boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PRK DUN Tenang. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN Tenang. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Menang di Tenang - UMNO menzalimi rakyat Johor..

Salam Sejahtera,
Aku bercuti sejak hari Sabtu, cadang-cadang tu nak balik ke Johor Bahru pagi Ahad tu, niat nak lalu ikut Segamat menuju ke Labis, namun nak dijadikan cerita suasana iklim setiap pagi cuaca mendung gelap nak hujan, terpaksa program nak bercuti dibatalkan,, apa tidaknya, bila melihat kawasan Johor Bahru daerah Kangkar Tebrau pun banjir,, beerti rumah arwah mertu ku turut tempias sikit-sikit banjirlah nampaknya..

Apa yang menghairankan sebelum ini, Pengarah kaji cuaca telah mengeluarkan kenyataan ramalan cuaca yang negara kita akan mengalami cuaca panas dan kemarau yang melampau, bagaimana pula hujan dengan lebat, selalunya ramalan dari Kaji Cuaca jarang yang meleset..

Kita imbau kembali apa yang berlaku selepas sahaja penamaan calon di DUN Tenang, betapa celuparnya suara-suara pemimpin parti MCA dan Gerakan mencerca hukum Islam yang diamalkan oleh calon PAS Cikgu Mala, ada Pemimpin UMNO ambik kisah.. malah depa pun sama-sama ikut serta..

Bila Nik Aziz bagi tau mengundi UMNO berdosa,, phurrh ramai lagi yang bersuara, kali ini bukan Cina, bukan Hindu kafir,, tetapi Melayu, Melayu oii, Melayu bangsat tak sedaq ke diri, tak tau hukum agama, nak cakap agama,, bila orang bagi nasihat, menggelupoq terasa, belum lagi mampos..

Dan akibatnya inilah, yang menjadi mangsa rakyat-rakyat jelata, akibat dari kedajalan pemimpin UMNO, juga pengundi-pengundi Melayu dan beragama Islam mengundi calon UMNO...






Tentu nanti yang akan kata aku merapu, memandai mereka cipta,,, aku tak reka... Tok Guru dah nasihat, degil, ketegaq... inilah habuannya..

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).


lagi satu amaran Allah !...
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

dan kalau rasa nak lebih mendalam nak tau berdosa ke tidak mengundi clon UMNO hangpa-hangpa pakat baca kat DI SINI ,.


Ustaz Kazim sebut definasi politik dalam satu ceramahnya ialah senang aja.. buat dua benda ,, iaitu buat garisan pangkah,, lima tahun sekali,,, pilihlah kut mana pun, yang penting Melayu bersatu.... tengkorak dia...

Saturday, January 29, 2011

PRK N05 Tenang - Belum tentu lagi, keputusan sebenar malam besok..

Salam sejahtera...

Tinggal 1 1/2 jam dari sekarang buat buat petugas-petugas PR dan PAS berusaha mencari undi dari pengindi-pengundi DUN Tenang, kerana selepas jam 12.00 tgh malam tiadak ada lagu kempen-kempen PRK.

Dalam waktu tengah berjuang menentang UMNO, tetiba sahaja keluar pulak kenyataan dari Ilham Centre dengan memberikan ramalan yang BN akan
memenangi PRK DUN Tenang besok dengan majoriti 3000 undi setelah mereka mebuat kajian..

Memanglah, kalau dilihat dari hukum zahir, kemenangan akan berpihak kepada UMNO, biasalah kubu kuatnya, ditambah lagi yang peneroka-peneroka Felda setiap keluarga mendapat imbuhan sebanyak RM3 ribu,

Padanlah, tidak perlu lagi janji-janji projek juta-juta di DUN Tenang, rupanya pengundi tetap mereka dan kekenyangan, apa mereka nak peduli lagi Islam, ke tidak,
Yang mereka dok nampak depan mata ialah ringgit Malayisa, siapa nak jadi calon di DUN mereka apa yang untung dan tiada juga yang rugi, melainkan peneroka-peneroka yang berakal waras..

Apa yang boleh kita dapat selepas PRK ini ialah, tunggu sajalah, harga barang-barang keperluan semakin meninggi, sentiasa diselaraskan...

Walau apa pun, masa masih ada lagi, sama-samalah kita berdoa kepada Allah, sebagai senjata akhir buat umat Muhammad, iaitu memohon pertolongan kepada Allah, moga-moga Allah dapat membolak balik hati-hati manusia yang akan mengundi besok hari dengan mengundi Cikgu Mala,

Ya Allah, kau berilah kemenangan kepada umat Muhammad yang mahu menegakkan hukum Al-Quran dimuka bumi Malaysia ini Ya Allah, Bantulah perjuangan parti Islam Ya Allah, kurnialah kami kemenangan, moga-moga dapat memberi kekuatan untuk pertemuan di DUN Merlimau Melaka pula Ya Allah,,, Bantulah kami Ya Allah,,

Kami ini lemah Ya Allah, Hanya Zat dan kuasa mu yang dapat memberikan kepada kami YA Allah,, Amin Ya Rab bal alamin.. .

Berita Berkaitan : SINI

Friday, January 28, 2011

PRK N05 Tenang - Debat antara Calon...Berani ka..

Salam sejahtera..
Ish,ish, dah tak kerja lain ke depa ni, asyik nak ajak debat, debat,, berani ka.., kalau Presiden sendiri bermacam dalih dan seribu alasan,,

,

Jangan Cabar saya,,, nanti demam...


BERITA

Bloger Ajak Calon BN, PAS Berdebat

LABIS: Kumpulan Bloger-Bloger Bebas (KUBID) pada Khamis menawarkan diri untuk menganjurkan satu debat antara kedua-dua calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azhar Ibrahim daripada Barisan Nasional dan calon PAS, Normala Sudirman

Menurut jurucakap KUBID, Sharifuddin Abdullah majlis tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan dan masalah rakyat di DUN Tenang.

“Sesi debat atau diskusi ini kita adakan bagi membolehkan pengundi mengetahui dan menilai usaha serta hala tuju yang cuba dibawa setiap calon dengan lebih jelas serta berkesan terutama menjelaskan isu-isu yang didakwanya disembunyikan.

"Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politikberpengetahuan yang subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara ini.

“Hanya dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus antara calon yang bertanding," katanya pada sidang media di Markas PAS di sini pada Khamis.

Jelasnya, berdasarkan pemantauan KUBID sepanjang lima hari berkempen, kedua-dua calon lebih banyak menjurus kepada kempen-kempen yang bersifat populis dan 'kosmetik' yang bertujuan mengaburi mata pengundi di DUN Tenang.

“Kami mempersoalkan tentang kewibawaan dan integriti calon-calon yang bertanding.

“Di manakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain? Di manakah etika dan moralnya?" katanya.

Sharifuddin berkata, KUBID beracadang untuk mengadakan debat tersebut esok pada 9 malam di satu tempat yang akan ditetapkan setelah persetujuan dicapai antara kedua-dua calon.

Pada sidang media itu, Sharifuddin menyerahkan surat jemputan kepada Naib Presdein PAS Datuk Mahfuz Omar untuk mempelawa calonnya, Normala menyertai debat itu manakala surat jemputan kepada calon BN akan dihantar selewat-lewatnya petang ini.

Sunday, January 23, 2011

PRK N05 Tenang - Beri Limau rasuah atau tidak..

Ada yang memberi dan yang menerima,, siap ada saksi lagi tu haaa..



Nak dikategorikan apa ni,, kalau tanya SPR tak salah,,,, agak-agak kalau tak PRK sanggup ka nak turun pi bagi buah limau, kueh raya....

Gua tolong lu,,, nanti lu kena pangkah gua aaa....

PRK N05 Tenang - Ada yang tak kena dengan calon UMNO.

Salam Sejahtera...


Sengaja aku nak ajak kita sama-sama berfikir secara orang bodoh,, kalau cerdik tak payah nak fikir-fikir lagi dah...

Cikgu, atau pun juga kadang-kadang dikenali dengan guru, mana yang lebih afdal atau yang lebih aulad wallah huaklam, kalau dalam bahasa arah Ustaz.., gitulah lebih kurang ,

Cikgu semenjak aku dari mula ke bangku sekolah darjah 1 tahun 1968, waktu tu tak ada tadika macam sekarang, adalah satu nama panggilan keatas manusia tak kira lelaki atau wanita yang kita amat hormati selepas ibu bapa kita,, itu yang realitinya.

Kita terasa janggal,atau tak sedap telinga mendengarnya apa bila ada kata-kata murid lawan guru, itu beerti murid tersebut kurang ajar,, tak beradap,,, sebab kita sebagai manusia memang kena belajar dengan seseorang, tak kira ibu-bapa atau sesiapa sahaja, maka ia dikira guru atau Cikgu,

Yang paling hebat sekali ialah Rasullullah, ia belajar melalui gurunya ialah Malaikat Jibrail, kesimpulannya manusia tidak boleh hebat tanpa belajar, sedikit sebanaya ada faktor yang membantunya iaitu guru atau cikgu..

Jadi patutkah dengan tajuk di adalam akhbar diatas... ADO lawan Cikgu...
tak sedap dengar kan,, jadi nak sedap sokonglah Cikgu...

Yang Kedua...

Kat dalam gambar akhbar tu siapa yang bertanding, siapa pula yang minta restu suami!!!,, hairan sungguh aku,, lagi keliru....
tak mau keliru, tak mau nak susah dalam kepala,, Undilah Cikgu Mala.....




Saturday, January 22, 2011

PRK N05 Tenang - Parti Mana Yang lebih Prihatin

Salam Sejahtera..

Bila dah mula rehat rasa malas dah mula mengancam dalam diri, tambahan pulak asyik dok melayan kerenah dalam facebook,,

Entah macam mana sekejap tadi dalam dok ziarah menziarahi terjumpa pula gambar ni.... adalah sikit point nak menulis untuk sama-sama kita berfikir...

Sebelum ini sering kita kita suara-suara dalam UMNO termasuklah Ketua Wanitanya sendiri mahukan peranan wanita perlu dimertabatkan ke tempat yang lebih tinggi, tetapi apa yang aku dok nampak martabat wanita yang diperjuangkan telah dirembat oleh first lady... dia yang dok bolot habis,, wanita-wanita lain yang dok dalam UMNO sorryler.... tunggu lah dulu, sabaq no!!...

Malah perananan Ketua Wanita selaku Menteri Wanita pun seolah-olah dah tak berfungsi akibat rampasan kuasa bini dari laki..

Jadi buat wanita-wanita pengundi DUN Tenang, tunggu apa lagi, tak payah dok fikir-fikir lagi, 30 haribulan nanti, kasi ajar itu UMNO dan BN, kasi dia tahu,, yang wanita pun ada peranannya... Bolehkan...

Sama-sama mengundi Cikgu Mala..., jangan fikirkan parti lagi, fikirkan martabat wanita..... Boleh.. Malaysia Boleh... Undi Cikgu Mala ya....





Friday, January 21, 2011

PRK N05 Tenang - Muhyiddin ! apa bidas-bidas ni.. DEBAT ajalah...

Salam Sejahtera.

Rasanya kepedihan atas kekalahan di PRK Parlimen Bukit Gantang yang lalu membuatkan Muhyiddin masih lagi terasa..

Tunggu peluang sahaja, dapat aja bola tanggung terus smash..., " Siapakah dia terus nak jatuhkan hukum".., kalau nak tau siapa dia,, aku cadangkan berdebat juga.,, jangan risau,, ada berani ke,, Nizar bukan berkelulusan agama,, serupa lu juga...., debatlah lu dua orang,, nanti kita boleh tengok siapa yang demam... Rosmah ke Najib....

TERKINI

Muhyiddin bidas bekas MB Perak

21/01/2011 8:52pm

LABIS 21 Jan. - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan.” "Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis di sini hari ini. - Bernama

PRK N05 Tenang - Sistem Kasta Dalam UMNO..

Salam sejahtera...

Selain dari perkataan yang agak baik dan sedap mendengar dari Kasta apa dia.. aku semak dalam Kamus Dewan tak ada,, jadi Kastalah yang sesuai aku katakan buat UMNO,, kalau diperhati apa tidaknya memang banyak persamaan antara UMNO dengan MIC,, he heh, cuma nama dan agama yang tertera dalam kad pengenalan sahaja yang berlainan,

Kenapa aku kata ada Kasta... cuba perhatikan di bawah ni.. aku ambik dari Berita harian Online,,,, bukan pandai-pandai nak buat fitnah...

Nampak tak gambar sesiapa yang terlibat dalam tu semua,,, TYT Melaka, Menteri Pertahanan, KM Melaka... semua terlibat,, sebab yang meninggal ADUN.......

Bagaimana pulak gambar yang ini.......


Oleh sebab yang meninggal hanyalah setiausaha cawangan sahaja,, tak ada sesiapa yang ambik peduli, sampaikan Tok Imam pun tak ada....

Jadi saudara-saudara ku ahli UMNO, penyokong UMNO, yang masih rasa dok sayang-sayang lagi kat Parti Keramat tu,,, berhijrahlah,, jangan malu dan jangan segan.... tinggal UMNO tu, UMNO itu lahir dari Istana,,, ia hanya sesuai untuk golongan bangsawan, atau pun parti anak beranak, bapa dan jadi PM, anak pula lepas tu,, senarai anak-anak menteri masih ramai dok menunggu, kalau setakat menantu sorry, dok jauh-jauh bo layan la lu.... ,,

Dalam Islam tak ada semua itu,, yang ada kasta begini hanyalah dalam UMNO.. nak tunggu lagi ka dalam uMNO... sedaqlah sikit,, dah 53 tahun dok kena tipu, kena kencing........ oiii bau haring......

Najib Bongkak, bermulut capoi..

Salam sejahtera...

Sebagai renungan pagi Jumaat, cuba kita ingat kembali apa yang Najib ucapkan apa bila banjir kedua dijangka akan berlaku di Johor hujung tahun 2006,

"Kerajaan dah membuat cukup persediaan, tak perlu bantuan dari mana negara-negara luar", kita lihat lepas tu apa yang terjadi kepada Penduduk Bandar Kota Tinggi dan sekitarnya waktu tu!!!! Baca di SINI

Sampai sekarang masih ada yang fobia bila hujan yang agak lebat turun do Kota Tinggi.....


Dua hari lepas Najib mengulangi perangai sombong dan bongkaknya itu, walaupun kita semua tahu yang ia jenis spesis penakut!!!!

"Jangan cabar saya nanti ada yang demam" oii hebatnya Presiden UMNO ni,, dah umpama Tuhan rasanya dah, apa tidaknya boleh bagi manusia ditimpa penyakit, sedangkan kita tahu segala musibah dan penyakit adalah datangnya dari Allah... Hebat kan presiden UMNO bercakap,, tak ada sesiapa pun ulama UMNO yang nak tolong nasihatkan Presiden mereka dari bermulut capoi...

Nampaknya Allah bayar cash sekali lagi, Najib sekadar nak bagi demam, Allah terus ambik nyawa ahli UMNO yang juga ADUN Merlimau... Ambik ko Najib,, Tenang belum sempat nak bermula, di tambah pulak lagi di Merlimau...

Untuk pengundi-pengundi Tenang dan Merlimau yang juga bakal nak mengundi, sedarlah... Allah dah beri peluang untuk anda menggunakan kuasa memilih siapa yang anda rasa layak disamping dapat mengajar UMNO dan sekutunya BN yang tak habis-habis menyusahkan rakyat...

Wednesday, January 19, 2011

Duit Syiling Tumpah... Kemana Nak di bawa ?

Pagi tadi pengacara TV3 MHI Ahmad Fitri dok membebel mengenai kejadian di bawah, lihat gambar ni... anyak










Pagi tadi pengacara Ahmad Fitri dok membebel mengenai kejadian tersebut, apa hukumnya mengambik bukan hak kita,, betuilah tu... reseki depan mata, tengok orang lain ambik,, teringin jugalah, bukan nak ingatdah halal haram...

Cuma pengacara tu dok nampak yang depan mata sahaja,, yang tu duit syiling aja,, berapa banyak sorang-sorang boleh pungut,,, yang dok hentam juta-juta tu, tak nak pula bebel dalam TV,, bicara pun tak habis-habis lagi...

Oklah, lantak dialah,,, cuma aku hairan kenapa tak guna kenderaan pengawal keselamatan... kenapa bawa secara persendirian....

Duit syiling tu nak di bawa Labis kut,,, nak tabur duit ringgit-ringgit takut tak cukup,, jadi bawa duit syiling,...ramai sikit bebudak yang dapat,, betui tak ramalan aku ni....

Tuesday, January 18, 2011

PRK N05 Tenang - Inikah Sikap PM 1Malaysia!

Saalam Sejahtera,,,

Agaknya yang dah mati tu matilah, yang hidup ni perlu diteruskan,, apa nak nak jadi pada si mati lantak pilah, walaupun ahli parti sendiri..,, yang penting calon aku mesti menang...

nyak t

Tahniah buat Cikgu Mala bakal YB Tenang Insyaallah.. dah mula menunjukkan potensi sebagai pemimpin yang memikul amanah..

Moga-moga ada ganjarannya nanti Insyaallah....

Cerita ni aku ambik kat SINI ..

Gambar Sekitar Tenang dah Mula Berkocak..

Salam sejahtera...
Dua tiga minggu lepas Haiwan peliharaan UMNO yang terbaik sekali SPR telah menyatakan dilarang sama sekali berkempen buat parti politik di DUN Teang sebelum penamaan calon... Tetapi ini apa cerita semua ni... pa










Peruntukan RM1.13 juta... Oiii rezeki orang DUN Tenang... baca SINI .
Harap-harap lepas ni ada lagi yang meninggal dunia,, ada seorang lagi yang masuk ICU apa cerita... kalau ajal dah sampai terima ajalah,,, PRK lagi.. rezeki lagi....







Friday, December 24, 2010

Tenang Kubu UMNO...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Kecil (DUN) Tenang, Johor pada 30 Januari depan manakala tarikh penamaan calon pula pada 22 Januari.....

Manakala Muhyidin Yasin pula mengumumkan......



TERKINI

DUN Tenang kubu BN, kata TPM

24/12/2010 2:16pm

KUALA LUMPUR, 24 Dis. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor lebih arif untuk menentukan calon yang harus dipilih mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu Januari depan.

"Yang penting tidak kira apa pembangkang kata, orang Johor kawasan itu lebih maklum dan arif... sejak sekian lama, berdasarkan rekod sejak dulu, Tenang memang dimenangi oleh BN.

"Kita harap pengundi yang ada di Tenang akan terus sokong BN,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program “Mendidik Demi Malaysia” di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, DUN Tenang tidak pernah dibolosi oleh pembangkang.

Bagaimanapun, BN tetap menganggap setiap pilihan raya kecil sebagai cabaran dan tidak pernah memandang remeh cabaran daripada mana-mana pihak, katanya. - Bernama


Kalaulah benar seperti yang dikatakan oleh TPM itu, maka amatlah malang pengundi-pengundi di DUN Tenang, tenang sungguh, bukan jangan sangka di air tenang tiada buaya..... Yang ini tenang sesungguhnya Tenang.. Tenang menjadi kubu UMNO kerana..

Pengundi DUN tenang semuanya pejalan kaki dan menunggang basikal sahaja, jadi tiada masaalah kenaikan harga petrol dan diesel, tiada masaalah saman ekor.

Pengundi DUN tenang, masak pakai dapur kayu, tak pakai gas, kekadang tak masak, main makan mentah aja.

Pengundi DUN tenang, tak minum air kopi, teh atau susu, mereka hanya minum air hujan.

Kasihanlah pengundi DUN tenang,, moga-moga sentiasa tenang, selama-lamanya tenang.......

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari