boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PLKN. Show all posts
Showing posts with label PLKN. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

PLKN - Baru nak masuk bulan 7 (july), perbelanjaan tahun ini RM750 juta....

Salam Sejahtera,


Segala hasil mahsum negara, termasuk dari duit cukai semua rakyat jelata, dengan senang manusia- manusia yang dipertanggung jawab kan menjaga nya menghabiskan dari kantung negara,

Salah satunya penyalah gunaan wang adalan seperti Di Sini. ,

Pandaiya UMNO mentadbir negara......

.


,

Wednesday, May 25, 2011

Cetusan Pagi ...

Salam Sejahtera,

Dalam suasana pagi yang amat membosankan, apa tidaknya,,, sebelum ini balik saja dari surau selepas solat subuh Isnin hingga Jumaat aku sibuk nak pergi kerja......

tetapi kini aku betui-betui berehat, sabar ajalah....selepas siap mandi pagi... sempat dok tengok rancangan MHI TV3, pagi ini entah kenapa di panggilnya Panglima TUDM, aku tak sempat nak hayati apa yang diucapkan oleh PTU tu,...

Kemudian dipanggilnya pula bekas pesara TUDM, Mej (B) Mohd Nor Ibrahim bin Sulaiman, bekas pilot Nuri...banyak kisah-kisah yang dijawabnya bila disoal oleh pengacara Ahmad Fitri dgn Abby Fana....

Cuma satu saja aku nak ambik dari Mej Mohd Nor ni, sempat juga beliau terlepas cakap....
beliau bersuara dengan mengatakan pendapatnya... Mengapa pentadbiran PLKN tidak mengambil atau menjemput pesara-pesara ATM yang ada kish-kisah lampau dalam ATM dipanggil ke PLKN untuk menceritakan kisah-kisah mereka kepada peserta PLKN, sekurang-kurangnya peserta-peserta dapat mengetahui sejarah anggota tentera, mungkin dengan ini timbul semngat patriotik terhadap negara...

Namun apa yang disuarakan oleh Mej tersebut tak dapat respon dari kedua-dua pengacara TV3, mereka ubah tajuk lain, tajuk tu tak dibincangkan....

Itulah situasi yang berlaku,, apa yang boleh kita buatkan, teringat anak teruna aku yang sama kena PLKN 3 tahun lepas iaitu awal 2009, tempatnya di Cenderiang Tapah, latihan yang diajar kalau tak silap mengenai tentera ialah latihan ala tentera itu saja, kemudian dalam pada tu dicubanya diselitkan dakyah anjuran BTN buat peserta melayu dengan situasi iklim politik dalam negara,,,

Apa pun mereka tak berjaya, dalam 30 peserts melayu tu, hanya dua orang peserta sahaja yang menyokong dasar kerajaan, yang lain pakat menentang, hujah mereka salah satunya kenapa PLKN sendiri tidak dapat menerima keputusan rakyat apabila tidak menerima kerajaan Pakatan Rakyat, salah satu contoh gambar MB NIzar waktu pun tak ada dipasang di dewan makan PLKN,, tersenyap pencceramah tu.... keluar begitu sahaja, itulah tahap minda anak-anak muda, mereka tak minat politik, tetapi mereka mahukan keadilan sejagat..

Anak perempuan kawan aku, kena PLKN di Balik Pulau Pulau Pinang, tahun lepas, ingat kut balik dari latihan bertambah baik, rupanya makin bertambah tak elok, apa tidaknya, sebelum itu mahu juga bekerja sambilan, tolong mak nya dirumah, bantu adik-adik, tetapi selepas balik dari PLKN berubah 360 darjah, kerja dah tak mau, yang ia tahu tengok TV sampai tenga malam, cerita korea, siang tidur, itu yang kawan aku dok mengeluh, nasib baik sekarang dah dapat masuk Kolej Jururawat di Subang Jaya....

Tak tahulah apa yang bakal berlaku pada tahun 2020 nanti, wawasan bekas PM yang lalu, sama-sama kita berdoa minta bekas PM tu umur panjang hingga ke tarikh tersebut, biar beliau sendiri melihatnya... tak lama lagi dah 8 tahun lebih sahaja lagi... apakah UMNO waktu dah berkubur... ya Inshaallah...

Thursday, May 13, 2010

Menteri Fakap!!

Aku pinjam kekata Adukataruna, Fakap..., apa definasi perkataan tu aku pun tak tau, lantaklah... tapi aku meluat sungguh dengan menteri betina garid sorang ni...

Tak tau nak serik.., sebelum ini ia juga yang mencadangkan rumah-rumah kebajikan untuk memelihara anak-anak haram..., fakaplah tu....

Terkini ia membantah pula cadangan ujian kehamilan untuk pelatih wanita PLKN..., apa hal nak bantah..., paling kurang tak menyusah staf PLKN.., kejadian kat Papar Sabah tu nasib bayi tu hidup, kalau terjadi apa-apa kepada bayi dan si ibu, dah nak kena menjawab petugas PLKN..

Hentam sajalah menteri oiii, hangpa yang memerintah.



Friday, January 15, 2010

Ish. Ish, Ish.. Apa tu....

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Siti Rohana Basiron, 18, (kiri) pada majlis perasmian Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 1 siri 7/2010 dan pelancaran 1 Malaysia peringkat PLKN di Kem PLKN Desa Rimba Sauk, Kuala Kangsar, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya
Jan 15, 2010 3:42 pm

Komen: Budak tu dah 18 tahun dah.. Bukan 18 bulan,,, ish....!! gatai juga Pak Sheihk Sorang ni....Persepsi tu.. ia anak macam anak ia sendiri.. tu.....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari