Hari ini aku baru nak mula balik menulis,, sekadar yang termampu,,, selepas aku sampai balik ke Malaysia pada Isnin 30 hb 2013...
Dari LCTT aku singgah sebentar di rumah adik ipar, petang baru sampai Manjung,,, hari dah kena kerja macam biasa,, walaupun keletihan badan belum lagi lagi mendapat kerehatan,,, pagi tadi aku bayar hutang... selepas sarapan aku zzzzz.. sampai zohor... baru terasa sedikit kelegaan setelah berpuluh jam aku bersengkang mata..
Bila aku baca berita ni sungguh menyedihkan.... bukan apa.. apa yang aku duk tahu,, undang-undang nikah kahwin umat Islam di Malaysia adalah boleh dikatanya terbaik dari segi perlaksanaannya walaupun ada sedikit sebanyak kecacatannya yang perlu diperbaiki lagi...
Namun bila ada pihak tertinggi yang mengaku sebagai ketua agama islam sendiri buat hal sebegini,, apa nak jadi ni...
Bekas permaisuri Johor mohon batal 'penceraian'
Bekas permaisuri Johor, Tunku Zanariah Tunku Ahmad memohon kepada mahkamah untuk mengenepikan perisytiharan penceraiannya dengan bekas sultan Johor, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Tunku Zanariah mendakwa beliau hanya dimaklumkan tentang perceraian itu pada bulan Ogos lalu – tiga tahun selepas ia didakwa disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.
Dalam afidavitnya yang difailkan di mahkamah dan diperolehi Malaysiakini, Tunku Zanariah berkata mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 22 Ogos lalu menyerahkan tiga dokumen yang disifatkannya "sungguh mengaibkan" dirinya.
Dokumen itu adalah surat dari menteri besar Johor bertarikh 9 Disember 2010 yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah bersidang pada 6 Ogos 2010 untuk mengesahkan lafaz tiga talak almarhum Sultan Iskandar.
Dokumen kedua pula adalah satu perintah dan penghakiman Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bertarikh 30 September 2010 yang memutuskan bahawa beliau telah diceraikan dengan talak tiga dan lafaz rujuk sebelum itu tidak sah.
Dokumen ketiga pula adalah sijil penceraian bertarikh 8 Oktober 2010 yang menyebut bahawa beliau dan almarhum sultan telah bercerai pada 23 Januari 2009 "dengan dua talak yang berjumlah tiga talak".
"Saya amat terkejut menerima surat mufti tersebut beserta dengan lampirannya dan benar-benar merasa diri saya telah dianiaya oleh pihak tertentu," kata Tunku Zanariah dalam afidavitnya.
Pada masa sama, almarhum Sultan Iskandar yang meninggal dunia pada 22 Januari 2010 juga tidak pernah memfailkan sebarang prosiding cerai di mahkamah syariah Johor, dakwa Tunku Zanariah.
Menurutnya lagi, keputusan mahkamah tentang perceraiannya pada 30 September 2010 seperti dinyatakan dalam dokumen kedua dibuat secara sebelah pihak tanpa memanggil dirinya.
Tunku Zanariah juga mendakwa, hakim yang mendengar kes itu juga tidak diberi kuasa oleh mahkamah untuk berbuat demikian.
Mahkamah menetapkan tarikh 21 Januari untuk sebutan kes.
Tunku Zanariah merupakan pasangan kepada Sultan Johor ke-24, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang menduduki takhta dari 11 Mei 1981 sehingga 22 Januari 2010.
Beliau melahirkan lima putera dan seorang puteri bersama almarhum Sultan Iskandar.
Beliau juga merupakan bonda tiri kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail.
Cuma di sini ada sedikit kekeliruan..... Sultan Mahmud Iskandar ibni Sultan Ismail telah mangkat pada 22 Januari 2010 jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. ...pengesahan sijil penceraian pula bertarikh 8 Oktober 2010 yang menyebut bahawa beliau dan almarhum sultan telah bercerai pada 23 Januari 2009 "dengan dua talak yang berjumlah tiga talak".PASTI ADA SEBABNYA..!!!
Dimana ulama-ulama negeri Johor semua ?...... Nak harap pemimpin umno ,,,, phui.....
duit bro...
ReplyDeleteSalam MM,
ReplyDeleteMazhab ...?
Faraid bro
ReplyDeleteanak tiri tu le punya kerja .....
ReplyDeleteLaksanakan keadilan islam untuk mengelakkan sebarang penganiayaan di muka bumi ini, dengan tidak menafikan hak kpd yg berhak dan begitu juga sebaliknya. Sementara itu, elakkan unsur buruk sangka yg boleh membawa kemusnahan.
ReplyDeleteuncle seekers tentu suka dengar cerita ni.mana dia sekarang?
ReplyDeleteuncle seekers mesti suka dengar cerita ni.mana dia sekarang?
ReplyDeleteKalau ikut faraid kalau tak silap aku balu (isteri) dapat satu per lapan bagaian, selebihnya ambikle kat ko orang kenapa nak inanya kawan tu....!!
ReplyDeleteSatu lagi mana pergi penasihat? Mufti kenapa tak di beritahu kedudukan sebenar
Kan Johor negeri Islam bermazhab Sunah wal Jamaah
Hai Gadud mana p. Awat dia tak tolong bagi nasihat. Kesian la kat keluarga tuanku tu. Kalau pasai lain gadud ni sebok nak bagi fatwa, haram la harus la sunat la macam2 hukum ada. Tapi dlm hal berkaitan keluarga raja awat diam.
ReplyDelete