boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, January 26, 2011

Calon Ketua Pemuda UMNO... Aku sokong...

Salam sejahtera...

ADUN Kubu Gajah yang menang dengan majoriti berapa puloh undi sahaja, dah mula menjalankan kerja-kerja membodek moga-moga pada PRU13 akan datang akan tersenarai sebagai calun PRU nanti...




Bahasa

Pemuda Umno: MB Perak sesuai ganti Khairy, kata Raja Ahmad

January 26, 2011

IPOH, 26 Jan — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

“Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Dr Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan . . . Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

“Saya tidak mengatakan kita ketandusan pemimpin muda tetapi beliau (Dr Zambry) mempunyai ketokohan tersendiri dan mampu meraih lebih ramai sokongan daripada generasi muda,” katanya.

Katanya Menteri Besar Perak juga dilihat mampu bersuara lantang untuk kepentingan pergerakan itu.

Raja Ahmad Zainuddin berkata saranan yang beliau buat itu mempunyai pelbagai asas yang kukuh termasuk berdasarkan pengalaman Zambry sendiri yang berpengalaman dalam pergerakan berkenaan.

Beliau berkata selain itu kepimpinan serta kemampuan Zambry menerajui kerajaan negeri Perak dan mengharungi pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang.

“Ini juga bukan bermaksud kepimpinan Pemuda Umno sedia ada tidak berupaya menarik lebih ramai golongan belia menyertai parti sebaliknya pemilihan pemimpin berwibawa mampu memperkukuhkan pergerakan itu . . . saya mencadangkan sedemikian bukan untuk tujuan peribadi tetapi sekadar memberi pandangan untuk memperkasakan pergerakan Pemuda Umno sekaligus kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan,” katanya. — Bernama


Komen: Aku memang rasa berbesar hati jika MB Perak ada rasa sifat berani untuk menerima cadangan dan pencalonan tersebut,, nanti kita boleh tengok mantan PM Che Det menggelupok atau tidak....

Lagi satu, mana tahu, dengan pertandingan ini silap-silap haribulan, boleh ikut jejak mantan MB Selangor Khir Toyo...


Jangan cabar saya....nanti demam....

1 comment:

  1. Bodek jgn tak bodek nanti senang dpt projek brader zahid.... memang boleh jadi ikon dunia bukan akhirat. Jangan cabar saya nanti kena letup.....muah hahahahaha.....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari