boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, April 28, 2011

Zambri tak tahu atau tak diberi tahu...

Salam Sejahtera

Tak tahu atau tak mahu ambik tau atau pun juga tak diberi tahu..... Baru-baru ini bilang sidang, Bila di soal YB Nizar mengenai seorang Exco Kanan yang disiasat oleh SPRM selama 2 jam,, pun tahu juga, SPRM tak bagi tahu...

Isk,isk betul ka tak tahu, tak tahu sebab tak dibagi tahu,, kenapa tak dibagi tahu?...Agaknya masyarakat warga negeri Perak masih was-was lagi ku siapa MB Perak yang sebenar....




MB, Exco ‘terkejut’ MoU firma HK lombong nadir bumi di Bukit Merah

April 28, 2011

KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meminta penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah.

Menteri Besar (gambar) menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.

Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut ini, PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai.

“PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.

“Saya akan mengarahkan (PKNP) supaya memberi penjelasan kepada saya terlebih dahulu esok,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat semalam.

Sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai MoU dengan PKNP untuk menjalankan projek itu di Bukit Merah dekat Ipoh.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon kepada pejabat tanah dan galian negeri satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan RM300 juta.

Semasa dihubungi, Exco Kerajaan Negeri bagi perindustrian dan pelaburan Datuk Hamidah Osman juga berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai projek itu.

Zambry yang juga Pengerusi PKNP menambah, sebarang projek nadir bumi di negeri itu akan tertakluk kepada standard sama, yang diperlukan oleh kerajaan persekutuan, yang dikenakan ke atas loji Lynas ekoran protes penduduk tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan sejak beberapa bulan lalu.

Kata Zambry, ekoran tumpuan ramai selepas krisis nuklear di Jepun selepas bencana berganda bulan lalu dan isu loji Bukit Merah, beliau tidak gembira kerana PKNP tidak memaklumkannya mengenai MoU dengan CVM.

Aktivis alam sekitar menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng, dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth milik, yang dikaitkan lapan kes leukemia termasuk tujuh kematian.

Ibu pejabat CVMSB ditubuhkan pada 2007 untuk melombong dolomit dan mengeluarkan ketulan magnesium di Malaysia.

Ia beroperasi di Perak sejak Jun 2009 dan juga menerokai perlombongan bijih besi, arang batu dan mangan.

Pengerusi CVM, Goh Sin Huat merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Ho Wah Genting Berhad.

Ho Wah Genting, yang turut mempunyai pegangan dalam CVM juga dilaporkan mahu menyertai perlombongan timah untuk memperluaskan asas perolehan.

Syarikat itu juga berkata, pemeteraian dengan sayap pelaburan Perak belum selesai lagi.

“Sehingga tarikh pengumuman, tiada perjanjian sahih diputuskan antara syarikat dan PSDC dalam mewujudkan perkongsian,” kata CVM dalam maklumannya.

PSDC mengumumkan ia juga berminat untuk membeli 135.3 juta saham CVM iaitu kira-kira 4.73 peratus daripada keseluruhan saham syarikat itu

1 comment:

  1. DULU KES KOLAM UDANG, DIA KATA DIA TAK NAMPAK YANG INI DIA KATA DIA TAK TAU.....MALANG SUNGGUH AKU BER'MB'KAN HANG.

    INILAH PADAHNYA KALAU MERAMPAS HAK ORANG......JANGAN SAMPAI TAK NAMPAK, TAK TAU DAN AKHIRNYA....RHUDUMMMMM.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari