boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 1, 2011

Apakah niat kenyataannya yang sebenar....

Salam Sejahtera.

Sebagai Ketua No1 dalam pasukan PDRM, apakah suaranya dalam memberi sesuatu pendapat yang bersangkutan dengan politik boleh disamakan dengan jenayah..

Nampaknya selepas ini mahkamah sivil yang ada dalam Malaysia ni boleh dibubarkan, yang tinggal mahkamah syariah dan mahkamah adat di sabah dan sarawak...

Kalau nak best lagi istiharkan sahaja Malaysia adalah negara polis.....,

Manakala manusia-manusia trio gampang yang memperkenalkan videosex tersebut masih boleh bebas tanpa tindakan undang-undang yang mereka sendiri ciptakan......


IGP: Pakar sah video seks tulen

Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara KPN) Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.

NONE

"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.

Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu
tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.

Mengenai perkembangan virus Adenovirus, Ismail berkata setakat ini hanya seorang pelatih Pulapol yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Pelatih wanita itu berada dalam keadaan tidak serius dan kini ditempatkan di wad biasa, manakala enam lagi menjalani pengasingan," katanya.

"Keadaan di Pulapol normal, tidak lama lagi latihan asas inspektor dan
konstabel akan diteruskan. Saya telah meninjau langkah yang telah diambil oleh pihak komandan Pulapol untuk menentukan persekitaran di pusat itu adalah bersih," katanya.

Justeru itu, beliau meminta pihak Pulapol supaya mengatur satu aktiviti
gotong royong bagi meningkatkan tahap kebersihan di kawasan itu.

Setakat ini, seramai tiga pelatih pusat tersebut maut akibat virus itu dan
yang terbaru membabitkan pelatih konstabel, Mohammad Siman, 23, yang meninggal dunia pada 11.30 malam, Rabu lalu, selepas menerima rawatan selama hampir sebulan di HKL.


5 comments:

  1. Tiada siapa yang menafikan bahawa vidoe itu palsu. Masalahnya adakah penzina itu adalah seperti yang didakwa. Saya tidak percaya langsung bahawa pelaku itu adalah DSAI, kerana tiada empat saksi yang adil yang dikemukakan sebagai saksi mata pelakuan itu. Yang ada Three Stooges yang jadi tukang pasang video.

    ReplyDelete
  2. nanti adik awak di rogol..minta 4 saksi ye >....

    ReplyDelete
  3. Ini yang ramai orang salah faham. Ini telah dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman di blog dan juga youtube.

    Kes zina dan kes rogol adalah berbeza. Kes zina memerlukan 4 orang saksi seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasullah S.A.W.

    Namun kes rogol tidak termasuk di dalam kes zina, ia termasuk di dalam aspek perundangan Islam yang dinamakan qarinah yang tidak memerlukan empat orang saksi tetapi membolehkan bukti-bukti seperti DNA, air mani dan sebagainya digunakan. Penjenayah menerima hukuman takzir yang mungkin lebih berat hukumannya dari hukuman zina sebagai contoh 200 sebatan. Sila rujuk http://www.youtube.com/watch?v=4MddbukVSMI&feature=related (untuk penjelasan bermula minit ke 6.57).

    ReplyDelete
  4. aku tgk muka IGP mcm muka org bodooooooooooooh yg bedengung ayaq daun ketom daaaaaaaaaa....mcm pak lawak pon ada muka IGP.

    ReplyDelete
  5. Kalo emak awak pulak kena ROGOL...awak yang salah..tak kasi cawat besi kat mak awak kan kan kan

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari