boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Tol. Show all posts
Showing posts with label Tol. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Janji UMNO Tol akan dihapuskan jika BN Menang...

 UMNO semakin meroyan.... tambahan pula si mamat dalam berita di bawah ni... Abang dia dah keluar UMNO tubuh parti baru.... dia masih dok dalam UMNO.....  berjanji yang tak masuk akai juga....  




Bila menang nak mohon kepada kerajaan pusat... Kerajaan pusat yang boleh atau berkemampuan untuk bagi kalau kerajaan Pakatan Rakyat,,, Kalau UMNO BN,, sorrylah tamby..... naik lagi harga tol adalah...kalau hangpa tak percaya bagilah BN mennag PRU13 ni..... betui ka dak apa yang aku tulis ni..... 




Saturday, March 17, 2012

Beruntungnya AHLI UMNO - Boleh lepas bayar TOL..


Beruntunglah ahli UMNO - lihat sendiri...... di bawah...



Ahli MCA boleh dapat ka.... MIC .. yellek....



Saturday, June 11, 2011

Kesian UMNO... Beginikah negara kebajikan...

Salam Sejahtera,

Bila aku baca berita dibawah ini hati dan perasaan timbul rasa kasihan pula ke atas nasib malang yang menimpa kepada saudara-saudara sebangsa dengan aku,
Walaupun sebelum ini Presiden parti mereka memberi amaran kepada PAS supaya yang meniru BN yang dah lama amalkan negara kebajikan....

Kesian sungguh,,, inikah negara kebajikan,,,..... Kesian...


TERKINI

UMNO Shah Alam minta kerajaan mansuh tol Batu Tiga dan Sungai Rasau

11/06/2011 5:50pm

SHAH ALAM 11 Jun — UMNO Shah Alam hari ini meminta kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan di sini, yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.

Perkara itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan Ketuanya, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor menerusi Setiausaha Politiknya, Datuk As”ari Ibrahim, untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebanyak 23 badan bukan kerajaan turut menyokong memorandum yang diserahkan selepas perasmian persidangan perwakilan bahagian itu.

Antara lain, memorandum itu menyatakan warga Shah Alam khususnya, telah lama terbeban dengan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang.

"Kebanyakan pengguna adalah warga Shah Alam yang bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, yang setiap hari perlu membayar RM2.10 untuk perjalanan pergi balik,” kata memorandum itu yang dibuat hasil daripada usul semua Umno cawangan di Shah Alam pada mesyuarat mereka sebelum ini.

Bagi pengguna dari Klang ke Kuala Lumpur, mereka harus membayar di kedua-dua Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu 3 berjumlah RM4.20 bagi perjalanan pergi balik.

Selain itu kata memorandum tersebut, kedua-dua tol terbabit telah beroperasi lebih 20 tahun dan sudah pasti pemilik konsesi sudah dapat mengutip balik pelaburan mereka. - Bernama,

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari