boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, January 14, 2014

Aduhai .. Mufti jadi bughah,, MB Umno kena bertaubat .

Masya Allah, pakat-pakat peratilah,, apa yang sedang berlaku dalam negara kita,, Allah pertontonkan kepada kita selaku hambanya umat islam supaya berfikir tentang kedangkalan pemimpin umno dan pencacai-cacainya walaupun sebelum ini digelar ulama atau agamawan...


Habis pakat-pakat jadi bengong bertingkat-tingkat dengan apa situasi yang berlaku...



Hasil dari ini,,, maka semalam keluar lagi satu isu,,, hebat. berrtingkat-tingkat... MB umno pulak dah....


Hanafiah minta Ahmad Said bertaubat

Zabidi Saidi
 | January 13, 2014
Kenapa ketika PAS dan PKR menang pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?




KEMAMAN: ADUN Chukai, Hanafiah Mat  (gambar) minta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertaubat kerana mengeluarkan ucapan angkuh di majlis penyampaian bantuan banjir oleh Perdana Menteri di sini semalam.
Katanya, dalam ucapan Menteri Besar semalam beliau berkata,” kerana BN kalah kepada pembangkanglah di DUN Chukai, Kemaman dapat bala banjir”.
Hanafiah bertanya kenapa ketika PAS menang tiga kerusi (Air Putih, Chukai dan Kijal) dan parlimen Kemaman (PKR) pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?
Kata beliau lagi, banjir berlaku di Kemaman bukan kerana PAS menang di Chukai tetapi kerana Allah yang menurunkan banjir seperti mana dalam al Quran surah al Saba’ ayat 16.
Ayat 16 Surah al Saba’ berbunyi seperti berikut yang bermaksud:  “Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara”.
Malah dalam surah Noh ayat ke 25, Allah berfirman yang bermaksud “Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan)”.
Sehubungan dengan itu Hanafiah meminta Ahmad Said bertaubat kerana seolah-olah beliau tidak percaya bala banjir diturunkan Allah.
Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak  menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang berlangsung di sini.
Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.
Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan UMNO, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.
Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.
Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Mengulas majlis penyampaian tersebut, Hanafiah berkata ramai penerima kecewa kerana terlalu lama beratur untuk mengambil kupon sampai ke petang sehingga mereka tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah dan terpaksa ponteng kerja.
“Malah yang lebih mengecewakan mereka pada bulan April, tiga bulan dari sekarang baru mereka dapat menunaikan kupon itu untuk mengambil peti ais, televisyen dan tilam yang dijanjikan itu,” kata mereka.
Beliau berkata kalau dah tahu bulan April baru dapat ambil barang tersebut, kenapa buat majlis sekarang.
“Buatlah pada bulan Mac, sekurang-kurangnya tidak lama mereka menunggu barang yang dijanjikan,” katanya lagi.

Tak mau nak komen apa-apa lagi dah? Nilai sendirilah buruk kelaku puak umno ni.... yang jadi mangsa,, rakyat jelata,, bilalah mereka nak buka mata... kesian.. sentiasa jadi mangsa nafsu serakah umno..

2 comments:

  1. Wak juragan jangan diam bantai saja, walaupun kenyataan wak meraban.

    ReplyDelete
  2. komen mat said dari ahli sunnah waljamaahumno.aper nak heran.itu ler tuntutan anutan ameno.saaaatu.saaaatu.saaaatu.....kangkung.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari