Entah macam mana pagi tadi sewaktu nak pergi ke pasar, aku melalui lorong laluan melalui Pejabat Khidmat DUN Pasir Panjang, ada 2-3 orang sahabat di hadapan pejabat, lalu singgahlah sebentar..
Dalam dok berbual isu semasa, datang Pegawai Khidmat DUN Encik Hamidun dan membuka pejabatnya sekejap,, Entah macam mana terbuka cerita yang beliau semalam telah pergi ke Ipoh..
Dipanggil untuk soal jawab di Pejabat Mufti, turut bersamanya ialah Pengerusi Masjid Batu 14, dan beberapa orang lagi... Kesalahannya ialah isu DS IR Nizar membaca khutbah di Masjid Batu 14 pada Hari Raya Haji yang lalu...
Selain kes dari Batu 14 Lekir, satu lagi kes dari Daerah Batu Kurau, kesnya ialah TG Haji Hadi memberi kuliah Subuh selepas ceramahnya pada bulan lepas...
Menurut En Hamidun, ketika Mufti menyoalnya mufti hanya mahu jawapan ya atau tidak yang DS IR Nizar mebaca khutbah.. Sebelum itu Tok Mufti dengan bangganya memberi tahu beliau adalah orang No 2 bertanggungjawab dalam hal ehwal agama di negeri Perak selepas Sultan.
Pengerusi Masjid sempat juga menjawab, bahawa di kawasannya nak mencari bilal pun susah, jadi apatah lagi nak mencari Imam, Tok Mufti tak mau terima alasan tersebut, jawapan balasnya, pihak Masjid boleh mencari sesiapa sahaja yang berkelayakan, dan hantar nama ke Pejabat mufti, mufti boleh luluskan dengan memberi tauliah..
Pengerusi Masjid tu menjalankan tugas dengan sukarela oii, buka dapat sekupang dua elaun macam tok imam, last-last dibaginya kesusahan dengan meberi arahan mengadap mufti ke Ipoh, tanpa sesen pun duit minyak atau duit minum..
Entahlah .. apa nak jadi sekarang ni, waktu aku kecik-kecik dulu, arwah bapa aku pun Imam kat masjid di kampong aku, tak ada tauliah-tauliah apa pun, tetapi lepas tu arwah bapa aku tolak mau lagi jadi imam, sebab kena baca teks khutbah jabatan agama....
Apakah setiap kali ustaz-ustaz jemputan atau pemimpin-pemimpin yang kita kenali dan tau kemampuan dan keupayaan keilmuan agama Islam, maka Pengerusi Masjid perlu minta tauliah.... oiii janganlah jadi undang-undang kartun...
Ingatkut zaman Rasullulah kat Mekah sebelum berlakunya hijrah sahaja susah nak melakukan amal ibadat di masjidil haram disebabkan undang-undang Tan Sri Abu Lahab, rupanya zaman ni pun ada lagi undang-undang dari Tan Sri.....
