boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, January 3, 2011

Kisah PM dengan anak-anak rakyat...

Salam sejahtera..
Kalau nak ikutkan aku rasa dah malas dah nak bernulis sehari dua ni, entah kenapa, malas sungguh, tapi itulah, kecelaruan terbentang dihadapan mata, apakah aku nak biarkan...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan ketika lawatan peribadi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam. Pada pertemuan hampir tiga jam itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu membabitkan kepentingan bersama di antara Malaysia dan UAE. Najib juga menyampaikan undangan peribadi kepada Sheikh Mohammed untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat. - Foto BERNAMA
Jan 3, 2011 6:29 am

Berapa banyak dan berapa jenis lawatan ke luar negara yang diamalkan oleh pemimpin kita, ada lawatan rasmi, ada lawatan kerja, lawatan balas kunjungan hormat, lawatan peribadi dan bercuti keluar negara...mungkin ada lagi yang aku tak ketahui..

Oii Pak menteri, bukan minyak masak sahaja yang bermasaalah di pasaran, bawang besak sebelum ini sekilo RM1.60 sahaja, petang tadi harga RM6.00, bawang merah India RM10.00, bawang putih dah berapa lama dah masih dok takuk RM8.00, ni apa cerita ni...hangpa tak habis-habis dengan lawatan.., rakyat nak mencekik pun tak lepas...
mana menteri yang dok jaga masaalah ni,, bercuti juga,,, atau melawat juga..

OUTSTANDING LITTLE MALAYSIANS! These three pictures show children from Kampung Bongkud in Menggatal, Kota Kinabalu who walked eight kilometres to attend the first day of school at SK Tombongon through muddy tracks, jungle trails and three rivers in about two hours. -- Pictures by NST/ Datu Ruslan Sulai
Jan 3, 2011 1:21 pm


Cuba hangpa perati gambar ni pula, aku nak habaq bagi kat hangpa.., umur aku dah jejak 50 tahun, aku pun berasal dari kampung Air Putih, Simpang Taiping, seingat aku, waktu aku sekolah dulu darjah satu tahun 1968, aku bersekolah di Kampung Dew, 2 batu lebih dari rumah aku (Kilometer aku tak tau), dah ada bas waktu tu, tambang 5 sen,, kalau hari jumaat tu kekadang aku pun balik juga berjalan kaki beramai, sebab bas lambat, jumaat balik awai...itu sahaja yang aku rasa, duit tambang bas aku boleh beli ais kepal,

Tetapi yang terpapar dalam gambaq di atas ni lagi hebat, mengalahi apa yang aku alami 50 tahun dahulu, rupanya masih ada lagi sekarang ni.... depa berjalan 8 kilometer, lihatlah ada 3 rintangan yang mereka tempuhi, 2 jam perjalanan baru sampai ke sekolah....

Hebat kan Malaysia, asyik nak buat bangunan beratus tingkat, belanja berbilion-billon, keperluan rakyat..., oiii rakyat ni penyokon BN belaka, penyelamat untuk jangka hayat BN, pun dapat habuan sebegini, jadi aku tak hairan apa yang berlaku di negeri Pakatan rakyat...

Nak sokong ka lagi UMNO....






No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari