boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 26, 2011

Kenapa masih nak mempertahan jawatan Timbalan!..

Salam Sejahtera,

Siasah Bil:  0266
Hati kecil dan perasaan ku tertanya-tanya... KENAPA,.. Dua tahun lalu di Muktamar Shah Alam, sama juga senarionya 2 orang yang cabar, dan tahun ini sama juga, cuma pelakon yang sorang dah bertukar

Kalau 2 tahun dulu kedua calon yang mencabar digelar dari Erdogan, satu mainan jahat dari musuh-musuh parti, tetapi kali ini tinggal seorang pelakon lama dan seorang muka baru dan boleh dikategori sebagai ulamak....

Keputusan 2 tahun dulu kalau jumlah undi kedua-dua calon yang mencabar dicamporkan melebihi dengan jumlah undi juara menunggu, namun walaupun menang dengan majoriti 1 undi sekali tetap di kira menang,

Mungkin dari sifir congak perkiraan 2 tahun lalu, maka penyandang juara masih nak mempertahankan jawatan tersebut kerana berkemungkinan akan menang lagi seperti 2 tahun lalu..

Disni timbul perasaan dibenak hati ku, kali ini pencalonan buat Mat Sabu berapa banyak yang beliau dapat, malah di Kelantan sendiri Mat Sabu mendapat berapa banyak pencalonan, dan penyandang juara hanya pencalonan....

Jadi, tidak ada perasaan malukah dalam diri penyandang jawatan, inikah nilai yang dikatakan sebagai pemimpin gerakan Islam.... ingatlah.. kami ahli-ahli bawahan mahukan perubahan kepimpinan,,

Teringat balik aku kepada arwah Tun Ghafar bila jawatannya dicabar DSAI satu ketika dahulu, bila pencalonan buat Anwar begitu banyak, Tun Ghafar dengan rela hati menarik diri,,,

Arwah Tun Ghafar lebih bermarwah dan ada harga diri dari penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS sekarang..,


11 comments:

  1. Orang nak bertanding, biarkan lah! Bukannya ada melanggar peraturan atau hukum Allah.

    Kalau rasa minat dan nak menyokong mana2 calun, silakan lah berhujah ataupun berkempen dgn cara dan akhlak yg baik.

    ReplyDelete
  2. Bila sebut berkempen dgn cara dan akhlak yg baik, saya suka berkongsi pengalam terkini. ABC @Abu Bakar Chik, 3 minggu lepas turun ke KL jumpa kawan2 Mat Sabu.Dia hentam Mat Sabu macam2, kemudian tinggalkan pesan untuk Mat Sabu. Kata ABC, awak bagi tau Mat Sabu yg tempat dia dalam parti, cukup setakat sekarang(ajk pusat), jangan lebih2 dari tu. Minta dia ukur diri.Lalu, kawan lama Mat Sabu komen pulak pd ABC, katanya pimpinan Pas sekarang termasuk ulamak dah jauh dgn ahli, kalau pergi mana2 pilihanraya kecil, duduk hotel 4,5 bintang. Belum habis kwn tu bercakap, ABC terus mencelah dgn nada yg agak marah, katanya..Ini Mat Sabu la yg hasut. Kemudian ABC beredar, katanya nak ke Padang Rengas,Perak. ABC aktis lobi utk Nasarudin. Inikah cara kempen berakhlak yg saudara maksudkan itu? Kata kwn Mat Sabu tu..inilah ulamak akhir zaman. Dia kata, tetap akan sokong Mat Sabu, biarlah tak ulamak pun, tapi ada juga akhlak

    ReplyDelete
  3. mat sabu hanya banyak pencalonan sebab banyak kawasan yang segan dgn dia...gara2 dia kerap turun kawasan tolong bagi ceramah utk isi tabung kawasan...setakat tu ja...nak jaga hati.
    Bila mengundi nnti, jgn terkezut dah le.
    Perwakilan PAS dah dewasa nak kenal siapa yg layak jadi pemimpin dan siapa yg layak jadi tukang sabung atau tukang karut.
    Lebih2 lagi bila terpalit dgn kes khalwat...

    ReplyDelete
  4. mat sabu tu syiah. akidah tak betul. nak tahu dengar ceramah dia.mukaddimah dia selawat kepada nabi, lepas tu keluarga nabi. tak ada pun kepada para sahabat. mat sabu menyombong dengan sahabat rasulullah. aku doakan dia tak akan menang kerana salah satu dari pegangan syiah mengkafirkan para sahabat.

    ReplyDelete
  5. Kenapa perlu pilih Mat Sabu?

    Sebabnya mudah sahaja... UMNO gerun dengan Mat Sabu. Najib pun gerun dengan Mat Sabu. Rosmah pun gerun dengan Mat Sabu. Jika dalam kesenian peperangan, jika mendengar nama sahaja telah menggerunkan dan menggentarkan musuh, apatah lagi jika beliau benar-benar berhadapan dengan mereka.

    Jika nak PAS disegani pihak lawan dalam tempoh berdepan dengan PRU13 maka Mat Sabu adalah orangnya.

    Kenapa perlu dipilih pemimpin dari aliran agama lagi sedangkan Presidennya memang adalah ulamanya. Mursyidul Amnya adalah ulama, majlis syura adalah ulama. Takkan hilang sinar Islamnya PAS kalau Mat Sabu menjadi orang no 2. Sedangkan suatu ketika dahulu dasar yang dipegang oleh PAS adalah 'Memprofesionalkan Ulama dan Mengulamakan Profesional'. Jadi kenapa perlu risau sedangkan Mat Sabu adalah antara individu yang ditarbiah dan melalui zaman itu.

    Kenapa masih nak pilih ulama itu sedangkan ulama itu gagal memahami ilmu yang dipelajarinya, iaitu agama perlu didahulukan, kebangkitan bangsa akan menyusul kemudian.

    Jika benar dia seorang yang sayangkan PAS, secara nuraninya sewajarnya dia tidak mempertahankan kedudukannya kerana dalam tempoh penjawatannya yang lalu hanya kucar-kacir sahaja yang berlaku akibat usahanya itu. Adakah dia tidak berbuat demikian kerana permintaan musuh atau kerana mengejar pangkat dan kuasa? Adakah tanpa pangkat dia tidak dapat berjuang di dalam PAS dan Islam? Tidakkah dia sedar ucapan penutup TGHH berkaitan 'Kerajaan Perpaduan' adalah suatu usaha tuan presiden untuk mengatakan hentikan sahaja usahamu itu untuk berbaik-baik dengan UMNO kerana sebahagian ahli PAS takkan setuju dengan agenda kamu itu? Tidakkah kamu mengerti ucapan itu adalah arahan halus supaya kamu hentikan apa yang cuba engkau lakukan. Tidakkah kamu kemudiannya tersesak dan disalahkan dengan ucapan tersebut oleh ahli-ahli PAS? Jadi gunakan iman, atasi nafsu.

    ReplyDelete
  6. Ni nape nak dikaitkan lagi dng kes khalwat????Benda tu dah selesai pun.Janganlah nak diungkit2 lagi.Tentang ulamak dan tak ulamak ni aku pon heranlah dengan orang yang kata memperjuangkan ISLAM.Kata ISLAM FOR ALL.Tapi bila nak tanding bangkit hal ulamak dan bukan ulamak.Kalau dah ramai orang yang calon dia ( MAT SABU ) biarkanlah.Apa salahnya kita bagi peluang kepadanya memimpin gerakan Islam.Kalau dia tak mampu pemilihan akan datang gantilah dengan orang lain.Kepala-kepala orang PAS ni sama saja dengan kepala2 orang UMNO.Pas tu gaduh orang MELAYU tak mau berubah dan tak mau bagi peluang PAKATAN RAKYAT memerintah Malaysia.Ko orang nak pilih MAT SABU pun dah takut.Jadi jangan gaduh di luar sana orang Melayu takut nak memilih Pakatan Rakyat.Kalau dalam kelambu sendiri pun masih ragu2 tentang kepimpinan bagaimana nak harap orang di luar kelambu menyokong perjuangan PAS.

    ReplyDelete
  7. ali riau hang pergi main jauh2,jgn duk sibuk hal rumahtangga orang...

    baik hang pi jaga kandang umno-pandikutty yang tak lama lagi nak roboh...

    tak habis2 bawa cerita tahyul,bongok punya pandikutty.

    ReplyDelete
  8. Dalam PAS berapa % ustaz? Berapa peratus profesional?

    Langkah paling tepat untuk memantapkan parti ialah barisan pimpinan harus ikuti kuota % kategori ahli2. Barulah PAS for all!

    ReplyDelete
  9. Salam bro manjung,aku jumpa blog ni ni kat komen bloglistmalaysia http://antimohamadsabu.blogspot.com/
    Ini mesti geng2 batu api.

    ReplyDelete
  10. Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS akan membantu PAS dan PR menngulungkan BN di peringkat pusat.
    Umat Islam tidak mahu kemenangan cuma di peringkat Terengganu dan Kelantan sahaja.

    ReplyDelete
  11. Anon 6.20pm(26hb),

    Cerita anta tentang ABC, Abu Bakar Chik tu boleh
    dipercayai sebab setahu umum,itulah gaya,lagak dan syahsiah ABC.Orang macam ABC dan Stopa Ali inilah yang menyebabkan Trengganu jatuh ketangan UMNO.Kami orang Trengganu lebih kenal puak-puak ni dan selagi puak-puak ni berkuasa diTrengganu,orang PAS sendiri pun tak akan sokong mereka.Malang puak-puak ni dah berkampong diIbu Pejabat PAS.Merekalah anai-anai yang akan merobohkan PAS dari dalam.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari