boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, April 10, 2011

Jasa-Jasa Dr Mahathir selama 22 tahun menjadi PM...

Salam Sejahtera...
Aku terjumpa satu artikel mengenai jasa-jasa Dr Mahathir kepada rakyat Malaysia selama 22 tahun ia menjadi PM,,, Silalah baca dan nilailah sendiri segala perbuatannya itu...


Oleh Tun Telanai

Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang ia seorang negarawan tulin yang kononnya ia mementingkan kebajikan rakyat dan kepentingan Negara sepanjang 22 tahun ia memerintah.

Memandangkan usianya semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Langkah pertamanya ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan beliau terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Adalah dijangkakan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah.

Di bawah ini saya perturunkan perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.

Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

Memaksa Petronas membeli saham Proton.

Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

Mengganggu penyiasatan BPR

Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

Keruntuhan makmal computer;

Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

Keretakan PULAREK; dan

Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)

Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.

Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.

Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

Kerugian pelaburan Tabung Haji;

Kerugian RM15b Bank Negara;

Kerugian RM40 juta AIM;

Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;

Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu c cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

Menutup dua MRSM di Terengganu;

Menutup sekolah agama rakyat; dan

Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam uuntuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;

Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan

Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.


Komen aku...Selagi UMNO dan BN yang memerintah jangan harap tindakan boleh diambil keatas DR Mahathir, Tukarlah dulu Kerajaan Malaysia yang sekarang kepada Pakatan Rakyat... Insyaallah, segala kejahatan pemimpin UMNO dan BN boleh diambik tindakan dengan seadil-adilnya...


Sumber : SINI

.

8 comments:

  1. Mari kita berdoa agar Allah ampunkan semua dosa2 dia dan dosa2 kita yg terselindung....

    ReplyDelete
  2. Anonymous said...
    Mari kita berdoa agar Allah ampunkan semua dosa2 dia
    April 11, 2011 7:32 AM

    Dia berdosa dgn Allah boleh mungkin Allah ampunkan tapi dosa dgn rakyat camner?

    ReplyDelete
  3. Jasa dia yg paling besar dapat saham hingga akhirat adalah memperlecehkan Hukun Syariat Islam dan memperlekehkan Sunnah Baginda Rasulullah S.A.W... dan ramai yg tersesat akibat dari perbuatan si mahafiraun laknat nih...

    ReplyDelete
  4. ni belum kira jasa nizar,lim guan eng,nik aziz ,azizan yang mentadbir negeri mereka kan?.
    semua mereka ini telus. kan

    ReplyDelete
  5. banyak2 dosa dia pon, dia tetap dapat pahala atas cacian2 dan tohmahan yg xberakal ni... atleast blogger2 dpt merasa pakai kereta sorg sbijik mcm mlayu2 lain ats jasa2 dia ni, wlwpon sibuk dok agung2kan nik aziz yg hanya taw sebut "barua2!"

    ReplyDelete
  6. kalau xtahu apa2 baik diam je.berdosa besar bgi yng memfitnah.. rakyat negara lain bngga dengn tun mahathir..tpi rakyat malaysia xtahu menilai..ini lah melayu..

    ReplyDelete
  7. Dengan kebijaksanaan Tun dan dengan izin Allah maka Malaysia terkenal di seluruh di dunia.Kalu tak nak berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang ada, lebih baik diam dari terus menghina dan mengkritik. Memang betul kata Tun Melayu mudah lupa..Lupa bagaimana bangsanya yang pernah dijajah dan dihina.Lupa bagaiman perit orang - ornag terdahulu berjuang dalam memertabatkan agama, bangsa dan negara ditempat yang kita berada sekarang.aku malu dan sedih mempunyai rakan sebangsa yang begini.

    ReplyDelete
  8. korang hanya pandai bercakap sebenarnya.....korang tahu siapa yg hantar ratusan tntera malaysia ke bosnia di waktu negara itu diserang oleh amerika.....sedang ketika itu negara arab sendiri tidak berani menghantar bantuan diatas sebab penaklukan amerika....amerika menghalang sesiapa sahaja yg berani masuk campur dalam urusan mereka....ketika itu ribuan islam matis disemebelih,dibom....dialah yg berhubung dgn brunei mencipta kereta kebal dn dihantar ke Bosnia....katanya...." jikalau negara arab sendiri tidak datang membantu,kita hantar sahaja tentera kita" .....pengorbanannya diiktiraf seluruh dunia.....dia lah yg menghentikan pencutasan perang yg bakal dilanda malaysia oleh amerika syarikat.....dialah yg membangkitkan semangat orang melayu sehingga ketika itu cina dan india tidak berani mengangkat muka....sehingga amerika sendiri tidak mampu berkata....meletakkkan negara sehingga disegani runiq....dan kini, anak muda seperti korang, hanya mampu berkata dan menghina.......bukaklah mata bukan dada.....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari