Bahana yang bakal mendatang kepada rakyat Malaysia,,, siap sedialah...
Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?
Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.
“Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?
“Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” sindir Kadir.
Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian “menjanjikan khabar buruk” kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.
Dalam tulisan panjang itu, Kadir juga membangkitkan soal kemerosotan nilai ringgit, masalah defisit belanjawan, hutang negara yang makin meruncing serta penjualan aset bagi mengatasi masalah kewangan negara.
“Ini bukan cerita khayalan rekaan saya. Bukan fitnah. Ini adalah kata Bank Dunia yang kita menjadi anggotanya,” katanya lagi.
Petikan dari Blog Datuk Kadir...
Mohd Najib pula dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika tahun baru dan kali ini, pada saat tahun baru menjanjikan khabar buruk kepada rakyat jelata akibat dasar beliau memansuhkan dan mengurangkan subsidi secara serentak.
Apakah salah saya dan sesiapa juga menegur dan mengkritik Mohd Najib dan para penasihat beliau yang bernilai berbilion ringgit itu?
Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?
Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?
Mohd Najib dan kerajaannya wujud kerana rakyat jelata yang memilih mereka. Lagipun bukan rakyat jelata yang berjanji dan berikrar tidak menaikkan harga malah mengurangkannya. Yang berjanji tidak menaikkan harga adalah Mohd Najib dan para perancang Bilik Perang pilihan raya beliau. Sekarang siapa yang mungkir?
Baca sepenuhnya Klik sini
Kalau Hj Mat sabu yang kata seperti diatas, mungkin atas dasar politik,,, sekarang yang berkata adalah tokoh wartawan negara,, apa cerita....
Rakyat malaysia,, tunggu sahajalah,,, bersedialah dengan sebarang kemungkinan,,, jangan nanti,,, Ringgit Malaysia dah tiada nilai,, umpama wang jepun semasa Malaysia di jajah jepun...
Rakyat sama-sama menanggung beban menjadi biawak hidup bangkai bernyawa menanggung keborosan Najib... padan muka semua..
Satuuuuuuuuuuuuu Malaysia kena tipu,
ReplyDeleteBaru 1 Malaysia PM Najib dah tipu macam2 dengan rakyat kalau 2 Malaysia terlentang tertiarap dan menonggeng lah rakyat Malaysia 47% dan 53%. Nak wat camana nasi dah jadi bubur makan je lah asal kenyang
ReplyDelete