boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label BN;. Show all posts
Showing posts with label BN;. Show all posts

Friday, January 17, 2014

Ahli/Penyokong parti BN menyimpan senjata api!

Rasanya kalaulah pesalah tu dari parti pembangkang, atau memakai baju lambang parti pembakang sudah tentu riuh rendah di media masa...
Tetapi disebabkan penyokong BN.. ermmm .. 


Tuesday, June 11, 2013

Putih Mata ! Kereta BMW kepunyaan Blogger "BN" bernilai RM350,000.00 kena rompak.

Malaysia negara aman selamat sejahtera...ha ha ha ha.. itulah yang menteri-menteri duk ucap jaja siang malam,,, Betul.. aku setuju... 
Lagi sekali ...Betul aku setuju malaysia negara aman selamat sejahtera..


Tuesday, June 4, 2013

Mahathir tak setuju BN jadi parti tunggal ! Kenapa....

Pemimpin tertinggi umno yang mula bersuara BN akan jadi parti tunggal, kalau tak silap aku dimulai oleh Timbalan presiden umno sendiri,,, Kemudian Najib pun seolah-olah mengikut arus,, akan menyetujui walaupun akan dikaji...

Tapi....


Monday, May 13, 2013

Pasca PRU 13 - Ha ha Chua Soi Lek,, sekarang lu lagi berani ka ?..

Presiden MCA yang paling berani buat kontroversi terhadap pentadbiran Najib, dengan mengeluarkan arahan anggota MCA jangan ambil apa-apa jawatan kerajaan... 

Perintahnya dah pun diakur oleh pengikutnya... Namun...

Saturday, May 11, 2013

Berdegum lagi satu,,,, ho ho Umno bakal kesorangan...

Mari kita sama-sama mengucapkan takziah kepada umno, satu persatu terima musibah selepas PRU 13, mereka menang PRU13, tetapi dalam pada itu mereka tewas dalam nak menjaga hati teman-teman kaum Cina dalam parti BN...


Sunday, April 21, 2013

PRU 13 - Haiya .., mana punya Amoi BN.. tatak sombong ma...

Sepupu sepapat umno,,, kalau sebelum ini wanita umno tunjuk bontot,, kali ini amoi tatak ombong punya,,, mana mali,,,chua Soil lek angkat mali....



Friday, August 31, 2012

Ahli Parlimen BN dah mula berkempen tanpa lambang parti BN ?

Dia ni cerdik untuk meneruskan survival politiknya, walapun parti MCA dan Bn udah umpama melupakannya... 
Dia tak gaduh nak cari publisiti awal untuk kepentingan politiknya dengan melompat parti menjadi bebas atau pun sebagainya,, apa yang aku dengar, ia masih membuat kerja di kawasan parlimennya... 
Ia memang berkhidmat untuk rakyat...  


Friday, July 27, 2012

Undi BN dapat lebih pahala ? Ostad Kazim tentu setuju.

Tak man nak komen apa isu ni.. Lantak pi hangpalah... 




Pahala...... Bala......pahala...... bala.......pahala.....bala....bala....bala......bala...betui.... bala dah tentu ada....





Friday, December 30, 2011

Takziah buat UMNO - 1000 Ahli MCA keluar parti..

Politik dalam negara Malaysia sungguh mengajaibkan... Apa tidaknya, dalam pada blogger-blogger dan pemimpin UMNO dok meramalkan BN akan menang besar dalam PRU13 nanti,, tup-tup ghedegup berita yang cukup menyenakkan UMNO berlaku.....


Apakah ini ada kena mengena dengan bekas mantan presiden MCA Ong Tee Keat yang diketepikan dan dah masuk team NGO Amanah,, Apa yang aku terbaca Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang yang sebelum ini keluar dari BN

bersama bersama 400 lebih ahli MCA adalah pengikut tegar Ong Tee Kiat....

Selepas kejutan di Pulau Pinang, tsunami politik BN bergerak menuju ke Selatan pula ia itu berlaku di Johor Bahru pula,, MCA cawangan Taman Desa Skudai pulak,,,,


Cina-cina cerdik dan ada rasa maruah diri tak akan tunggu dalam BN... apakah Najib berani membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini...



Friday, December 16, 2011

Pertanyaan dan persoalan buat sahabat ku ahli-ahli PEKIDA

Baru-baru ini keluar berita, pada 5 Dis 2011 Najib pi rasmi perhimpunan PEKIDA di Shah Alam Selangor....










Sebagai balasan dari peristiwa tersebut maka pengistiharan dari Presiden pertubuhan gangster melayu tu akan memangkah parti BN dalam PRU 13 nanti....

Timbul pertanyaan,, PEKIDA sebelum ini menyokong semua orang melayu dan Islam,,, kalau dah sokong BN,, beerti MCA Cina totok, MIC India, Gerakan Cina,, semua tu adalah komponen BN...

Mana pergi jati diri PEKIDA... dah kena beli ka.....pru-13-pekida-ikrar-pangkah-bn




Thursday, October 6, 2011

Apa kena dengan Dr Chandra Muzaffar - Biol atau hilang akal...

Suspens betui,, apa kena dengan sorang lagi mamak pedukang ni...


Apa dia punya putar alam, duduk dalam PKR dah jadi Tmbalan Presiden lompat keluar,,, sekarang dah mesra UMNO,,, tetapi apa yang tak kena,, nak rujuk balik kat PKR ka, atau nak sokong apa yang Mahathir cakap,,, atau pun geram kat Najib lalu gempaq Najib,, mana satu yang betui ni...

Di boleh kata BN AKAN KALAH


Apa pun apa yang ia katakan tu, sama-sama kita doakan,,, moga-moga berkat dari mulutmua, Allah perkenankan,, BN dan UMNO akan kalah,, Insyaallah... AMIN....

Mampos UMNO....

Tuesday, September 27, 2011

BN, UMNO, Melayu hilang arah...

Posted by Aspan Alias

BN - hilang arah, hilang tumpuan dan hilang 'priority' dalam perjuangan

Isu bertambah-tambah sekarang ini. Isu klip video ‘undilah’ sedang diperkatakan dengan hebat di mana-mana. Arahan MCMC untuk menarik balek penyiarannya di TV saluran perdana merupakan satu tindakan yang membayangkan kerajaan sedang begitu takut dengan keadaan politik sekarang.

Ahli Parlimen Kota Belud memberi ulasan yang video itu mengandungi unsur anti BN dan beliau menyokong tindakan mengarahkan saluran-saluran TV untuk tidak menayangkan video itu. Apa kandungan yang dianggap sebagai anti BN tidak dapat di ketahui tetapi orang ramai berpendapat yang kata-kata Tengku Razaleigh yang menyebut negara kita ada masalah merupakan penyebab kenapa video itu di katakan anti BN. Pemimpin BN minta semua orang berkata yang BN tidak ada masalah.

Bagi setengah pemimpin berpendapat BN merasa pedasnya dengan kata-kata itu kerana mereka yang paling banyak memakan cili itu. Kata-kata Tengku Razaleigh itu merupakan kata-kata yang amat ditakuti dan sekali gus ianya dianggap sebagai anti BN sedangkan Tengku Razaleigh tidak pun menyebut apakah masalah-masalah yang beliau maksudkan. Itu menunjukan yang pemimpin UMNO sedar yang mereka sedang menghadapi masalah.

Hakikatnya BN memang bermasalah khususnya UMNO. Kalau tidak ada pun kata-kata Tengku Razaleigh itu rakyat tahu BN berada dalam masalah besar yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Kalau tidak ada masalah masakan keadaan haru biru yang di alami negara sekarang ini wujud.

Saya selalu menyebut dalam tulisan saya sebagai seorang yang telah begitu lama menyertai UMNO bercakap benar itu seolah-olah menjadi cegahan dan sesiapa bercakap secara jujur dan terbuka orang itu akan menghadapi masalah dan ditekan dan diketepikan. Pemimpin BN hanya mahu pujian walaupun tidak betul.

BN bermasalah dengan keyakinan rakyat terhadapnya. Krisis keyakinan ini sangat besar yang datang dari setiap sudut. BN sudah diketahui rakyat sebagai pentadbir yang melakukan ‘stripping’ terhadap aset negara kepunyaan rakyat untuk kepentingan beberapa orang tertentu dalam kerajaan.

Ramai kroni kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyelesaikan masalah hutang mereka dengan menggunakan wang dan harta rakyat dan negara secara sistematik dan akhirnya ramai pula rakyat yang menyokongnya kerana menipu mereka. Orang Melayu dan UMNO akan menyokong siapa sahaja yang menipu dan membohongi mereka.

‘Corporate Exercise’ Air Asia dan MAS adalah isu yang besar dan sudah diketahui umum sebagai satu tindakan yang amat buruk padahnya kepada kerajaan BN pimpinan UMNO ini. ‘Share swap’ di antara AA dan MAS ini merupakan penipuan terancang bagi kepentingan orang-orang dan pihak tertentu dalam persekitaran pihak berkuasa. Urusan yang sebesar ini tentunya telah mendapat persetujuan Kabinet dan kita tidak tahu kenapa kerajaan yang menjaga amanah kepada harta rakyat melalui Khazanah itu tidak bertanggungjawab terhadap isu ini.

Apa yang berlaku di antara Air Asia dengan MAS merupakan satu kes pemindahan harta rakyat kepada beberapa individu yang berkepentingan serta satu ‘exercise’ untuk menyelesaikan hutang beberapa orang kroni dengan menggunakan harta rakyat pembayar cukai.

Tuntutan Bersih untuk pihak kerajaan melaksanaan 8 tuntutan dalam pengendalian pilihanraya masih lagi menghantui pimpinan sehinggakan pimpinan kita menghadapi pandangan serong oleh masyarakat antarabangsa kerana kegagalan menyelesaikan masalah tuntutan ini.

Perpecahan di dalam UMNO di setiap peringkat akan menjadi penghalang yang terbesar dalam usaha UMNO mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhan untuk terus memberikan sokongan terhadapnya. Telah di sebut acapkali yang UMNO akan menurunkan calon-calon yang ‘winnable’ tetapi sehingga hari ini parti itu menghadapi kesulitan untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu kerana ‘winnable’ atau tidaknya seseorang calun itu merupakan elemen intrepitasi masing-masing.

Saya tidak nampak UMNO akan mampu melaksanakan pencarian calon-calon ‘winnable’ itu kerana UMNO itu sudah terlalu dipersoalkan oleh rakyat untuk kekal sebagai sebuah parti yang ‘winnable’.

Dalam definasi ‘winnable’ itu ianya mesti seorang calon dari parti yang ‘winnable’ serta calon yang akan diberikan sokongan dan dukongan oleh parti dan pimpinan setempat. Ramai yang berpendapat yang calon-calon yang dikatakan sebagai calon yang ‘winnable’ itu sebahagiannya adalah calon ‘payung terjun’ yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan.

Dalam parti sedang berkecamuk di peringkat bahagian-bahagian ini untuik meletakan calon payung terjun itu akan hanya memberikan padah yang lebih buruk terhadap parti UMNO itu sendiri. Dulu-dulu calon-calon payung terjun ini mudah diterima kerana semasa itu sikap perjuangan masih menebal dan rakyat tahu turunnya calon payung terjun itu adalah untuk kebaikan perjuangan parti.

Tetapi perjuangan itu sudah lama hilang dan orang ramai menerimanya sebagai tindakan yang hanya memberikan kepentingan beberapa kelompok dalam pimpinan parti dan calon-calon itu adalah calon kepada kelompok di dalam UMNO sahaja. Najib pastinya akan hanya menurunkan payung terjun dari mereka yang menyebelahi beliau kerana isu ini penting bagi menjaga keselesaan beliau sebagai pemimpin utama.

Keadaan ini lebih lagi menjadi perhatian kerana tindakan secara senyap-senyap mereka di dalam UMNO untuk menurunkan Najib dari kepimpinan itu adalah real dan nyata kepada mereka yang memerhatikan politik UMNO secara detail. Di kalangan pemimpin UMNO di peringkat tertinggi bukannya baik sangat sebenarnya. Masing-masing mahukan calon-calon yang di turunkan nanti adalah dari kelompok mereka dalam parti.

Dalam proses pemilihan calon-calon ini lah akan timbul permasalahan yang besar di dalam UMNO kerana masing-masing akan mengaku dan yakin yang setiap di antara yang bercita-cita itu merasakan yang mereka adalah calon-calon yang ‘winnable’. Tetapi tidak kurang pemimpin-pemimpin yang adalah di dalam barisan kepimpinan bahagian-bahagian UMNO sekarang ini mempunyai ‘apprehension’ untuk menjadi calon UMNO pada masa ini kerana belum pasti menang dalam pilihanraya kali ini.

Ahli-ahli UMNO tidak sehaluan dengan ahli-ahli dari MCA dan Gerakkan dan saya pernah menulis yang BN di Semenanjung itu adalah UMNO tanpa parti-parti komponen yang lain. Jika keadaan ini berlaku BN itu UMNO, UMNO itu adalah BN di Semenanjung ini yang dijangkakan akan hanya mempunyai kurang dari 70 kerusi selepas pilihanraya yang akan datang.

Sesungguhnya UMNO telah terlalu lama terabai kerana sudah terlalu lama dikuasai oleh manusia pemimpin yang terlalu mementingkan kuasa peribadi. Ketagihan mendapat kuasa menyebabkan parti menjadi korban dan budaya perjuangan yang ada di dalam UMNO sudah terlalu jauh dan menyimpang dari matlamat asal perjuangannya.

Sesuatu parti politik itu selalunya ada budaya yang menyebabkan parti itu tertubuh. Tetapi apabila budaya yang selama ini telah memperkuatkan perjuangan parti itu sudah hilang, maka identiti parti itu dengan sendirinya hilang. Apabila identitinya hilang maka parti itu akan dengan sendirinya lemah dan tersasar dari matlamat asalnya.

Banyak bangsa di dunia ini telah hilang dan hanya tinggal di kawasan-kawasan terpencil di banyak negara dan ketinggalan di dalam pembangunan dunia sejagat ini. Semuanya berlaku bermula dengan kehilangan identiti bangsa mereka.

UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sedang menjurus ke arah itu….maruah boleh dijual beli. Yang penting mereka menjadi pemimpin. Samada mereka dihormati atau dipandang rendah oleh rakyat tidak menjadi isu.

Sekarang ini Najib sedang menjelajah negara dan ber 'shopping' undi. Beli sana dan beli sini. Jika menang lagi boleh cari lagi wang untuk menggantikan yang telah di belanjakan dalam masa sibuk membeli undi sebelum PRU itu. Keadaan akan menjadi seperti biasa kembali....pemimpin sibuk menyaingi rakyat untuk berniaga dengan bermodalkan kuasa yang di berikan rakyat tadi.

Walaupun 'Melayu tidak akan hilang di dunia in' tetapi 'Melayu akan hilang dunianya'. Syabas UMNO kerana Melayu sudah beransur-ansur hilang dunianya hasil dari perjuangan parti ini.

Link : bn-hilang-arah-hilang-tumpuan-hilang.


Monday, August 15, 2011

DAP akan sertai BN?


DAP akan sertai BN?

15 August 2011

KUALA LUMPUR, 15 OGOS – Kepada pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz supaya DAP menyertai Barisan Nasional: Terima kasih daun keladi, tak payahlah susah-payah kerana DAP tetap komited dengan Pakatan Rakyat.

Isu itu ditimbulkan oleh Nazri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam wawancara dengan akhar Sin Chew Daily yang mencadangkan penyertaan DAP dalam BN yang mencerminkan hasrat agar DAP menggantikan MCA dalam gabungan pemerintah pusat itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menjelaskan bahawa DAP bukanlah parti kaum Cina yang memperjuangkan hak kaum Cina tetapi ia adalah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.

Katanya DAP memperjuangkan hak setiap rakyat Malaysia, sama ada Cina, Melayu, India, Iban, Kadazandusun atau Orang Asli, sebagai warga negara Malaysia yang mempunyai hak dan peluang saksama.

Para pemimpin DAP telah berusaha gigih dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka sejak 45 tahun lalu, ditekan dan didakwa di mahkamah, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, termasuk ada yang paling lama ditahan sehingga empat tahun sembilan bulan.

“Malah ada yang dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan dilarang bertanding selama lima tahun kerana berdiri teguh dan tegas atas prinsip memperjuangkan hak untuk semua rakyat Malaysia yang menjangkau kaum dan agama – semua pengorbanan ini bukannya untuk DAP menggantikan MCA dalam BN,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dan pernah ditahan di bawah ISA dua kali menyatakan wawasan dan komitmen para pemimpin sejak dari awal lagi adalah untuk melahirkan sebuah negara di mana semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, dapat bersatu padu.

Menurutnya, usaha yang ingin dicapai itu adalah dalam bentuk perpaduan bersemangat patriotik bagi membentuk kerajaan yang cekap, bersih dan telus yang mampu melahirkan Malaysia yang adil, demokratik, progresif, makmur dan dapat bersaing dengan sihat.

“DAP mesti sentiasa berjuang untuk semua masyarakat, bukan sahaja untuk kaum Cina di Malaysia,” tambahnya.

Beliau berkata hanya politik baru secara menyeluruh dapat menyelamatkan Malaysia, iaitu melalui usaha memecahkan tembok yang dibina oleh BN:

* Cengkaman politik ‘pecah dan perintah’ mengikut garisan kaum;

* Kepentingan awam dikorbankan demi ketamakan peribadi yang mengakibatkan kehancuran institusi awam nasional;

* Korupsi dan kronisme yang menjadi-jadi di mana pengswastaan menjadi ‘rompakan’; dan

* Penyalahgunaan Dasar Ekonomi Baru yang dijadikan alat untuk mengangkat UMNOputra atas nama Bumiputera, yang menyebabkan segelintir Bumiputera semakin kaya dan tidak boleh disentuh oleh undang-undang manakala majoriti Bumiputera masih di takok lama.

Kit Siang berkata DAP tetap komited bersama PAS dan PKR untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, kejayaan yang bakal dicapai bersama Pakatan Rakyat akan merealisasikan usaha memartabatkan semula hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kepada semua rakyat.

“Jadi, tidak timbul sama sekali isu DAP mahu menyertai BN,” jelasnya. – Roketkini.com

Link : roketkini.



Pasca PRU13, Hanya parti UMNO dalam BN di Semenanjung...

Oleh - Aspan Alias.

Di Semenanjung BN hanya ada saki baki UMNO - Komponen lain akan hanyut.

Kita sedikit sebanyak boleh membuat ‘prediction’ awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calun bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.

Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 1 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.

Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.

Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.

DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.

Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen da Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.

Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.

Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.c

Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.

Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.

Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.c

Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Ampang yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.

Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.

Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.

Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan. Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang.

Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidyahnya.

Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi. Perkiraan yang ditulis ini hanya perkiraan manusia yang serba serbi lemah ini dengan tambahan sedikit dengan ‘intuition’ yang ada pada diri saya. Masalahnya ‘intuition’ saya selama ini banyak juga yang menjadi kenyataan.

Kepada sesiapa dan pihak yang tidak suka kepada ‘intuition’ yang ada pada diri saya ini supaya berdoa agar kali ini apa yang saya rasakan itu adalah salah. Semua pihak hanya perlu berdoa sahaja sekarang ini agar yang maha menghakimi akan membuat penentuan. Setakat ini itu semua hanyalah perancangan manusia sahaja.

Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya.

Link - aspanaliasnet.



Thursday, July 14, 2011

Najib Keluar Negara, Parti Komponen BN mula buat hal..

Salam Sejahtera,.

Setiap detik dan saat yang mendatang akan membawa satu pembaharuan, dan pembaharuan yangterkini membawa berita buruk buat UMNO yang semakin hari semakin kurang hayatnya....

Perilaku laku UMNO yang memegang tampuk kuasa di Sabah, kalau sesama dalam parti UMNo Sabah pun pemmpin antara Musa Aman degan Shafie Afdal dah bermusuh berebutkan kuasa, baca DI SINI,

Jadi tak menghairankan UMNO dengan komponen BN yang lain pun dah mula tak ngam...



Yang terkini, UPKO parti Kadazan Dusun Sabah, akan keluar dari BN,, tapi bagi aku budaya politik Sabah ni, keluar parti, masuk parti macam tukar pakai baju harian sahaja,,, apa pun yang ini biarlah menjadi kenyataan,, DI SINI ,

Mungkin UMNO pusat tak kisah,,, mereka dah merasakan mereka dah kuat di Sabah,, moga-moga UMNO akan menjadi Parti USNO yang dah pun berkubur.... atau pun juga UPKO tak banyak membantu mereka,,, jika nak dibandingkan dengan APCO..... ,



Monday, June 27, 2011

Berita Panas - BN dah mula kempen buat survey cari sokongan rakyat...

Salam Sejahtera,

Apakah kerana kebangkitan rakyat yang ditunjukkan oleh BERSIH2, kemudian polling di Star Online mendapat hit sokongan pembaca sejuta lebih membuatkan UMNO dah panas pungkoq.....

Atas daya inisiatif terseut nampaknya mereka cuba-cuba buat survey mencari apakah mereka masih dihati rakyat... maka dibinalah seperti apa yang ada di bawah ini..... klum


Alamatnya di http://andabersamakami.com/, jadi apakata kita semua pakat-pakat pi isi sama sebagai tanda sokongan bagi depa (UMNO) syok sendiri.... kuang..kuang...kuang... wakaka.... jom kita pakat pi isi,, bukan kena bayaq duit pun....

kalau dah isi tu hangpa janganlah dok buboh email yang betui,, tak kan itu pun aku nak kena ajaq kut...


Wednesday, April 13, 2011

Perkataan "HANYA"..

Salam Sejahtera,
Selalu yang kita dok dengar atau terbaca ucapan-ucapan pimpinan UMNO dengan kata-kata " Hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah dan membawa pembangunan dalam ekonomi negara, dan bla..bla..bla lagi....

Namun hari ini aku terbaca satu kenyataan dari Timbalan KPPP iaitu hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

Entahlah,, tak tau nak komen macam mana, kang nanti banyak lagi yang hentam aku lepas ni.....

Harap-harap bukan keluar dari mulut seorang bakal pemimpin, mungkin kesilapan dari editor kut agaknya....

Pemuda PAS pusat mahu Hadi kekal presiden

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

April 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 April – Dewan Pemuda PAS pusat mahu memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal presiden parti Islam itu di sebalik desas-desus dan ada pencalonan agar beliau dicabar kali ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu.

Malah, jelas beliau, selain orang Melayu, golongan muda daripada kalangan masyarakat Cina dan India turut memberikan sokongan terhadap PAS.

“Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.

“PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.

“Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

“Kepimpinan PAS yang diterajui oleh presiden parti yang sedia ada telah berjaya membawa PAS maju kehadapan.

“Sokongan rakyat terhadap PAS yang bersama dengan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan besar dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Laporan semalam menyebut PAS kawasan Bukit Bintang mencalonkan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung kawasan itu Jumaat lalu dan ia merupakan satu perkara yang mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun kata Azman Shapawi, kawasan mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding bagi mana-mana jawatan termasuk presiden kerana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.

Menurut beliau, alasan untuk menukar presiden kerana gagal menarik sokongan golongan muda dalam menghadapi pilihan raya umum adalah tidak tepat.

“Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti.

“Hari ini orang muda telah beri sokongan kepada PAS, jadi untuk tukar presiden PAS bukan isunya, walaupun itu (cadangan) tidak bercanggah dengan perlembagaan PAS,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Kawasan PAS Bukit Bintang turut mencalonkan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar selain mencalonkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi jawatan itu.

Pada 2009, PAS Bukit Bintang pernah mencalonkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden, bagaimanapun Mursyidul Am PAS itu menolak pencalonan tersebut.








Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari