boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, April 21, 2011

Tahniah Majlis Perbandaran Seri Manjung - Tekaan aku betul rupanya..

Salam Sejahtera,

Hari ini merupakan hari yang agak mengembirakan aku, syukur alhamdulilah, ada dua perkara yang membuatkan aku rasa,, entahlah macam satu kepuasan dalam kehidupan, kerana apa yang buat selama ini seolah-oalah macam dihargai, walaupun bukan dengan wang ringgit...
,

Yang pertama, tengahari tadi tengah tadi, aku dapal call, no KL 03*****, aku ingat kut Datuk Tarmizi Mat Jan yang call, aku pun dah seru nama dengan panggilan datuk, rupanya orang lain,, wartawan Malaysiakini yang call, siapa orangnya tak bolehlah aku nak bagi tau, dan apa tujuannya,, cuma yang boleh aku katakan, blogger cikai macam aku ni pun ada juga orang dok peratikan....

Yang kedua,, semalam aku ada buat entry mengenai banner gambar Sultan Perak yang mana ada petugas-petugas entah dari mana pi letak keliling Sekolah wawasan Manjung, tengahari tadi juga masuk satu komen,,,

Anonymous Anonymous said...

JANGAN MAIN TUDUH AJE...SEMAK LE BEBETOI..ASYIK MPM JE...CUBE TELITI..ADE KE LOGO MPM KAT SITU, N MPM RASENYA TAK PASANG BANNER2 TU...DEPA PASANG YAG KAT BILLBOARD AJE...

April 20, 2011 12:41 PM

Lantak pilah, aku malas nak jawab,, tak lama lepas tu, ada hamba allah mana yang tolong jawab, terima kasih kepada empunya yang menolong,, aku dah tak larat dengan kesuntukan masa yang agak terbatas...

Bila balik dari kerja petang tadi, bila nak sampai saja kat Taman Melati, aku terpandang ke jejantas,,, dengan penuh terkejut aku lihat kat atas jejantas tersebut dah kosong, dah tak ada lagi 4 banner seperti semalam, entah kenapa aku tergelak berdekah-dekah sorang-sorang atas motor, lantak pilah kereta-kereta yang dok potong aku dok peratikan, depa ingat aku ni gila ke apa,,, memang aku rasa geli hati sungguh,,,

Bila melintasi jembatan aku beralih ke belakang, lihat hak sebelah lagi kat jejantas pun kosong,, kemudian hak atas pagar keliling sekolang pun dah clear,, bersih...., aku tak tau kenapa.., apakah ada kaitan dengan komen diatas,,

Sebelum itu di kawasan Teluk Muruk, sebelah kiri jalan hadapan dengan SK Dato Ishak Teluk Murok ada satu banner yang sama, kemudian nak sampai kat Kampong Padang Tembak ada lagi satu masih tegang tergantung...

Kenapa hat dekat Sekolah Wawasan habis semua clear... MPM dah merajuk ka..., kalau ya pun tinggal lah satu setiap sebelah jejantas tu, satu kat pagar sekolah,,, kenapalah pi angkut buang semua sekali,,, mungkin kerana tak logo MPM kut...,

Ish, ish, nak letak banner gambar sultan sendiri pun nak kena logo MPM juga ka.... tapi tak apalah,, itu tandanya telus MPM Manjung... Tahniah, Tahniah, .......





2 comments:

  1. Salam sahabat,

    Banner yg ini mmg bukan MPM punya, tp kerajaan negeri. Kontraktor yg dilantik kerajaan negeri pasang main bedal je, bahkan ikut kata kawan kpd kawan saya, MPM dah pun maklumkan pd pejabat MB... sbb ni bukan kali pertama, khabarnya banner2 raya sebelum ni pun sama gak pasang ikut suka je...

    ReplyDelete
  2. Waalaikum Salam...

    Betul tu bro,, saya dah tau pun anak siapa yang dok ambik contract pasang,, tapi kenapa tak dapat pengawasan dari MPM, tak semestinya kerana dari MB, main pasang ikut sembrono sahaja,, apa tugas pegawai penguatkuasa MPM... tak kan hanya sebagai pengeluar saman parking sahaja...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari