Baguih betui saranan oleh Menteri UMNO orang Sabah ni, berani menyatakan sesuatu kepada negara luar,, Tahniah Pak Menteri....
Tetapi kat dalam negara bagaimana pula,, apakah UMNO mempraktikkan sepertimana yang disaran oleh pak Menteri tu!.......
Malaysia mahu pemilihan ketua IMF secara terbuka, telus dan adil
2011/05/23
KUALA LUMPUR: Malaysia menyertai negara membangun yang lain menggesa dilaksanakan proses pemilihan yang terbuka, telus dan adil bagi pelantikan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Malaysia berpandangan jawatan itu perlu diisi oleh seorang calon yang akan mewakili negara membangun yang peranannya semakin berkembang di dalam ekonomi global.Katanya, ia sejajar dengan seruan dilakukan pembaharuan di dalam IMF dan pada masa yang sama membolehkan pandangan negara membangun diambil kira di dalam lembaga pengarahnya secara bermakna.
Media melaporkan badan kewangan yang berpangkalan di Washington itu merancang menyelesaikan pencariannya mendapatkan seorang pengarah urusan menjelang 30 Jun ini bagi menggantikan Dominque Strauss-Kahn yang meletakkan jawatan. - BERNAMA ,
No comments:
Post a Comment