boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, January 16, 2014

Keputusan yang memang dah dijangka.. errmphh..

Tolak pi tolak mai,, Fakta dan hujah parti Pas tetap tak diterima pakai oleh badan kehakiman yang perlu dihormati,,



Mahkamah Pilihan Raya Sekali Lagi Tolak Petisyen DUN Lubok Merbau

IPOH, 16 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini sekali lagi menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum (PRU13) bagi kawasan berkenaan dengan kos.

Hakim Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas prosiding pendengaran bantahan awal serta hujahan yang dikemukakan pempetisyen Mohd Ridzuan Hasif serta tiga pihak responden lain selama tiga hari selesai pada minggu lepas.

Dalam penghakimannya Khamis, beliau berkata petisyen itu mempunyai kecacatan selain fakta yang dikemukakan pempetisyen tidak dijelaskan dengan sempurna.

Walaupun kes berkenaan melibatkan prinsip dan undang-undang pilihan raya, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar petisyen yang tidak mematuhi kaedah petisyen pilihan raya selain penafsiran adalah tertakluk kepada peraturan ketat petisyen pilihan raya, katanya.

Beliau berkata mahkamah juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk meneruskan merit petisyen dengan perbicaraan penuh.

Mahkamah turut memutuskan responden pertama iaitu Datuk Siti Salmah Mat Jusak dari BN dipilih sebagai Adun Lubok Merbau dengan sewajarnya.

Abdul Rahman juga memerintahkan Mohd Ridzuan membayar RM30,000 masing-masing kepada Siti Salmah dan responden kedua iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad mengetuai barisan peguam mewakili Siti Salmah dan Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke serta Norazmi Narawi mewakili SPR.

Siti Salmah yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau merayu supaya urusan pentadbiran di pusat khidmatnya, seluruh pengundi dan penyokongnya, urusan rumah tangga serta keluarga tidak diganggu lagi oleh pihak-pihak tertentu.

"Selama lapan bulan saya tidak tenteram selain terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk urusan undang-undang bersama-sama peguam...pada pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang menang dengan 72 undi di Lubok Merbau, BN tidak ganggu tetapi apabila pada 2013 kita menang dengan 53 undi, semua dikatakan tidak adil," katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan ketika bercakap kepada penyokongnya berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya sebelum menfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh dua minggu.

Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Lubok Merbau diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.

Pada PRU13, Siti Salmah, calon BN, mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu.

-- BERNAMA

Dalam bab isu pilihanraya,, yang mana melibatkan kuasa yang merupakan mandat dari rakyat, bagi aku mahkamah Malaysia memang tak boleh dipercaya, jikalau SPR yang menjalankan amanah PRU pun dipertikai,, apatah lagi mahkamah Malaysia.. 
Apakah hakim-hakim yang memberikan keputusan tersebut sebagai orang melayu yang tidak mempercayai rukun iman 6 perkara tu....

2 comments:

  1. ko pernah dgr hakim mati kene c4 x? kang x pasal2 mati kene c4...soal kuasa ni...umno sanggup membunuh asalkan dapat berkuasa...kahkahkah

    ReplyDelete
  2. 10 orang hakim hanya 1 orang sahaja yang akan masuk syurga

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari