boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, June 4, 2013

Mahathir tak setuju BN jadi parti tunggal ! Kenapa....

Pemimpin tertinggi umno yang mula bersuara BN akan jadi parti tunggal, kalau tak silap aku dimulai oleh Timbalan presiden umno sendiri,,, Kemudian Najib pun seolah-olah mengikut arus,, akan menyetujui walaupun akan dikaji...

Tapi....


POLITIK

Belum sampai masa BN jadi parti tunggal berbilang kaum - Dr. M

YOGYAKARTA 3 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.
"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.
"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya di sini hari ini.
"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.
"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr. Mahathir.
Beliau berada di sini kerana memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).
Dr. Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.
Beliau turut ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.
Dr. Mahathir berkata, BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.
Mengenai prestasi UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mahathir berkata, walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.
"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.
"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr. Mahathir. - BERNAMA

Kenapa Mahathir tak berapa nak setuju, walaupun alasannya macam bersetuju...

Sampai kiamat pun Mahathir tak kan bersetuju, kecualilah ia sendiri yang jadi Presiden Umno..

Mahathir tahu yang umno dipimpin oleh Najib terlalu lemah, jika BN jadi satu parti, hajat pewarisnya belum mencapai, baru sekadr Mb Kedah,,, 

Parti komponen lain terutama Gerakan, seperti yang Mahathir sebutkan, lebih berani bersuara,,, apakah parti-parti komponen lain akan ikut cakap Mahathir sepertimana yang berlaku dalam umno sekarang,,,

Sorryla,,, hanya ahli umno saja yang setaraf dengan lembu-lembu mengikut cakap kerana lubang hidung dah di ikat,, oleh kerana nak tidur dalam kondo,, terpaksalah ikut cakap.. 

Mahathir akan hilang suara jika BN jadi parti tunggal,,, ia akan keseorangan,, tak ada siapa lagi yang akan jadi pencacainya melainkan Juragan 69...

  


6 comments:

  1. kihkihhh...pada "akudtgdrpantek" sahaja...aku setuju dgn tulisan engkau ni,."Mahathir akan hilang suara jika BN jadi parti tunggal,,, ia akan keseorangan,, tak ada siapa lagi yang akan jadi pencacainya"...

    pada aku, apa yg NAJIB buat itu adalah utk bangsa MELAYU ambil semula sepenuhnya (100%) kuasa pentadbiran negara MELAYU ini dari tangan bangsa bangsa asing spt cina, india dan benggali!...krn UMNO memiliki kuasa pembuat keputusan yg amat kuat skrg ini (-+80%) berbanding ketika era mahadir dulu yg begitu lemah!...jadi semestinya UMNO lah yg akan menguasai sepenuhnya parti tunggal itu nanti dan jaminan kpd kedaulatan semula kuasa kuasa raja raja MELAYU dan bangsa serta bahasa MELAYU di dlm rumah MELAYU ini!...kepada bangsa MELAYU yg rasa jiwanya 100% MELAYU harus lah menyokong tindakan pm NAJIB ini dan juga termasuklah isu SPRM mahu diletakkan di bawah kuasa parlimen itu...semua tindakan pm NAJIB ini adalah bertujuan utk mengembalikan semula kedaulatan raja raja MELAYU dan bangsa MELAYU serta bahasa MELAYU di negara MELAYU ini sebenarnya!!!...jadi sokonglah saudara NAJIB dan isteri beliau itu sepenuhnya!...janganlah terpecaya dgn fitnah fitnah yg di buat oleh rangkaiannya orang yg tidak suka kpd sistem raja raja MELAYU dan bahasa MELAYU itu...malah mahukan pula kebebasan dlm beragama melalui anaknya yg bersahabat baik dgn ambiga itu!...heheee

    ReplyDelete
  2. Bhai MM...jika aku lu letakkn sebagai pencacai... Apa beza dgn lu...ttp bezanya aku bkn lihat semua bnda sbgi politik...aku jarang sngt mnyamakn manusia dan haiwan...aku tidak prnh memisahkn antara umat islam dikariah aku...baik di surau,masjid,knduri kendara, kematian atau sbrg aktiviti masyarakat...aku umno dan lu(jiran)pas atau pkr cuma pada krtas undi...

    Bhai...sblm kita persoalkn sesuatu isu...tnya pada diri sndiri dulu,dah dpt jawapan tnya apa diri sndiri kewajaran utk publishkn sesuatu isu, agar tidak nmpk kejangalan kerana jwpan telah ada ditngn...bhai,adakh lu sbgi ahli totok pas bersetuju jika pr mnjadi pari tunggal utk semua bangsa dan agama...tidak ujud lg pas,pkr atau dap...cuma yg ujud PR...nik aziz setuju?..hj hadi setuju...?anwar setuju...?semua ada kroni samada anak atau menantu...

    Bhai sejujurnya bknkh lbh baik pr jd parti tunggal sbb lu org lbh utamakn cina dap dari melayu lain selain melayu pas dan pkr....tepuk dada jawapan ada pada lu jika pas cukup bersedia utk bersaing dlm PR...

    ReplyDelete
  3. Dr. Mahathir berkata, BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

    Habis tu PAS mestilah membelakang ISLAM yang menjadi dasar mereka la yer?
    ______________________________________________

    Salam tuan, apalah sudi kiranya tuan dpt listkan blog saya ke dalam ruangan bloglist tuan. Jasa tuan sy dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih.

    Yang benar,

    Tinta Asyraf
    www.tintaasyraf.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog tuan saya link dalam bloglist dibahagia atas tu,,, Jadi biasalah,,, Link lah pulak blog saya diblog tuan..

      Delete
  4. dia yg tubuhkn Umno baru lpas DIHARAMKAN thn 1987... dh BN jadi parti tunggal Umno dh xdak.. kalo mcm ni ikut saranan Tunku la.. mintak Melayu HAPUSKAN Umno..

    ReplyDelete
  5. Macamana nak setuju. Kalau campur bangsa, susahlah nak kelentong. Kalau melayu ja senang sikit umpan. Melayukan mudah lupa. Bukan melayu yang undi pakatan aaaa..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari