boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PRK P 212. Show all posts
Showing posts with label PRK P 212. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Tahniah Buat Bang Mat Sabu!!

Aku hanya tumpang gembira bila ada lagi pimpinan PAS macam DS IR Nizar, YB Khalid Samad, Bang Mat Sabu, YB Dr Mariah dan yang lain-lain lagi yang berhempas pulas membawa mesej PAS kepada penduduk Sibu, Alhamdulillah.. ISLAM yang sebenar akan dapat difahami oleh semua rakyat Malaysia...




Monday, May 17, 2010

Ayam dan Itik

Salam Sejahtera..

TGNA menyifatkan UMNO beli undi macam beli ayam dan itik..., he he nasib baik ayam itik, cuma taraf haiwan saja,,.cuma aku nak tambah... sikit ayam yang UMNO boleh beli pun ayam daging aja, ayam yang kena kurong, makan dan minuk disediakan, malam dipasang pelita... ayam ni memang mudahlah kena beli,

Kalau ayam kampung, bagi makan pakai tabur tu, susah sikitlah nak beli, baru gaya nak tangkap ia lari,, tak tau cara pakai tak dapat la..., kalau ayam hutan lagi lahh...





Adegan 1001 Alasan Bohong Dah Bermula..

Dia dah mula dah....

Lu cerita apa lagi mangkok..., lu mengaku sajalah.....

Dah lah tu, buat tuduhan kat pembangkang pulak....,

Lagi satu, Lu SPM dulu mathematic dapat apa!! A+ atau E+....,






Tahniah Tokeh Garam Bukit..


Salam Sejahtera...

Malam tadi aku dapat tiduk dengan penuh kepuasan, puas kerana tumpang seronok BN dah kantoi di Sibu... ha ha... baru ada akai.... Berita TV1 jam 11.00 malam baru depa nak umum, itu pun yang dapat dengak dari pegawai Pengurus PRK hanyalah majoritinya sahaja.. kemudian yang akhirnya baru umum ahli DAP menang...

Pagi ini pulak, rancangan MHI TV3, aku tunggu nak tengok tajuk akhbar-akhbar, semua akhbar melayu satu pun tak dibacanya oleh pengacara Wardina dan Fitri, bila akhbar Strait Times baru dibacanya, apakah ini arahan dari penerbit yang takut kena pecat seperti penerbit TV2 dan NTV7 yang diberhentikan 24 jam.

Namun dalap pada itu, sempat juga si Wardina menyindir.. baguih katanya ada PRK ni, harap-harap lepas ni ada lagi..., apa maksudnya wallahhuaklam.

Baru aku teringat..,sebelum ni aku ada baca ramalan forecast dari Pak Akop idola baru MSK, nampaknya Pak Nawi sahabat MSK dah senyap dilupai MSK disebabkan kehebatan Pak Akop... MSK cukuplah dengan ramalan tu, kerana agak-agaknya tiada lagi PRK, nak tunggu kes Gobala dengan Tian Chua nampaknya pakai tak adalah,, kalau macam ni punya pukulan...tanya Pak Akop tu, bagaimana PKR selepas ni,,,apakah Anwar ke dalam sekali lagi!!

Tahniah buat pengundi Sibu, nampaknya anda lebih hebat cerdik dan matang dari pengundi melayu hulu Selangor, walaupun anda tinggal dirumah panjang berbanding melayu felda di Hulu Selangor. Kalau YB-YB PKR yang melompat TGNA menyifatkan belum akil baligh, tetapi buat pengundi Melayu bengap Hulu Selangor yang mengundi BN aku sifatkan mereka belum lagi mumayiz, tak dapat membezakan yang mana lebih sesuai jadi calon mereka....

Syabas!! Bravo Zulu buat Pengundi Sibu, anda membuatkan Najib tersedak sakit anak tekak, budget makin bertambah kerana nak cukupkan quota 2/3 ahli parlimen..., bagaimana lepas ni nak hadapi PRU DUN Sarawak yang dah pun matang,, kesian kat Mahyudin Yassin, selalu TPM memegang Menteri KDN atau pun Menteri Pertahanan, ini Menteri pi jaga budak sekolah, apa cerita, nak harap Cikgu-cikgu sokong dia,,, adalah.. cikgu-cikgu yang ajk umno cawangan-cawangan, berapa kerat, apa kuasa yang ia ada, berbanding dengan Hisyammudin yang jaga PDRM, dan lain-lain lagi agensi penguatkuasaan...., dengar cerita Najib sendiri nak pejatuhkannya, agar mudah Hisyamuddin sepupunya mengambil tempat, dan selepas itu baru Mukriss anak Mahathir pula,,,nampaknya legacy takta Malaysia juga adalah kroni anak bapa sahaja,itu pun kalau sempat,,, kesian Muhyidin, awak bakal senasib dengan mentor awak Musa Hitam, Ghaffar Baba dan DSAI, hanya setakat Timbalan PM sahaja...


Sunday, May 16, 2010

PRK P212 - SPR Tak Ada Telok Nak Istihar, Biar Aku Yang Istihar..

Salam Sejahtera..

Semalam petang aku sempat tengok siaran TV mengenai nasihat Pengerusi SPR menyeru warga Sibu pergi mengundi, katanya jangan takut, undi rahsia, lepas undi lipat-lipat kertas undi masuk dalam peti undi, tak ada siapa yang tahu.. telus lah kononya.., kepala juboq dia...

Kenapa bila pengundi dah keluar tunai tanggungjawab, keptusan dah lama tau, tetapi sehingga kini jam waktu Malaysia 10.40 malam, masih lagi tak umum-umum,, rupanya nak kira semula..., apa cerita ni..

Keputusan rakyat dah tahu, nak kira apa lagi, secara tak rasmi menyebut undi pos yang keluar mengundi dan dikira sebanyak2,401 undi. Dari jumlah ini BN meraih (diberikan undi pos ini) sebanyak 2,287 undi manakala undi untuk DAP sebanyak 87 undi dan calon bebas diberi 27 undi.

Sekiranya dicampur undi pos 87 undi ini bermakna undi DAP sebanyak 18,657 undi. Manakala undi BN pula akan meningkat mendadak menjadi 18,267 undi. Ini bermakna DAP akan menang dengan majoriti sekitar
390 undi.
Apakah Pengerusi SPR pun macam hakim-hakim berukkat mahkamah juga, sebarang keputusan mesti mendapat restu Bik Mama dahulu! #$%^&*!....






Wednesday, May 12, 2010

Aku Bangga Dengan MB Aku..


Semalam... Ketua Polis Sibu memberi amaran ...jangan berkempen dengan isu agama.... Kepala hotak dia.., setelah UMNO dan BN menggunakan isu tersebut, PR nak jawab balik nampaknya dah tak boleh.......!!! Itu macam pun ada ka.., lebih baik tak payah bagi kempen-kempen.., lepas penamaan calon terus mengundi.., apa macam boleh macam tu..., ada akai taruh kat kepala lutut...

Friday, April 9, 2010

PRK Lagi -- Kali ini di Sibu sarawak..

Salam Sejahtera...

Belum pun lagi bermula perang PRK ke 10 di Hulu Selangor, satu lagi PRK Parlimen Sibu pula bakal di adakan..., oiii Durian runtuh pula orang Sibu, apakah disekalikan dengan PRU DUN Sarawak.... save badjet...




Ha ha .. UMNO boleh nafas lega.... SUPP punya kerusi...,



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari