Dato A Kadir Jasin
PADA mulanya saya memang
tidak bercadang mengulas mengenai Belanjawan 2013 kerana secara ikhlas, saya
kurang yakin dengan kemampuan saya untuk memahaminya.
Ini mungkin kerana kefahaman
dan pengetahuan saya mengenai belanjawan dan ekonomi tidak cukup mendalam atau
kerana dokumen itu canggih dan kompleks.
Manakala saya mengalu-alukan
langkah mengurangkan defisit belanjawan (daripada 4.5% kepada 4%) dan menjanjikan
pembahagian sumber yang berkesan dan saksama seperti mengembalikan rancangan
rumah murah, namun saya kurang selesa dengan pemberian tunai yang berterusan
kepada pihak itu dan ini.
Saya tergerak untuk menulis
mengenai belanjawan secara umum hanyalah setelah mendengar pandangan dua orang
bekas menteri kanan yang saya tahu pernah menjadi penyokong tegar dan mentor
Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan.
Seorang bercakap secara
terbuka kepada khalayak. Beliau menyatakan kehairanannya mengenai dari mana
Mohd Najib mendapat begitu banyak wang untuk ditaburkan. “Macam keluar dari hidung,” kata beliau. Tetapi maklum sajalah kalau
kenyataan itu tidak mendapat liputan media tradisional.
Seorang lagi bercakap di
belakang tabir. Kedua-dua mereka keliru dan bimbang mengenai keghairahan
Perdana Menteri memberikan duit kepada pihak itu dan ini, yang terakhir dalam
bentuk bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam.
Malangnya, dalam usaha
mencari populariti jangka pendek menjelang pilihan raya umum itu, kedua-dua
belah pihak – kerajaan dan pembangkang – nampaknya mengabaikan apa yang dalam
dunia kewangan disebut sebagai “financial prudence.”
Kerajaan memberikan berbagai
macam pemberian tunai dan peruntukan luar belanjawan. Pembangkang pula, antara
lain, memberikan air percuma dan menjanjikan kereta murah dan memiliknegarakan
semula bekalan air.
Orang Ramai Keliru
Masalahnya, orang ramai yang
kurang arif atau jahil mengenai perjalanan ekonomi dan pengurusan kewangan
mungkin termakan janji-janji itu dan membuat pilihan yang akhirnya memufliskan
negara.
Saya tidak menentang usaha
mana-mana pihak membahagikan kekayaan dan sumber ekonomi negara secara meluas
dan saksama. Itulah pun landasan Dasar Ekonomi Baru yang menggabungkan pertumbuhan
ekonomi dengan pembahagian kekayaan.
Walaupun DEB tidak berjaya
seratus peratus, tetapi ia berjaya mengurangkan kemiskinan, memperbesarkan
bilangan anggota kelas menengah dan sedikit sebanyak menyusun semula
masyarakat.
Tetapi, yang perlu atau wajib
dielakkan adalah memberi subsidi untuk kepenggunaan, iaitu memberi wang kepada
orang ramai untuk berbelanja.
Ada ungkapan mengatakan,
lebih baik memberi alat menangkap ikan kepada seorang yang lapar daripada
memberikannya ikan. Beri ikan, dia makan. Esok kena bagi sekali lagi. Tetapi
kalau kita berikan alat menangkap ikan dan mengajarnya menangkap ikan,
insya-Allah dia boleh mencari makan sendiri.
Utamakan Subsidi Pengeluaran
Kita beri bantuan dan subsidi
untuk tujuan menambah dan menaikkan produktiviti dan bukan untuk kepenggunaan.
Jadi, saya sokong cadangan
mengurangkan subsidi gula yang memudaratkan dan tidak adil. Mudarat dari segi
kesihatan kerana gula murah menyebabkan merebaknya penyakit kencing manis dan
tidak adil kerana syarikat raksasa yang mengeluarkan minuman dan makanan pun
dapat gula subsidi.
Harga mungkin naik, tetapi
kalau Kementerian Perdagangan Dalam Negara, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna
cekap, tahap kenaikan boleh dikawal dan bekalan dijamin.
Penjimatan subsidi itu boleh
disalurkan kepada kegiatan yang produktif seperti menaikkan taraf sistem
pengairan dan perparitan di kawasan-kawasan tanaman padi, memulihkan sawah yang
keracunan dan melatih petani amalan pertanian terkini.
Tidak guna kereta murah
seperti yang dijanjikan oleh pembangkang kalau jalan raya makin sesak dan tidak
diselia dengan baik kerana pembangkang juga bercadang menghapuskan tol.
Saya pun tidak tahu dari mana
kerajaan dan pembangkang – kalau ia menang – hendak mendapatkan hasil bagi
menampung perbelanjaan negara kerana pada masa yang sama mereka berjanji
mengurangkan cukai itu dan ini.
Yang kita dengar, Petronas
pun secara terbuka sudah berkata ia tidak akan membayar dividen yang tinggi
lagi kepada Kerajaan kerana ia perlu membuat pelaburan baru yang banyak.
Sementara itu, syarikat
swasta, termasuk yang berkait dengan kerajaan (GLC) pula sedang ditekan oleh
krisis ekonomi dunia. Serentak dengan itu, harga minyak kelapa sawit dan getah
juga semakin menurun.
Daripada 100 buah syarikat
terbesar di Bursa Malaysia mengikut nilai pasaran, 10 mengalami kerugian dan 34
menderita kemerosotan keuntungan pada tahun kewangan semasa berbanding tahun
sebelumnya. Yang rugi tidak akan bayar cukai dan yang kurang keuntungan akan
bayar cukai lebih rendah.
Jangan Sedap Cakap Saja
Saya rasa, kerajaan dan
pembangkang hendaklah realistik dan berterus terang dengan rakyat jelata,
khasnya pengundi. Realitinya, dunia sedang melalui krisis ekonomi paling getir
selepas Perang Dunia Kedua.
Ekonomi Amerika runtuh pada
tahun 2008. Kini giliran Eropah pula. Greece sudah muflis dan Sepanyol bernyawa
ikan. Pertumbuhan ekonomi China dan India mula menurun dan Jepun
terumbang-ambing. Sebagai negara perdagangan, naik-turun ekonomi dunia memberi
kesan langsung kepada kita.
Pakar-pakar ekonomi
meramalkan yang kemelesetan tahun 2008 itu akan mengambil masa 10 tahun untuk
diatasi dan pakar-pakar antarabangsa meramalkan sehingga 100 juta penduduk
dunia akan mati kebuluran menjelang 2030.
Saya mula membuat laporan
ekonomi pada tahun 1972 dan terbabit sedikit sebanyak dengan perniagaan. Saya
melalui kemelesetan ekonomi tahun 1973/74, 1985/86 dan 1997/98.
Orang yang berniaga, bekerja
dengan sektor swasta atau bekerja sendiri tahulah pahit getirnya. Banyak yang
muflis atau kena buang kerja. Orang yang makan gaji dengan kerajaan mungkin
tidak tahu atau tidak peduli.
Melihatkan keadaan hari ini,
saya sangat bimbang. Dan dua orang bekas menteri yang memberikan pandangan
mengenai Belanjawan 2013 dan cara Mohd Najib berbelanja adalah dua pakar
ekonomi terulung di Malaysia dan di dunia. Kalau cakap mereka tidak boleh
dipakai, saya tidak tahu cakap siapa lagi boleh dipercayai. Wallahualam.
Sumber : dasar-dan-janji-boleh-jahanamkan-ekonomi.
Sumber : dasar-dan-janji-boleh-jahanamkan-ekonomi.
Bagaimana pula belanjawan daro PR. Keluar dari mana lubang pelir anuar la yer
ReplyDeleteSah sah pencacai UMNO adalah geng porno....umno porno
ReplyDelete