Namun yang terkini lagi sakit dan menyakitkan apabila mereka dikatakan bukan kerbau pulak dah... Betullah tu,, kalau lembu tu lembulah,, mungkin di India lembu dikenali sebagai kerbau....
Oleh
Aspan Alias..
Majlis Tertinggi UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan
jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi memastikan yang tidak ada
ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihanraya nanti.
Nampaknya barulah UMNO mula hendak sedar yang penyakit UMNO
itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam
pilihanraya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai
oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap Bahagian yang akan
membuat laporan online kepada jawatankuasa secara terus.
Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini
adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk
dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di
dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai
terhadap UMNO kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan
ahli-ahlinya sendiri.
Mengikut laporan SPRM, seramai lebih daripada 1.5 juta ahli
UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO
sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan
yang akan datang.
Itulah yang saya sebutkan selalu. UMNO sebenarnya akan jatuh
kerana urat-uratnya sudah tidak menyalurkan makanan untuk pokok itu hidup dan
sebatang pokok itu akan mati dengan sendirinya jika urat-urat di bawah tidak
memberikan sokongan kepada sebatang pohon itu. Matinya sepohon pokok itu adalah
kerana matinya urat-urat di bawah dan itulah pernyakit yang dihidapi oleh UMNO
sekian lama.
Kalau UMNO sudah sampai ke tahap ini masalahnya, maka harapan
UMNO untuk kekal sebagai parti yang kuat akan berakhir. Kita tidak nampak
bagaimana isu ini boleh diselesaikan kerana ia melibatkan perasaan ahli-ahli
itu sendiri. Ia bersangkut dengan jiwa dalaman ahli-ahli. Sesebuah parti itu
akan hanya kekal jika jiwa ahli-ahlinya kuat bertahan. Seseorang yang sedang
sakit akan mudah melemahkan seseorang pesakit itu jika jiwanya sudah lemah
kerana kelemahan semangat itu menyumbang kepada kelemahan tubuh pesakit itu
yang akhirnya membawa maut.
Ini merupakan pertahanan terakhir UMNO dan ia tidak akan
sembuh lagi. Kalau orang sudah tidak hendak kepada kita, tidak ada apa-apa
usaha pun yang boleh mengembalikan mereka untuk kembali kepada kita. Kalau
pasangan kita sudah tidak menyayangi kita lagi amat susah untuk membuatkan
pasangan kita menyayangi kita seperti dahulu lagi.
Kita sedar yang ahli-ahli UMNO kini ramai yang tidak
berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada mata dan hati, dan mereka
juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat yang ramai ini.
Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan. Jika mereka sedar yang mereka hanya
menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan dan keuntungan peribadi mereka,
perasaan marah dan bosan terhadap tindakan pimpinan mereka itu akan bertambah.
Ahli-ahli UMNO terutamanya di bawah-bawah itu sudah sedar yang
mereka hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya
dibaham oleh tikus-tikus di kepuk padi. Ahli-ahli UMNO pun tidak mahu mereka
dikerbaukan oleh pemimpin mereka.
Tetapi MKT UMNO bolehlah melakukan apa-apa jua cara untuk
membuatkan ahli-ahlinya taat kepada partinya. Cinta paksa tidak kekal dan
akhirnya membawa perceraian. Kalau pasangan suami isteri pun boleh berpisah,
apalah sangat hubungan dengan parti yang sudah lapuk itu?
Tetapi hakikatnya yang benar itu tetap akan timbul suatu masa
nanti dan masanya sudah terlalu hampir kepada kita untuik menyaksikannya
berlaku.
Sesungguhnya orang Melayu sekarang sudah mula hendak kembali
bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi akan berlaku di bawah
UMNO. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka sedar yang orang Melayu
mahu bersatu di luar UMNO di bawah payung dan wadah yang baru.
Melayu sekarang sudah menampakkan keinginan untuk melakukan
hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara. Kita semua tahu yang
hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa penting di dalam Islam.
Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia
digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh
menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli UMNO
oleh pimpinan mereka.
Kita mesti faham yang ahli-ahli UMNO itu bukanya kerbau-kerbau
yang boleh ditambat di mana-mana yang dikehendaki oleh pimpinan mereka. Ramai
di antara mereka telah merasakan yang mereka tidak mahu lagi ditambat dan
diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga mempunyai harga diri.
Apabila perubahan berlaku ia akan berlaku. Percayalah.
Segala-galanya akan berubah selepas ini. Melayu akan hidup dalam ‘ambience’
yang baru.
Selamat berubah dan berhijrah.
Saya akan ke Jerlun untuk berceramah pada malam ini dan esok.
Saya akan kembali bersama saudara saudari pada Isnin yang akan datang. Sehingga
berjumpa lagi, salam!
berapa lama mau kena tambat berapa lama mau tengok depa duk rembat
ReplyDeleteMemang patut pun sabotaj parti UMNO ni.Banyak projek Boss2 yang balun. Gua pun ahli UMNO, gua rasa tiba masanya semua ahli UMNO peringkat bawahan sabotaj parti. Apa nak takut, kena pecat aje bukan kena hukum bunuh. Klu tak jadi ahli pun hidup ahli UMNO bawahan macam tu juga, "tak gerak tak makan". Bye2 UMNO....
ReplyDelete