boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Virus.. Show all posts
Showing posts with label Virus.. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Apakah Kerana Pangkatnya Dato'

Salam Sejahtera,
Beberapa hari yang yang lalu kita dihebohkan dengan sepasang laki bini penjawat awam kastam di tahan SPRM bersama wang berjuta ringgit....
,
2 APRIL 2011: Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Mustafar Ali menunjukkan sebahagian wang tunai yang dirampas di rumah pegawai kanan Jabatan Kastam bergelar Datuk atas kesalahan rasuah pada sidang akhbar di Putrajaya. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN

Namun hari ini berita gembira keluar .........

DALAM NEGERI

ARKIB : 05/04/2011

Pegawai kanan Kastam dibebaskan


PEGAWAI kanan Kastam Diraja Malaysia yang direman lapan hari sejak minggu lalu berhubung siasatan kes rasuah dilepas tanpa syarat oleh Mahkamah Majistret di Kuantan, semalam.


KUANTAN 4 April - Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan reman sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung pembongkaran pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu, dilepaskan hari ini tanpa syarat.

Majistret Nordiana Abdul Aziz memerintahkan demikian semasa pegawai kanan bergelar Datuk yang berumur dalam lingkungan 50-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

Peguam yang mewakili pegawai kanan tersebut, Mohamad Sazali Abdul Aziz ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, siasatan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah selesai.

Rabu lalu, akhbar melaporkan dua pegawai kanan KDRM yang juga merupakan pasangan suami isteri ditahan SPRM dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Dalam serbuan pada 28 Mac lalu, anggota SPRM dilaporkan menjumpai sejumlah wang bernilai ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pasangan pegawai kanan tersebut yang kemudiannya ditahan untuk siasatan.

Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat lalu bagaimanapun membebaskan isteri pegawai kanan tersebut tanpa syarat manakala pegawai kanan JKDM terbabit ditahan reman sehingga hari ini.

Apa yang menghairankan ialah lepaskan dengan tanpa syarat.!!! Mungkinkah gelaran Dato; menjadi penyelamat atau ada X-file yang perlu ditutup.....

Kesian, kesian... nak tutup bab Kastam Pangkat Dato; timbul pulak pegawai kanan kastam mati jatuh bangunan SPRM, Kastam lawan dengan SPRM pulak.... DI SINI.

Renung-renung dan fikirkanlah sama-sama,,, kes virus Adeno di Pulapol yang dah 3 nyawa rekrut anggota polis melayang, kini merebak lagi hingga ke Port Dickson... apakah semuanya sebagai satu peringatan dari Allah .... wallahhuaklam..


,

Wednesday, March 9, 2011

Pemberitahuan..kepada tuan empunya blog-blog yang kena detect virus...

Salam Sejahtera....


Tak tahu dimana salah silapnya, sekarang dah 3 blog yang aku link terpaksa dibuangkan, kalau tidak aku sendiri aku nak masuk tak boleh, keluar sign malware seperti di atas...

Blog yang aku ingat terpaksa keluarkan dahulu iala blog Dengan hati yang tenang (Saudara Khalil Samad), Budak Online dan yang terbahru Colour Luna...

Kenapa boleh jadi demikian.. entahlah,, aku pun bukan berapa reti sangat semua ni.....

Cuma lepas ni kalau dah OK, aku harap tuan punya blog yang aku keluarkan maklumkan balik,, supaya dapat dimasukkan semula... Wassalam...

Saturday, October 16, 2010

Malaysian Insider pula diserang virus malware..

Entah kenapa,,, penggunaan google chrome selalu menghalang dengan memberi amaram seperti dibawah..., habis dengan blog aku sendiri pun sangkut sebab link dengan Malaysian Insider..

aku dok ingat, dah habis dah masaalah serangan virus ni,, nampaknya masih belum berkurangan....




Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari