Sebelum Mahathir bersara dari jawatan PM, tiga tonggak utama penjawat awam wajib dikuasanya dahulu iaitu KPN, Peguam Negara dan KSN berada dalam kerajaan,,
Namun yang tinggal Peguam negara, manakala KPN Musa Hasan dan KSN dah pun bersara..,
KUALA LUMPUR, 12 Dis — Karpal Singh menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikenakan tindakan berhubung kenyataan beliau mengenai kes liwat semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini kerana mempunyai unsur-unsur menghina mahkamah.Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata, Najib telah mengkritik Ketua Umum PR itu berhubung keputusannya memberi keterangan dari kandang saksi.
“Kenyataan PM terkandung (unsur) jenayah menghina mahkamah yang memerlukan mahkamah ini bertindak secara ‘act suo moto’, mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada perdana menteri (Najib) mengapa tidak harus dirujuk (atas kesalahan) menghina mahkamah,” kata Karpal sambil menambah, sesiapa pun tidak harus bebas, tidak kira jawatan, daripada tindakan mahkamah.
Karpal (gambar) berkata demikian ketika membuat penggulungan hujah dalam kes liwat dihadapi Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.