boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, January 8, 2011

Isu Tauliah di Selangor dah berjangkit di Perak..

Salam Sejahtera..

Entah macam mana pagi tadi sewaktu nak pergi ke pasar, aku melalui lorong laluan melalui Pejabat Khidmat DUN Pasir Panjang, ada 2-3 orang sahabat di hadapan pejabat, lalu singgahlah sebentar..

Dalam dok berbual isu semasa, datang Pegawai Khidmat DUN Encik Hamidun dan membuka pejabatnya sekejap,, Entah macam mana terbuka cerita yang beliau semalam telah pergi ke Ipoh..

Dipanggil untuk soal jawab di Pejabat Mufti, turut bersamanya ialah Pengerusi Masjid Batu 14, dan beberapa orang lagi... Kesalahannya ialah isu DS IR Nizar membaca khutbah di Masjid Batu 14 pada Hari Raya Haji yang lalu...

Selain kes dari Batu 14 Lekir, satu lagi kes dari Daerah Batu Kurau, kesnya ialah TG Haji Hadi memberi kuliah Subuh selepas ceramahnya pada bulan lepas...

Menurut En Hamidun, ketika Mufti menyoalnya mufti hanya mahu jawapan ya atau tidak yang DS IR Nizar mebaca khutbah.. Sebelum itu Tok Mufti dengan bangganya memberi tahu beliau adalah orang No 2 bertanggungjawab dalam hal ehwal agama di negeri Perak selepas Sultan.

Pengerusi Masjid sempat juga menjawab, bahawa di kawasannya nak mencari bilal pun susah, jadi apatah lagi nak mencari Imam, Tok Mufti tak mau terima alasan tersebut, jawapan balasnya, pihak Masjid boleh mencari sesiapa sahaja yang berkelayakan, dan hantar nama ke Pejabat mufti, mufti boleh luluskan dengan memberi tauliah..

Pengerusi Masjid tu menjalankan tugas dengan sukarela oii, buka dapat sekupang dua elaun macam tok imam, last-last dibaginya kesusahan dengan meberi arahan mengadap mufti ke Ipoh, tanpa sesen pun duit minyak atau duit minum..

Entahlah .. apa nak jadi sekarang ni, waktu aku kecik-kecik dulu, arwah bapa aku pun Imam kat masjid di kampong aku, tak ada tauliah-tauliah apa pun, tetapi lepas tu arwah bapa aku tolak mau lagi jadi imam, sebab kena baca teks khutbah jabatan agama....

Apakah setiap kali ustaz-ustaz jemputan atau pemimpin-pemimpin yang kita kenali dan tau kemampuan dan keupayaan keilmuan agama Islam, maka Pengerusi Masjid perlu minta tauliah.... oiii janganlah jadi undang-undang kartun...

Ingatkut zaman Rasullulah kat Mekah sebelum berlakunya hijrah sahaja susah nak melakukan amal ibadat di masjidil haram disebabkan undang-undang Tan Sri Abu Lahab, rupanya zaman ni pun ada lagi undang-undang dari Tan Sri.....


6 comments:

  1. Perkara tauliah nie bukan perkara baru di Perak,

    Arwah Atok Atok Gua,yg.mengajar Kitab di beberapa tempat di Utara/Tengah Perak,kata ayah gua ,telah di halang mengajar kitab kerana tak der tauliah,.

    Mereka yg.dapat Tauliah mengajar hanya dari kalangn guru guru kelas dewasa yg.berpengatahuan Agama Sekolah biasa,sedang yg.lulus lima senawi,yg.bertahun tahun belajar di Mekkah apa lagi di Pondok pondok tidak di beri kebenaran/ tauliah .

    Masa tur Tok Mufti yg.ada sekarang nie masih menuntut di Luar Negeri.

    Jadi di kalangan kluge mereka mengharapkan sangat bila dia habis belajar,dia akan jadi org.besar dlm bidang agama dan membuat perubahan maksudnya kelonggaran agar perkara tauliah nie di hapuskan.

    Tapi..harapan mereka hanya tinggal harapan.

    Alfatihah buat Atok Atok Atok yg mengharap dulu.i.e Hj.Darmawi,Haji Abas,Haji Ahmad(2),Haji Tarmizzi,Haji Redzuan,Haji Hashim/Kasim,Ustaz.Zaki,Ustaz Asri,Hj.Jaafar dan lain lain.

    Gua baca catitan kitab lama.

    Jgn Maree.

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi Khutbah akan didengar hanya melalui KASET sebab tak perlu pakai tauliah.

    D trengganu telah merintis jalan dengan laungan azan melalui kaset.

    TAULIAH LEBIH WAJIB DARI TUNTUTAN ALLAH swt. adakah TAULIAH termasuk dalam RUKUN SAHNYA KHUTBAH?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Kes tauliah ni dari zaman umno lagi. UMNO yang buat enakmen pentadbiran masjid pada zaman tu dan telah beberapa kali dipinda.

    Enakmen yang sama digunapakai sehingga sekarang tanpa pindaan.

    Di Perak sekarang masih kerajaan umno, memanglah tidak di pinda enakmen tu tapi di Selangor; sepatutnya kerajaan PR yg ada buatlah pindaan.

    Enakmen pentadbiran masjid di Selangor masih guna yang umno buat.

    Tauliah tetap kena ada, jika tidak ulamak umno dan ulamak pas yg senang kena beli pulak yg menyalahgunakan masjid. Advantage umno ialah yang duduk dalam jabatan agama islam tu masih orang2 umno / berfikrah umno sebab cari makan.

    Ikhlas.

    ReplyDelete
  4. Hoi haram/harus ingat islam bapak hang punya no2 konon

    ReplyDelete
  5. zaman nabi dulu ada tauliah ke?akhir zmn yop..cuba panggil zambrey kadir baca khutbah gerenti tak kena soal siasat..dunia dh nk terbalik.

    ReplyDelete
  6. "D trengganu telah merintis jalan dengan laungan azan melalui kaset"

    Laungan Azan melalui kaset, etc.,tak wajib d jawap.

    Akhir nya nanti Azan tidak ada nilainya.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari