boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, May 4, 2011

Apa Cerita Ni !!! Mufti Perlis...

Salam Sejahtera,

Terkejut besar aku pagi ni bila nampak tajuk depan UM yang cuba nak buat isu baru, apakah isu ini sempena muktamar PAS pada awal bulan Jun nanti atau pun cuba nak menyelamatkan UMNO yang semakin dah nak mamposss...


Sebelum ini bab tugas penyatuan umat melayu ni hanya Harussani yang berani bersuara, apakah kerana Harussani dah tak laku disebabkan isu tarian poco-poco, maka Dr Juanda Mufti Perli nak mengambil alih...

Kesian aku kat Dr Juanda, mungkin beliau tak tahu bab budaya politik UMNO, orang Sarawak yang baru setahun dua menetap di Semenanjung, masih belum masak lagi dengan perangan buruk laku politik UMNO..

Tak larat aku nak tulis perangan buruk UMNO... cukuplah... aku tak rela PAS asyik dok kena tipu dan buli dengan UMNO, benarlah apa yang disuarakan oleh TGNA, kalau dah rasa nak bersatu, terimalah Islam dengan seadanya.... Bukan setakat perpaduan bangsa Melayu..

.

BERITA UTAMA

Pengkhianat Islam

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.

7 comments:

  1. Syarat penyatuan adalah menerima Islam.

    TGNA dah kata kalau UMNO terima islam sbgai 1 cara hdup TGNA akan bubarkan PAS.

    Apakah jaminan ini tidak cukup utk meyakin Najib?

    Masalahnya nak terima islam atau tidak itu saja.

    Sudah terang lagi bersuluh. nape putaq putaq?

    ReplyDelete
  2. Tuan, sepatutnya perkara yang baik patut disokong bukan dibangkang. Jika perjuangan PAS adalah perjuangan Islam, dan jika UMNO itu banyak salah lakunya, maka patutlah ambil kesempatan ini untuk berdamai dan membawa UMNO ke arah yang lebih baik. Bukankah ini sebahagian dari perjuangan?

    ReplyDelete
  3. Mungkin Dr.Juanda belum pernah rasa kena gam ngan UMNO lagi....Bila dia dah merasa bagaimana sukarnya nak melaksanakan Islam disebabkan UMNO, rasanya barulah dia sedar dan tarik balik kenyataan itu......

    ReplyDelete
  4. "Kesian aku kat Dr Juanda, mungkin beliau tak tahu bab budaya politik UMNO, orang Sarawak yang baru setahun dua menetap di Semenanjung, masih belum masak lagi dengan perangan buruk laku politik UMNO.."

    HOOO...HAAAAA...PANDAINYA LIDAH PUTAR...PUTAR...PUTARRRRRRRRRR!

    YANG GEROBOLAN DATANG KE SARAWAK BAWA BERTAN-TAN FITNAH DARI MALAYA SEMASA PRN SARAWAK TEMPOH HARI, DAH BERAPA TAHUN MENETAP DI SARAWAK?????

    DAH MASAK SANGAT DENGAN BUDAYA ORANG SARAWAK???? BANGANG TAHAP GABAN WALBABOOON!!!

    BILA TAK BERKENAN...WAH BUKAN MAIN LAGI MENGEJEK DAN MENCELA!!!

    PERHATIKAN BETUL2 PANDANGAN DR JUANDA....JGN SAMA MACAM UMNGOK, AMBIL AYAT AL QURAN SEKERAT2....PARAM KAH???

    Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

    Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.
    “Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.

    APA? TAK PECAYA AL QURAN DAN HADISTKAH???

    ASAS PERPADUAN ADALAH 'ISLAM'...BUKAN KAH PAS YANG PERJUANGKAN ISLAM?

    SEMASA PRN SARAWAK ARI TU,WAH BUKAN MAIN LAGI PUAK2 INI HENTAM PEMIMPIN MELAYU ISLAM KAT SARAWAK,
    TENGOKLAH APA DAH JADI,

    HANYA DUA EKOR PR MUSLIM DLM KABINET GILA BAYANG? SARAWAK...
    YANG LAINNYA SIAPA???

    SYUKUR ALLAH SWT DAH UBAH PERANCANGAN BURUK PR TEMPOH HARI

    KUNUN2 BARU BIAN NAK TABALKAN JADI CM SARAWAK....
    JADI KETUA PEMBANGKANG PUN KEMPUNAN!
    KESIAN CM GILA BAYANG2!

    ReplyDelete
  5. patut songkok pon dah makin tinggi!

    ReplyDelete
  6. Dr Juanda hari tu di Mekah ada konvensyen mufti apa tah. Dia dah kembali bertugas ke?

    ReplyDelete
  7. ust sarawak juanda, hg taktau pa dok la diam. baru mufti perlih tak sampai 3 tahun dok tunjok jora. nak tunjok pandai lebih kot ka nak bodek APCO kaaaaaaaaaa....musibat punya mufti.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari