boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, January 29, 2014

PRK Kajang - Sapo yg mengaku PAS, korang sini jap!

Ramai yang marah kat aku dalam komen-komen mereka,, marahlah, aku peduli apa,, aku pun ada perasaan marah juga, tu pasai aku tulis macam tu,, masing-masing kita ada pendapat...

Cuma ...

Aku rasa nak loya,,, cuma kahak saja yang tak mau nak keluar untuk aku nak ....?

Ada suara termasuk dari pimpinan PKR ,, ini strategi PKR untuk menghalang BN,,,, puih,,, halang ke benda,,, strategi 16 Sep selepas PRU12 yang lalu,, apa cerita,, negeri aku Perak terlepas strategi sapa tu... Sehari selepas ADUN BN Bota masuk PKR,, negeri Perak pun terlepas..,, tolonglah,,, 

Apa yang aku duk nampak,, ini semua strategi macam nak menyelamatkan Najib ?..

Kita semua termasuk aku sendiri akan marah melenting kalau Najib janji tak betul,, betul atau tidak,,, 

Tetapi kenapa kita diam kalau Anwaw sendiri cakap tak betul,,  tolonglah,, nak marah kena marah semua sekali,, jangan kira sesiapa... itu yang aku duk pegang..

Tolong lihat balik,,, 

belum lagi setahun berita ni,, bukan dari utusan beb..

dan ini berita kelmarin...


Jadi apa macam,, bolehkah pemimpin sebegini yang sama dengan pemimpin umno dipilih? kenapa perangai dari umno masih dibawa dan diguna pakai?..

OK... aku terbaca satu komentar dari seorang sahabat...aku salin balik,, pakat baca ?..

  • Sapo yg mengaku PAS, korang sini jap

Ado org ckp nuar amik keputusan bertanding di DUN Kajang sbb nak matikan game Azmin Ali. Tapi korang tak perasan bhw team yg kehulu-kehilir dgn nuar skrng ialah budak2 Azmin jugak. Nuar kalau menang prk Kajang, konfem jadi MB Selangor. Bodoh la yg ckp nuar kalau monang xnak jd MB. Ramai lagi org yg boleh bertanding di Kajang, tapi apsal nuar jugak yg tawar diri? Pakai la otak sikit brader. Kito akan second time bakal mempunyai MB yg menjawat jwtn Ketuo Pembangkang di Dewan Rakyat selepas Hadi.

Ramai org PKR ckp TS Khalid Ibrahim bodoh berpolitik & degil. Baik copek singkirkan beliau sblm negeri Selangor kalah mcm Kedah di bwh Azizan Razak. Bodoh btul org yg samokan Khalid Ibrahim dgn Azizan Razak. Btul Khalid Ibrahim ni bodoh berpolitik. Sikat rambut tak betul, ckp pun gagap. Tapi Khalid Ibrahim pandai mentadbir. Azizan Razak pandai berpolitik & lancar berpidato. Tapi bodoh dlm mentadbir. Itu psl rkyt Kedah tolak Azizan. Dlm pado maso yg samo rkyt Selangor mengekalkan Khalid krn Khalid cerdik mentadbir. Apo yg rkyt mahukan ialah pentadbir yg cekap bukan ey politician yg pandai ckp tapi bodoh buek kojo.

2-3 bulan lalu nuar ado sound Khalid supayo jgn kedekut sgt dgn lebihan wang yg ado di Selangor. Mmg Khalid agak ketat dlm bab ni. Slps kono sound dgn nuar, Khalid umum pelbagai insentif utk rkyt Selangor & tambah dana utk pasukan bola Selangor. Kemudian Khalid umum naik gaji utk adun2 Selangor, speaker & timb. speaker serta gaji MB. Disobabkan Khalid bodoh berpolitik, Khalid umum time rkyt tgh sengsara dgn kenaikkan kos sara idup. Time ni ramai ahli PKR yg pro Azmin ckp Khalid bodoh & tak layak jd MB. Mmg bodoh pun tapi merit Khalid sbg pentadbir yg cemerlang tidak terhakis. Dan akhirnya yg naik cumo gaji para adun. Ghetinya, Khalid mendgr jugak kritikan trhdp pentadbirannya.

Org PKR masih tak berpuas hati. Lebihan dana awam yg berjumlah rm3 billion itu sedikit sebyk patut di share dgn parti demi kebaikkan rkyt. Kepalo abah kau. Itu duit rkyt Selangor bukan duit PKR. Ramai pembosa PKR anggap Selangor ni lubuk duit tapi Khalid pulak bertindak menidakkan niat mrk yg mahu membalun duit rkyt Selangor dgn sewenang-wenangnya. Faekah mungkin ado masalah dari segi penyampaian tapi Khalid boleh ngam dgn Faekah krn Faekah boleh bawa aspirasi Khalid.

Dawn Raid yg femes itu mmg idea Tun Mahathir tetapi org yg menjayakan cita-cita Tun ialah Khalid Ibrahim. Khalid gagap tapi otaknya cerdik. Mungkin skrng Khalid tak bgth apo wawasan ey utk negeri Selangor tapi dgn manhaj pentadbirannya skrng yg tidak joli katak mcm kjaan pusat serta cerdik mentadbir, Selangor boleh jadi negeri maju setanding dgn Singapore utk 15 tahun akan dtg. Apo yg dilakukan oleh Khalid sekarang adolah langkah yg serupo yg prnh dilakukan oleh Lee Kuan Yew dulu time di awal-awal tahun setelah Singapore berpisah dgn Malaysia. Kau bayangkan yg Singapore itu kontang hasil galian perut bumi tak mcm Msia tapi boleh lobih maju drpd kito. Selangor kalau ikut style pentadbiran Khalid, insya Allah boleh pergi lobih jauh drpd Singapore.

Skrng terdgr PAS nak lantik MB Selangor daripado kalangan adun2 PAS sendiri. Tak salah tapi tolong hormat rkyt Selangor yg mahukan Khalid sbg MB mrk. Dan den yakin rkyt Selangor bukannya hendak sgt nuar jd MB mrk. Rkyt Selangor bukan bangang bai. Diorg tahu yg nuar prnh berjanji akan bersara drpd politik kalau PR kalah dlm PRU-13 yg lalu. PR dah kalah tapi nuar mungkir janji. Org mungkir janji ni munafik. Sudah la munafik, nak rebut jwtn jadi MB Selangor la pulak.

Kpd PAS, tak perlu susah. Pujuk Khalid & sekutunya jadi ahli PAS. Belakang Khalid ado 2-3 Yb PKR yg akan ikut jejak langkahnya. Salah seorgnya ialah Elizabeth Wong. PAS perlu pastikan Khalid sbg MB. Khalid sudah terbukti ado track record dlm mentadbir Selangor dgn cemerlang. Lagipun Khalid ialah pilihan rkyt Selangor. Mako dgn sendirinya PAS akan jadi dominan di Selangor kalau usaha memujuk Khalid & sekutunya berjaya. Dlm usaha PAS nak memujuk Khalid, PAS perlu pastikan org yg betul utk menjadi utusannya. Mungkin sebahgian drpd korang tak suko dgr namo nih, tapi org yg pandai memujuk dlm PAS ialah Mat Sabu & Husam Musa. Jadi mrk berduo ni sesuai utk jadi utusan mewakili PAS memujuk Khalid. Pekara yg baik kena lekas bro. Ngeee.


49 comments:

  1. Aku tak nak komen pjg2! Kalu kita laksanakan Hudud, Anwar nih boleh kena hukum rejam sampai mati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pn sama jugak... bila laksana hudud nnti kena tangkap pastu kena sebat d khalayak ramai sbb qazaf tudoh org bukan2.. dasar org fasik ckp x bole pakai... ni crita pasai politik Slangor bukan peribadi org...

      Delete
  2. Eden tak brapo ghairah lai nak menolong kek kajang ni. Buek lotih badan...keroja tak do pekdah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama, tinggal di Sg Sekamat setiap kali pilihanraya aku ditugaskan di Kajang, tapi kali ini kirim salam aje, Bye...bye PKR

      Delete
  3. "..Skrng terdgr PAS nak lantik MB Selangor daripado kalangan adun2 PAS sendiri. Tak salah tapi tolong hormat rkyt Selangor yg mahukan Khalid sbg MB mrk.." pak ali ni tak paham cerito kot, pas akan cdg calon utk mb kalau khalid turun dr jawatan mb bkn nak ganti khalid jd mb. cubo kau baco yg ni dan paham elok2: "..Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.."
    khalid bodo politik, azizan bodo mentadbir, kau pulak bodo membaco

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den sokong kau 100%. Yg paling bodoh dari yg bodoh ialah mereka yg membaco tapi tak paham, main ikut sodap mulut jo.

      Atuk Den.

      Delete
    2. Lu ape hal beb. Kepimpinan Pas dah kata OK apesal lu melalut beb? Lu telan saja lu punya kahak gua tak kesah beb........lu kira maksom beb telan sendiri kahak. Guan ingat itu ketua pemuda mau jadi MB la itu pasal diorang melalut serupa lu beb. Dia orang pun telan sendiri kahak tapi tak manyak serupa lu beb.......diorang ada juga kecik punya jawatan....lu kahak juga ada tapi mau sekolah orang.....poooooodah!

      Delete
  4. manjung mari, kok ye pun ngko punya blog sendiri janganlah ngko hentam pemimpin sendiri tanpa usul periksa. Ngko ni bangang ke apa? sabarla dulu kita dengar penjelasan sepenuhnya dari majlis PR. Ngko pun nak jadi ezam sesumpah jugak ke???nanti orang kata bahlul ngko marah...takat ngko punya analisis tu sikit pun tak de standard. taraf budak tadika kemas jee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata analisis manjung mari takde standard, tapi bersusah-susah pula baca dan komen...apa jenis orang daa?

      sebagai rakyat Selangor, sebagai penyokong PR (saya tak ada parti tapi semua undi saya untuk calon PR), aku kecewa sangat dgn apa yg terjadi. sedih MB seperti TS Khalid jadi mangsa percaturan politik. nampaknya inilah nasib orang yg boleh bekerja tp tak pandai berpolitik.

      saya juga percaya ada helah besar lain DSAI dalam isu ni. bukan setakat nak jadi MB, tapi nak kawtim dengan Najib dengan Zahid Hamidi dan Saifuddin Nasution jadi brokernya.

      DSAI akan tinggalkan rakan-rakan dalam PR macam dia tinggalkan Abim dulu. Sejarah itu akan berulang...

      Delete
    2. analisis yg bangang namo eh ni..

      Delete
  5. manjung mari, ngko tutup je blog ngko ataupun ngko buka blog lucah lagi baik....buuduh mengalahkan puak amno

    ReplyDelete
  6. apa kena dgn PAS skrg ni?. mcm sengaja nak buat pakatan berantakan sesama sendiri
    konsensus utk DSAI bertanding sudah dibuat antara PKR, PAS dan DAP, apa lagi yang org bawahan mcm korang nak?
    Cara PAS seolah2 nak berperang dgn PKR hanya semata2 kerana jawatan MB Selangor sampai YB Khalid dan Elizabethpun korang nak PASkan?. Ini sudah melampau.

    ReplyDelete
  7. berbalik lah pada FAKTA MM...masa PAS sikit di perak...kenapa Sultan pilih DSN? sebab dia paling POWER berbanding dgn yg lain...

    sekarang perkara yg SAMA berulang...sapa yg POWER dalam PAS sepower Khalid mahupon DSAI? sapa MM??? hatta si azmin pon X LAYAK nak mengantikan Khalid...

    aku harap sultan selangor bijak melantik MB yg berwibawa...bukan bersandarkan mereka yg ramai memakai minyak atar...

    ReplyDelete
  8. kah..kah..kah...azmin punye pasei...nuar jadi bangang....khalid jadi mangsa....puak bangang dalam pas dan pkr betempur sakan...batu api dari saluran blog tukang tiup jadi nyala.....pelesit iblis dari umnongok gelok sambil jolok-jolok...blogger haram dari parti setan...tumpang tuah....isu datang sendiri...tabur api fitnah.....dah elok umno nak haup nyawa-nyawa ikan....ambil bom bagi pada musuh lempo balik ke muka sendiri......TAK KE ITU NAMANYE BANGANG...MENYUSOHKAN RAKYAT....MENGINAYA PENYOKONG....HARAM BETUL KORANG.....

    ReplyDelete
  9. kadang2 tu MM....bila dah marah...akal x berfungsi...mula la meroyan yg bukan bukan...konon DSAI mungkir janji...sila lihat balik FAKTA...kan dah terang lagi bersuluh 51% sokong PR...mana pulak kalah...umno yg kalah hanya dapat 47% je...jgn nak ikut perangai lapuk PAS...guna janji syurga, neraka, hudud nak pengaruh melayu sokong PAS...dah berpuluh2 tahun dah guna jarum tu sampai kesudah x jalan jalan gak...gugur terus isu hudud dalam manifesto PAS...semua kerana nak berkuasa saja...ye dak...

    PAS yg dah ada 100% kuat di kelantan pon masih TAK PANDAI PANDAI nak majukan ekonomi...lagi mau jadi MB selangor...hadoi!!! nak buat lebuh raya pon masih guna sistem sedekah...dah masuk abad ke 21 pon guna sistem kuno nak majukan negeri??? sapa geng PAS mmg pedih lah telinga sikit...tapi tu lah hakikatnya....x kan lagi 100 tahun PAS masih guna sistem SEDEKAH nak majukan negeri lagi kot...satu dunia tahu kelantan tu x maju sebab x ada highway je...perkara ASAS 101 menuju negeri majupon x kan x tahu kot? ...kahkahkah

    napa x pinjam je...kata CeKAP bayar balik hutang...kata X MAKAN RASUAH...kata PAKAR sgt...usah la harapkan royalti yg sampai bila nak dapat pon entah...tu kebodohan PAS yg NYATA sampai kesudah dipamirkan kepada SELURUH DUNIA...penang kalo x buat pinjaman nak bina jambatan sampai kesudah lebih mundur dari kelantan tu...selangor kalo x buat pinjaman besarkan pelabuhan x kan maju mcm sekarang ni...ingatkan MB kelantan yg baru ni pandai la sikit dari hanya setakat tahu baca doa makan...rupa2nya sama je "cerdiknya" dgn TGNA...tapi TGNA tu aku leh gak terima...mmg dia x pandai ekonomi sgt...sebab tu bukan bidang dia...

    patut la PAS berpecah kepada 2 puak...puak lebai dgn puak pro kemajuan...mula2 dulu aku buat2 x kisah jee pasal PAS dah berpecah...lepas naik isu NI...baru aku nampak...MASALAH SEBENAR yg melanda PAS...kenapa sampai KIAMAT PAS hanya sebuah parti MINTAK SEDEKAH...bab ketaatan PAS hebat, bab BERSIH PAS bagus, bab AMANAH PAS OK...tapi bab KEMAJUAN PAS LINGKOP...Nak buat HUDUD pon PAS masih terhegeh hegeh...padahal bukan hudud ni mmg BIDANG KEPAKARAN PAS ke??? x kan kene mintak SEDEKAH gak nak melaksanakan hudud??? bagus la kepimpinan PAS satu ketika dulu halang DSAI join PAS buat parti sendiri...kalo x...sampai kiamat kita x akan ada pembangkang yg KUAT...hanya SPR saja yg memisahkan PR jadi pembangkang atau pemerintah aka penipuan...

    x de niat aku nak hentam MM...aku syg MM...tapi kalo MM main api...jgn terkejut la aku pon boleh main api gak...MM dedahkan keburukan PKR...aku dedahkan keburukan PAS...biar sama2 terlondeh...biar sama2 rugi...biar kita semua MERASA KERUGIAN akibat kebodohan diri sendiri...biar perpaduan yg kita bina sejak 98 ni hancur kerana si peminta sedekah nak jadi MB...langsung x nak belajar dari bukan satu bukan dua tapi TIGA MB yg GAGAL pertahankan kuasa akibat kebodohan politik, ekonomi dan sosial...kalo semua masalah dunia ni boleh diselesaikan hanya dgn berdoa saja...x de la Allah turunkan ayat 11 surat Ar-Ra'd ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... artinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .

    kalo x suka PKR sebab ada RASUAH ke, PECAH AMANAH ke, x pe la gak...ni semata mata x dapat jadi MENTERI BESAR AJE???? KAHKAHKAH

    jgn kata kahak MM je pekat...kahak aku pon pekat gak MM...hihihi

    kalo aku x kasi modal gambar kak fidah togok minum TODI pada MM aku rasa pening gak MM nak sekeh kepala si machai juragan69 tu...ye dak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko londehkan MM. MM londehkan ko. ko batu api. MM batu api. ko tau sapa untong? Noh omar jugak yang untong. Aku rasa lepas PRU14, noh omar jadi MB. Ko tau sebab apa? Sebab banyak sangat batu api berlaga sesama sendiri. batu api ni nak kata bijak mentadbir pun tidak, bijak politik pon tidak. yang bijak cuma melaga ikut kepala masing2.

      Ikut suka kau laaa

      Delete
    2. Haluuuuuuu. ..........

      Lu dah giler ker beb. Lu anggap pkr yg lu cinta itu maksum segala2. Gua x suka bilang kburukan parti rakan gua.tpi pda gua mulut lu x ubah seperti mulut biawak beb. Lidah sentiasa terjelir menghidu bangkai. Lu jgn ingt pkr kuat dan bijak krna pkr itu sndiri. Lu jgn nafikn kerja keras parti gua untuk mnangkn pemimpin lu. Lu buta sejarah beb. Gua akui kgagalan trengganu dan kedah utk dprtahankn. Tpi lu tenuk bila membandingkn pas kelantan di era tgna msih gagal membangunkn negeri. Ukuran tenuk mana lu guna utk mentafsirkn graf pmbangunan negeri. Lu bilang dgn adanya lbuhraya kunci kpda pembangunan. Btul beb gua stuju dgn lu.tpi lu lupa siang mlm lu melaung smpai terberak lu mnta hpuskn tol. Pmbngunan lu pinta tpi dlm msa yg sma hidup trtekan. Lu mmg biol. Lu kira krjaan kelantan gagal dlm urus tadbir. Lu buta beb. Klantsn sblum jtuh ketngsn pas hutsng negeri melebihi 700 juta. Krsjaan pimpinan tgna istiqamah membyar hutang trsebut. Siapa yg cipta hutang beb. Kbnyakan mereka itu adalah org yg menyertai parti lu skrg. Mmg gua akui lbuhraya x akn slesai binanya dgn meminta derma. Tpi lu mesti ingat tujuan derma adalah utk menampung kos pmbinaan. Apa yg penting ialah utk saham lu diakhirat kelak yg sntiasa ada slagi ia digunakan manusia dn bnatang sprti lu. Tiada paksaan dlm mnderma. Lu ingt krajaan kelantan berpeluk tubuh dn hnya mengharspkn derma.klau itu info yg lu ada gua letak lu dlm spesis kankung yg hidup ihsan dri air buangan kndang babi beb. Bertapa pimpinan kelantan brtungkus lumus brusaha utk cuba mnyiapkn. Klau lbuhraya bertol yg klantan inginkn brangkali 15 tahun lampau ia sudah miliki. Puieeeee. ..

      Hellooo....tenuk...royalti hak kelantan. Ku bca sejarah dan sejarah yg benar x kn membohongi kecuali org yg mrmbca sperti lu memutar belit sjarah. Apa slh brusaha mnuntut yg hak dan hnya mreka yg bacul sja menggit jari mlihat hak mreka dimamah oleh pnguasa yg zalim..lu ingat tuntutan dan impian ini hnya angan2.... klau bgitu lu mmg lembu..
      Lu jgn jdi bodoh beb....lu slalu bilang kelantan miskin. Miskin krana diank tirikn haknya oleh krajaan pusat. Miskin krna diskat hak dan pmbangunanya. Miskin krana plabur dihlg miti utk melabur diklantan....tpi sudah 20 tahun lbih klantan ttp dipertahankn oleh pimpinan pas yg lu kira x pndai mntadbir. Org yg gagal mntadbir biasanya tidak disukai rakystnya tpi msih kekal utuh hingga kini... pda gua rakyatnya kaya dri segi pegsngsn harta dan ekuiti. Klantsn satu2nya negeri yg x nembnarkn pemilikan tnh kpda org luar. Skursng2nya miskin tpi lbih kaya hdupnya dri kbnyakn mreka di kl yg hidup diawan tinggi tnpa tanah.

      Lu igt dgn pembangunan yg mncakar lngit lu sdh maju.khsk tuih lu. Maju tpi jiwa kosong mcm lu punya sesetngah pemimpin yg belot pda parti. Lu renung balik sejarah kbnyakan adun@mp yg corner 360 ° lhir dri parti lu. Mna ksetian pd parti hnya mnggunakn parti utk kpentingan diri.
      Lu gua kira masih brkunyit beb..lu lbih sesuai main burung blskang kandang lembu. Gua dlm parti gua cukup ditarbiah utk sntiasa istiqamah dlm prjuangan. Pun bgitu gua juga x brstuju dgn fakeh agama di dlm parti gua. Lu jgn igt dan jdi biru mata lu dgn mempersoalkan hukum hudup. Slogan negara brkebajikan itu klu lu menghsyati pnuh dgn smangat hudud. Pimpinan parti gua dgn keras sntiasa mngulangi pnderian melaksanakn hudud. 2x 5=10 beb. Jwspan 10 boleh juga hdir mlalui 9+1. Bkn satu cra sja utk dptkn 10. Jdi lu jgn cuba prtikaikn hsk Allah itu utk dlaksana.

      Gua sokong plihnraya kcil jika ia mndatangkn kebaikan pda parti lu dan ngeri. Dlm politik kita trpaksa korbankn 1 utk dpt 10. Tpi pda gua klau utk mndapat jawatsn semua adun itu lyk smada pas..pkr dsn dap skiranya mndapat sokongan dan dokongan plbagai pihak. Ingat pkr x kan jdi krajaan tnpa krjadsma pas dan dap.kita dlm stu pasukan.

      Buangkn kahak lu dlm leher lu sndiri sblum gua khak tuih lu. Lu jgn jdi giler beb semata2 lu dari pkr. Biar pimpinan kita buat kputusan...

      Khak tuih

      Delete
    3. woi AnonymousJanuary 29, 2014 at 10:31 PM

      penulisan mcm ni sebijik mcm macai umno jee...mcm lembu jee...

      macai detected!!!

      Delete
    4. AnonymousJanuary 29, 2014 at 8:20 PM

      aku setuju...MM lebih sudu dari kuah...TGNA pon x cakap apa..mintak tunggu dulu...bincang apa cite...semangat asobiah tu kuat sgt...

      kalo MM pernah dgr ceramah imran hussen...aku x pk MM akan join politik...terang2 ni sistem dajal...sistem dajal sampai kiamat Islam x kan terlaksanan walaupon PAS yg memerintah...tgk apa dah jadi pada mesir...rupa2nya ada lagi "kerajaan" dalam kerajaan...siap dia boleh terajang balik sistem yg dia sendiri cipta...mcm mana x berperang akhrinya...dah mmg x boleh ubah dah...demokrasi ni auta je lebih...

      Delete
  10. dah...dah..usah layan takat anonymos ni semak aje... usoh layan betekak kat sini...tak sape bole menang punye...umnongok yg dah tentu hingke yaamat...kata bangang kecik ati pulok anonymos ni. cakap berani indentiti penakut...dah... dah tu manjung, tutup aje ruang bodo ni.

    ReplyDelete
  11. aku rasa anwar akan kalah di kajang,bukan krn BNkuat atau BN main ktor tapi org marah bila khalid nak di jatuhkan....org syg khalid

    ReplyDelete
  12. Kau orang ingat UMNO duduk diam ke, macam2 helah dia akan buat bagaimana nak rampas negeri selangor, pinang dan kelantan. tak dapat cara baik cara jahat akan dilakukan. Orang2 PR jangan cepat melatah. Kalau terjadi huru hara negeri pakatan apa macam????. siapa yang untung????..Contoh rampasan kuasa negeri perak mereka buat plan A beli wakil rakyat kalau tak berjaya mereka buat planB tapi plan A dah berjaya gelak berguling guling mereka. fikir fikirkanlah

    ReplyDelete
  13. Kalau betul nak ambik jawatan MB...klu tak ada PRK pun nak kene pecat gak Khalid dan kalau jadi PRK pun nak kene pecat gak Khalid. So apa pekdah PRK Kajang?

    ReplyDelete
  14. WOIIIIIIIIIIIII.... TUNGGU LA TUAN PRESIDEN BUAT KENYATAAN DULU, YG KORANG MEMANDAI BUAT ANDAIAN SANA SINI TU KORANG TU SAPER............ NANTI UMNO TEPUK TANGAN SBB KORANG PENYEBAB BERPECAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat laa pulok \
      sbb nya tuan presiden tengah cari idea mcm sebijik isu pil kuda dan komunis tuu, dan tengah sebok atur plan rancangan press konferen dgn utusex dan tv3/4, sabor sabor yee

      Delete
  15. kahkahkah

    apa la bengong kome ni...DSAI kan jadi penasihat ekonomi selangor...x kan ADUN2 PAS x tahu pulak kot...dari selangor membazir duit beratus ribu bayar DSAI...lebih baik jadi EXCO selangor terus...jimat belanja...bijak x khalid? sebijak khalid lawan isu empangan langat 2 tu jugak...bab "jimat" khalid mmg superb...

    Ni bukan isu MB X MB...ni isu ada org cucuh minyak dalam api...PAS terasa terus terbakar...di jaja isu MB MB...betul la kata macai...PAS ni ilmu politik LINGKOP...ilmu ekonomi kirim salam aje lahh...kelantan dari dulu kini dan selamanya mundur...sekarang TGNA dah x jadi MB...aku nak tgk...boleh bertahan ke x PAS di kelantan tu...3 negeri pentadbiran PAS sema dah lingkop...kelantan bakal menyusl...sesal dulu pendapatan...sesal kemudian x berguna...

    ReplyDelete
  16. ok aku aktivis PAS di kajang sejak belum dsai di pecat lagi. korang banyak bagi komen termasuk manjung mari. banyak cerita yg korang tak tau tapi main bulldoze saja. its complicated issues pasal kajang. susah aku nak cerita panjang2. kena diffferentciate pkr, isu MB dan cc lee. adoi....

    ReplyDelete
  17. aku saspek ini ada kaitan nak menghalang azmin. khalid dipersalahkan atas pemecatan azmin. bila khalid nama buruk, azmin akan naik. anwar dh dapat hidu. sebelum apa2 terjadi, biar aku cantas dulu hehe.. ini teori syakwasngka aku

    ReplyDelete
  18. perghhh..sebab ada orang cam ko le Kedah ranapp..kau ingat kalu benda yg sama jadi kat Kedah..orang PKR akan boikot??xde bang..kita orang akan sokong sebab matlamat kita satu untuk kalahkan BN dan kekalkan kerajaan Negeri Kedah!! Sekarang tengoklah sapa MB kat Kedah..anak Mahathir jugak!!!

    ReplyDelete
  19. raikan perbezaan pendapat...makin matang dah berpolitik rakyat Malaysia...especially Melayu...

    ReplyDelete
  20. Brother Anuar Bin Ibrahim (B.A.B.I.)
    untun ler pengundi2 Kajang dapat pemimpin bertaraf dunia ...ahaksss.(statement dari Azmin Ali) , tapi nak tau gak dari dunia mana , dunia fantasi ka??? Hebatnya dia sampai Jepon fobia nk kasik masok babe...ahakssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih Elok Mampos Bersama Umno (L.E.M.B.U)
      Kalo x suka harga naik sila keluar dari malaysia (menteri pasola), tapi
      hebat lagi najib sampai x berani g perancis...hohoho

      Delete
  21. mari kite dgr apa kata TGNA:

    Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya.

    Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan.

    Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.

    Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi.

    Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

    Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.

    Sebab itu semalam Omak Kau cakap .. jangan adanya pihak bertindak dan bercakap lebih sudu dari kuah ..

    Omak Kau pun muak juga dengan segelintir "pendokong" Pakatan Rakyat yang mengeluarkan pendapat dengan fikiran selapis dan selorong.

    ReplyDelete
  22. umno/bn akan lebih terseksa bila DSAI bertanding di Kajang.bnyk isu2 yg akan dijadikan modal kempen DSAI nanti.

    ReplyDelete
  23. aku pembaca tetap blog MM ni, tak pernah lagi aku tak setuju dgn segala yg ditulis, tapi dlm bab boikot p/raya kajang dan salahkan DSAI dlm hal terbaru ni, aku sgt2 TAK setuju. Walaupun aku org pas tapi bila org pas latah semacam ja, susah hati sungguh. tu dlm sidang akhbar PKR buat tu ada 2 org kuat PAS, maknanya benda ni dirunding dgn pas jugak. takkan lah salehudin dan dr hatta nak khianat parti. baca jugak apa yg TGNA, MSO dan YDP PAS Kota Melaka kata. Bukan apa takut jarum amno dlm menghuruharakan PR menjadi. mesti amno dah invest sakan, pasang perangkap sana sini cth si khusrin SUK s'ngor dan k/tgn yg sekepala dgn hasan ali.

    apa yg rafizi kata geng ultra mahatdhir tengah nak jatuhkan najib dan akan main isu perkauman dgn hebatnya - nampak logik. memang pun amno rasa isu perkauman ni senjata mujarab depa. kat penang apa kes org Islam kebanykkan nak pergi boh banner mengarut dan lempar bom dlm gereja kalau bukan geng mamak perkasa atau bdk suruhan amno. tambah pulak org melayu bodo dan mudah makan umpan. tak payah pergi jauh, kes selangor ni dah menampakkan huruhara belum lagi geng mahatdir cucuh api. antara ketua pemuda pas pun kepala macam2.

    kalau ada org kata prk kajang ni bazir duit, nampak sgt dah makan umpan amno sbb lidah amno berita hairan tu pun kata cam tu. Mesti amno tengah hepi umpan dah mengena.

    ReplyDelete
  24. azmin mmg dh adun kt selangor pn.. azmin ni gila pangkat... pasal rumah tangga pkr..patutnya selesai la sendiri.. buat apa nk letak jawatan buat prk.. mengabihkn boreh je

    ReplyDelete
  25. PAS kat Selanggor dpt berapa kerusi? PKR? Perasaan betul lah puak2 PKR nih! PKR pakar ekonomi? Pakar eko-NO-MEE adalah! Cuba cek, kebanyakkan usahawan2 yang berjaya adalah kelahiran Kelantan! Kurang2, PAS sinonim dgn sebuah negeri! PKR? Sinonim dengan sombong dan bongkak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul PAS pakar ekonomi kenapa perlu berhijrah ke negeri2 lain?. Usahawan Kelantan berlambak, tapi kenapa Kelantan mundur?. Itu maksudnya berniaga pandai, tapi menguruskan kewangan BODOH, sbb tu sampai sekarang Kelantan mundur bawah PAS. Siapa tokoh PAS yg pandai urus ekonomi?. TIADA sbb golongan ulamak perasan bagus. mana nak bg jawatan pd pakar2 ekonomi yg join PAS. sbb tu kekal mundur!
      Bandingkan Selangor dan Penang, PKR dan DAP berjaya memacu ekonomi kedua2 negeri dan memajukan kedua2 negeri dgn pelbagai projek. apa pula yg PAS Kelantan buat?. nak bina lebuh rayapun minta derma. sampai bila nak maju?
      DSAI ni kepakaran ekonomi dia dah dikenali dunia sampai IMF pun minta tolong DSAI. dlm PAS siapa pula yg IMF minta bantuan?. Kelantan sekarangpun berdepan saman. selesaikan saman tu dulu, baru nak merengek minta jd MB Selangor. PAS jgn nak persan bagus!

      Delete
    2. tu pasal KELANTAN tu sekarang jadi negeri No 1 TERKAYA RAYA Di malaysia...kahkahkah

      Delete
    3. 40 org terkaya Forbes malaysia semua melayu kelantan ye dak...kahkahkah

      Delete
  26. tobat le lepas ni tak nak aku pangkah pas.parti ngan orang same bodoh......

    ReplyDelete
  27. dulu macai kata PAS ni bodoh aku x percaya...mati2 aku pertahankan PAS...lepas jadi kes ni...baru aku nampak la PAS ni bodoh...mana x bodoh...nak jadi MB...masa MULA MULA sultan nak lantik la bersungguh sungguh berebut jawatan MB tu...opppp...lupa nanti DAP pulak mengamuk...sudahnya...dgn "semangat setia kawan" PAS setuju PKR jadi MB...kan bodoh namanye tu...takut dgn DAP...padahal kalo PAS berkeras jugak...apa DAP boleh buat pon...nak join UMNO??? sampai kiamat umno x kan join DAP punya...pasal x boleh la nak momok momokkan pada makcik2 felda ttg hantunya rayanya DAP ni...PAS perak pandai...dia tahu...kalo dia x letak nama DSN...alamat sampai kiamat PAS perak x kan merasa jadi MB...dia pon tahu...DAP x kan lari punya pasal bodoh gile la semata2 x dapat jadi MB sanggup lepaskan jawatan2 exco2 yg jauh lebih bagus dari jadi MB aje....so sekarang teruskan je la...dgn apa yg dah DIPERSETUJUI...tiba2 nak potong kat kona baring pulak...padahal diri sendiri dah terkantoi...3 dari 4 MB PAS x pernah dikenang rakyat...MB kelantan yg baru ni pon aku rasa mcm bakal lingkop gak nanti...senasib dgn 3 ex-MB negeri jiranya...

    hanya disebabkan PAS terlebih kerusi maka TERASA diri tu layak jadi MB??? amboi...kalo mcm tu patunya DSN x layak jadi MB perak la kan? patutlah katak2 PKR sanggup melompat utk tumbangkan DSN ye dak??? PAS sekarang pon nak jadi KATAK gak...kita tahu 2 ekot katak pkr tu bodoh...x kan PAS pon nak join the club bodoh tu jugakkan??? kalo PKR perak sanggup angkat DSN jadi MB...termasuk DAP yg mmg dah tahu x leh buat apa2 pon....apa pasal sekarang PAS x sanggup angkat PKR jadi MB? aku ingatkan PR perak menjadi pengajaran berguna kepada semua pakatan PR...rupa2nya...kelabu asap...xkan selangor nak terima nasib yg sama mcm perak kot???

    PAS kene pk panjang...kalo selangor tumbang...aku rasa PRU14 bukan takat aku...rakyat2pon dah malas dah nak keluar mengundi...buat apa ngundi...sebab 2 3 ekor x puas hati x dapat jadi MB atas alasan "aku mejoriti"...satu negeri tumbang...mcm haramjadah...sekarang ni umno selangor mesti tgh tabur duit puluh2 juta nak beli adun2 PAS...pasal PAS sekarang ni yg terlebih buthurt atas kelemahan diri sendiri terlepas kedah, ganu dan perak...

    TGNA je yg aku nampak matang sikit...yg dah terlepas tu sudah sudah...

    ReplyDelete
  28. Kalu kau sayangkn pr.tolong keluarkn idea dn ulasan yg baik2.membantu utk kebaikan itu dtuntut oleh islam.jangan bekerjasama utk kemusnahan.cuba upgrade ko punya memori..siapa lebih baik antara DSAI dgn DSNTR.

    ReplyDelete
  29. Aku tertarik dgn penulisan Izmil Amri ni:

    Percaturan lewat Kajang, pahit ditelan
    Posted on Thursday, January 30 @ 14:55:50 MYT by paktam
    Artikel
    Oleh Izmil Amri

    Sebenarnya sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya jadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.

    Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.



    Namun malang bagi Pakatan Rakyat, ada semacam satu keyakinan tinggi suatu ketika dahulu bahawa Anwar amat pasti menyandang kerusi Putrajaya.

    Maka diletaklah Anwar sebagai figura bakal perdana menteri, dan akhirnya hari ini Anwar tidak punya laporan prestasi, tidak ada track record pencapaian kecuali apa yang diusahakannya sewaktu menjadi menteri Umno suatu ketika dahulu.

    Ini bukan sesuatu yang bagus, terutamanya setelah diserang bertubi-tubi pasca September 1998.

    Bagi merangkul Putrajaya, sosok Anwar ini perlu dijenamakan semula sebagai seorang eksekutif, pentadbir, dan pemimpin yang meski terpaksa bermula semula dari petak nombor satu mampu membina negeri contoh berteraskan polisi dan dasar yang berasaskan prinsip-prinsip perubahan dan reformasi.

    Tetapi ini bukan faktor utama dalam membincangkan kekalutan semasa. Meskipun hal ini perlu diperjelaskan sebagai premis penting dalam memahami percaturan politik Pakatan Rakyat secara kolektif dalam meletakkan Anwar sebagai calon di DUN Kajang dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

    Pokok pangkal permasalahan ini perlu dilihat kembali ke garis masa Mac 2008, ketika parti-parti pembangkang menang mengejut di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

    Tetapi fokusnya sekarang tentulah Selangor.

    Selangor berhadapan krisis pada malam 8 Mac, dengan keadaan PAS dikepalai Hasan Ali dikatakan cuba membuat pakatan politik dengan Umno untuk membentuk kerajaan di Shah Alam.

    Anwar yang pada waktu itu belum boleh bertanding pilihan raya meletakkan Khalid sebagai calon menteri besar, sesuai dengan ‘track record’ Khalid sebagai perancang ekonomi yang baik.

    Mudah di PP, payah di S'gor

    Maka terbentuk kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat, dan Hasan serta UMNO Selangor terpaksa menanggung kecewa.

    Langkah menjadikan Anwar penasihat ekonomi Selangor juga barangkali boleh dilihat sebagai langkah untuk mewarnakannya sebagai sumber kepada segala polisi dan dasar ekonomi Selangor.

    Namun malangnya pada ketika tersebut, Anwar lebih terampil sebagai personaliti nasional yang sedang diusung sebagai calon perdana menteri. Lalu Khalid diberikan segala puji-pujian atas segala kebaikan dan faedah yang dinikmati rakyat Selangor.

    Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan Pulau Pinang. Lim Guan Eng dilantik ketua menteri tanpa sebarang persoalan kemungkinan beliau diusung ke Putrajaya sebagai menteri Kerajaan Persekutuan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya nanti.

    Maka Guan Eng tenang-tenang sahaja mentadbir negeri tersebut tanpa jenuh memikirkan untuk membentuk dirinya sebagai bakal menteri apa-apa.

    Pulau Pinang tidak ada penasihat ekonomi. Tidak ada perebutan siapa wajar menjadi ketua menteri. Lim pemimpin utama DAP, DAP paling banyak kerusi, Lim jadilah ketua menteri. Mudah.

    Di Selangor, keadaan ini dipayahkan dengan keperluan undang-udang tubuh negeri tersebut yang tidak membenarkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar.

    Maka DAP tiada boleh menyatakan kesediaan berkhidmat dalam kapasiti itu. PAS mampu, tetapi usaha PAS pada waktu itu dicemari sentimen kesatuan Melayu dan keperluan berpadu dengan Umno; maka usaha tersebut digagalkan.

    Lalu Khalid dijadikan menteri nesar Selangor dalam keadaan beliau tidak mempunyai banyak kemahiran politik. Jawatan menteri besar adalah ‘jawatan politik’, bukan sekadar pengurus wang seperti seorang akauntan.

    Bersambung....

    ReplyDelete
  30. Menteri besar mesti berpolitik dan mentadbir sebagai ‘orang politik’. Lalu diutuslah seorang setiausaha politik untuk menunjuk ajar selok belok politik kepada bekas pengurus besar PNB ini.

    Yang menjadi akar kepada konflik jawatan MB antara Azmin dan Khalid yang begitu disensasikan media ialah ketidakcekapan Khalid berpolitik pada awal-awalnya.

    Setelah jambangan puji-pujian

    Kita barangkali masih ingat tentang isu kutipan sampah, selain isu air Selangor yang tidak ditangani secara politikal.

    Akhirnya politik Khalid dilihat gagal apabila akur kepada perancangan Kerajaan Persekutuan BN; selain kekusutan ADUN Selangor yang mengadu payah sungguh mahu berurusan dengan Khalid kerana negeri itu ditadbirnya seakan sebuah syarikat.

    Ramai pastinya melihat Khalid sebagai hero negeri Selangor dengan program-program merakyatkan ekonomi serta propaganda bagi mewarnakan Khalid sebagai seorang hero.

    Seandainya Khalid tidak diwarnakan sebagai seorang hero, dan pencapaian negeri tersebut tidak diuar-uarkan, sukar juga untuk para pendokong Khalid Ibrahim memandang tinggi kepada beliau.

    Jadi pokoknya, Khalid terlihat sebagai seorang hero itu adalah hasil daripada kerja buat operator-operator politik yang gigih memperlihatkan beliau sebagai ikon kemajuan negeri Selangor, dengan harapan supaya Pakatan mendapat sokongan yang berterusan. Itu sahaja.

    Namun hakikat yang harus kita terima dengan berat hati ialah Khalid sebenarnya bukanlah seorang hero.

    Dan ini jelas menjadi asas besar kepada pertimbangan Pakatan untuk menggantikannya dengan yang lain.

    Dalam PRU tahun 2008, Khalid bertanding di Ijok dan menang dengan majoriti 1920 undi. Mei 2013 Khalid berpindah ke kerusi Pelabuhan Kelang, dan menang dengan majoriti yang lebih sedikit berbanding penyandang sebelumnya.

    Kerusi DUN Ijok dikekalkan kemenangannya oleh Dr Idris Ahmad dengan majoriti merosot hanya sebanyak 739 sahaja. Jadi siapa sebenarnya yang mengundi Pakatan di Selangor dengan dalil heroisme Khalid Ibrahim?

    Isu sebenar bukanlah soal Azmin mahu jadi menteri besar, atau Anwar mahu masuk pejabat itu. Isu sebenar ialah Khalid tidak berjaya sepenuhnya memikul tugas sebagai menteri besar yang mampu berpolitik dengan baik, serta menjalankan kerja dengan berkesan.

    Hal ini barangkali berat sekali mahu diakui ramai pemimpin Pakatan, setelah Khalid selama ini dipuji-puji dan dipertahankan.

    Maka mahu tidak mahu, Khalid harus dikeluarkan dari pejabat menteri besar, dan diganti dengan yang lain; supaya episod kegagalan kerajaan negeri Kedah tidak berulang. Cuma persoalannya, siapa calon yang sesuai.

    Bersambung...

    ReplyDelete
  31. Propaganda Umno

    Anwar, bekas timbalan perdana menteri, ketua umum PKR akan harus menanggung beban dan risiko yang besar apabila bersetuju dengan keputusan partinya untuk masuk ke DUN Selangor.

    Anwar pastinya tahu dan telah menimbang segala kemungkinan. Dia mungkin sahaja kalah, dan kerjaya politiknya mungkin saja berakhir dalam sebuah pilihan raya kecil.

    Anwar malah boleh sahaja menolak keputusan untuk masuk ke DUN Selangor dan barangkali menggantikan Khalid. Tetapi Anwar tetap menggalas juga tugas gila ini. Kenapa?

    Seperti yang tadi disebut, Anwar memang sepatutnya sejak dahulu lagi dijadikan menteri besar Selangor.

    Dan langkah sekarang yang nampaknya menjurus ke arah itu, wajar dilakukan segera demi memastikan peluang empat tahun sebelum PRU14 tidak disia-siakan.

    Justifikasi bahawa bakal perdana penteri harus punya tapak dan rekod prestasi sebagai menteri besar dengan contoh-contoh Jokowi dan Erdogan itu sudah tidak perlu diulang-ulang.

    Langkah Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor mengikut model itu adalah langkah yang betul, mesti terlambat tiga empat tahun dan memberi ruang kepada pergeseran politik PKR yang amat merugikan.

    Kedudukan Anwar di Selangor akan memberi kesan maha besar kepada Umno di Selangor, yang pastinya hanya akan boleh bermimpi untuk merampas semula negeri tersebut setelah ditadbir dengan lebih baik berbanding metod Khalid.

    Adakah akan ada sesiapa yang boleh menunjukkan bahawa Anwar lebih buruk urus tadbirnya berbanding Khalid, setelah mengetahui prestasinya sepanjang tempoh menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri?

    Yang membuat kita semua kalut sekarang ini ialah kerana kita melihat Anwar mengkhianati kepercayaan pengundi demi memajukan cita-cita peribadi. Padahal ini sesuatu yang tidak dapat ditunjukkan secara jelas dengan bukti-bukti nyata.

    Apa yang kita ulang sebut ialah propaganda bikinan Umno bahawa Anwar mahu jadi menteri besar supaya dapat gaji tinggi dan kemudian beri faedah-faedah kewangan kepada anak didiknya si Azmin Ali.

    Bersambung....

    ReplyDelete
  32. Timbunan rizab negeri

    Malah wujud pertimbangan dangkal yang mendakwa Anwar mahu mengosongkan timbunan rizab negeri Selangor yang dikumpul Khalid.

    Siapa yang beri kita gambaran ini? Kenapa pula kita percaya? Apa pula bukti-bukti yang ada? Adakah yang dianggap bukti itu telah diuji kesahihannya?

    Atau sekadar bacaan politik dan spekulasi semata-mata? Adakah Anwar dan konco-konconya itu begitu bodoh untuk bertindak begitu cuai?

    Kesedaran Anwar untuk membina tapak prestasi di Selangor sepertimana Guan Eng membina tapak di Pulau Pinang harus dialu-alukan meski sudah sedikit lewat. Namun, lebih baiklah lewat dari tidak langsung.

    Umno pastinya tidak akan mahu Anwar menjadi menteri besar Selangor, ini akan memberikan beliau peluang untuk menunjukkan kepada negara apa sebenarnya yang boleh beliau lakukan sebagai seorang ketua eksekutif dan bukan timbalan-timbalan picisan seperti masa lalu.

    Umno akan bertambah cuak apabila Anwar menjadi menteri besar Selangor, ADUN Kajang, ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketua pembangkang Parlimen Malaysia.

    Selangor dia pegang, Putrajaya dia kepung, punya tapak sokongan di Pulau Pinang dan di Parlimen pula beliau akan tetap berentap dengan Perdana Menteri Najib Razak.

    Prestasi yang boleh dibina Anwar dalam kapasiti yang begitu pelbagai pastinya menimbulkan gerun berganda, yang akhirnya akan dilawan dengan tuduhan-tuduhan picisan berkitar soalan kelucahan dan moral sepertimana yang dibuat 15 tahun lalu; yang pastinya telah membuat rakyat muak dan loya.

    Macamlah tak ada modal lain.

    Jadi isunya mudah: Khalid gagal, perlu diganti. Azmin tak boleh ganti, nanti tidak selesai konflik dalaman parti. Jadi calon yang sesuai itu adalah Anwar.

    Ya, dia tahu apa risiko yang ditanggung, dan dia tetap juga meredah apa bahaya yang mendatang. Bertapaknya Anwar sebagai menteri besar Selangor samalah juga macam bertapaknya Guan Eng di Pulau Pinang, dan Nik Aziz di Kelantan.

    Bersambung....

    ReplyDelete
  33. Makan korban

    Ya, keputusan politik yang semacam ini memang berat dan akan memakan korban; namun ia tidak dapat tidak mesti segera dilaksanakan.

    Ada yang akan marah, cerca, hina dan maki hamun malah meninggalkan perjuangan hanya kerana tidak puas hati dengan keputusan yang tidak mereka fahami ini. Namun sekaranglah masanya untuk semua ini berlaku demi kemaslahatan menjelang pilihan raya umum ke 14.

    Saya antara yang paling awal menghantuk kepala ke meja sejurus mendapat perkhabaran bahawa si Anwar ini mahu bertanding di DUN Kajang demi mengambil alih pejabat menteri besar.

    Seperti juga anda, mahu sahaja saya memaki hamun beliau yang tidak mengambil kira sentimen awam sebelum membuat keputusan sedemikian.

    Namun setelah mempertimbangkan sebab-sebab yang diberikan, saya harus bersetuju bahawa meskipun gerakan politik ini begitu licik dan membelakangkan banyak hal, ia tetap harus dilaksanakan. Akhirnya Azmin pun tidak berpeluang menjadi menteri besar.

    Satu dua minggu ini, isu Kajang akan menjadi buah mulut dan modal kebencian orang. Mereka akan kata ini semua bahana politik kepartian demi cita-cita seorang individu.

    Namun hari demi hari anda juga akan bersetuju bahawa langkah ini adalah langkah perlu dan bukan sekadar soal Anwar dan cita-cita yang mungkin tidak kesampaian.

    Menjelang hari mengundi di PRK Kajang, anda juga akan duduk di depan skrin televisyen atau komputer dan tetap mengharapkan Malaysia yang lebih baik.

    Mengelak Selangor tumpas sepertimana halnya di Kedah adalah demi Malaysia yang lebih baik, bukan soal mengidolakan Anwar dan menyelesaikan masalah parti PKR. Dan anda akan diam-diam bersorak sekiranya Anwar menang.

    Namun apa yang penting ialah Pakatan meletakkan nasibnya kembali ke tangan anda. Ini jauh berbeza dengan Umno yang contohnya melantik menteri dari kalangan mereka yang kecundang melalui pintu belakang Dewan Negara.

    Pakatan menyerahkan kembali keputusan dan nasib koalisinya ke tangan pengundi; biarlah demokrasi menentukan.

    Ada banyak lagi perkara yang harus diselesai dan ditangani. Janganlah dibiarkan tumpuan kita dialih-alih lagi.

    Tammat...

    So sekarang dah jelas kan...PAS mentah berpolitik...lebih emo dalam segala hal...

    ReplyDelete
  34. Lagi lagi anuar... macam dah tak ada org lain dlm pkr yg nak pimpin... huh ...
    berapa banyak anuar ni bela didik budak dia habis semua lari sebab apa... ini macam kalu azmin pun boleh lari.... inilah strategi drpa azmin jadi MB , maka anuar awal2 tawar jwt mb kat dia. Melepas azmin. Pastu dia mula nampak mainan bos dia.. yg tinggal tak lari nanti hanyalah mem dia.. oh aziza... ha... ha..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari