boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Aspan Alias. Show all posts
Showing posts with label Aspan Alias. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Maca--macai PKR,, tolong pakat baca ni...

Apa yang aku duk terfikir, rupa-rupanya ada juga yang lebih kurang sama dengan aku... ha ha ha,, hangpa nak kata aku ejen umno ka... 


Saturday, October 20, 2012

Terkini - ... Ahli UMNO bukannya Kerbau-kerbau

Bila meletup saja isu lembu NFC yang ada kaitan dengan Ketua Wanita UMNO dan keluarganya, maka semua ahli-ahli UMNO dilabelkan sebagai lembu-lembu.... Aduhai.... 

Namun yang terkini lagi sakit dan menyakitkan apabila mereka dikatakan bukan kerbau pulak dah... Betullah tu,, kalau lembu tu lembulah,, mungkin di India lembu dikenali sebagai kerbau.... 


Sunday, February 26, 2012

Satu dari najis ENTOT Mahathir dah mula membusok...

Oleh

Alangkah leganya jika terlepas dari cengkaman 'bapa-bapa ayam' ini

Selepas arahan dari Putrajaya, kini rakyat sedang berhadapan dengan isu berapa kah ‘settlement figure’ yang sebenarnya yang telah ditetapkan untuk penyelesaian diluar mahkamah diantara Tajuddin Ramli dengan MAS. Rakyat ingin tahu kerana semua wang yang terlibat dalam kes ini adalah wang rakyat. Tidak perlu menyalahkan sesiapa termasuk parti-parti pembangkang kerana apa yang berlaku dalam kes ini adalah di sebabkan oleh kelemahan dasar dan perlaksanaan kerajaan.

Semasa Tajuddin mengambil alih MAS dalam proses perlaksanaan dasar ‘pengswastaan’ kerajaan dahulu, banyak pihak telah membuat kritikan terhadap kerajaan pimpinan Dr Mahathir tetapi maklum sajalah Dr Mahathir tidak peduli dengan pandangan ramai kerana beliau berkata pengswastaan MAS itu adalah satu perkara yang ‘necessity’ untuk dilakukan.

Pandangan pihak lain tidak perlu diambil kira. Entah apa sebabnya MAS yang begitu berjaya semasa itu hendak diswastakan sedangkan syarikat penerbangan kepunyaan kerajaan itu sangat maju dan MAS adalah diantara syarikat penerbangan yang ‘premium’ dipesada antarabangsa. Hanya Dr Mahathir sahaja yang tahu kenapa ianya dilakukan.

Kita semua tidak boleh ambil tahu dan lagi pun bekas PM itu sangat kuat sokongan terutamanya dari UMNO semasa itu. Sokongan kuat orang Melayu semasa itu di ambil sebagai kelemahan Melayu dan beliau boleh melakukan apa sahaja walaupun ia bakal merosakkan sebuah syarikat penerbangan yang begitu maju. Tugas orang Melayu khususnya dalam UMNO hanyalah untuk mengangguk sahaja. Apabila datang kerugian besar beliau juga mahukan kita semua mengangguk dan pertahankan kesalahan yang sengaja dilakukannya sendiri.

Begitulah yang berlaku dalam banyak hal pelaksanaan dasar yang tidak menentu itu. Begitu jugalah dengan isu NFC sekarang. Muhyiddin dan ramai pemimpin UMNO menyalahkan pembangkang sedangkan isu ini timbul setalah membaca lapuran Ketua Audit Negara bukannya ditimbulkan oleh pembangkang. Seperti juga dalam kes MAS ini, isu NFC ini bakal membawa padah kepada negara dan rakyat dalam bentuk kerugian wang rakyat.

Sekarang banyak suara yang kita dengar supaya Dr Mahathir memberitahu segala-galanya secara terperinci tentang isu MAS ini. Pertamanya kenapa perlu MAS di swastakan dan kenapa diberikan pengswastaan itu kepada Tajuddin. Kenapa berikan pengswastaan ini kepada Tajuddin yang tidak ada rekod dan pengalaman didalam pengurusan syarikat penerbangan?

Apabila MAS menghadapi kerugian besar maka kerajaan mengambil tindakan untuk melakukan ‘bailout’ terhadap syarikat ini dan mengambil balik MAS dengan membeli sahamnya yang harga yang sama iaitu RM8 sesaham. Lagi sekali rakyat terpaksa membayar segala kerugian ini.

Kerajaan mengambil tindakan mahkamah terhadap Tajuddin dan Tajuddin telah diarah untuk membayar kembali kepada kerajaan sebayak RM580 juta tetapi Tajuddin telah bertindak dengan membuat ‘counter sueing’ terhadap kerajaan sebanyak rm13 billion. Di sinilah persoalan besar timbul. Kenapa Putrajaya mengarahkan supaya isu inidiselesaikan diluar mahkamah. Ini persoalan besar dan pertanyaan banyak pihak ini merupakan satu soalan cupu mas yang bernilai berbillion-billion ringgit.

Adakah kerajaan sudah sedar yang pihaknya akan kalah didalam kes ini dan rakyat akan tahu cerita sebenarnya? Kenapa hendak diselesaikan diluar mahkamah? Kalau hendak selesaikan diluar mahkamah berapakah jumlah yang terlibat, dan siapa yang akan membayar siapa? Adakah tindakan ini semata-mata untuk melindungi nama-nama individu pemimpin yang terlibat mengambil kesempatan dalam proses pengswastaan ini?

Bermula dari pengswastaan inilah MAS sudah menjadi syarikat penerbangan yang begitu kerdil dari pandangan industri penerbangan antarabangsa. Kini MAS hanyalah menjadi ulam dan makan kepada mereka yang sedang mengambil kesempatan ke atas kelemahannya. Kalau tidak masakan syarikat Air Asia yang hanya sedang menunggu untuk ‘bungkus’ boleh mengambil alih pegangan sahamnya yang terbesar didalamnya?

Siapa yang pandai sangat dalam Khazanah Nasional yang boleh merelakan keadaan ini berlaku? MAS ibarat seorang perempuan yang lemah yang boleh diperlakukan oleh ‘bapa-bapa ayam’ untuk dijadikan pelacur bagi kepentingan ‘bapa-bapa ayam’ yang sedang mencari makan dengan apa sahaja cara ini waimma melampaui batas-batas moral dan agama anutannya.

Sekarang Dr Mahathir tidak mahu bertanggungjawa apabila diminta berbuat demikian. Dia menyatakan yang beliau bukan mengetuai MAS dan tidak ada sebab untuk berbuat demikian. Ini merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab sedangkan keputusan pengswastaan itu telah melalui persetujuan kabinet yang beliau menjadi pengerusinya. Betullah beliau tidak bertanggungjawab tetapi beliau mesti mengambil ‘accountability’ terhadap kes ini.

Saya telah menyebut isu ‘accountability’ ini banyak kali. Dr Mahathir perlu belajar untuk mengambil ‘accountability’ dari kepimpinannya. Lagi pun beliau akhir-akhir ini terlalu banyak membuat komen terhadap pihak lain maka elok Dr Mahathir menjawab persoalan terhadap kredibiliti kepimpinan beliau sendiri.

Di Korea apabila lima orang banduan lepas lari dari penjara, maka yang bertanggungjawab ke atas kelemahan itu adalah ketua pengarah penjara negara itu. Tetapi menteri dalam negerinya meletakkan jawatan kerana mengambil ‘accountability’ terhadap kejadian itu. Begitulah tinnginya nilai etika kepimpinan negara tersebut. Tetapi disini dalam sibuk mengaku yang kita sebuah negara yang akan masuk ke dalam kumpulan negara maju tidak lama lagi, sikap tidak mengambil ‘accountability’ ini masih menjadi budaya kepimpinan negara kita.

Bagi saya, isu penyelesaian isu MAS diluar mahkamah ini perlu dilakukan secara terbuka. Rakyat sudah jemu dengan perlakuan pimpinan BN sejak dua tiga dekad dahulu. Lepas satu isu besar, akan timbul lagi isu yang lain yang tidak henti-henti.

Sampai bila pimpinan kita bersikap seperti ‘bapa ayam’ yang melacurkan rakyat untuk kepentingan wang ringgit dan harta benda untuk keluarga mereka. Kalaulah Utusan sanggup membantu rakyat untuk membetulkan keadaan ini, alangkah baiknya. Tetapi akhbar itu sedaya upaya menutupnya dari pengetahuan rakyat yang ramai.

Sekarang ini terpulanglah kepada rakyat samada mahu terus menjadi mangsa ‘bapa-bapa ayam’ ini atau melakukan sesuatu dari ‘hegemony’ dan cengkaman ‘bapa-bapa ayam’ ini.

Satu lagi isu yang nyata, UMNO tidak mungkin kembali kepada parti perjuangan. Parti ini hanya merupakan parti sebagai modal peniagaan bagi sekumpulan kecil pemimpin-pemimpinnya.

Link alangkah-leganya-jika-terlepas-dari.

l

Saturday, December 31, 2011

Kenapa Blogger UMNO Aspan Alias masuk DAP bukan PAS..

Dah heboh bahawa 2 orang blogger otai UMNO yang akan berhijrah dari parti UMNO ke DAP.... sebelum ini kita sekadar dengar dari cerita-cerita tidak rasmi,, kali ini pengakuan rasmi dari tuan diri Saudara Aspan Alias...

Bagi aku selamat maju jaya,,, sama-sama kita membuat perubahan kepada negara Malaysia..yang penting asal bukan UMNO.

[New+Image.JPG]

Kepada semua pengomen-pengomen,

Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP.

Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.

Jawapanpendek saya senang sahaja:

Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP

Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP iti di momokan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang di momokan oleh UMNO.

ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.

Keempatnya saya tidak merelakan rakyat di perdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasan nya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.

Kelimanya DAP tidak mempraktikan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.

menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.

Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika di keluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.

Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.

Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikan transparency, beretika dan tidak rasuah.

adilakah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah laa ditinggalkan mereka?

Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.

Terima kasih.

31 December 2011 17:12:00 GMT+08:00



Tuesday, September 27, 2011

BN, UMNO, Melayu hilang arah...

Posted by Aspan Alias

BN - hilang arah, hilang tumpuan dan hilang 'priority' dalam perjuangan

Isu bertambah-tambah sekarang ini. Isu klip video ‘undilah’ sedang diperkatakan dengan hebat di mana-mana. Arahan MCMC untuk menarik balek penyiarannya di TV saluran perdana merupakan satu tindakan yang membayangkan kerajaan sedang begitu takut dengan keadaan politik sekarang.

Ahli Parlimen Kota Belud memberi ulasan yang video itu mengandungi unsur anti BN dan beliau menyokong tindakan mengarahkan saluran-saluran TV untuk tidak menayangkan video itu. Apa kandungan yang dianggap sebagai anti BN tidak dapat di ketahui tetapi orang ramai berpendapat yang kata-kata Tengku Razaleigh yang menyebut negara kita ada masalah merupakan penyebab kenapa video itu di katakan anti BN. Pemimpin BN minta semua orang berkata yang BN tidak ada masalah.

Bagi setengah pemimpin berpendapat BN merasa pedasnya dengan kata-kata itu kerana mereka yang paling banyak memakan cili itu. Kata-kata Tengku Razaleigh itu merupakan kata-kata yang amat ditakuti dan sekali gus ianya dianggap sebagai anti BN sedangkan Tengku Razaleigh tidak pun menyebut apakah masalah-masalah yang beliau maksudkan. Itu menunjukan yang pemimpin UMNO sedar yang mereka sedang menghadapi masalah.

Hakikatnya BN memang bermasalah khususnya UMNO. Kalau tidak ada pun kata-kata Tengku Razaleigh itu rakyat tahu BN berada dalam masalah besar yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Kalau tidak ada masalah masakan keadaan haru biru yang di alami negara sekarang ini wujud.

Saya selalu menyebut dalam tulisan saya sebagai seorang yang telah begitu lama menyertai UMNO bercakap benar itu seolah-olah menjadi cegahan dan sesiapa bercakap secara jujur dan terbuka orang itu akan menghadapi masalah dan ditekan dan diketepikan. Pemimpin BN hanya mahu pujian walaupun tidak betul.

BN bermasalah dengan keyakinan rakyat terhadapnya. Krisis keyakinan ini sangat besar yang datang dari setiap sudut. BN sudah diketahui rakyat sebagai pentadbir yang melakukan ‘stripping’ terhadap aset negara kepunyaan rakyat untuk kepentingan beberapa orang tertentu dalam kerajaan.

Ramai kroni kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyelesaikan masalah hutang mereka dengan menggunakan wang dan harta rakyat dan negara secara sistematik dan akhirnya ramai pula rakyat yang menyokongnya kerana menipu mereka. Orang Melayu dan UMNO akan menyokong siapa sahaja yang menipu dan membohongi mereka.

‘Corporate Exercise’ Air Asia dan MAS adalah isu yang besar dan sudah diketahui umum sebagai satu tindakan yang amat buruk padahnya kepada kerajaan BN pimpinan UMNO ini. ‘Share swap’ di antara AA dan MAS ini merupakan penipuan terancang bagi kepentingan orang-orang dan pihak tertentu dalam persekitaran pihak berkuasa. Urusan yang sebesar ini tentunya telah mendapat persetujuan Kabinet dan kita tidak tahu kenapa kerajaan yang menjaga amanah kepada harta rakyat melalui Khazanah itu tidak bertanggungjawab terhadap isu ini.

Apa yang berlaku di antara Air Asia dengan MAS merupakan satu kes pemindahan harta rakyat kepada beberapa individu yang berkepentingan serta satu ‘exercise’ untuk menyelesaikan hutang beberapa orang kroni dengan menggunakan harta rakyat pembayar cukai.

Tuntutan Bersih untuk pihak kerajaan melaksanaan 8 tuntutan dalam pengendalian pilihanraya masih lagi menghantui pimpinan sehinggakan pimpinan kita menghadapi pandangan serong oleh masyarakat antarabangsa kerana kegagalan menyelesaikan masalah tuntutan ini.

Perpecahan di dalam UMNO di setiap peringkat akan menjadi penghalang yang terbesar dalam usaha UMNO mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhan untuk terus memberikan sokongan terhadapnya. Telah di sebut acapkali yang UMNO akan menurunkan calon-calon yang ‘winnable’ tetapi sehingga hari ini parti itu menghadapi kesulitan untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu kerana ‘winnable’ atau tidaknya seseorang calun itu merupakan elemen intrepitasi masing-masing.

Saya tidak nampak UMNO akan mampu melaksanakan pencarian calon-calon ‘winnable’ itu kerana UMNO itu sudah terlalu dipersoalkan oleh rakyat untuk kekal sebagai sebuah parti yang ‘winnable’.

Dalam definasi ‘winnable’ itu ianya mesti seorang calon dari parti yang ‘winnable’ serta calon yang akan diberikan sokongan dan dukongan oleh parti dan pimpinan setempat. Ramai yang berpendapat yang calon-calon yang dikatakan sebagai calon yang ‘winnable’ itu sebahagiannya adalah calon ‘payung terjun’ yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan.

Dalam parti sedang berkecamuk di peringkat bahagian-bahagian ini untuik meletakan calon payung terjun itu akan hanya memberikan padah yang lebih buruk terhadap parti UMNO itu sendiri. Dulu-dulu calon-calon payung terjun ini mudah diterima kerana semasa itu sikap perjuangan masih menebal dan rakyat tahu turunnya calon payung terjun itu adalah untuk kebaikan perjuangan parti.

Tetapi perjuangan itu sudah lama hilang dan orang ramai menerimanya sebagai tindakan yang hanya memberikan kepentingan beberapa kelompok dalam pimpinan parti dan calon-calon itu adalah calon kepada kelompok di dalam UMNO sahaja. Najib pastinya akan hanya menurunkan payung terjun dari mereka yang menyebelahi beliau kerana isu ini penting bagi menjaga keselesaan beliau sebagai pemimpin utama.

Keadaan ini lebih lagi menjadi perhatian kerana tindakan secara senyap-senyap mereka di dalam UMNO untuk menurunkan Najib dari kepimpinan itu adalah real dan nyata kepada mereka yang memerhatikan politik UMNO secara detail. Di kalangan pemimpin UMNO di peringkat tertinggi bukannya baik sangat sebenarnya. Masing-masing mahukan calon-calon yang di turunkan nanti adalah dari kelompok mereka dalam parti.

Dalam proses pemilihan calon-calon ini lah akan timbul permasalahan yang besar di dalam UMNO kerana masing-masing akan mengaku dan yakin yang setiap di antara yang bercita-cita itu merasakan yang mereka adalah calon-calon yang ‘winnable’. Tetapi tidak kurang pemimpin-pemimpin yang adalah di dalam barisan kepimpinan bahagian-bahagian UMNO sekarang ini mempunyai ‘apprehension’ untuk menjadi calon UMNO pada masa ini kerana belum pasti menang dalam pilihanraya kali ini.

Ahli-ahli UMNO tidak sehaluan dengan ahli-ahli dari MCA dan Gerakkan dan saya pernah menulis yang BN di Semenanjung itu adalah UMNO tanpa parti-parti komponen yang lain. Jika keadaan ini berlaku BN itu UMNO, UMNO itu adalah BN di Semenanjung ini yang dijangkakan akan hanya mempunyai kurang dari 70 kerusi selepas pilihanraya yang akan datang.

Sesungguhnya UMNO telah terlalu lama terabai kerana sudah terlalu lama dikuasai oleh manusia pemimpin yang terlalu mementingkan kuasa peribadi. Ketagihan mendapat kuasa menyebabkan parti menjadi korban dan budaya perjuangan yang ada di dalam UMNO sudah terlalu jauh dan menyimpang dari matlamat asal perjuangannya.

Sesuatu parti politik itu selalunya ada budaya yang menyebabkan parti itu tertubuh. Tetapi apabila budaya yang selama ini telah memperkuatkan perjuangan parti itu sudah hilang, maka identiti parti itu dengan sendirinya hilang. Apabila identitinya hilang maka parti itu akan dengan sendirinya lemah dan tersasar dari matlamat asalnya.

Banyak bangsa di dunia ini telah hilang dan hanya tinggal di kawasan-kawasan terpencil di banyak negara dan ketinggalan di dalam pembangunan dunia sejagat ini. Semuanya berlaku bermula dengan kehilangan identiti bangsa mereka.

UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sedang menjurus ke arah itu….maruah boleh dijual beli. Yang penting mereka menjadi pemimpin. Samada mereka dihormati atau dipandang rendah oleh rakyat tidak menjadi isu.

Sekarang ini Najib sedang menjelajah negara dan ber 'shopping' undi. Beli sana dan beli sini. Jika menang lagi boleh cari lagi wang untuk menggantikan yang telah di belanjakan dalam masa sibuk membeli undi sebelum PRU itu. Keadaan akan menjadi seperti biasa kembali....pemimpin sibuk menyaingi rakyat untuk berniaga dengan bermodalkan kuasa yang di berikan rakyat tadi.

Walaupun 'Melayu tidak akan hilang di dunia in' tetapi 'Melayu akan hilang dunianya'. Syabas UMNO kerana Melayu sudah beransur-ansur hilang dunianya hasil dari perjuangan parti ini.

Link : bn-hilang-arah-hilang-tumpuan-hilang.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari