boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Isa Samad. Show all posts
Showing posts with label Isa Samad. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

Edisi Bongkar - Siapa Celaka ?.. Ramai lagi weiii..😌😓😠

Sebelumi ni aku aku paparkar siapa yang celaka?... kerana Felda satu-satunya warisan orang melayu marhaen bakal lingkup akibat gelojohnya Najib nak masuk bursa pasaran saham (BSKL)....

Monday, February 17, 2014

Saturday, February 16, 2013

"Aiman Tak Kisah" aku percaya ... Tapi "Isa Samad Tak Kisah" he he he !!

Selama 22 tahun ia menjadi Menteri Besar,,, dalam masa tersebut ia berjasa besar buat Najib.... jadi memang betullah ia tak kisah... 
Dulu lu tolong gua,,, sekarang gua tolong lu...


Monday, September 10, 2012

Najib Rosmah bergembira di hari raya,,, saudara kita siap sedia tunggu bala..

Nak buat macam mana lagi,, kononnya nak menambah baik lagi pendapatan, apakah pendapatan yang sedia tak mencukupi,,, itulah degil sangat,,, nasihat orang tak nak dengar... sekarang masing-masing pakat diam... sonyap sunyi... 


Tuesday, June 19, 2012

Berita keputusan mahkamah... Balasan dari Ungkapan Haram Jadah...

Semakin hari semakin menakjubkan dengan apa yang berlaku, seolah-olah petunjuk buat rakyat tentang kekeliruan yang dilakukan oleh UMNO dan kuncu-kuncunya... 


Sebelum ini berita Nalakarupan VS Anwar Ibrahim, satu berita gembira buat PR dan sedih buat Najib dgn UMNO..., 


Tak cukup satu pukolan maut, datang lagi satu berita yang boleh menjejaskan kewibawaan Najib,, terpalit najis ke atas muka Najib... 


Baca kisahnya DI SINI 

Apa kah selepas ini Najib nak maki Haram jadah kepada Hakim yang buat keputusan ini pula....  


Tuesday, June 5, 2012

Hanya 100 daripada 505 peneroka Felda Lakum Lanchang yang cerdik..




Tahniah buat 100 orang peneroka Felda Lakum Lancang Pahang, yang berani menolak pemberian saham FGVH, kerana bimbang akan kerugian dan masa depan...klik SINI

Mana pergi Najib haramjadah... setelah puas dok pi maki peneroka,, ambik ko,,,, Pengerusi Felda Isa Samad apa pasal tak turun selesaikan, pi bercuti ka.., ini projek hangpa.. Kenapa pihak pengurusan felda yang kena pikul tanggungjawab masaalah ni,,, 

Memang ini jenis perangai pemimpin UMNO,, ilmu bohong atau kelentong pada rakyat dah habis bangkrap,, terpaksa berdiam dirilah masing-masing,,, kakitangan felda jadi mangsa.... 








Friday, March 23, 2012

Najib & Isa Samad dah mula nak hapus MB Mohamad Hasan





Mohamad Hasan dah dapat panggu,,, Zambry a/l Kadiaq bila pulak ya,,, Najib dah 5 kali dok ulang mari Perak,,, itu pun tak faham-faham lagi ka...

Wednesday, December 21, 2011

Masa depan kepentingan peneroka felda- FGV

Align Center


Posted by sakmongkol AK47

Kebimbangan yang paling mendesak ialah adakah kepentingan peneroka dalam FH akan terjamin, sebaik sahaja kepentingan tersebut di urus oleh FGV? Ini yang kita kena tanya. Jangan mudah terpedaya dan ternganga dengan presentation graphicals, warna warni dan powerpoint effects. Cuba soal-apa yang FGV akan lakukan yang bebeza daripada yang sedang mereka lakukan? Jika mereka ada ‘senjata ajaib’ baru, kenapa mereka tidak amalkan untuk menguntungkan FGV dalam perniagaan mereka sendiri? Kenapa rugi?

Kepakaran baru? Bakat pimpinan baru? Ilmu baru? Ada cara luar biasa dan ajaib?

Jika mereka boleh menjanjikan kaedah luar biasa lagi ajaib, kenapa perkara tersebut tidak di lakukan keatas perniagaan nya sekarang? Bukankah dengan melakukan apa yang di janjikan untuk IPO, FGV boleh menghasilkan keuntungan keatas perniagaan mereka sekarang? Kenapa tidak di lakukan? Adakah itu punca FGV kerugian 500 juta?

Ini yang puzzling. FGV says it will bring the listed vehicle to new hieghts and make profits. So how come, it hasn’t applied those profit enhancing strategies on its current business? Surely, kita expect, if they have done that, the track record of FGV would have been very assuring.

Cerita kelentong sana sini- bagaimana produktiviti boleh meningkat dan karut marut- semua cerita tersebut boleh di reka reka. Kita kena match dengan realities. Lagi pun, kalau kita cerita tentang produkviti dalam bisnes perladangan dengan buat tabulation dan graphs sana sini- bukan kah itu semua bisness yang sedang di lakukan oleh FH holding sendiri? Itu bidang bisnes mereka yang mereka tentu ada lebih kepakaran daripada FGV. Kita hendak lihat apa FGV boleh lakukan kepada bidang bisnes mereka sendiri. Bidang orang lain yang orang lain lebih pakar dari kita, jangan lah kita sibuk hendak cerita.

Kita kena tanya, apa tujuan IPO? Ianya bertujuan untuk raise capital dari langganan pembeli awam. Bila orang beli, wang masuk dan harga saham naik. Selalu nya mula mula naik. Ramai orang bikin wang. Tapi selepas masa seronok?

Dalam kes ini siapa yang hendakkan modal? Jawab nya FGV. Kenapa FGV mahu modal dari pasaran saham? Kos nya berapa? Adakah kos itu( dalam bentuk jaminan kadar pulangan) lebih baik atau buruk, jika FGV pinjam sahaja duit dari pasaran bank? Atau pinjam sahaja dari Felda yang di katakan banyak duit. Atau pinjam dari EPF kerana EPF pun selalu beri pinjam dan wang nya di pinjamkan pada kadar yang baik. Jika FGV dapat pinjam pada kadar 2% tidak kah ini pada kadar yang terbaik?

Apa FGV mahu buat? FGV akan labur dalam portfolio yang macam macam. Gerenti untung kata mereka.

Apa rekod untung FGV? Takde. Sebab dalam pelaburan yang mereka urus dan lakukan sendiri- mereka rugi. Tapi pelaburan yang mereka lakukan dalam Felda Holdings untung. Tapi itu is a different matter. Itu cerita Felda Holdings bukan cerita FGV. Sebab FH di bawah pengurusan nya sendiri mencatat keuntungan. Jadi FGV nak leverage atas keuntungan yang orang lain buat untuk mereka sebagai asas buat IPO. Binawe punya orang. Kita ingat dia mahu tunjukkan intrinsic record dia sendiri- rupa rupa nya, menumpang atas rekod orang lain- FH.

Jadi apa isiu nya? Isiu nya ialah dalam FGVH nanti, siapa yang mengurus portfolio bisnes? FGV yang ada rekod rugi kah yang akan urus? Jika ya, maka masa depan kepentingan peneroka dalam FH akan muram. Perlu kita ingat, sekarang FH diserapkan dalam perniagaan FGV. Dan ingat- FGV punya rekod- buruk.

Ini yang mendatangkan keresahan. Bukan kita suka suka tentang. Ada asas untuk rasa gelisah dan waswas. FGV leverage atas kekuatan orang lain . jadi mana mungkin ia mendatangkan keyakinan kepada kita dan peneroka bahawa perniagaan yang mereka akan urus akan untung? Rekod mereka tak bagus.

Jadi jangan kita sentimental dalam kes penyenaraian Felda. Ada keluarga yang datang dari kalangan peneroka. Kita identify dengan harapan dan kesusahan peneroka. Itu sikap politically correct. Takkan kita hendak menyebelahi kapitalis. Tentu kita sokong rakyat marhaen- para pak tani. Tendensi kita ialah menyerang sesiapa yang kita rasa mengacau kepentingan peneroka felda.

Tapi kepentingan peneroka is best served dengan strateji pelaburan yang betul. Kepentingan mereka selama ini, elok di bawah FH. Mulai sekarang, ia di letakkan di bawah pengurusan FGV yang kerugian. Beritahu kepada kita, adaakh kepentingan peneroka di perlakukan dengan tanggung jawab?



Sumber : sakmongkol.



Tuesday, December 20, 2011

Tembelang Isa Samad sebagai Pengerusi Felda kantoi...

Oleh:

SAKMONGKUL AK 47

Kes penyenaraian Felda GV- kajian semula

Ada seorang sahabat hantar text kepada saya. Dia menyatakan dia tidak faham mengapa saya menentang penyenaraian felda fgv. Adakah saya tidak suka peneroka felda dapat durian runtuh?

Saya memilih untuk tidak menjawab beliau.

Sebab utama, saya memikirkan ini suatu silap mata beberapa orang untuk mendapat wang runtuh. Berapa ramai peneroka felda boleh beli blok blok saham itu nanti? Kenapa jika ada jalan yang direct untuk buat duit, kita memandai mandai nak buat duit cara indirect? Cara direct yang saya maksudkan ialah peneroka tanam sawit dan jual sawit kepada Felda Holdings pada harga yang baik. Dan mereka akan lebih untung jika buat macam Air Asia mahukan- harga input semua murah. Jika AA mahukan cukai airport di turunkan supaya kos input rendah- peneroka yang rata rata nya Melayu mahukan kos input seperti baja, perkakas, jentera, barangan dan perkhidmatan semua murah. Bukan kah cara yang demikian menguntungkan para peneroka directly? Tidak perlu trick sana dan trick sini.

Kita dah bosan dengan IPO ni. Yang mendapat laba ialah mereka yang mengetahui terlebih dahulu, Felda mahu di senaraikan. Taruh dan bubuh lah apa sahaja syarat- moratorium kah, atau apa apa- tipu muslihat oleh pegawai tinggi felda akan tetap berlaku. Jadi, apa makna nya penyenaraian tersebut? Ianya suatu alasan untuk suatu kumpulan orang membuat wang yang banyak. Itu objection kita yang pertama.

Apa akan jadi apabila penyenaraian berlaku? Yang terjadi ialah konsentrasi kuasa pada satu orang iaitu Isa Samad. Ini kita kena tentang. Isa Samad pengerusi Felda. Dia pengerusi Felda Holdings. Dia jadi pulak pengerusi KPFB. Dan tentu dia nak jadi pengerusi FGV. Berapa banyak daa….

Yang di kehendaki ialah agihan kuasa supaya sesuatu unit perniagaan boleh berfungsi secara merdeka dan bebas dari keputusan satu orang. Konsentrasi kuasa atau monopoli is bad economics.

Apabila kuasa di konsentrasi pada satu orang sahaja, ia mendedahkan Felda kepada salah guna kuasa dan pertimbangan yang kurang bijak. Dan isa samad tidak ada rekod pengurusan perniagaan yang baik. Tanah di negeri Sembilan yang leasehold di agihkan kepada peniaga bukan melayu bertukar menjadi tanah freehold. Bolehkah kita menganggap Isa SAmad pembela kepentingan orang Melayu? Jerit dan memekik sambil menghayun tangan macam kartun, itu Isa Samad boleh buat. Dan kita tahu attitude Isa Samad- den MB, dia punya hal lah sekarang akan bertukar, den pengerusi felda, ikut suka den lah.

Boleh jadi saya telah lihat banyak sangat kebejatan yang di lakukan oleh puak2 UMNO, maka saya ada in built cynicism bila kerajaan comes up with a business plan. What to do- I am an incorrigible cynic. That is my more endearing personality trait.

Mungkin pada peringkat IPO dapat 300 juta kemudian syer felda melekat pada tahap RM1.20 untuk 10 tahun yang akan datang. Lebih bala, jika syer tersebut turun rendah dari RM1. Apa kita nak jawab kepada 220,000 peneroka felda?

Ketika itu, apa nak jawab? Sebab keadaan dunia meleset dan sebab kita menerokai bidang baru? Dalam brochure dan tulisan FGV yang di salurkan melalui penulis upahan, bukan main glossy nya cerita FGV. Semua orang boleh tulis baik2. Kita boleh buat janji yang muluk2. We have this, we have that, we have what it takes to scale FGV to new heights and orgasms. Beri upah kepada garaduan Finance, mereka akan tulis mengenai syurga loka. Apa mereka peduli asal duit masuk bukan?

Jika Felda Holdings membuat RM 700 juta tahun lalu, tidakkah lebih lojik jika Felda Holdings yang di senaraikan? Kenapa pemilik minority dalam FH yang beria ria mahu menyenaraikan FGV seolah olah untuk menyelamatkan diri nya sendiri kerana telah mencatat kerugian lebih 500 juta? It does not make sense. Kenapa tidak berikan peluang kepada KPFB yang ambil alih 100% Felda Holdings? Biarkan FGV yang di miliki 100% oleh Felda menjalankan perniagaan yang mereka buat sekarang. It is better for Felda to float FGV alone and sells its share in Felda Holdings to KPFB. Sekurang kurang nya, KFFB di miliki sepenuhnya oleh peneroka!

Sumber : sakmongkol.



Wednesday, January 5, 2011

PRK DUN Tenang - Bekas Pesalah Perasuah sedang memberi rasuah..

Sebelum ini aku terbaca arahan dari SPR melarang mana-mana parti politik pergi berkempen di DUN Tenang sebelum penamaan calon 22 Jan nanti...

Namun yang dalam gambar ni macam mana pulak,, ....

ISA Samad (kanan) beramah mesra dengan penerima-penerima cek Bonus Insentif Produktiviti untuk peneroka Felda Wilayah Segamat pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengerusi Felda di Dewan Serbaguna Felda Tenang dekat Labis, Segamat, Johor. 5 Jan. 2010. Utusan/ISHAK RAHMAD

He he awai-awai lagi dah pulun dah, takut tak sempat ke..., tapi baguih juga, bagi awai boleh pi bank in awai-awai chek tu,, bukan apa... takut chek spring....., tapi ini bukan rasuah politik ya,,, ini bonus nak Pilihan raya kecil....

Jadi mana-mana peneroka nak bonus, pakat-pakat doalah minta YB-YB anda mati, insyaallah nanti akan ada bonus seperti gambar di atas...

Friday, April 16, 2010

PRK P 094 - Berita dari Gambar - Package 2 Dalam 1..

He he he benar seperti yang di kata.....


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad bersama isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (kiri) bersalaman dan beramah mesra dengan para penduduk ketika melawat Kampung Gersir, Hulu Selangor hari ini. - foto BERNAMA

Nak Pinjam kata-kata dari M3M...

She's forty and I'm sixty
Once S/U puteri, now she's my bini

Good Night Tan Sri...
Have a Nice Day...

Wednesday, April 14, 2010

Hanya Dua Kali Seumur Hidup..

Perrgg... Bersanding lagi yob..., tak apalah kalau jodoh tu kekal cuma masing-masing sorang dapat merasainya dua kali seumur hidup...

Hangpa tengok Isa Samad... terngaga mulut tu..., tak sempat dah tunggu esok,,,, esok..., ialah esok hari Khamis!?!?!?!?!?!?!?!?!?!?!

Empat tahun Yob !!! lama tu ........ Dengar cerita tadi dalam TV Puan Sri Bibi kata nak honey moon kat Hulu Selangor,,, Hulu Selangor pun OK lah tu... Kuala Kubu dengan Bukit Frazer pun tak jauh, setengah jam boleh sampai...,

Untung Tan Sri Isa, Menang kat Bagan Pinang, dapat pula memenangi hati wanita.,ooppps,,, salah tu...puterilahhh.,


Isa Samad - Dari Skandal Dalam Blog Menjadi Realiti..

Salam Sejahtera...

Sebelum ini kita hanya terbaca bila terjadinya PRK Bagan Pinang taun lalu mengenai skandal Isa Samad dan seterusnya DI SINI




Apa pun perkara yang lalu tak perlulah diungkit-ungkit lagi, biarlah mereka dengan cara mereka,,, cuma aku sering terfikir kembali.....

Betapa Maha Kayanya Allah S.W.T yang mengatur hidup umat-umatnya...., mari kita fikir-fikirkan bersama, kenapa Allah pertemukan jodoh pelakon Zizie dengan Bung Mokhtar, kenapa tak dipertemukan dengan lelaki-lelaki atau pun pemuda-pemuda PAS, kenapa tidak, semua ini hak Allah.

Begitu juga dengan Isa Samad dan Bibi tu,, betapa cantiknya Allah mempertemukan sesama mereka..., Allah S.W.T tak pertemukan Isa dengan Muslimat PAS.., dipertemunya sesama UMNO.kalau tak UMNO pun artis.... Subhanallah..

Friday, November 27, 2009

Isa Samad Bakal MB N9?

Salam sejahtera..

Sebelum ini aku ada posting sewaktu sibuk nak PRK BaganPinang yang lalu DI SINI. Apakah ramalan aku ini tepat.. aku tak pasti..

Tetapi kenapa boleh jadi begini, baca di SINI. Mungkin Aduka Taruna atau Pak Oncu dapat cerita sebenar.

Bank Negara tak akan berani nak buat siasatan kalau tak ada arahan dari pihak atasan, Siapa Menteri Kewangan? Bila lagi nak balas budi kerana tertangkap body..

Semua orang tahu Mohamad Hassan MB N9 sekarang orang Pak Lah, kawan baik menantu Pak Lah Khairi Jamaludin, segala saki baki orang-orang Pak Lah Najib mesti kena bersihkan, untuk mengelak Khairi dari memenangi jawatan Ketua Pemuda pada PAU yang akan datang.

Kalau tidak dicantas dari sekarang waris Mahathir Mukris tak ada harapan nak ke hadapan untuk mengganti ayahnya di masa akan datang. Ingat sikit, Mahathir bukan saja suka-suka nak jadi penasihat kepada UMNO kalau tak ada kepentingan untuk anak cucunya.

He he ... itulah politik dalam UMNO...Kesian Mohamad Hasan... ramai lagi pimpinan tertinggi UMNO yang terlibat dengan berbagai salah laku, tetapi tidak pula kena tindakan siasatan....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari