Bekas ketua pemuda kecewa Perkasa tak sertai protes Alkitab
Menurut Arman Azha, sepatutnya Perkasa menyertai perhimpunan aman anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) membantah keputusan Putrajaya melepaskan 35,100 kitab Injil itu yang menjadi polimek sejak kebelakangan ini.
Beliau yang menyertai perhimpunan aman itu berkata, sepatutnya Perkasa dan umat Islam menentang tindakan kumpulan yang mewakili masyarakat Kristian yang dilihat mencabar kedudukan dan kedaulatan agama Islam.
Tambah Arman Azha lagi, ketua Wira Perkasa yang baru Iwan Fahmi Ideris sepatutnya memainkan peranan untuk menggerakan pertubuhan itu membantah keputusan Putrajaya itu.
“Saya tidak tahu... sepatutnya ia diketuai ketua Wira Perkasa yang baru dan kami menunggu di mana suara ketua Wira Perkasa.“Mereka (Wira Perkasa) perlu mengetahui isu ini tapi sehingga sekarang masih tiada lagi.
“Tapi sebagai orang Islam, kita semua perlu bertegas dan menentang usaha-usaha yang dilakukan untuk mencabar kedudukan agama kita,” kata kepada The Malaysia Insider selepas perhimpunan aman itu selesai.
Irwan Fahmi dilantik sebagai ketua Wira Perkasa menggantikan Arman Azha yang melepaskan jawatannya minggu lalu.
Jelas Arman Azha, sepatutnya orang bukan Islam termasuk yang beragama Kristian perlu menghormati agama Islam dan jangan melakukan perkara yang boleh mencabar agara rasmi negara itu.
“Sepatutnya mereka menghormati agama Islam, kita mahu mempertahankan kedudukan Islam.
“Isu ini tidak akan wujud jika semua pihak menghormati agama Islam... kerajaan perlu tegas jangan biarkan ia berterusan,” katanya.
Ditanya mengenai kehadirannya dalam perhimpunan itu, Arman Azha berkata beliau menyertainya atas dasar prinsip dan demi kedaulatan agama Islam.
“Saya hadir atas dasar prinsip iaitu untuk mempertahankan Islam, kedudukan orang Melayu dan Bahasa Malaysia.
“Saya datang atas dasar peribadi,” jawabnya ringkas.
Hari ini Pembela mengadakan perhimpunan aman membantah pengedaran kitab Injil di Masjid Negara.
Komen aku, kalau Arman tanya di mana PERKASA, aku nak tanya dimana Pemuda UMNO, dimana JMM, menyorot balik mana hangpa semua...!!!!!
saya tak brapa ikut skrg pkembangan smsa politik ni. tapi tau la sikit2. nampak lain bila pkai kopiah tu.
ReplyDeletearman.. hehe
perkasa bertindak kalau ada masyuuuuk saja. itulah apa yang aku nampak dan perhatikan.
ReplyDeleteapa yang ko boleh buat... hanya menjerit.... jeritlah... ekonomi ko
ReplyDeletemereka dah pegang ,makan minum ko mereka yang aturkan ,,, ko apa boleh buat ? ITU LAH MELAYU ,
itu melayu yang mintak,islam tak mintak.untuk pengetahuan ITULAH MELAYU.ISLAM dulu dulu dah dok lawan benda2 macam ni.
ReplyDelete