boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, April 13, 2011

Perkataan "HANYA"..

Salam Sejahtera,
Selalu yang kita dok dengar atau terbaca ucapan-ucapan pimpinan UMNO dengan kata-kata " Hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah dan membawa pembangunan dalam ekonomi negara, dan bla..bla..bla lagi....

Namun hari ini aku terbaca satu kenyataan dari Timbalan KPPP iaitu hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

Entahlah,, tak tau nak komen macam mana, kang nanti banyak lagi yang hentam aku lepas ni.....

Harap-harap bukan keluar dari mulut seorang bakal pemimpin, mungkin kesilapan dari editor kut agaknya....

Pemuda PAS pusat mahu Hadi kekal presiden

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

April 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 April – Dewan Pemuda PAS pusat mahu memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal presiden parti Islam itu di sebalik desas-desus dan ada pencalonan agar beliau dicabar kali ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu.

Malah, jelas beliau, selain orang Melayu, golongan muda daripada kalangan masyarakat Cina dan India turut memberikan sokongan terhadap PAS.

“Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.

“PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.

“Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

“Kepimpinan PAS yang diterajui oleh presiden parti yang sedia ada telah berjaya membawa PAS maju kehadapan.

“Sokongan rakyat terhadap PAS yang bersama dengan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan besar dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Laporan semalam menyebut PAS kawasan Bukit Bintang mencalonkan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung kawasan itu Jumaat lalu dan ia merupakan satu perkara yang mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun kata Azman Shapawi, kawasan mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding bagi mana-mana jawatan termasuk presiden kerana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.

Menurut beliau, alasan untuk menukar presiden kerana gagal menarik sokongan golongan muda dalam menghadapi pilihan raya umum adalah tidak tepat.

“Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti.

“Hari ini orang muda telah beri sokongan kepada PAS, jadi untuk tukar presiden PAS bukan isunya, walaupun itu (cadangan) tidak bercanggah dengan perlembagaan PAS,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Kawasan PAS Bukit Bintang turut mencalonkan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar selain mencalonkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi jawatan itu.

Pada 2009, PAS Bukit Bintang pernah mencalonkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden, bagaimanapun Mursyidul Am PAS itu menolak pencalonan tersebut.








7 comments:

  1. Biar aku cakapkan. Kenyatan mereka yang mendahului ALLAH. Kalau BN/UMNO cakap tau pulak kutuk.....

    ReplyDelete
  2. ha tunggu apa!!! nk kutuk, kutuk la. dosa hg tanggong sendiqi. tadak sapa larang hg. samjey??

    ReplyDelete
  3. pada pandangan aku..sape2 pun yg boleh memimpin parti janji ada kelayakan jd pemimpin bukan hanya TGAH aje...ape bende takut nor..sape buat yg salah tegur ajelah...

    ReplyDelete
  4. Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN)

    "Hanya BN yg boleh memerintah Malaysia. Baik buruk BN, hanya BN yg boleh jadi kerajaan"

    "Kalau PAS perintah, aku makan ubi kayu je le.."

    Ni antara kata2 yg keluar dr mulut Melayu Felda di DUN Tenang. Gua tak tau plak kalau IQ Azman Shapawi setaraf IQ Melayu Felda. Kalau betul, gua sebagai perwakilan Pemuda malu sgt, walaupun gua tak pangkah lu pun masa muktamar 2009.

    "Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti"

    Azman, tunjukkan kajian yg menunjukkan golongan muda sokong PAS sebab Presiden.. silakan!

    "PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat"

    Realistik la ostad. Majority diorang sokong PAS / PR sebab bencikan BN. Bencikan BN sebab 1 juzuk. Sedangkan BN masih memerintah dan memiliki kelebihan 10 juzuk yg PAS / PR takde. Kalau BN reform 1 juzuk tu, diorang swing bai.. Tu la masalah segelintir pemimpin PAS, tak reti berfikir dan tolak idea yg realistik utk kepentingan parti.

    "Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS"

    Lu buat culaan, berapa kerat non Muslim yg berjinak dgn PAS sebab kehebatan cara pimpinan Hadi? Gua pun nak tengok kajian lu gak.

    "Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti"

    Betul ke lu mewakili DPPP? Betul ke sekor2 Exco DPPP setuju dgn lu? Gua kenal diorang bai. Kalau Dollah Karim masih dlm Pemuda, silap2 lu kena balik, hehe.

    -tibe2 rase nk trmuntah bile bace artikel ni..uuwweeeekkk!!!..trmuntah jgak akhirnye..

    -agak2 la si azman woi kalo nk membodek skalipun..gile2 kipas punye ayat ko ni..

    Sokong bawak rebah.
    TGHH seorg x mampu buatkan diri sendiri. Think thanknya(termasuk menantu) yang menaikkan imejnya.
    Politik adalah persepsi. Jika persepsi org awam tehadap TGHH adalah negatif, banyakkah undi yg akan pergi ke PAS?

    Iye ke? Gua sokong PAS sebab Nik Aziz, Nizar, Husam Musa, Mat Sabu, Khalid Samad. Gua akan jadi ahli PAS sebaik saja Hj Hadi turun dari kerusi presiden.

    ReplyDelete
  5. Salam.. bro? apa masalah dengan TG Haji Hadi? UG?

    UMNO pun dah lupa isu tuuuu!!

    Takkan hang nak ingat lagi kot????

    adehhh!

    ReplyDelete
  6. Budak balun....
    Tolong baca dan fahami apa isu tajuk..... tolonglah....

    ReplyDelete
  7. Presiden dikelilingi oleh geng T,ganu saja.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari