boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, May 25, 2011

Cetusan Pagi ...

Salam Sejahtera,

Dalam suasana pagi yang amat membosankan, apa tidaknya,,, sebelum ini balik saja dari surau selepas solat subuh Isnin hingga Jumaat aku sibuk nak pergi kerja......

tetapi kini aku betui-betui berehat, sabar ajalah....selepas siap mandi pagi... sempat dok tengok rancangan MHI TV3, pagi ini entah kenapa di panggilnya Panglima TUDM, aku tak sempat nak hayati apa yang diucapkan oleh PTU tu,...

Kemudian dipanggilnya pula bekas pesara TUDM, Mej (B) Mohd Nor Ibrahim bin Sulaiman, bekas pilot Nuri...banyak kisah-kisah yang dijawabnya bila disoal oleh pengacara Ahmad Fitri dgn Abby Fana....

Cuma satu saja aku nak ambik dari Mej Mohd Nor ni, sempat juga beliau terlepas cakap....
beliau bersuara dengan mengatakan pendapatnya... Mengapa pentadbiran PLKN tidak mengambil atau menjemput pesara-pesara ATM yang ada kish-kisah lampau dalam ATM dipanggil ke PLKN untuk menceritakan kisah-kisah mereka kepada peserta PLKN, sekurang-kurangnya peserta-peserta dapat mengetahui sejarah anggota tentera, mungkin dengan ini timbul semngat patriotik terhadap negara...

Namun apa yang disuarakan oleh Mej tersebut tak dapat respon dari kedua-dua pengacara TV3, mereka ubah tajuk lain, tajuk tu tak dibincangkan....

Itulah situasi yang berlaku,, apa yang boleh kita buatkan, teringat anak teruna aku yang sama kena PLKN 3 tahun lepas iaitu awal 2009, tempatnya di Cenderiang Tapah, latihan yang diajar kalau tak silap mengenai tentera ialah latihan ala tentera itu saja, kemudian dalam pada tu dicubanya diselitkan dakyah anjuran BTN buat peserta melayu dengan situasi iklim politik dalam negara,,,

Apa pun mereka tak berjaya, dalam 30 peserts melayu tu, hanya dua orang peserta sahaja yang menyokong dasar kerajaan, yang lain pakat menentang, hujah mereka salah satunya kenapa PLKN sendiri tidak dapat menerima keputusan rakyat apabila tidak menerima kerajaan Pakatan Rakyat, salah satu contoh gambar MB NIzar waktu pun tak ada dipasang di dewan makan PLKN,, tersenyap pencceramah tu.... keluar begitu sahaja, itulah tahap minda anak-anak muda, mereka tak minat politik, tetapi mereka mahukan keadilan sejagat..

Anak perempuan kawan aku, kena PLKN di Balik Pulau Pulau Pinang, tahun lepas, ingat kut balik dari latihan bertambah baik, rupanya makin bertambah tak elok, apa tidaknya, sebelum itu mahu juga bekerja sambilan, tolong mak nya dirumah, bantu adik-adik, tetapi selepas balik dari PLKN berubah 360 darjah, kerja dah tak mau, yang ia tahu tengok TV sampai tenga malam, cerita korea, siang tidur, itu yang kawan aku dok mengeluh, nasib baik sekarang dah dapat masuk Kolej Jururawat di Subang Jaya....

Tak tahulah apa yang bakal berlaku pada tahun 2020 nanti, wawasan bekas PM yang lalu, sama-sama kita berdoa minta bekas PM tu umur panjang hingga ke tarikh tersebut, biar beliau sendiri melihatnya... tak lama lagi dah 8 tahun lebih sahaja lagi... apakah UMNO waktu dah berkubur... ya Inshaallah...

1 comment:

  1. UMNO rasa dia gah.Macam-macam program dia orang buat.Muda -mudi amat suka.Tu yang dia perasan muda-mudi semua geng dia.Dia tak tau yang depa tu daftar pengundi pun tidak.Lingkuplah UMNO lepas PRU 13 ni.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari