boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, April 14, 2011

Anak Raja kambing hitamkan putera raja...

Bsalam Sejahtera....

Apa cerita sebenar ni,, semakin bertambah kusut, semakin mendebarkan,, siapa sebenarnya penulis skrip.... he he...

Nampaknya anak raja keturnan Selangoe dah mengenakan putera raja dari Kelantan..... peninnnn...zzzzzz

Bahasa

Raja Petra: Najib dikait kes Altantuya, bolehkan Ku Li jadi PM

April 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pada pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan juga Rafizi Ramli, kini pengarah strategi PKR, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.

Najib menggantikan Abdullah pada April 2009...

Sumber SINI

6 comments:

  1. Dah lama kita tunggu saat dan ketika ni brader... baru kita nampak the true color of raja kapor. Cara hidup macam orang putih. mana duitnya nak mantain kos hidup...
    Sume pasal fulus brader... wang punya pasal jual maruah dan prinsip hidup itu amalan mulia di m'sia. Nak cari duit brader... duduk oversea nak guna duit banyak brader.. sekarang dah tak da fulus. tak boleh bayar bil2, nak beli nasik bungkus pun dah tak cukup brader... jadi jual maruah diri la brader...

    ReplyDelete
  2. saya tak faham mengapa para blogger pakatan rakyat malah pihak portal malaysia kini dan malaysian insider tak faham dalam isu ini dan boleh tertipu dengan spin atau video yang telah diedit oleh tv3. RPK tidak menipu dalam hal ini dan tidak pernah menipu dalam hal ini. Apa yang dikatakannyan adalah sama dengan apa yang ditulis dalam akaun bersumpahnya sejak dua tahun dahulu. Isunya adalah dia menerima maklumat dari orang-orang tertentu yang mempunyai bukti mengaitkan rosmah dan pm najib. Isunya phak polis tidak pernah memanggil orang orang tersebut

    ReplyDelete
  3. Tektik ke ni...tapi RPK berjaya mengembalikan semula cerita Altantunya dgn NAjib...seperti mana geng dato T nak kenakan Anwar dalam isu video.

    ReplyDelete
  4. Tektik ke ni...tapi RPK berjaya mengembalikan semula cerita Altantunya dgn NAjib...seperti mana geng dato T nak kenakan Anwar dalam isu video.

    ReplyDelete
  5. INI ADALAH PETUNJUK ALLAH. HANGPA SEMBAHYANG HAJAT MINTAK ALLAH BAGI PETUNJUK. HAJI HADI JADI IMAM. 10 RIBU JADI MAKMUM.

    KER...HANGPA SENDIRI TAK YAKIN DENGAN SEMBAHYANG HANGPA TU?

    ReplyDelete
  6. alahai luncai... statement yg bodo mcm mat monggol juga. akai boh kat juboq jd lagutu la, mcm lembu. hahahaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari