok dan PRU 12 dan PRU 13 - bergantang-gantang pujian mereka terhadap ketokohan Tan Sri Khalid.
Beliau arkitek pembangunan ekonomi dan kewangan Melayu semasa menerajui Permodalan Nasional Berhad. Dibawah kepimpinan beliau, ekonomi dan kedudukan kewangan Melayu melalui sekim-sekim PNB seperti ASB, ASN, dan banyak lagi tabung amanah berkembang hebat.
Semasa menerajui Kumpulan Guthrie, beliau berjaya membawa Guthrie daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam sektor perladangan kepada konglomerat pembangunan hartanah. Lihat sahaja pembangunan Bukit Jelutong Shah Alam. Berapa ramai anak Melayu berjaya memiliki hartanah bernilai tinggi hasil perancangan hebat Tan Sri Khalid.
Namun Tan Sri Khalid meninggalkan itu semua untuk memberi sokongan kepada Anwar-Azizah yang pada masa itu sudah tercungap-cungap. Atas semangat setiakawan dan persahabatan, Tan Sri Khalid bersama seorang lagi tokoh korporat Datuk Seri Zahrain Hashim (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang masa itu) meninggalkan kemewahan dunia korporat dan bergelumang bersama Anwar-Azizah.
Pada masa itu, iaitu pasca PRU 11 - 2004, PKR dipukul teruk dalam PRU. Gelombang kebangkitan UMNO-BN dibawah pimpinan Tun Abdullah menyebabkan PKR hanya tinggal satu kerusi - Permatang Pauh. DAP juga bungkam dengan Karpal dan Kitsiang juga tinggal menggigit gusi dan gigi.
Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan menghadapi PRU 12 - 2008, Anwar-Azizah dan pembangkang perlukan suntikan baru. Kemasukan Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Zahrain melonjakkan keyakinan rakyat bahawa ada harapan dengan pakatan pembangkang.
Maka PKR bersama PAS dan DAP menyertai PRU 12 - 2008 dengan menukar nama baru daripada Barisan Alternatif kepada Pakatan Rakyat dengan membawa slogan Harapan Baru.
Dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor dan Datuk Seri Zahrain Hashim di Pulau Pinang, PKR bersama Pakatan Pembangkang berjaya dalam PRU 12 -2008 dengan menawan Selangor daqn Pulau Pinang dengan majoriti selesa walaupun tidak dua pertiga.
Tan Sri Khalid dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dengan kepimpinan ala-korporat yang berjaya mebawa keyakinan rakyat Selangor khususnya dunia korporat bahawa ada harapan untuk maju di Selangor.
Kepimpinan Tan Sri Khalid telah berjaya mengemudi PKR dan pembangkang di Selangor sehinggakan dalam PRU 13 - 2013 pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS berjaya memenangi kembali Selangor dengan majoriti melebihi dua pertiga. Mereka memenangi 44 kerusi daripada 56, dengan BN hanya mendapat 12 kerusi melalui UMNO. Dan MCA, MIC SERTA Gerakan bungkus kosong di bumi Selangor.
Sekali lagi Tan Sri Khalid dilantik menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua, sehingga ke PRU 14 yang akan diadakan paling lewat pada 2018.
Dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid, Selangor berjaya meningkatkan simpanan rizab tunai melebihi RM3 billion yang diletakkan dibawah Perbadanan Menteri Besar (PMB-MBI). Dan bagi memastikan rizab tunai RM3 billion itu selamat, Tan Sri Khalid melantik pegawai khasnya Faekah Husin, seorang no-nonsense lady, dan adik kepada bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (Datuk Zaki Husin) sebagai Pengarah Urusan PMB-MBI.
Tetapi tidak sampai setahun memegang jawatan MB bagi penggal kedua sejak Mei 2013, pergolakan bermula. Para parasit mula mengimpikan jawatan MB Selangor, dan Tan Sri Khalid mula diserang. Awalnya beliau dimaki hamun secara tertutup, tetapi akhirnya beliau dimaki nista secara terbuka - bukan oleh UMNO, bukan oleh BN, tetapi oleh PKR dan kepimpinan mereka sendiri.
Serangan makin menjadi-jadi sejak Tan Sri Khalid menolak cadangan pembangunan pembinaan pusat penternakan babi di Sepang bernilai RM100 juta. DAP mendakwa Tan Sri Khalid sengaja melengah-lengahkan pembinaan pusat ternakan babi RM100 juta itu.
Keadaan menjadi makin serius bila pemimpin DAP mempersoalkan tindakan Exco dibawah pimpinan Tan Sri Khalid konon sengaja melengah-lengahkan pemberian geran RM2 juta kepada tiap sekolah aliran cina di Selangor.
Dan keputusan Tan Sri Khalid mematuhi titah Tuanku Sultan Selangor dengan enggan mengarahkan MAIS-JAIS memulangkan kembali 300 naskah bibel versi bahasa Melayu kepada Bible Society Malaysia merupakan fakta yang mematahkan tulang unta!
Paku terakhir keranda karier politik Tan Sri Khalid terjadi bila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun keatas Anwar kerana meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan pada 07.05.2014.
Untuk kesinambungan dan talian nyawa politik Anwar, maka dia tiada pilihan lain melainkan bini dia sendiri Azizah mesti menjadi MB Selangor. Penetapan tarikh bicara oleh Mahkamah Persekutuan pada 28-29 Oktober 2014 sekadar menjadi pelengkap bahawa Tan Sri Khalid mesti dipecat dan Azizah mesti menjadi MB - tiada tolehan ke belakang lagi bagi Anwar!
(Persoalan kenapa Anwar beriya-iya mahu Azizah menjadi MB Selangor akan dikupas dalam satu tajuk lain tidak lama lagi insyallah).
Paluan gendang perang dan peliwatan terhadap Tan Sri Khalid dimulakan oleh segala anjing-anjing salakan PKR. Kitab 50 Dalil mengapa Tan Sri Khalid wajib dipecat disebarkan. Tan Sri Khalid ditelanjangkan dan dilondehkan oleh parti sendiri!
Dalam keadaan itu, siapa sebenarnya yang khianat? Siapa sebenarnya yang tidak amanah? Siapa sebenarnya yang tiada semangat setiakawan?
Sebab itu tindakan Majlis Syura' Ulama PAS membuat ketetapan menolak cadangan Anwar mencalonkan bini dia Azizah sebagai MB adalah tepat dan benar.
Sebab itu pendirian Datuk Seri Hadi Awang menolak pencalonan Azizah dan menyokong pengekalan Tan Sri Khalid sebagai MB adalah tepat.
Sebab itu ketegasan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong pendirian Datuk Seri Hadi untuk menolak Azizah dan mengekalkan Tan Sri Khalid adalah tepat.
Sebab itu keputusan Badan Perhubungan PAS Selangor menyokong ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS adalah tepat.
Sebab itu keputusan empat Exco PAS menyokong Tan Sri Khalid dan kekal didalam pentadbiran beliau adalah tepat.
Sebab itu pendirian Datuk Ahmad Yakob, Datuk Nik Amar, Nasharudin Hasan Tantawi, Nik Abduh, dan ramai lagi pemimpin ulama PAS menolak pencalonan Azizah dan menyokong pengekalan Tan Sri Khalid adalah tepat.
Saya hairan bagaimana kumpulan Anwarinas dan para parasit boleh menyokong pemecatan Tan Sri Khalid dan menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia sebagai MB?
Kalau kita melihat isu pemecatan Nizar Jamaludin sebagai MB Perak dan pencalonan Zambry Kadir sebagai ganti, kumpulan Anwarinas dan para parasit mengambil sikap dan pendirian yang berbeza!
Mereka mempertikaikan pemecatan Nizar Jamaludin walaupun Zambry menerima sokongan majoriti ADUN Perak termasuk 3 anggota DUN PKR dan DAP. Kononnya tidak sah kerana lompatan 3 ADUN PKR-DAP itu mengkhianati prinsip demokrasi, konon Zambry melanggar asas demokrasi, konon Almarhum Tuanku Sultan Perak tidak sepatutnya menerima mengadap Zambry mempersembahkan nama kesemua ADUN Perak yang menyokong beliau menjadi MB.
Mereka hingga sanggup berguling atas jalan, menderhaka kepada Tuanku Sultan, memperlekeh institusi Di-Raja Perak; malah hingga sanggup membuat persidangan bawah pokok!
Sekarang mereka patut bertanya, adakah sah lompatan oleh dua ADUN PAS yang menyokong usaha Anwar-PKR memecat Tan Sri Khalid dan menerima Azizah menjadi MB?
Sedangkan lompatan ADUN PKR-DAP dalam krisis Perak mereka kata haram, sehingga sanggup buat solat hajat untuk melaknat mereka; bagaimana pula dengan lompatan dua ADUN PAS menyokong Azizah sehingga melanggar ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS dan pendirian PAS Selangor dan pendirian Presiden Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz?
Jika mesyuarat AJK PAS PUSAT esok membuat keputusan menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia sebagai MB Selangor dan mengesahkan pemecatan terhadap Tan Sri Khalid, ini akan menjadi satu amalan precedent yang bukan sahaja sangat bercanggah dengan pendirian mereka dalam krisis Perak, malah lebih serius ianya memberi mesej yang salah kepada ahli akar umbi dalam perkara prinsip kepimpinan dan perjuangan PAS sendiri!
Seolah-olah lompat sokongan kepada Anwar-Azizah oleh ADUN mereka okay walaupun bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS!
Seolah-olah ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS, badan pembuat dasar tertinggi dalam PAS boleh disanggah dan dilanggar!
Seolah-olah pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemimpin tertinggi PAS boleh disanggah dan dilanggar!
Seolah-olah pendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, pemimpin tertinggi badan eksekutif PAS boleh disanggah dan dilanggar!
Seolah-olah pendirian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, badan tertinggi PAS bagi peringkat negeri boleh disanggah dan dilanggar!
Seolah-olah bai'ah yang diikrarkan oleh semua calon pilihanraya dan kepimpinan PAS boleh disanggah dan dilanggar!
Pada saya, sekiranya Jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat esok menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia sendiri Azizah sebagai MB dan mengesahkan pemecatan Tan Sri Khalid, ianya adalah secara efektifnya suatu undi tidak percaya kepada Majlis Syura' Ulama PAS, suatu undi tidak percaya kepada Mursyidul Am PAS, suatu undi tidak percaya kepada Presiden PAS, suatu undi tidak percaya kepada Badan Perhubungan PAS Selangor!
Sebab itu saya berdoa, dan menyeru Datuk Seri Hadi Awang supaya bertegas mempertahankan ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS, pendirian Mursyidul Am dan beliau sendiri sebagai Presiden, dan pendirian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dan empat orang Exco PAS dalam Kerajaan Selangor.
Saya sedar ianya sesuatu yang sangat sukar bagi Datuk Seri Hadi Awang kerana Jawatankuasa PAS pusat dikuasai oleh kumpulan Anwarinas dan para parasit.
Malahan ada maklumat menyatakan ada puak dalaman dengan sokongan pihak luar PAS sedang berusaha supaya mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat esok bukan sahaja akan menolak ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS dan menolak pendirian Mursyidul Am dan Presiden; malah mereka mahu Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia Azizah sebagai MB dan mengesahkan pemecatan Tan Sri Khalid.
Malah lebih biadap dan kurang ajar, mereka mahu Jawatankuasa PAS Pusat memberi amaran dan kata dua kepada Datuk Seri Hadi Awang supaya toe the line, akur kepada kehendak mereka atau beliau sendiri menghadapi kemungkinan disingkir dan dipecat sebagai Presiden PAS, na'uzubillah.
Semoga Allah memberi Datuk Seri Hadi Awang dan kepimpinan ulama' PAS kekuatan iman, quwwah dan istiqomah dalam perjuangan yang penuh fitnah dan ranjau duri kedajjalan ini.

Sumber : Lt Nan


Lagi satu Isu .... 


Kenapa Isu Kehadiran Mesyuarat TGHH dibangkitkan.

1. Smuanya berpunca dari Langkah Kajang yg dicadangkan oleh Rafizi dan Saifudin. Langkah ini sumbang dan menyusahkan banyak pihak semata-mata hendak meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.


2. Tujuannya utk memudahkan penggunaan dana Selangor yg RM3billion itu sbb dibawah TSKI tidak ada peluang dan ruang. PR Sarawak pun dah dekat. 

3. Tapi TSKI yg dikatakan tidak amanah, tiada integriti dlm penyelesaian isu air, Kidex dan bible, akhirnya dilihat bukanlah seperti yg didakwa. MB sekarang bersetuju dan meneruskan usaha TSKI dgn jayanya. 

4. TSKI ada mengunjungi TGHH dan TGNA pada 2 Syawal lalu di Kota Bharu. Antara isinya ialah menyatakan terima kasih kerana menyokong TSKI. Sebenarnya kunjungan itu pun atas nasihat Tuanku Sultan. Dan TSKI juga menyampaikan mesej istana agar TGHH mengadap Baginda pada 4 Syawal.

5. Pejabat TSKI uruskan segalanya dan TGHH datang mengadap. Tuanku memanggil TGHH "tok guru". Cerita ini tersebar dgn pantas dan menggembirakan orang Pas.

6. Dalam masa yg sama Wan Azizah melalui Anwar mohon mengadap Tuanku, namun tidak diperkenan atas apa jua alasan dan ia sangat menyakitkan buat Anwar.

7. Dalam masa yg sama arahan istana agar menghantar lebih dari dua nama sebelum 3 September dipenuhi oleh Pas tapi tidak oleh PKR dan Dap. Nama2 itu boleh sahaja dari parti yg sama atau parti komponen Pakatan. Boleh juga dihantar dalam satu surat atau beberapa pucuk surat asalkan sebelum 3 September.

8. Tuanku murka dgn PKR dan DAP yg gagal mematuhi arahan mudah. PKR dan DAP manghantar satu nama sahaja. Dalam bahasa mudah PKR dan DAP gagal ujian Bahasa Malaysia. Lim Guan Eng cepat2 memohon maaf terhadap istana. Diikuti Anwar selang beberapa hari.

8. PAS telah dapat menghidu mood Tuanku kerana punya hubungan yg baik dengan istana. Dan orang yg rapat dgn istana sendiri pada masa itu ialah TGHH.

9. Dengan bergayanya PAS mengharungi krisis ini telah menyakitkan hati Anwar dan Lim Guan Eng. Ini memalukan Lin Guan Eng dan Anwar. Kedua2nya orang besar dalam parti masing2. Keduanya berkeras dgn pendirian masing2. Sedangkan TGHH telah dulu tahu bahawa istana tidak berkenan dgn Wan Azizah.

10. Cadangan Anwar dan Lim Guan Eng dipaksa dlm beberapa siri mesyuarat Pakatan. TGHH tidak selesa dgn calon itu sebab maklumat awal istana.

12. Maka terbongkarlah, sebenarnya TGHH betul dalam tindakannya apabila Tuanku berkenan dengan selain Wan Azizah. Langkah Kajang gagal. Dan harganya bukan sedikit.

13. Seseorang perlu disalahkan. Maka Anwar dan Lim Guan Eng pun mencari kambing hitam. Lalu dikatakan TGHH tak hadir mesyuarat. 

14. Lim Guan Eng yg memulakan serangan. Ini penting bagi menutup malu dia yang mengarahkan Adun2 DAP menyerang Kidex habis-habisan. 

15. Isu kehadiran TGHH juga nak menutup isu 3 Adun PKR dan 2 Adun DAP yang membatalkan SD menyokong Wan Azizah dan berpaling ke Azmin. Siapa mereka berlima kenapa tidak diambil tindakan macam tindakan keatas TSKI?

16. Siapa 3 Adun PKR dan 2 Adun DAP itu? Tanpa SD tu Istana tidak akan pilih Azmin. Apa pula habuan 5 Adun itu. Ada yang dilantik Exco dan ada yg mendapat habuan jawatan lain dlm GLC. 

17. Itulah puncanya. Lim Guan Eng dan Anwar telah tewas oleh kerana keangkuan mereka wpun telah memohon maaf dengan istana, masih berdendam dengan TGHH. Dendam itu sekarang sedang dibalas. UMNO perati je sekarang kerana ada orang main peranannya.

Wan Sukri Harun
Pembantu Pejabat 
Mantan Menteri Besar Selangor

23 comments:

  1. wah bagus tulisan ni, umno boleh fotostat byk2 dan sebar.

    bertuah umno dpt blogger mcm ni.

    persoalan sekarang.. sila berikan tulisan bagaimana nk perbaiki kelocak air sedikit berikutan isu MB selangor ini?

    khalid pun dh malas nk fikir isu itu kerana pemimpin memandang ke depan. pemimpin tidak blh lama hidup dgn nostalgia peristiwa yg berlaku.

    SILA BERI CADANGAN PERBAIKI HUBUNGAN DALAM PR.... kecuali anda penyokong umno, menggunakan nama khalid sebagai topeng.

    ReplyDelete
  2. sudah sudah lah lebai mat village..
    jgn nak tegakkan benang yg basah dgn takaburnya haji hadi.
    apa cerita itu seleweng duit olh seorang MSU...PAS diam shj.
    ohhhh ye,berjuta juta duit kohilal pun hilang...
    takyah la jual nama Islam utk dapat kuasa sngt

    ReplyDelete
  3. Tuang Presideng sila letak jawatang dengang segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Humban saja ke jail peliwat itu

      Delete
  4. Beruk mana pula sekor ni surh presden letak jwatan.. ni jenis makan babi hutan juga ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tu yang beruk yang masih sokong Presideng kau,Bodoh tak bertempat.mungkin kau juga makan babi bandar.

      Delete
  5. Woiii kawan.. org bukan benci PAS tapi benci tuan presideng yg mulut cam mulut dot dot dot.., pandai buat tuduhan pil kuda tapi xda bukti, pandai kata org tak pandai mentadbir tapi dia lagi hampeh Terangganu cuma sepenggal aja dan kerja yg simple hadir mesyuarat pun gagal. Sekali, dua bolehlah alasankan kesihatan tapi klau madang sampai 20x tak dtg berturut2 uzur apa kebendanya. Persidangan Parlimen pun ponteng tapi gi UK x uzur pulak. Buruk2 Wan Azizah yg dikatanya tak pandai mentadbir, dia x pernah ada org complen atau record ponteng sidang parlimen masa jadi MP, sidang DUN dan hadir mesyuarat. Oii MM, x yah suruh org pikiaq pasal tuan presideng kau tu. Kami semua masih waras boleh pikiaq dan menilai tuan presideng hang tu. Kau tu yg kena waras jgn nak membela benda yg tak betul dibuat tuan presideng kau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti kn pas bungkus pru akan dtg..taksub sngt kt tghh...dh mcm nabi aku tngk ahli pas sanjung...dh mcm sjaran sesat pas ni...bahaya

      Delete
  6. Apa pun PKR memang hampas..PKR dan DAP adalah kawan yang serba hampes.Kalau duit Kohilal dan lain-lain hilang..yang berkenaan akan dihukum. Cai PKR hukumlah dengan adil kalau ada keadilan.. nama adil tapi tak adil kepada pemimpin sendiri..Tidak konang jasa gitu..Dah tu meroyan..konon baik. Di bandar lu teror la..dikampung kamu tak dipandang langsung.Sungguh ni. Mai tandingla kat kampung ..dapatlah bungkus. Nampaklah PKR hampaes.

    ReplyDelete
  7. Kalau dah tahu itu taik mengapa Hj hadi dan golongan seangkatanya denganya buat mainan.kan bodoh namanya,begitu juga dengan kau MM ,bodohnya masih beri senjata kepad pihak musuh dan adakah benar perkara begitu,kalau tidak benar kau juga menjadi kaki pitnah kaki makan taik.Satu lagi kalau kau dan Hj hadi dah tahu badan tak sihat dan selalu letih atau sengaja malas nak pergi mesyuarat ,sedar-sedarlah diri,muhasab diri,bagilah jwatan kepada orang yang sihat dari segai fikizikal dan mentalnya,UMPAMA perlawanan bpla sepak.mengapa disuruh juga kapten yang letih dan tak sihat untuk bermain,padahal pemain yang lebih cergas ada menanti.apa jadi kepada pasukan bolak tersebut?Bolih menang ke.Bodoh punya Manjung Mari.Kau juga memnag munafiq dalam perjuangan.Aku dan keluarga benar2 benci Pas selagi Hj hadi jadi presiden dan blogger macam kau,Ptuiiii

    ReplyDelete
  8. Ada jugak yg sokong PKR ye...Parti DNA yg penuh bermasalah dari dulu dan sekarang.Mengharap ahli Pas buat kerja.Pemimpin PKR hanya jual air liur kehulu kehilir dan disambut blogger upahan sesuap nasi.Satu lagi PKR ni keras kepala dan bodoh sombong.Payah nak di tegur dan perasan kuat..Kini kuat melalak hendakkan Presiden Pas letak jawatan kerana tidak mengikut selera mereka yg bernafsukan macam parti melayu klon mereka tu..Kini PKR merosakkan mahasiswa pula untuk melonjakkan populariti PKR.Sedarlah..biarkan mahasiswa tamat belajar terlebih dahulu.Kerana menyokong PKR tiada faedah langsung.Cuma mahasiswa digunakan apabila terdesak seperti terjadi TSKI.

    ReplyDelete
  9. Eloklah berundur sebagai presiden PAS, bagi orang lain pulak.Jalan yang paling baik letak jawatan beri mat sabu pulak.

    ReplyDelete
  10. Jika tuang presideng mung dak setuju dengang PKR & DAP, wat gapo dio umum masih nok kekal lagi dlm PR? Molek tarik klua PAS dari PR, jangang jadi opotunis munafik sokmo. Presideng mung buat fitnah pil kuda, kena samang RM2j mintak tolong pd TSKI mung dak seh kecek plop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa memulakan langkah kajang yg menghuharakan selangor tu bahalol?dia ni buta sampai dlm perut

      Delete
    2. Itulah diadakan mesyuarat dia ponteng, sebab tu tak tahu keputusan mesyuarat. Bila nak laksanakan keputusan mesyuarat, dia kluk klek kluk klek pula. Pemimpin jenis apa kalau begitu. Kamulah yg buta maklumat masih percaya kpd ular fitnah tu.

      Delete
  11. Sah !! penyakit tghh dah berjangkit kat blogger ni .. takyah jadik blogger la wei mm .. analisis serupa mcm ahli jkkk..

    ReplyDelete
  12. SAYA MD FIRDAUS BERBAIAT KPD KHALIFAH ABU BAKAR ALBAQDADY ALQURAISY,MENYOKONG PENUH DAULAH ISLAMIAH...............kamu semua simpanlah nasionalis perjuangan parti kamu.....................

    ReplyDelete
  13. camana KHALID NAK TERUS JADI MB SEBAB DIA TAK ADA JAWATAN DLM PKR. Contoh MB Kelantan perlu ke jadi MB kalau tak ada jawatan dlm PAS iaitu sekadar ahli biasa.
    Haji hadi hanya sesuai untuk terenganu je dan antara penyumbang Kedah tumbang bro

    ReplyDelete
  14. kalau ya pun pil kuda (sememangnya x da buktipun dah kena saman) biarlah rugi sikit kerusi. Ini apa kejadahnya masih nak lawan 3 penjuru pas PKR Umnobn. Keluar statement dalam masa kritikal, pengundi atas pagar nak undi PR, akupun kecewa tindakan begini yang buat pengundi atas pagar swing atau neutral, aku masih undi PR. Kalahkan umno gasak sampai tertungging (GST) dulu, lepas tu nak bertengkar , berkelahi, berpecah atau apa apa lagi x kisah mana, bawalah kepada kebaikan kepada kami rakyat umum. Sanjungan aku pada nik Aziz dan yang didampingi nik Aziz. Haqri ni aku dah x sokong pas maupun pkr, buang masa saja.

    ReplyDelete
  15. Ayoyo geng anjing sudah serang dan menyalak kat sini ! Dasar anjing yang dilatih oleh tuannya kalau nak berak dan kencing pasti ia pergi kat halaman orang, kat halaman sendiri tak melepas pulak. Yang ni pun sama je dok sibuk pasal parti lain, parti sendiri yg wujud seribu satu masalah tak dipedulikan. Nak masalah dalamn parti parti lain dikambing hitamkan. Skrg ni blogger anjing dok sibuk timbulkan pelbagai fitnah lepas satu satu. Dikorek dicari kesalahan demi kesalahan, kalau tak da diciptakan kesalahan tersebut bak kata blogger Rottweiler parti Keadilan Juara cari salah orang tak mcm parti Pas tak pandai korek cari salah orang.Blogger Keadilan sekarang dah ambil alih tugas malaikat kot catat pantau amal buruk manusia. Sesiapa yg berbaik dgn blogger2 ni mungkin dpt syafaat terlepas dpd pertanyaan dlm kubur tak pun dpt tips soalan bocor !

    ReplyDelete
  16. Macai Ketum melalak lagi kat sini..Bila blog penjilat ketum dah tak ada orang layan..dia datang blog kat sini....bising-bising.itulah perangai PKR tiada akhlak..

    ReplyDelete
  17. PKR ni dah nak lingkup dan hanyut bersama bosnya ke Sungai Buluh...
    PAS jangan tolong..faham tak... penyokong depa dah kutuk pas cukup teruk dah..
    Pkr ialah parti yg tak boleh buat kawan sama macam abangnya umno juga ...
    kalau nak naik dan dok pijak kepala ulamak lebih baik bela ke tempat lain...pkr mengajar ahli kutuk ulamak... maka puak pasma pun main dan makan taik anwarinas... inilah jasa2 yg ditinggalkan org pkr kpd pas..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari