boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 22, 2011

Hukum mana yang betul ni...

Salam Sejahtera,

Tak tau nak kata macam mana,, kalau yang bijak pandai dari segi hukum agama tak boleh bagi kata sepakat, bagaimana kedudukan orang awam macam aku ni,,

Nak kata berlainan mazhab tidak pula, nak kata pengikut salaf atau wahabi bukannya negeri Perlis, tak bolehkah duduk berbincang, semak balik, baru keluar ijtidah, tak kan perkara sebegini pun boleh jadi khilaf...

Kat Perak tak boleh,, jadi kalau agak-agak teringin juga boleh pergi cari ke negeri sempadan iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang.

TERKINI

Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco

22/04/2011 5:46pm

SEPANG 22 April - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. - Bernama

,

4 comments:

  1. Sendiri fahamlah...ISLAM memerintah atau ISLAM diprentah..di Mesia nih...

    ReplyDelete
  2. poco-poco asal hukumnya harus....yg haram pancut-pancut....opocot!!!!!

    ReplyDelete
  3. ini semua kEs divide n rules lah.....ada negeri2 melayu berkutu dan tidak bersekutu dan ada pulak negeri2 selat..punca nya haramjadah penjajah dan terus je ditiru bulat2 oleh saper...

    lu pikirlah

    moralnyer..inilah akibatnya dari dulu lagi ..enakmen ugama selangor tak sama dengan perak..mufti2 di malaysia tiap2 negeri dilantik oleh pemerintah negeri masing2..mufti A bagi hujahnyer tak semestinya semua mufti2 berstuju..pada saya lah semua ni TAK BAGUS KALAU NON MUSLIM TAHU YG KITA NI BERBAGAI MAZHAB DAN TAK SEBULAT SUARA

    PERSPEKTIF SAYA LAAA DAN TAK SEMESTINYA SAYA BETUL

    ReplyDelete
  4. nak confiuse apa lak bro.....
    umngok mana nak heran fatwa fatwi mcm tu......
    hat lebih dari tu pun depa buat tak reti saja....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari