boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, April 7, 2011

Video Sex - Bukti Perdana Menteri terlibat sama....

Salam Sejahtera,

Nampaknya Najib dah tak sedar apa yang dia lakukan,,, sebelum ini Najib dan sepupunya Hisyamuddin Auw-auw bermatian-matian tak mengaku terlibat dalam konspirasi video tersebut.., sehingga DSAI disaman...

Kalau dah tak terlibat, kenapa bising-bising lagi ni, buat lawatan tu betui-betui kat Korea tu, kalau berani pi melawat ke Monggolia sekali....

Kena tak duduk diam-diam macam Pak Lah dengan bininya Tun Jean, relak tak masuk campur......

DALAM NEGERI

Video seks: PM mahu rakyat buat penilaian sendiri

SEOUL 6 April - Isu klip video seks dengan pelacur dari China yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia perlu dinilai sendiri oleh rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau enggan mengulas lanjut berhubung penayangan video tersebut di Internet sejak beberapa hari lalu.

"Saya tak nak komen (isu video seks ini) sebab saya dari mula lagi berkata, perkara ini adalah sesuatu yang perlu dinilai sendiri oleh rakyat," tegas beliau ketika ditanya oleh wartawan Malaysia di sini hari ini.

Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube pada 4 April lalu.

Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Thepowerman'.

Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya soalan lain, Perdana Menteri berkata, kerajaan masih mengkaji saranan sesetengah ibu bapa agar mata pelajaran Sains dan Matematik dibenarkan diajar dalam bahasa Inggeris di beberapa sekolah terpilih.

"Kami masih menilai cadangan tersebut dengan mendapatkan pendapat serta reaksi ibu bapa, selain melihat sama ada kita boleh wujudkan fleksibiliti. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan mengenai hal ini," jelasnya.

Beliau turut menolak kemungkinan mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, sebagaimana yang dicadangkan oleh satu pihak yang mengumpulkan tandatangan bagi mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya berkenaan.

"Kita sedar ia menjadi satu masalah yang besar di Sabah dan kami sudah pun mengambil tindakan termasuk mewujudkan satu jawatankuasa Kabinet khusus terhadap masalah tersebut, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri," tambahnya. - Utusan



.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari