boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, December 14, 2014

Kui,,Kui, Kenapa saya tinggalkan PKR ...

Aku dok sangka hanya aku sorang saja yang tak berapa nak berkenan dengan suasana politik PKR bila bermula episod Langkah Kajang,,, rupa-rupanya tersalah anggap....

Ada lagi, malah lebih hebat, sanggup keluar dari parti PKR, kerana anggapannya Pkr sama seperti umno... Lihat video dibawah..






Apa pun, rakan Pkr iaitu Pas kena ambik iktibar sama,,,.. pakat-pakat pikiaq, kenapa budak yang terpelajar, tidak berminat menyertai parti Islam,,,, mereka lebih condong kepada kuasa ketiga, iaitu fahaman sosialis... 

Bagi pendapat aku, pimpinan pemuda Pas terdahulu banyak buat kesilapan,,, sedangkan Tuan Guru Mursyidul Am Pas Dato Nik Aziz telah menunjukkan sikap paling terbaik untuk dicontohi, tapi apakan daya, anak Nik Aziz sendiri yang sekarang Ahli Parlimen Pasir Mas pun tak dapat mencontohi ayahndanya, jadi apatah lagi pimpinan pemuda yang lain,, malah ada yang baru sahaja jadi AP, terus bertukar kereta mewah,, berbanding dgn pemimpin Parti Sosialis Ahli Parlimen Sungai Siput, hanya berkenderaan Volvo cabuk, mereka ini betul-betul menjadi wakil rakyat,,

Adik-adik kita diluar sana,,, mereka membenci umno,,, namun bila ada pimpinan parti politik hanya sanggup mempergunakan mereka, melanggar pintu gerbang universiti, bila pelajar kena tindakan tatatertib,,, apa pembelaan yang dilakukan oleh pemimpin parti tersebut.. terpaksa sendiri tanggung... sedih dan pilu hati ibu bapa pelajar tersebut...

Ada yang lebih menyedih, pelajar wanita berpurdah, anak orang Pas,, apa parti politik yang ia pilih,,, parti Dap,,, kenapa jadi begini... apakah Pas selepas ini hanya akan didokongi oleh puak ustaz-ustaz sahaja.... selepas dengan tertubuhnya Geng Ustaz.. yang sekarang ini pun cuba nak monopoli didalam Pas... masing-masing pakat muhasabahlah,, apa akan jadi masa depan kita di bumi Malaysia... mahukah kita bertuankan dengan umno yang sekarang sudah pun lebih dari setengah abad.... 















6 comments:

  1. PAS jugak dipersalahkan. Kenapa sedara marah sangat dengan PAS?

    ReplyDelete
  2. Apa hang kata.........video ustod kazim tu ka?

    ReplyDelete
  3. eh kau baru bangun dari tidur ke.selama ni kau tak sedar ke

    ReplyDelete
  4. Berjuang kerana Allah bkn kerana manusia... klu niat krn manusia kecewa yg dpt..

    ReplyDelete
  5. Pakatan Rakyat... - Gabungan dua parti politik orang Islam/Melayu yang lemah dengan parti politik chauvanis cina yang kuat..

    Boleh jaga kepentingan Islam & Melayu kah pakatan seperti ini..?

    Pikir2 laa....

    ReplyDelete
  6. Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari