boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Lembu Korban. Show all posts
Showing posts with label Lembu Korban. Show all posts

Saturday, October 4, 2014

Syarat baru lembu korban dalam mazhab umno... Terbaek..

Esok kita umat Islam Malaysia baru nak raya korban,,, terlewat sehari dari Saudi,, bagi aku no komen,,, tetapi menteri boleh pulak komen bab raya ni...

Saturday, October 12, 2013

Sunday, October 6, 2013

Islam sederhana - 303 ekor lembu korban..

Boleh sesiapa yang tahu kisah dizaman nabi dulu berapa ratus ekor unta atau kambing baginda buat buat korban,, 


Friday, October 26, 2012

Aku Tabik La... Datuk Tengku Adnan sembelih lembu korban...

Dah berapa lama dah aku duk cari-cari bila musim eidul adha , time berkorbang,, teringin nak tengok pemimpin UMNO yang duk megaku pejuang Islam,,, sembelih lembu korban,,,  

Hari ini baru terjumpa,,, he he he... 



Sunday, February 12, 2012

Najib - “jangan paksa saya pecat kamu”


Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM

Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno.

Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan “jangan paksa saya pecat kamu” untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau.

“Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi rakyat. Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno. Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara sekalipun,” ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle.

Pendedah maklumat yang dirahisakan

Begitu banyak wartawan menunggu di luar kediaman Perdana Menteri seawal 8 pagi pada hari Khamis setelah ada khabar angin mengatakan perletakan jawatan Shahrizat yang tidak dapat dielakkan lagi. Tidak lama kemudian pembantu Shahrizat memberitahu para wartawan bahawa beliau telah pergi ke kediaman rasmi PM untuk menghadiri mesyuarat Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Sumber Umno juga memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Najib.

“PM telah memberi kata dua kepada beliau untuk berundur dan membiarkan Shahrizat untuk memutuskan sendiri bila beliau akan berbuat demikian tetapi semestinya dalam masa terdekat. PM juga mengatakan bahawa ini hanyalah untuk jawatan kabinet tetapi bagi jawatan ketua wanita, beliau harus menyerahkan ia kepada delegasi wanita. Jika Shahrizat bersedia untuk berundur, beliau akan terselamat daripada EMG yang akan memalukan beliau,” ujar orang dalam Umno.

Keluarga Shahrizat telah dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot Kebangsaan pada tahun 2006 dan diberikan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membina skim itu yang didakwa akan memberikan bekalan daging lembu yang lebih murah untuk rakyat Malaysia.

Dalam masa 3 bulan, terima kasih kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang identitinya dirahsiakan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membongkar beberapa transaksi yang menunjukkan penyelewengan dana itu. Walaupun Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR kerana kejatuhan beliau, dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh orang Umno sendiri.

Antara yang disyaki adalah Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik – seorang protégé Naib. Juga dipercayai bahawa PM mahukan Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi Shahrizat enggan memberi laluan kepadanya, kerana itu adalah kerusi beliau sehinggalah beliau kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada 2008.

Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC?

Pinjaman itu telah digunakan untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah Mercedes Benz super-class, percutian keluarga yang mahal dan juga diskaun berjuta-juta ringgit dan pemindahan wang kepada firma keluarganya sendiri.

Shahrizat yang disoal siasat oleh SPRM pada hari Rabu telah menegaskan bahawa tiada kepentingan beliau dalam projek itu dan beliau tidak terlibat dengannya sama sekali.

Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menerima penjelasan beliau dan aada seorang ahli Umno yang memberitahu wartawan bahawa tiada seorang pun yang tahu suami beliau, Salleh Ismail, pengerusi NFC “daripada Adam”. Implikasinya adalah, jika Shahrizat bukan menteri dalam kabinet, Salleh, yang tiada pengalaman dalam projek ternakan lembu sudah tentunya tidak akan menang projek tersebut.

Ada yang berbohong

Anak beliau, Izmir Salleh terlalu tertekan semasa beliau cuba mempertahankan ibu bapanya dengan menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberi kepada keluarga mereka boleh dilaburkan sesuka hati.

Beliau bukan menenagkan rasa marah rakyat tetapi semakin menyemarakkannya. Pemimpin pembangkang telah mendesak satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat projek NFC dan juga pinjaman itu.

“Semasa mesyuarat Komiti Akaun Rakyat pada 23 November lalu ke atas NFC, dua orang pegawai senior MOF telah dengan jelas mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang sepatutnya dan semestinya tiada yang membolehkan ia digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah,” ujar Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada Jumaat lepas.

Pegawai MOF itu telah menerangkan bahawa tujuan untuk pengeluaran wang mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila ditanya lagi, pegawai MOF mengesahkan bahawa mereka yang memberi pinjaman RM250 juta itu tidak pernah mendapat permohonan untuk memberi hartanah. Jadi sekiranya, pegawai MOF ini bercakap benar, sudah tentulah Wan Shahinur Izmir yang berbohong untuk menegakkan benang yang basah.”

Malaysia Chronicle


Sumber : malaysia-chronicle.



Wednesday, January 4, 2012

Gambar-gambar lembu betina tua di IPD Dang Wangi..

Kalau dah perangai lembu,,, 7 keturnan pun tetap lembu juga.... nak macam mana kalau dah lembu.... tetapi masalahnya ni lembu tua..... kah kah kah...


Lu orang tengok Cheif Lembu dengan gaya nya,,, satu line atas bahu.... h/phone sedia ..... dengan gayanya.. wakaka.... tunggu arahan dari Ketua Lembu,,,,,



Fuiyo.... lembu betina tua sedang menggayakan model telefon...... busy-busy....



Makin menjadi-menjadi lembu-lembu... eee nak sembelih pun tak ada sapa yang nak.... mat bangla pun rasanya tak kebuloq.....




Cisss... lembu nak posing belakang pulak.......

Kredit to Abah Anas..... tak ada yang berkenan dengan lembu-lembu tu... boleh buat korban nanti.....



..












Tuesday, December 20, 2011

Niat saya ikhlas.... Itu pasal saya sanggup "Selak Kain"....

Oii,,,,, Saya ikhlas ni..... tu pasal saya bagi tau ni saya memang ikhlas.....!!!!!!


Kena ingat, saya masuk jadi ahli Umno dan menjadi Ketua Wanita Umno Bahagian Kepong selama 30 tahun, di mana Umno bahagian Kepong ini bukan kawasan ahli atau pemimpinnya akan menjadi calon.

“Kalau untuk merebut menjadi calon atau jawatan menjadi niat utama saya, tentunya saya tidak di Kepong, saya sudah pindah di bahagian lain yang ada potensi, namun saya tidak pindah kerana niat saya ikhlas,”

Baca seterusnya di shahrizat-serah-pada-najib-


Komen: Hanya lembu-lembu sahaja yang percaya akan keikhlasan hang tu.........


Monday, November 21, 2011

Air Kelantan digunakan untuk cuci taik lembu NFC RM250 juta..

Bila isu lembu dah tak boleh nak ditepis lagi, isu air di negeri kelantan dijadikan modal cerita baru UMNO....



Dah pakat habis rakyat Kelantan cirit birit akibat kekotoran bekalan air tersebut.....Mau tak kotor Air di Kelantan,, dah digunakan untuk cuci segala taik-taik lembu tu,,,baca air-kelantan-basuh-najis-lembu-rm250-juta




Friday, November 18, 2011

Harga Sewa Kondo One Menerung RM70 ribu sebulan !..

Bila aku baca kenyataan ini, aku rasa orang-orang melayu di Malaysia dah masing-masing jadi macam lembu NFC.. Cerita ni dari luahan hati perasaan blogger pencacai UMNO sendiri, baca ada-ke-orang-nak-sewa-one-menerung-rm70.



Kenapalah puak-puak pimpinan UMNO ni suka betui nak memperbodoh-bodoh rakyat..., Lu orang cuba congak RM70 ribu bahagi sebulan (30 hari) jatuh berapa ? 2,333 sehari...,

kalau RM2,333 sehari. pi duduk kat hotel 5 star ambil bilik suite super deluxe pun tak sampai harga RM2000 semalam, tak gaduh nak pening nak kemas bilik, cuci jamban bilik air, breakfast dah tentu ada disediakan, bil letrik, bil air tak gaduh nak kena bayar, 10 kali lebih baik dok pi sewa kondo...

Entahlah,, kalau nak dibuat tempat sarang lembu, mudah lembu nak berak, tahi lembu tu akan bertukar jadi ketui emas.... ,






Thursday, November 17, 2011

Isu Lembu National - Kesemua Ketua Wanita UMNO Mendesak Shahrizat....

Kekecohan lembu-lembu satu Malaysia masih belum ke penghujungnya...


Dua hari lepas TPM Muhyiddin baru nak bersuara meminta pihak NFC menjelaskan kepada awam apa yang berlaku, bukan Sharizat yang perlu beri kenyataan.....ewah-ewah bukani main ko Muhyiddin.... buat-buat lupa pulak atau mudah lupa,,, siapa Menteri Pertanian waktu tu.....

Maka hari ini keluar berita, bahawa Sidang Akhbar penjelasan lembu-lembu akan dibuat .....

Cuma yang memalukan Melayu seMalaysia bagaimana sikap UMNO.... itu yang aku nak perjelaskan,, aku terbaca dari satu laman blog UMNO iaitu bahawa...

Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri turut mendesak Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil agar TIDAK MELETAK JAWATAN, dan Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri dijangka akan turut mengadakan mesyuarat tergempar bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian di negeri masing-masing esok.

Namun perkara yang tak berapa seronok kami dengar, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail tetap akan memberi alasan sama sebagaimana alasan KJ berkenaan keputusan pembelian Kondo One Menerung.

NFC carilah hujah lain yang lebih solid dan kukuh; juga JANGAN SESEKALI CUBA MEREMEHKAN TAHAP INTELEK RAKYAT!

NFC perlu guna ayat yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat dalam sidang media, dan jangan sesekali berniat mengeluarkan kenyataan mengelirukan semata-mata untuk menyelamatkan diri.


Nampaknya memang benarlah apa yang diperkatakan itu, dimana maruah parti UMNO, .masih nak mempertahankan Ketua Wanitanya, walaupun berlaku perkara yang ama-amat memalukan...... Baguih,, tunjuklah sikap begini, lu nak letak jawatan atau tidak dah tak ada makna lagi, wang rakyat dah beratus juta lingkup dah....

Hanya kuasa Allah yang maha mengetahui dan rakyat akan jadi penentu... Kita jumpa di PRU 13 nanti....


Monday, November 7, 2011

Gambar Menteri UMNO sembelih lembu korban di Masjid Kuala Lumpur..

Kisah ni berlaku di Masjid Al-Imam At Tirmizi Taman Sri Sentosa jalan Klang Lama Kuala Lumpur, Sumber gambar aku ambik dari Utusan dan Berita Harian Online semalam....


Korang lihat sendiri, berapa susah dan getirnya dan menjatuhkan seekor lembu sebelum nak disembelih, berapa puloh orang tenaga muda bersiap sedia nak menghadapi sebarang situasi yang bakal berlaku... aku rasa tak kurang lebih dari 30 orang kan....

Kenapa jadi begitu,, kenapa lembu tu begitu agressif,,, sedangkan semalam aku baru lepas saja sembahyang sunat raya, aku tengok Nizar sembelih lembu korban tak timbul masaalah besar pun, tenaga manusia yang nak merebahkan lembu pun hanya 5-6 orang sahaja...baca SINI

Agak-agak kenapa ya,,, Lembu tu aku rasa ia pun tak mau atau tak redha nak nak serah diri untuk disembelih korban oleh orang UMNO.....

Penyudah cerita, Nasib lembu ni selamat rasanya...




Menteri yang bercadang nak sembelih pun tak bersedia aku rasa, sebabnya semua petugas ada pakai t-shirt oren, sedangkan menteri masih dok berpakaian macam pengantin lepas akad nikah.... macam mana nak sembelih lembu korban,, oleh kerana tak lepas peluang juga,, maka berlakulah seperi dalam gambar diatas,, hanya sekadar potong daging lembu,,,

Istilah bahasa kalau orang Cina atau India pun dia tak reti atau bahasa mudah faham, ia tak sebut sembelih, yang ia tau sebut potong.... maka jadilah.. sekadar potong saja... sembelih kat paha lembu sahaja nampaknya...

Moral of story... Inilah yang ada pada semua pemimpin UMNO... jauh berbeza dengan pemimpin PAS, kalau nak sembelih pun tak berani, macam mana kalau agaknya nak pergi demontrasi apatah lagi kalau nak berperang...

Hangpa bayangkan, kalau Pakatan Rakyat ambil alih negara selepas PRU 13 nanti, hangpa jangan risaulah,, tak akan ada lagi demontrasi UMNO lagi selepas tu, kalau nak ada pun Ibrahim Ali sorang aja,, jadi tangkap Ibrahim Ali,, yang lain-lain pakat diam kecut habis.....

Senang cerita kan... cuma yang susah... sekarang ni.. bagaimana nak perjatuh kan UMNo ni dulu....



Sunday, November 6, 2011

Pemuda & Puteri UMNo Lembah Pantai Korban seekor harimau jantan..

Orang nak korban, depa pun nak buat korban,,, tengok pada cara memang standard,,, grand......siap tshirt satu colour,, umpama uniform,,, canggih...


tetapi itulah, lu orang perati tengok, aku rasa lebih dari 30 orang untuk nak menjatuhkan seekor lembu,,,, apa benda ni,, dalam gambar semua pemuda, gerak kerja rasa macam puteri-puteri UMNO pulak ya.....

Ko orang hanya boleh jadi hero merempit dan buat demo di Penang ajalah..

Macam ini lebih baik ko orang jadi lembu kena sembelih, lembu tu lagi mulia dari korang. wakakaka.........

Ada yang kata seolah-olah lembu ni ak rela dikorbangkan,,, tak sanggup ia nak mati di tangan-tangan kotor rasuah.....



Gambar detik-detik penyembelihan lembu korban oleh YB Lim Guan Eng..

Raya haji (korban) tahun lepas blogger celaka UMNO telah mengambil kesempatan buat cerita KM Lim Guan Eng sembelih lembu Korban.... Ok kali ini aku dengan ikhlas mempersilakan lagi bloger UMNo silalah ambik gambar-gambar ini pula buat superimpose macam dulu...

Silakan...

DS Nizar meninjau melihat lembu bakal yang akan disembelih


Lembu diberi minum air dahulu sebelum di sembelih..


Membaca nama-nama yang mengambil korban.. lembu tu di usap-usapnya dulu



Bakal nak bermula penyembelihan


Lihat keadaan lembu dengan penuh reda menerimanya bakal disembelih oleh seorang pejuang Islam


tak ada nak meronta-ronta ketika nak disembelih


Bismillah Allah Huakbar


Sembelih lembu bukan macam sembelih ayam...


Inilah penyudahnya.. selesai sudah...



Pergi dengan aman seekor hamba Allah.. moga-moga diberkati oleh Allah

Selamat Menyambut Hari Raya Eid-ul Adha

Dan

Menjalani Ibadah Korban..


Saturday, November 5, 2011

Gambar wanita sexy dan lembu korban..

Kalau nak dibandingkan dengan wanita seorang lagi tu, mungkin tak sama, yang seorang lagi tu beli cincin permata pun berjuta-berjuta....


Tetapi wanita ni sekadar 20 ekor lembu,, tu pun banyak oooo, seekor lembu sekarang paling kurang RM2,500 seekor, kalau 20 ekor lu kira.... RM50 ribu yooo, banyak duit dia.....


Ni yang aku kata seksi ni.....

Berita berkaitan Di SINI


Saturday, November 21, 2009

Lembu 427 Ekor, Unta 3 Ekor.. Seronok Orang Pekan.

Salam Sejahtera...

Mari kita belajar mengira...

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat sebahagian daripada lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha pada majlis Penyerahan Surat Wakil Pengurusan Ibadat Korban Aidiladha 2009 bagi Parlimen Pekan di sini, hari ini. Sebanyak 427 ekor lembu dan tiga ekor unta diagihkan kepada 55 masjid dan 160 surau di kawasan parlimen itu. --fotoBERNAMA

Katakan anggaran seekor Lembu RM 1500.00 x 427 = 640,500.00
Unta Paling Murah Sekor RM 5000.00 x 3 = 15000.00
__________
655,500.00
===========
Gaji PM 1Malaysia, berapa ribu sebulan..., hurh.. aku pun tak berapa..., Oii persepsi tu.. baru-baru kan laki Najib menderma sebanyak RM7 juta..., hasil duit hadiah Pak Arab..., itu duit korban..655,000.00 (itu kira paling murahhh, belum mar-kup lagi) tak ada hal punya.

Lain la MB Selangor Tan Sri Khalid buat Korban, SPRM tak tidok malam, siasat.. Itu PM Bini Rosmah, siapa berani siasat... habaq mai.... masing-masing telok dah kena picit itu kata adik aku Say No To Munafiqen...

Orang Parlimen Pekan, siasat dulu daging korban tu dari mana, dulu Orang Kepala Batas pun dan termakan banyak daging Korban, bila di siasat eeeiii takut aku nak cerita...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari