boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, June 1, 2013

Hampir 30 Tahun Berlalu, Najib kembalikan demokrasi dalam pemilihan umno.. Tahniah.

Bagi peminat politik yang berumur 30 tahun ke bawah, rasanya tak ingat apa yang berlaku dalam umno pada tahun 1987.... Umno diharamkan,, Kenapa?


Di tahun inilah umno diharamkan,, kenapa,, sebabnya berpunca dari pemilihan umno,, pertanding sengit Presiden Umno Mahathir dgn Tengku Razaliegh, manakala Timbalan Presiden pula diantara Tan Sri Musa Hitam dengan Tun Ghafar Baba... 

Dari sini bermula penipuan undi dalam pemilihanatau pengundian, bermulanya blacout padam lampu, dan bermacam lagi...

Sehinggalah kes ni di mana kemahkamah oleh Kumpulan 11,... dan akhirnya Hakim Mahkamah Harun Hashim telah mengharamkan umno,, pening.... lain yang diminta oleh kumpulan 11, lain pula keputusannya,, inilah bijaknya sang mamak pembelit...

Daripada kejadian tersebut,, selepas itu tak ada lagi pemilihan Presiden Umno dan Timbalan Presiden, sebabnya Mahathir dah cipta satu kaedah bila nak calonkan  selain dari Presiden dan Timbalan Presiden, tak mungkin calon yang tersenarai boelh bertanding, aku nak sebut pun dah tak reti,, contohnya Tengku Razaliegh,,, 
Mahathir dah menghilang demokrasi didalam pemilihan umno sendiri, untuk mengekl ia berkuasa selama 22 tahun..

Semalam, Najib deh mengeluarkan kenyataan... Tahniah Najib... anda berani sesama sendiri dalam umno,, jadilah..

 Politik
Pemilihan Umno: Najib sedia dicabar
HASLINA KAMALUDIN
1 Jun 2013


Najib sedia dicabar
Najib (kanan) bersama Muhyiddin pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini, semalam.
KUALA LUMPUR - Pemilihan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi Umno akan dibuat pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai parti demokrasi, beliau bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden.

“Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Selain itu, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan untuk turun padang ke negeri-negeri bagi mendapatkan respons ahli parti sebelum pemilihan dibuat.

“Ia akan diketuai Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazali. Pasukan ini akan mendapatkan respons ahli mengenai perlembagaan baru parti yang akan digunakan penggal baru nanti.

“Perlembagaan baru parti sudah dibuat tiga tahun lalu dan akan dilaksanakan pada penggal baru ini.

“Selepas itu, barulah mesyuarat bahagian dibuat seterusnya perhimpunan agung. Semuanya akan dibuat dalam tahun ini dan akan bermula 15 Julai depan,” katanya.

 Menurut beliau, pemilihan pucuk pimpinan akan dibuka tetapi tidak kepada sayap seperti Pemuda, Puteri dan Wanita.

“Untuk pucuk sahaja, sudah ada lebih 150,000 ahli, jika nak disekalikan dengan sayap, pasti sukar.

“Keputusan juga harus dibuat dalam masa sehari itu nanti. Cuma mekanisme pemilihan itu masih belum diputuskan sama ada menggunakan biometrik, angkat tangan atau lain-lain kaedah,” katanya.

Najib turut berharap Umno akan terus kekalkan momentum sekarang memandangkan parti itu sudah mendapat kepercayaan rakyat pada PRU13 lalu.

Najib berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 tahun 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

“Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan Pas),” katanya.

Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaan merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah.

“Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya.

Justeru,  Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan.

Beliau berkata penyusunan semula perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Rasanya tak sabar nak tunggu Perhimpunan Agung Umno,, jangan ditangguh dah ler...












7 comments:

  1. bila najib menang tipus nanti mula la najib tanye "apa lagi bangla mahu" hihihi

    ReplyDelete
  2. Bhai dlm sejarah pas...berapa kali jawatan presiden dan mursyidul am ditandingi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mursyidul am bukan jawatan utk ditandingi bhai...bukan lantikan perwakilan..jawatan tu lantikan majlis syura kalu x silap...
      jawatan presiden boleh je sape2 ahli PAS brtanding dengan syarat ada bahagian yang cadangkan...demokrasi beb........yang pastinye dalam PAS x dak rasuah untuk pilih pemimpin...x macam pemimpin UMNO...ahli,penyokong n pemimpin x reti dosa pahala

      Delete
    2. Hahaha takda rasuah ya...umno dikatakn rasuah...pas dikatakn sedekah...hahaha dunia dunia...apa pun boleh...
      Ohh gitu cara pemilihan presiden pas...ohh bahagian cadangkn...ohh camtu demokrasi ya..lupa lak umno camana ya...sama kot

      Delete
    3. oiii macai hang jangan buka sangat pekong dan kebodohan UMNO, aku Umno lagi yang korek lagi banyak pekong umno selama 56thn terbongkar. Jadilah macai yang berwibawa, malu aku sbg UMNO.

      Delete
  3. Apa lagi Rosmah mahu !!!

    ReplyDelete
  4. Haji Muaalim said:

    Ana rasa kita tak perlu sibuk sibuk hal parti orang...dalam parti kita pun
    ada macam macam masalah..macam2 karenah ahli.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari