ARKIB : 05/04/2011
Pegawai kanan Kastam dibebaskan
KUANTAN 4 April - Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan reman sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung pembongkaran pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu, dilepaskan hari ini tanpa syarat.
Majistret Nordiana Abdul Aziz memerintahkan demikian semasa pegawai kanan bergelar Datuk yang berumur dalam lingkungan 50-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.
Peguam yang mewakili pegawai kanan tersebut, Mohamad Sazali Abdul Aziz ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, siasatan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah selesai.
Rabu lalu, akhbar melaporkan dua pegawai kanan KDRM yang juga merupakan pasangan suami isteri ditahan SPRM dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Dalam serbuan pada 28 Mac lalu, anggota SPRM dilaporkan menjumpai sejumlah wang bernilai ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pasangan pegawai kanan tersebut yang kemudiannya ditahan untuk siasatan.
Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat lalu bagaimanapun membebaskan isteri pegawai kanan tersebut tanpa syarat manakala pegawai kanan JKDM terbabit ditahan reman sehingga hari ini.
DATO BEBAS TAK DATO MATI JATUH BAGUNAN, SENASIB TBH
ReplyDeleteApa neh SPRM (Sijil Perkuburan Rakyat Malaysia)...
ReplyDeleteApa harga nyawa org ikut harga tittle ka?
Klu mcm neh la,kasihan pd keluarga Arwah..
Anak2nya menjadi Yatim,Isterinya hilang tempat bergantung,malahsis suami difitnah membunuh diri..
Jgn hina maruah saudara seagama hanya krn kedudukan dia disisi manusia..
Kini konflik sesama penguatkuasa Kerajaan pula melanda negara..
Lps neh apa lg?
Klu kamu x boleh melindungi pegawai kerajaan,org awam mcm mana pulak????