boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Mat Sembab. Show all posts
Showing posts with label Mat Sembab. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Petanda Awal Kejatuhan BN di Sarawak...

Salam Sejahtera.
Berpantang ajal sebelum maut.... betui ka... atau pun ajal masih belum sampai lagi,, apa pun sebagai peringatan buat orang yang terselamat... moga-moga sebagai petunjuk awal kejatuhan BN dan suku sakatnya sama seperti helikopter tu....



Helikopter terhempas selepas hantar rombongan TPM

TERKINI @ 03:55:25 PM 11-04-2011
April 11, 2011

Helikopter Bell Jet milik Sabah Air yang terhempas di Dataran Sibu. — Foto ihsan dari Facebook
SIBU, 11 April — Salah sebuah helikopter yang menghantar rombongan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhempas di Dataran Sibu berhampiran Wisma Sanyan di sini kira-kira 2 petang tadi.

Tiada penumpang dalam helikopter ketika kejadian.

Helikopter milik Sabah Air itu dipercayai terhempas akibat angin kencang.

Menurut Ketua Polis Sibu Shafie Ismail, juruterbang cedera parah dan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Helikopter itu, salah satu daripada tiga helikopter yang digunakan untuk membawa rombongan timbalan perdana menteri, ketika kejadian sedang berlepas untuk menuju lapangan terbang Sibu.

Laporan media juga menyebut helikopter itu terhempas beberapa minit selepas Muhyiddin tiba di lokasi yang sama untuk menghadiri satu majlis di hotel berhampiran.

MENYUSUL LAGI.

Thursday, March 3, 2011

PRK DUN N28 Kerdau - Moga-moga jadi teladan ....

Salam sejahtera,
Alhamdulillah, ini baru aku lihat seorang pemimpin tertinggi UMNO boleh menjadi Imam dalam sembahyang berjemaah, Tahniah...
,

Kira hebat TPM Malaysia,, dibelakangnya yang jadi makmum pun kalau kita perhatikan calon UMNO Syed Ibrahim lulusan AlAzhar sendiri menjadi makmum, agak-agak Najib bila pulak naj jadi Imam, teringin juga aku nak tengok... Kalau Najib jadi Imam aku rasa makmum yang kat belakang paling lekeh pun ulamak besar Yusuf Qardawi...,

Friday, January 21, 2011

PRK N05 Tenang - Muhyiddin ! apa bidas-bidas ni.. DEBAT ajalah...

Salam Sejahtera.

Rasanya kepedihan atas kekalahan di PRK Parlimen Bukit Gantang yang lalu membuatkan Muhyiddin masih lagi terasa..

Tunggu peluang sahaja, dapat aja bola tanggung terus smash..., " Siapakah dia terus nak jatuhkan hukum".., kalau nak tau siapa dia,, aku cadangkan berdebat juga.,, jangan risau,, ada berani ke,, Nizar bukan berkelulusan agama,, serupa lu juga...., debatlah lu dua orang,, nanti kita boleh tengok siapa yang demam... Rosmah ke Najib....

TERKINI

Muhyiddin bidas bekas MB Perak

21/01/2011 8:52pm

LABIS 21 Jan. - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan.” "Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis di sini hari ini. - Bernama

Friday, December 24, 2010

Tenang Kubu UMNO...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Kecil (DUN) Tenang, Johor pada 30 Januari depan manakala tarikh penamaan calon pula pada 22 Januari.....

Manakala Muhyidin Yasin pula mengumumkan......



TERKINI

DUN Tenang kubu BN, kata TPM

24/12/2010 2:16pm

KUALA LUMPUR, 24 Dis. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor lebih arif untuk menentukan calon yang harus dipilih mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu Januari depan.

"Yang penting tidak kira apa pembangkang kata, orang Johor kawasan itu lebih maklum dan arif... sejak sekian lama, berdasarkan rekod sejak dulu, Tenang memang dimenangi oleh BN.

"Kita harap pengundi yang ada di Tenang akan terus sokong BN,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program “Mendidik Demi Malaysia” di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, DUN Tenang tidak pernah dibolosi oleh pembangkang.

Bagaimanapun, BN tetap menganggap setiap pilihan raya kecil sebagai cabaran dan tidak pernah memandang remeh cabaran daripada mana-mana pihak, katanya. - Bernama


Kalaulah benar seperti yang dikatakan oleh TPM itu, maka amatlah malang pengundi-pengundi di DUN Tenang, tenang sungguh, bukan jangan sangka di air tenang tiada buaya..... Yang ini tenang sesungguhnya Tenang.. Tenang menjadi kubu UMNO kerana..

Pengundi DUN tenang semuanya pejalan kaki dan menunggang basikal sahaja, jadi tiada masaalah kenaikan harga petrol dan diesel, tiada masaalah saman ekor.

Pengundi DUN tenang, masak pakai dapur kayu, tak pakai gas, kekadang tak masak, main makan mentah aja.

Pengundi DUN tenang, tak minum air kopi, teh atau susu, mereka hanya minum air hujan.

Kasihanlah pengundi DUN tenang,, moga-moga sentiasa tenang, selama-lamanya tenang.......

Monday, November 1, 2010

Bakal PM bergaya dengan PM Australia...

Selalunya dalam isu-isu pertemuan pemimpin No1 dengan pemimpin no 1 negara akan diambil oleh no1 Malaysia, tapi apa boleh,,, dah nak tersungkur.... eiii ruginya.. dengan mem orang putih pulak tu.......

Dapatlah pulak kat orang no 2, bergaya sakanlah dia hari ini... Selalunya orang no2 ni berminat dengan senjata orang asli iaitu sumpit,,, entah macam mana habuan dia hari ini.... melepas orang orang no 1...

Australia’s PM Julia Gillard (left) watches as Malaysia’s DPM Muhyiddin Yassin gestures during a photo call outside the PM’s office in Putrajaya near Kuala Lumpur November 1, 2010. — Reuters pic
Australia’s PM Julia Gillard (left) watches as Malaysia’s DPM Muhyiddin Yassin gestures during a photo call outside the PM’s office in Putrajaya near Kuala Lumpur November 1, 2010. — Reuters pic

Tuesday, October 26, 2010

PRK P185 Batu Sapi....Penyalahgunaan Harta Kerajaan..

Siapa masih ingat.., keltika helikopter TUDM yang mengalami kerosakan keitka menghantar Muhyiden merasmikan mesyuarat UMNO di Sabah tahun lepas...

Berminat betul ia nak ke Sabah, sehingga sanggup menyerahkan DUN galas kepada Ku LI... apakah janji-janji kososng di manik Urai belum terlaksana ?!!

Cuba kita perhatikan..., Flight ini adalah flight rasmi hak kerajaan Malaysia... Senang-senang aja mereka gunakan untuk pergi ke Sabah menghadapi penamaan Calon Batu Sapi...

Orang-orang UMNO tolong Jawab....

Barisan Nasional candidate for Batu Sapi Datin Linda Tsen greeting Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin at Sandakan airport on Monday. - 26 October, 2010


OK, katalah Muhyiden atas nama TPM dan Menteri pelajaran,,, tu yang sorang lagi atas nama apa,,, Ahli Parlimen pun bukan, sekadar Presiden MCA dan pelakon DVD Porno... boleh ka...
Sumber : gallery.






Sunday, October 10, 2010

Apa Kata UMNO!.. Dr Chua Soi Lek Presiden MCA rampas kuasa Menteri Pelajaran !!..

Apa nak jadi dengan sitem pentadbiran negara Malaysia.....

Sebelum ini Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri mengakui yang Menteri Pelajaran tiada ada kuasa untuk membeikan hukuman atau sebagainya kepada 2 orang Pengetua Melayu rasis....

Sekarang padan muka.... secara tidak kita sedari Presiden MCA dah mula nak rampas kuasa Menteri Pelajaran untuk kepentingan kaum bangsa China...

Baca di DI SINI

Kalau Menteri dah tak ada kuasa, bagaimana pulak Presiden Parti yang tak ada apa-apa jawatan kabinet, mau pun ahli Parlimen begitu juga senator boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu...

Berahim Ali mana oiii, tolong sampaikan perkara ni kat dia...

Wednesday, October 6, 2010

Apa Kata Umno ?!! - Dasar Lidah Bercabang...

Aku tak tau nak sebut apa lagi dah,, lidah bercabang ka lidah biawak...., cakap lain praktik lain...






Cukupkah dengan penguatkuasaan di kalangan syarikat berkaitan kerajaan, institusi perbankan, kewangan dan insurans seperti penggunaan dokumen rasmi, papan tanda dan borang yang digunakan perlulah diberi penegasan,....

Bagaimana dengan pelajaran anak-anak kita, PPSMI.... Nak tunggu bila,,, biar semua kroni-kroni kenyang..., anak-anak bangsa tercicir dalam pelajaran mampuih pi lah.....

Saturday, October 2, 2010

Apa Kata Umno ?!! - Inikah yang dikatakan RAKYAT DIUTAMAKAN...

Salam Sejahtera...

Hari ini Sabtu dah 23 Syawal, bererti dah 23 hari kita berada dalam bulan raya.... Sepatutnya pemimpin dan rakyat sibuk dengan apa matlamat negara dan kepentingan rakyat...

Ini tidak, malam tadi masih nak berseronok suka sesama mereka menyambut kegembiraan berhari raya...., Puasa sebulan, raya sebulan..., hadis dari melayu bangsat....


Hebat yoo, lihatlah sesama mereka menikmati juadah untuk mentekedarah,,, aku pagi ni baru dengar nama KUZI KAMBING, sebelum ini tak pernah lagi dengar...

Apa yang mereka ingat untuk rakyat..., bagaimana waris (isteri) kepada arwah C/Inspector Polis Traffik yang meninggal dalam tugas semalam dalam keadaan bersedih duka, ada mereka ambik hirau, ada tidak pun Ketua Polis Selangor yang mengucapkan takziah, pemimpin,,, rakyat mampuih pilah, nak buat macam mana, ajal dah sampai....


Lihatlah pulak bagaimana layanan untuk rakyat....

Inilah hak untuk rakyat yang datang berhari raya di rumah PM...


Rakyat seolah-olah pelarian yang nak mendapatkan makanan.....

Wednesday, September 29, 2010

Dosa Kering?!...


Pepagi begini yang penuh keheningan cuaca sinar mentari pagi tetiba aku terbaca satu berita terkini mengenai kisah yang difatwakan oleh Timbalan Presiden gerombolan melayu bangsat iaitu Almalikul Mat Sembab ULUL AMRI lV .

Fatwa baru yang dikeluarkan ialah DOSA KERING.... Hebat puak-puak melayu bangsat ni, ada dosa kering, kalau dah ada yang kering tentu ada yang basah, tak gitu....

Friday, September 24, 2010

Statemen bodoh dari seorang bakal PM......

Salam sejahtera....

Pepagi Jumaat ni aku nak tergelak besar..., seorang TPM yang juga Menteri Pelajaran Malaysia boleh mengatakan dengan penuh siuman tanpa penuh syak yang seorang Menteri tidak ada kuasa dibawah kementeriannya....

Baca DI SINI.

Macam ni punya menteri pun ada.... tu pun ada perasaan nak jadi PM lepas ni..., nanti kalau dah jadi PM.... PM yang tak ada kuasa.... Kuasa ada kat bini macam blk mama first lady..... muaaa.....

He he,,,, nak buat kampus UIAM kat Pagoh ada pula kuasa... Memang menteri CAP AYAM......

Sunday, August 15, 2010

Apa Kata UMNO??!! Kain Rentang - Siapa punya kerja?!

Oleh Rahim Othman

Sah ! ini kerja Umno
ORANG KUAT UMNO JOHOR SENYAP ? MALU KE ?


Oleh : rahimothman


Komen Manjungmari....

Inilah joker yang-yang pura-pura alim kucing....
menyuruh sesiapa yang terlibat pergi mengadap sultan memohon maaf... Sekarang terus senyap buka cerita lain...



















Friday, August 13, 2010

Apa Kata UMNO?!! Perangan Jahat Timbalan Presiden UMNO!

Oleh Rahim Othman


Isu kain rentang – Muhyidin jadi kepala batu api..?


Penglibatan Muhyiddin sama ada secara lansung atau tidak, telah mengesahkan perbuatan itu sebagai batu api dan beliau jugalah yang menjadi kepala batu api itu. Ia makin terserlah apabila beliau begitu galak dan beria-ia menggesa Pakatan Rakyat memohon ampun kepada Sultan Johor berikutan isu berkenaan

"Ini politik jahat. Ini kerja Umno. Kita tak sebodoh itu untuk kaitkan Sultan dengan Chua dengan jawatan MB Johor dan sebagainya,” memetik kata-kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada TV Selangor

Oleh : rahimothman

Sunday, August 8, 2010

Apa Kata UMNO??!! - Hukum Allah VS Hukum Manusia..

Salam sejahtera...

Sebelum aku menulis apa-apa sila Klik DISINI.

Tetapi bab di atas tu kira masih OK lah, sebab itu undang-undang manusia, mungkin sesiapa yang tinggi darjatnya boleh terkecuali dari undang-undang manusia walaupun perkara sebegitu tak sepatutnya berlaku, dimanakah amalan yang pernah dipraktik iaitu Contoh melalui tauladan..

OK, bagaimana dengan gambar di bawah,, ehsan Berita Harian Online hari ini...
Timbalan Perdana Menteri ada di sebelah, kenapa ia boleh berpakaian sebagai seorang Islam...,


OK, Yang bawah ini gambar ehsan dari Utusan Online...


Yang ini Menteri Wanita UMNO, haprak......, YDP NCWO Tan Sri Dr Sharipah Hapsah lagi haprak x haprak.., apa tidaknya,, keturunan Syed... beb.. aduhai...

Kesimpulan yang kita dapat ialah Pemimpin UMNO ni bila bab Islam ia tak boleh nak praktikkan dengan sepenuhnya,,, si TPM tu ia hanya dapat melakukan untuk dia seorang sahaja, anak dara dia tak dapat nak dibetulkan, tak percaya.. Lihat di SINI.

Apa macam?!! berderau darah yob... aku rasa isshh.. macam muda lagi aku ni, umur aku rasa macam nak masuk 25....

bab Menteri Wanita UMNO pulak, lagi bertambah haru biru... apa tidaknya, nak menyuruh rakyat sudah tentu tak mampu, sebab ia sendiri tak boleh nak ikut, walaupun disebelahnya Permaisuri berpakaian mengikut hukum syarak, walaupun tak sepenuhnya, tetapi jadilah...

Jadi apalah nak diharapkan pada UMNO dalam bab Islam ni, itu pasal nak ajak bersatu dengan PAS demi perpaduan melayu. bukan perpaduan Islam...


Friday, July 30, 2010

Kata-kata keramat dah bermula..

Dah faham sangat-sangat dah...

Pendakwaan Dr Ling bukti sistem perundangan telus. TPM. Kata-kata keramat ini dah pun bermula..


Setakat baru nak mula mendakwa sahaja, baru nak bawa ke mahkamah, sedangkan dah berapa lama Lim Kit Siang dok bertempit dalam parlimen mengenai PKFZ, itu pun dah puas pusing pi pusing mai, dah tak tentu arah, maka KEPALA IKAN yang busuk dijadikan korban...

Waktu makan dan yamsheng ramai-ramai,, yang kena naik mahkamah sorang-sorang.. itu pun naik mahkamah aja..., tunggulah perbicaraan yang tak tahu bila, tangguh, tangguh, PRU13 pun sampai, lepas PRU13 kalau UMNO menang lagi, aku berani kerat jari, dah tentu keputusan dari mahkamah, pendakwa tak cukup bukti, tertuduh dibebaskan....

Jikalau undang-undang Malaysia telus, kenapa kepala ikan sorang saja, sebab ia dituduh atas kesalahan menipu, tipu sapa? Kabinet, siapa kabinet waktu tu,, kabinet waktu tu majoritinya menteri UMNO dan BN. Ketua Kabinet masa berlaku penipuan ialah Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan...

Ini beerti sah lagi sahih tanpa syak dan wasangka buruk, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan waktu tu adalah Presiden UMNO yang paling bodoh sekali,, aku ulang... yang Paling bodoh sekali,, lagi sekali ulang... YANG PALING BODOH SEKALI..., sebab boleh kena tipu dengan Kepala Ikan busuk.

Perdana menteri sekarang yang juga menteri kewangan, sudah pun pi bercuti, sudah tau maaa, mau kena cepumas... takut mau jawab,, pergilah bercuti,, maka yang tukang jawabnya ialah bakal bapak mertua cupingmerah.

Wednesday, July 7, 2010

Minta tolong siasat...

Salam Sejahtera....

Pertama sekali sebelum aku tulis apa-apa aku minta maaf banyak-banyak kepada pengundi Parlimen Paguh, rakyat negri Johor dan ahli-ahli UMNO Malaysia...

Tiada niat dihati nak hina atau memperkecil-kecilkan....

Gambar ini aku ambik dari akhbar Utusan kalau tak silap, pada 7-Mac 2010 yang lalu....


Gambar ni aku kutip di utusan online pada hari ini....

Apa yang aku dok tertanya-tanya, lihat dari aksi atau pun gayanya....apakah TPM ini dari keturunan orang Asli, atau ada hubungkait bau-bau bacang dengan orang asli....

Sunday, May 23, 2010

1 atau 3 x 1 ?...

Oii... Ni apa cerita ni.. mana satu yang betui ni....

Orang No 1 dok melaung terpekik macam histeria kena rasuk polong... S....A....T...U !!!!! maka rakyat-rakyat biol tahap sewel pun sambut Malaysia..., oii ini bukan fitnah..., ini terpampang dalam kaca TV 1 setiap malam.....

Tup-Tup Orang 2 boleh pakai 3 x 1.... Cuba hangpa celikkan mata.... tengok...nampak tak... kalau tak nampak order spec, aku siap ambik gambar tu bawah cahaya matahari panas lit-lit... nak bagi gambar terang....

Apakah satu untuk UMNO, satu Untuk BN dan satu Malaysia... Ini sudah tak betul.....,,
atau pun juga satu untuk kau, satu untuk aku dan satu lagi untuk rakyat.... yang ini aku rasa betui.... SETUJU KA!!!!!



Monday, May 17, 2010

Tahniah Tokeh Garam Bukit..


Salam Sejahtera...

Malam tadi aku dapat tiduk dengan penuh kepuasan, puas kerana tumpang seronok BN dah kantoi di Sibu... ha ha... baru ada akai.... Berita TV1 jam 11.00 malam baru depa nak umum, itu pun yang dapat dengak dari pegawai Pengurus PRK hanyalah majoritinya sahaja.. kemudian yang akhirnya baru umum ahli DAP menang...

Pagi ini pulak, rancangan MHI TV3, aku tunggu nak tengok tajuk akhbar-akhbar, semua akhbar melayu satu pun tak dibacanya oleh pengacara Wardina dan Fitri, bila akhbar Strait Times baru dibacanya, apakah ini arahan dari penerbit yang takut kena pecat seperti penerbit TV2 dan NTV7 yang diberhentikan 24 jam.

Namun dalap pada itu, sempat juga si Wardina menyindir.. baguih katanya ada PRK ni, harap-harap lepas ni ada lagi..., apa maksudnya wallahhuaklam.

Baru aku teringat..,sebelum ni aku ada baca ramalan forecast dari Pak Akop idola baru MSK, nampaknya Pak Nawi sahabat MSK dah senyap dilupai MSK disebabkan kehebatan Pak Akop... MSK cukuplah dengan ramalan tu, kerana agak-agaknya tiada lagi PRK, nak tunggu kes Gobala dengan Tian Chua nampaknya pakai tak adalah,, kalau macam ni punya pukulan...tanya Pak Akop tu, bagaimana PKR selepas ni,,,apakah Anwar ke dalam sekali lagi!!

Tahniah buat pengundi Sibu, nampaknya anda lebih hebat cerdik dan matang dari pengundi melayu hulu Selangor, walaupun anda tinggal dirumah panjang berbanding melayu felda di Hulu Selangor. Kalau YB-YB PKR yang melompat TGNA menyifatkan belum akil baligh, tetapi buat pengundi Melayu bengap Hulu Selangor yang mengundi BN aku sifatkan mereka belum lagi mumayiz, tak dapat membezakan yang mana lebih sesuai jadi calon mereka....

Syabas!! Bravo Zulu buat Pengundi Sibu, anda membuatkan Najib tersedak sakit anak tekak, budget makin bertambah kerana nak cukupkan quota 2/3 ahli parlimen..., bagaimana lepas ni nak hadapi PRU DUN Sarawak yang dah pun matang,, kesian kat Mahyudin Yassin, selalu TPM memegang Menteri KDN atau pun Menteri Pertahanan, ini Menteri pi jaga budak sekolah, apa cerita, nak harap Cikgu-cikgu sokong dia,,, adalah.. cikgu-cikgu yang ajk umno cawangan-cawangan, berapa kerat, apa kuasa yang ia ada, berbanding dengan Hisyammudin yang jaga PDRM, dan lain-lain lagi agensi penguatkuasaan...., dengar cerita Najib sendiri nak pejatuhkannya, agar mudah Hisyamuddin sepupunya mengambil tempat, dan selepas itu baru Mukriss anak Mahathir pula,,,nampaknya legacy takta Malaysia juga adalah kroni anak bapa sahaja,itu pun kalau sempat,,, kesian Muhyidin, awak bakal senasib dengan mentor awak Musa Hitam, Ghaffar Baba dan DSAI, hanya setakat Timbalan PM sahaja...


Saturday, May 1, 2010

Berita Tergempar... Kemungkinan Ada Lagi PRK !!!!

Salam Sejahtera..

Akibat bekerja terlampau melebihi waktu tanpa mengira masa, menyebabkan seorang lagi Ahli Parlimen yang dipercaya demam dan telah dimasukan ke Hospital.

Sama-samalah kita mendoakan agar ada lagi Pilihan Raya Kecil, Seronok orang-orang kampung dapat bonus durian runtuh.... Nak tau dimana !! Kali ini aku malas nak copy & Paste.., Tak suspen kan.., Jadi Klik Di SINI.

Insyaallah, tak lama lah tu...

Monday, April 12, 2010

TPM!!! - Kenapa Tidak lantik Menteri Yang Beragama islam..

Salam Sejahtera...

Bab ini memang sensiteve, itu pasal Ibrahim Ali dangan PERKASAnya protes tak puas hati,, Rupanya Kabinet telah melantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Antara Agama.

Pandai Sungguh UMNO memerintah, sehingga Jawatan Sebegitu pentingdiserah kepada orang kapir, kenapa tidak dipertanggungjawabkan kepada Jamil Khair selaku Menteri yang menjaga agama...




Memang aku tak faham betui dengan cara meneteri UMNO mentadbir dan menjaga keharmonian Islam, apakah menteri-menteri UMNO ini anggap agama Islam ni sama taraf dengan agama-agama lain... Naauzubillah..

Pandai sungguh UMNO menjaga Islam...



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari