boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, May 30, 2011

Harun Taib - Kepimpinan Ulama , Bukan wajib atau sunat, sekadar harus sahaja...

Salam Sejahtera,

Pengakuan dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, jadi bagaimana dengan ostad-ostad cap ayam dok sibuk dengan ulama sahaja yang boleh jadi pemimpin!!!!,



Bahasa

Harun Taib: Tiada peruntukan, tapi PAS harus pertahan kepimpinan ulama

May 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib menegaskan kepimpinan ulama harus diteruskan dalam parti itu walaupun ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti Islam itu.

Bagaimanapun Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, beliau akan tetap memberi sokongan kepada mana-mana calon yang menang dalam saingan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti minggu ini.

Menjelang hari pengundian 5 Jun ini, sebagaimana disaksikan tahun-tahun lalu, soal kepimpinan ulama dan profesional kembali muncul dalam menentukan penyandang jawatan nombor dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Minggu lalu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya soal kepimpinan ulama atau profesional dalam parti itu.

Sebaliknya kata beliau, ia sengaja ditimbulkan oleh Umno-BN.

Calon yang akan bertanding untuk jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu.

“Itu terpulang kepada perwakilan untuk buat keputusan dan pilih, siapa-siapa menang pun tiada masalah sebab mereka ahli PAS juga.

“Tapi kalau perwakilan faham, tradisi kepimpinan ulama itu harus diteruskan... ikut amalan sesiapa pun boleh tapi amalan biasa adalah kepimpinan ulama walaupun dalam perlembagaan parti tiada syarat begitu,” kata Harun kepada The Malaysian Insider.

Tambah beliau, mana-mana pemimpin akan dipilih untuk jawatan nombor dua parti itu harus patuh kepada perlembagaan parti selain memperjuangkan dasar-dasar yang telah ditetapkan.

“Bagi saya tidak kisah siapa yang akan menang, tapi saya harap mereka yang menang nanti tahu dasar parti, pertahankan dasar itu dan seterusnya memperjuangkan dasar parti ini kerana parti mahukan seorang pemimpin yang boleh buat kerja,” katanya.

Ditanya sama ada Tuan Ibrahim adalah calon pilihan beliau untuk memenangi jawatan timbalan presiden, Harun bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya ada pilihan sendiri, tapi saya tidak boleh beritahu sebab undi itu rahsia,” jawabnya ringkas.

Pada pemilihan kali ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden yang disandang sejak 2002.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, selain dua penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, empat pemimpin lain yang turut bertanding adalah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

3 comments:

  1. Tau tak pa! Pas parti politik jadi kena cari pemimpin yang boleh buat kerja kalau nak Ulamak saja jadi pemimpin masuk Persatuan Ulamak Malaysia habis cerita.

    ReplyDelete
  2. Ini ulamak tak boleh pakai punya sebab ulamak UG.Cakap dia sama dengan cakap Harusani - kedua-duanya tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  3. kesian... jd ulamak pon kena kutuk.... sumer pon nak tolak ulamak.. masuk UMNO je laaa..... apa beza PAS ngan UMNO.. mula2 tolak ulama... lepas tuh sikit2 tolak agama plak... akhir zaman... org yg kita nak harapkan ponn x leh harap.... manusia bertopeng

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari